10.06.2010

Jalan : SuRaT uNtUk BoNdA...

Jalan-jalan aku terjumpa sepucuk surat...Bunyinya begini...

Salam Bonda..
Dari anakanda yang ibu sayangi. Bonda hari ini hari keberapa ya sudah anakanda meninggalkan teratak usang kita. Rindu rasanya pada kali air dan ulam pucuk paku di belakang rumah kita. Anakanda rindu pada bonda. Jika anakanda bisa terbang ke teratak kita, sudah pasti anakanda akan buat begitu.

Anakanda sedar kita bukan orang senang, bonda juga terpaksa bekerja menyara adinda-adinda anakanda yang lain. Maafkan anakanda bonda, tak sepatutnya anakanda menipu bonda. Sebermulanya anakanda berada disini, anakanda ada berkawan rapat dengan seorang gadis. Dia sayangkan anakanda, begitu juga anakanda, tapi tempoh masa yang lama buat anakanda gusar. Gusar jika berlaku diantara kami dan memalukan bonda. Maafkan anakanda bonda, jika berita ini membuatkan hati bonda risau dan gundah gulana.

Bonda, atas sebab itu anakanda putuskan hubungan dengan dia. Anakanda sayangkan dia bonda. Jika tidak, anakanda teruskan hubungan ini bonda. Maafkan anakanda kerana menyembunyikan perkara ini bonda. Bonda, sekarang dia sudah lain bonda. Malah, dia sudah mendapat anugerah dari Allah bonda. Anakanda berdoa agar dia selamat sejahtera selalu bonda. Seperti anakanda lakukan untuk bonda. Bonda, mungkin bukan rezeki anakanda untuk bersamanya bonda. Tapi bonda jangan risau, anakanda sentiasa ingat selalu pesan bonda. Jika anakanda terlupa, doakan keselamatan anakanda bonda. Hanya doa bonda yang bermakna buat anakanda.

Bonda, hari ini anakanda ada bertemu seorang gadis, baik pekertinya. Tapi anakanda ingat pesan bonda, jangan hanya lihat diluar sudah mahu menafsir isi didalam. Tapi bonda, anakanda sedih kerana dia selalu bertanya kepada anakanda seperti mahu berperasaan pada an
akanda.Setiap kali berpesan kepada anakanda, anakanda ingatkan dia punya perasaan pada anakanda. Tapi bonda, rupanya dia sudah berpunya, bakal suaminya baik bonda. Pintar lagi bernas akalnya. Tutur katanya, serta ilmunya. Malunya anakanda pada si dia, kerana, rupanya anakanda lupa melihat di cermin kaca siapa diri ini bonda. Bonda, anakanda rasa malu padanya, tapi anakanda sepatutnya malu pada Allah bonda. Bukan layak anakanda untuk mendapatkan insan sepertinya.

Bonda, maafakan anakanda jika warkah ini banyak melukakan hati bonda. Bonda, anakanda mohon agar jangan putus mendoakan kesejahteraan anakanda. Bonda, tanpa dirimu tidak bernafas dan bermaya diri ini bonda. Salam sayang dari anakandamu tersayang dari jauh bonda.

p/s : Sedeh wei aku baca surat nih, rasa nak jumpa mamat nih bagi closing sket.



No comments:

Blogger news

Blogroll