3.29.2011

Jalan : SyUkUr...

Jalan - jalan sedang kini sedang berjalan berdua, bukan lagi sendiri...

Hari ini dalam sejarah, dapat juga siapkan dan hantar tugasan kedua terakhir.

Tapi assignment memang mencabar. Kalau aku ngadu kat mak aku, dengan selamba mak aku akan jawab..

"Ala..kerja apa yang namanya kerja semua penat.."

Kesediaan kita untuk bekerja dan melakukan kerja itu satu ibadah. Bagaimana untuk bekerja dan beribadah pada masa yang sama ?

 Mulakan semua tugasan dan kerja kita dengan niat. Nawaitu itu penting, ia umpama kunci kepada enjin untuk kereta bergerak. Niatkan hati kerana Allah S.W.T. Sebaiknya ucapkan dengan jelas dan dengan penuh keazaman serta usaha dan tawakal yang sepatutnya.

Umpamanya, jika kita ke kelas atau ke tempat kerja niatkan lah dalam hati atau secara lisan

"Sahaja aku pergi kerja/kelas kerana Allah Taala"..Mudah kan ???

Mudah-mudahan diberkati setiap langkah dan perjalanan yang kita lakukan pada hari itu. Insya Allah.

Kadang akan ada yang berbunyi, macam mana nak ikhlaskan hati dalam melakukan pekerjaan. Kalau masa kita kerja tu merungut dan berbunyi selalu..???

Disinilah letaknya dan peranannya seketul daging yang benar-benar memberi kesan kepada diri manusia. Hati kita, saya sahabat dan semua orang yang ada diluar sana, didiklah hati untuk menerima dan menghadapi segala ujian yang mendatang. Memang kita manusia ini selalu menghadapi masalah, tak kira secara jasmani dan rohani ia akan ada masalah.

Selalu aku terfikir, jika aku seorang pegawai kerajaan dan bekerja dalam satu organisasi . Kerja sekadar sikit-sikit atau senang kata akan ada masa-masa kerja kita, kita melakukan kerja lain. Ada yang tugasnya untuk melakukan ini tapi dia menjadi peniaga di tempat kerja.Contoh lain ..tidur, keluar "minum air" sampai satu jam atau lebih. Sedangkan kita sedang bertugas ?

Macam mana hukumnya kita mengambil gaji penuh setiap bulan ? Sedangkan kita tidak melakukan pekerjaan dan senang kata tidak setimpal dengan kerja kita. Kalau gaji kita kurang dan turun kita akan bising-bising. Bila naik kita suka, tapi tidak lama akan bising-bising lagi. Kita beri anak dan bini makan dengan wang kita.

Takut saya memikirkan perkara yang juga bakal berlaku kepada saya. Lupa kita untuk bersyukur kerana rezeki dan nikmat yang diberikan. Kita juga sia-siakan juga bila kita rasakan yang kita sudah banyak harta banyak duit. Dikaburi dan dilitupi dengan helah duniawi semata-mata.

Murnikan harta-harta kita dengan membayar zakat dan fitrah. Itu yang wajib, selebihnya boleh juga melakukan ibadah sedekah kepada fakir dan miskin. Allah S.W.T telah janjikan, satu bahagian harta kita beri kepada orang lain, sepuluh bahagian lagi akan diberikan kepada kita. Jangan risau dan ragu. Janji itu benar dan jelas.

Semakin lama kita mendapat nikmat yang melimpah -ruah kita lupa. Jika lupa seketika dan dingatkan kembali itu maknya Allah S.W.T masih sayangkan kita. Jika terlalu lama kita leka takut-takut seperti kapal yang dilambung ombak besar ketika sedang tenang terus tenggelam. Nauzubillah..

Sedikit perkongsian ilmu, sekadar menulis untuk peringatan diri ini yang kecil lagi hamba ini...

Jalan-jalan melihat masa yang berlalu dan sedang berlalu mendewasakan kita...

3.15.2011

Jalan : GaDis BeRtUdUnG pUtIH...

Jalan - jalan nak kongsi cerita masa kecik-kecik...

