10.27.2010

Jalan : sAtU rInGGit...

Jalan kali ini saya nak ceritakan betapa saya mengaku yang saya tidak malu lahir dalam keluarga yang susah.

Saya ingin bertanya kepada anda sekalian. Berapakah nilai wang satu ringgit pada hari ini ?. Cukup besar bagi anda atau tidak ?. Atau mungkin ia masih lagi bernilai  dan bermakna bagi anda ?. Tidak dinafikan kalau zaman ibubapa kita usahkan satu ringgit, 20 sen itu juga sudah benar-benar besar nilainya. Kalau di ceritakan hilang 10sen sewaktu itu sudah menangis tak berlagu. Zaman benar-benar sudah mengubah kita.

Ingat lagi sewaktu aku berada dalam tahun 1 di Sekolah Kebangsaan Belahan Tampok. Ketika itu murid tahun satu diberikan rehat awal sedikit dari murid tahun 4,5 dan 6. Masa rehat itu saya gunakan untuk bermain kejar-kejar bersama kawan-kawan kelas yang lain, ingat lagi Azizi dan Shafiq menjadi teman bermain.

Penat bermain saya duduk di kaki lima kelas tahun 6. Sewaktu itu ada seorang guru yang sudah agak tua juga umurnya. Dia sedang mengajar matapelajaran Kajian Tempatan. Ketika itu dia sedang bercerita kepada anak-anak didiknya akan nilai barang yang ada sekarang.

"Saya nak tanya kepada kamu semua, berapa harga sepinggan mee goreng di kantin sekarang ? " tanya guru lelaki itu.

"Lima puluh sen cikgu " salah seorang murid lelaki menjawab.

"Tiga puluh sen cikgu " seorang murid perempuan mencelah.

"Baik, jika saya katakan bahawa pada masa ini, sepinggan mee goreng itu akan menjadi dua ringgit sepinggan pada masa akan datang, adakah kamu semua percaya ? " tanya guru itu lagi.

Ada pelajar yang mengangguk setuju dan ada yang bertanya sesama sendiri. Saya yang berada diluar kelas itu turut tertanya-tanya akan keadaan itu. Dua ringgit untuk sepinggan mee goreng. Seakan tidak percaya saya katakan kepada pendapat guru tersebut.

Masih segar dalam ingatan saya,  waktu itu waktu rehat. Saya pergi ke kantin sekolah untuk membeli makanan. Sepinggan mee goreng dan segelas air sirap yang kesemuanya berharga 70 sen. Ada lagi baki di tangan 30 sen. Cepat-cepat aku habiskan makanan dan menuju ke kelas. Masuk ke dalam kelas aku lihat Shafiq sedang mengeluarkan buku-buku dari beg galasnya. Kelopak matanya bengkak dan merah matanya. Sepertinya dia baru sudah menagis.

"Sapik, kenapa ngko menangis ? " tanya saya kepadanya.

"Duit aku hilang " sambil mengesat matanya yang merah. Kelihatan dia hendak menangis lagi.

"Kau ambik lah 20sen aku ni" balas saya sambil menghulurkan syiling 20 sen kepadanya.

"Terima kasih taw, esok aku janji aku pulangkan" bertukar ceria wajahnya apabila menerima syiling itu.

Jalan-jalan ingat jugak aku zaman kalu hilang 20 sen pun dah boleh jadi sedih. Sekarang ni macam mana yea..

No comments:

Blogger news

Blogroll