Dulu masa sebelum tidor malam mak selalu cerita kat kitaorang adik -beradik. Cerita dongeng ada, betul pon ada. Masa tu cuma bertiga aje. Ayah aku kerja Singapura masa umur aku dalam 5 tahun dengan adik perempuan aku umur 3 tahun. Kitaorang duk kat umah atuk ngan nenek. Malam -malam kami tiga beranak tido kat dalam satu kelambu, atas katil kawin mak ngan ayah.

Antara cerita yang aku ingat memang seram jugak kalau buat filem...hahaha. Macam ni ceritanya...

************
           Senja hari itu semacam lain suasananya. Seman baru sahaja turun dari bas Coastal yang datang dari bandar. Entah macam mana dia boleh tertidur di perhentian bas dan terpaksa naik bas lewat waktu petang. Memang tepat jangkaanya, hampir maghrib dia baru sampai ke kampungnya. Mujurlah dia bawa basikal tuanya yang diletakkan di tepi pagar rumah Kong Kam. Kalau tak kena menapak la jawabnya. 

Sesekali dia tersenyum mengingatkan peristiwa di bandar tadi. Sedang asyik melihat anak-anak gadis ke hulu -hilir tak sedar yang tunangnya Fatimah sedang memerhatikannya dari jauh. Merona merah wajah Fatimah melihat gelagat bakal suaminya melilau-lilau tengok anak dara orang. Itulah kali pertama mereka keluar "date" kata omputeh, lepas sebulan bertunang. Kalau diikutkan nak sahaja berjumpa di pekan, tapi takut orang kampung nampak tak sedap dipandang mata katanya.

"Haiya..sula gelap baru balik oo.." tegur Kong Kam.

"Nak buat macam mana, tetidor punya pasal, bas buat hal pulak. Tu yang lambat" balas Seman. Tersengih-sengih macam kerang busuk.

"Lu nak balik sikalang ke? Haiya.. 'mo kui' banyak oo masa ni" kata Kong Kam lagi. Mo Kui tu maksudnya "hantu" dalam bahasa Cina.

"Ala..tak ada hal la Kong Kam...Saya belani maa.." kata Seman semula.

"Ikut lu la...Sini Ala Antu ma..haha" balas Kong Kam sinis.

Seman tak hirau semua tu. Kakinya mula mengayuh ke arah jalan dan terus menghala ke darat. Dikerlingnya jam di tangan sudah pukul 7.10 malam.  Jalan kampung ini memang sedikit kecil, bertanah merah dan lopak lecak di sana sini. Semak di kiri dan kanan jalan memang tinggi. Kalau harimau menyorok memang tak nampak. Bunyi unggas dan cengkerik mula kedengaran. Kalau biasa mengayuh basikal, untuk sampai kerumahnya ambil masa setengah jam atau 45 minit. Jauh kedalam kampung baru ada kehidupan, ada rumah dan orang. Hulu kampung cuma ada rumah Kong Kam tu tadi.

Sampai ke jambatan pertama hari memang sudah samar-samar gelapnya. Masakan tidak, jalan yang tak ada rumah orang. Kalau lewat Seman balik, makin gelap lar jawabnya. Nak tak nak kena jugak redah senja-senja kala ni.

Tatkala turun dari melalui jambatan, Seman ternampak sesusuk tubuh sedang berdiri di bahu kiri jalan. Diamati Seman dari jauh kelihatan seorang perempuan bertudung putih dan berbaju putih. Dia sedang berdiri dibahu jalan sambil mendukung sesuatu. Kepala Seman mula la fikir yang bukan, takot -takot pontianak atau sundal bolong yang sedang berdiri tu. Meremang bulu roma seman. Mula la dia mengucap banyak kali. Sampai tersasul-sasul, peluh jantan mula la mermercik keluar.

Bila Seman sampai betul-betul dihadapan perempuan tu, tiba-tiba perempuan tu angkat tangan tanda untuk menyuruh Seman berhenti. Seman macam terkena pukau terus berhenti. Bau harum semerbak mencuit hidung Seman macam bau bunga tanjung. Bila berhenti Seman mula lar buka mulut.

"Akak ni nak pegi mana senja-senja ni ? Sini mana ada rumah orang kak." tanya Seman.

"Akak nak balik rumah mak akak. Nak masuk dalam kampung tak ada orang yang boleh bagi tumpang jadi akak jalan je la" balas perempuan tersebut.   

"Oooo..cam tu, siap bawak anak lagi, ni anak akak ea... ?" tanya Seman lagi. Seman ni banyak tanya pulak. Tadi takut.

Perempuan tu hanya mengangguk. Seman berkata dalam hati, apa punya laki la suami dia ni. Tinggalkan bini dekat tepi jalan senja-senja dengan anak bayi pulak tu.

"Takpa lah kak, akak naik je kat belakang basikal saya ni nanti kalau akak nak berhenti akak cakap je. Cuma mintak maaf la kak, sakit sikit sebab tak ada alas" kata Seman.

Perempuan itu pun naik lar belakang basikal Seman. Dalam perjalanan Seman ada jugak terlintas nak tanya pada perempuan tadi macam mana boleh ada kat tepi jalan, rumah siapa dia nak pergi. Memang berserabut jugak si Seman ni berfikir. Kayuh punya kayuh dalam lebih setengah jam sampai kat simpang kampung yang kedua. Kat sini memang ada lar dua tiga rumah orang. 

"Akak, kat mana akak nak berhenti ni ?" tanya Seman.

"Dik, rumah akak dekat dengan masjid tu. Adik turunkan akak kat situ je" balas perempuan itu.

Seman mula la mengayuh lagi sebelum sampai kat masjid tu ada satu kawasan perkuburan. Tiba-tiba seman rasa ringan je basikalnya. Macam tak bawa apa-apa sedangkan dia tengah bonceng perempuan tadi. 

"Akak..ooo akak.. dah nak sampai masjid ni, nak berenti mana?" tanya Seman. Namun tiada jawapan. Seman bertanya lagi, tapi masih sama juga tiada jawapan.

Bila seman toleh belakang basikalnya, tak ada perempuan yang menumpannya tadi. Tapi ada ditinggalkan sebungkus barang yang kemas diletakkab di atas tempat duduk belakang tu. Bila Seman buka bungkusan tu, terkejut beruk Seman, sebab dalam bungkusan kain putih tu sebiji batu nisan, putih warnanya.

Apa lagi, seman patah balik terus pecut kayuh basikal tuanya laju-laju balik ke rumah. Macam tak cukup tanah dia kayuh. Balik rumah malam tu, Seman demam panas tiga hari. Memang takkan keluar senja-senja lagi Seman lepas ni.
**********
Jalan-jalan pesan orang tua-tua jangan berjalan waktu senja dekat Maghrib, setan berkeliaran masa tu...

3.13.2011

Jalan : PaKaR 2...

Jalan-jalan hari ini aku ke bandar...

Hari ni aku temankan adik pompuan aku Salihah Samsir pegi hospital. Macam biasa jarak tempat aku tinggal dengan bandar Batu Pahat lebih kurang dalam 18km. So, pagi-pagi lagi aku da merempit ke bandar dengan beliau. Sampai kat hospital dalam kul 8.00 lebih skit.

Apa korang nak tahu pasal "Pakar 2" ini lah dia pakar dua. Bila masuk je dalam perkarangan Hospital Besar Batu Pahat aku rasa semacam dah. Ingat kes aku dulu masa tahun 2007 Rujuk Jalan Ini.

Jalan -jalan, adik aku kena pergi kat tempat yang namanya Pakar 5 (Kes Sakit Puan dan Sebagainya). Aku mula-mula pergi kat Pakar 2 (Kes Ortopedik). Ingat balik masa aku dulu masuk dalam ni dengan bertongkat dua, macam Mat Rempit jatuh merempit. Tapi aku bukan jatuh motor, jatuh jamban jer.

**************************
Kisah dulu di Pakar 2...

"So Syafie, how are you feeling today ?" tanya doktor Singh tu.

"Quiet good doc, but a little bit itchy on my leg especially at the "luka" part" balasku kembali.

"Takpa, takpa..it'll be okey soon" balas beliau.

Masa aku masuk jumpa pakar ni, dalam bilik dia ada lebih kurang dalam 5 orang student (Doktor Pelatih) tengah dok kumpul tengok aku cam apa. Aku cuma sengih-sengih jer.

"So, can someone explain me about this case ? By having a look at this boy" kata Doktor Singh pada student dia.

"Motorcycle accidence sir" kata salah seorang student dia. Dr Singh tu pon geleng kepala.  Student dia lagi lar mula bisik-bisik sama sendiri.

"Actually, when under a construction, the worker will have this hole for the flush water to came into the toilet bowl. Therefore there is a hole at this area.  This boy have this Achilles tendon cut by the ceramic toilet bowl which is right to this area. Is it true my story boy ? " sambil melukis gambar mangkuk jamban dia tanya aku.

Aku pon angguk betul lar. Memang jamban punya pasal..Bahaya ooo.

Soo doktor pelatih tu pun angguk je. Ramai-ramai dok buat bunyi " Ooooooo...."

"Syafie, I'll send you to the dressing room (bilik pakai simen, bukan bilik persalinan okek), we will cut this P.O.P (Plaster of Paris) out and you may not use it anymore. Then, go to this room for your next treatment"

Bila kaki aku dibuka dari pakai simen tu, aku mula lar rasa ada kaki aku balik. Beza dia macam langit dengan bumi. Kaki sebelah kiri kecik banding kaki sebelah kanan, Bila pijak lantai macam tak ada rasa apa-apa.

***********************
Semua tu dah berlalu masa yang lepas dan aku masih ingat detik-detik ketika tiada kaki, detik di Pakar 2. Mengerikan dan menakutkankan juga ada. Bersyukurlah kita masih ada dua kaki yang kita pinjam sementara ini.
Jalan-jalan  memandang kelangit mensyukuri nikmat yang tak terperi.

Jalan : kErNa sAyAnG ...??

Jalan - jalan mentakrif dan menelaah satu persoalan minda...

Bila berbicara tentang sayang bagaimana kita hendak menerangkannya ?
Ada banyak pendapat dan saranan dari ramai orang berkenaan sayang ini. Takrifan yang begitu kompleks untuk dinyatakan secara jelas dan memuaskan hati semua pihak bukan ?

Sayang, mari kita lihat dari sudut orang yang lebih berpengalaman dan lebih makan garam. Atuk-atuk kita, tok aki kita.
Bila kita tanya. Sayang tu apa tuk ? Emmm sayang ea ? "Susah nak kata lah cu..."

Ada orang yang mentakrifkan sayang sebab suka dan kasih kepada insan yang kita sayang dan kita suka.Belok-belok jugak ayat aku untuk post kali ni. Tapi, adakah itu benar-benar sayang yang kita maksudkan ?

Ada juga orang yang menganggap sayang tu macam hidup orang bercinta. Cik gadis pernah pesan kat saya, kalau saya sayang awak sebab harta, paras rupa, bijaksana dan semua yang tak kekal mana boleh disamakan. Betul jugak cakap cik gadis. Kalau kita suka kat orang tu sebab paras rupa bila tua dah hilang muka cantik tu maka sayang tu ilang jugak lah. Btol tak ?

Tak dapat dinafikan ramai orang berkorban demi cinta hingga jadi papa dan merana. Mengapa ? Adakah dengan cara itu dapat membuktikan sayang kita padanya. Sehingga ada yang kerana sayang sanggup bagi dan gadai maruah, sebegitu murahkah selayaknya kita perlu menjadi semata-mata kerna sayang. Ada jugak yang sanggup bergadai harta, masa dan tenaga secara melampau-lampau  macam mamat kat sebelah ni demi sayang.
Kalau aku cakap kat mak aku, mak aku cakap apa "Tu sayang tak bertempat tu.."

         Memang tak dapat dinafikan memang sesuatu yang begitu abstrak untuk ditakrifkan tentang sayang dan cinta. Hinggakan ada saintis yang menganggap jika sayang ini adalah hukum fizik bagaimana untuk ditakrifkan dalam bentuk angka dan sebagainya. Mungkin pada ketika itu, pasangan mula mengira berapa peratus dan angka sayang mereka pada pasangan masing-masing. Merepek atau sesuatu yang bijak ? Istilah "Love Counter".

Pada pandangan aku sebagai insan manusia yang bergelar hamba. Aku akan takrifkan sayang itu yang paling tepat dan betul ialah pada Allah S.W.T dan Rasulnya. Kemudian pada ibu dan bapa, isteri atau suami dan anak-anak. Itu yang terbaik...

Tapi kadang -kadang sebagai manusia yang punya hati dan perasaan kita mudah lupa dan terleka untuk seketika. Mohonlah tiap masa dalam doa-doa dan sujud-sujud kita agar ditambahkan iman dan ditetapkan  hati -hati kita.


Jalan-jalan merenung masa -masa lalu yang sebenarnya mengingatkan kita...

3.12.2011

Jalan : rAsA rInDu PuLaK...

Jalan-jalan baru sampai di rumah bonda dan ayahnda terchenta...

Jam 8.30 lebih sikit aku sampai kat umah pagi ni. Tepon rumah mak aku cakap dia amik jap lagi.

Dari jauh nampak dia datang ngan motor amik aku. Emmm memang lar ada dekat -dekat sebulan lebih atau lebih tak balik rumah.

So tiba kat rumah ada lar adik laki aku dok tengok tv ngan adik pompuan aku pegi sekolah. Memang macam ni lar rumah kitaorang, adik -beradik 3 orang je. Memang senyap lar kalau semua ada atau tak ada. Ayah aku keja.

Balik ni memang nak fokus asaimen yang ada lagi menunggu untuk dikerjakan. Sikit kerja untuk JPP dan lain-lain program ni masih dalam perancangan.

Aku ingat nak melawat member aku yang baru balik dari mesir ari tu, dia camana agaknya. Mak aku cite bulan ni nak balik dah dia. Apa-apa pon sok aku tengok dia. Hai..Judin, judin..

Jalan-jalan rasa rindu lar sama dia...Harap dalam keadaan sihat sejahtera lah yea...Amin.

3.09.2011

Jalan : BuLaN SaBiT mErAh MaLaYsIa...

Jalan-jalan mencari orang pengsan hehe...

Raja Hafizi dalam mod cemas + bergaya
Hari Kejohanan Olahraga Tahunan telah menutup tirainya semalam. Dengan keadaan cuaca yang pada mulanya agak membimbangkan kerana hujan renyai-renyai serta lebat silih berganti pada awal pagi kejohanan.

Namun itu tidak mematahkan semangat warga IPG Kampus Kota Bharu dalam menjayakan temasya sukan yang julung kali untuk tahun ini. Pihak penganjur PISMP Sem 5 telah bersedia sejak awal pagi. Mereka mengurus setiap perjalanan yang bakal berlangsung pada hari ini.

Acara dimulakan dengan upacara perasmian oleh Tuan Pengarah Tuan Haji Hashim B. Deraman. Perarakan masuk kontinjen perbarisan dan badan beruniform merupakan satu penghormatan bagi setiap pasukan yang bertanding serta badan beruniform yang turut serta.

Berdirinya aku dalam satu barisan pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia adalah satu kenangan manis buat diriku. Ini kerana, mungkin pertama kali aku terlibat secara serius dengan badan beruniform. Satu perubahan yang dapat aku katakan kepada diriku.

Tidak dapat dinafikan ia memberikan aku pengajaran betapa pentingnya kita membantu orang yang sedang dalam kesusahan. Lebih-lebih lagi mereka-mereka yang sedang dalam keadaan yang memerlukan.

Semalam ada beebrapa orang rakan-rakan perserta yang menjadi pesakit kami. Sedikit sebanyak kami merasakan yang kehadiran kami di temasya ini memberikan makna yang tugas kami dihargai.

Sumber Gambar Hishan Hashim ( Photographer)

Ni g.p yang terjatuh masa acara 800 m.
Posing budak-budak BSMM
Chu Khoon Thin sedang menenangkan pesakit.


















Jalan-jalan ada sesiapa nampak stretcher ??

Jalan : HaRi Ini DaLaM sEjArAh

Hari ini dalam sejarah...

Korang pernah jadi maskot sukan tak ? Ala kalau dulu masa sekolah ada hari sukan sekolah, kita akan betanding ikut rumah dan pasukan masing-masing. Biasa rumah ni mesti ada..Merah, Biru, Kuning dan Hijau.

Tapi masa aku belajar di High School Batu Pahat. Kami ada lima rumah sukan. Merah, Biru, Kuning,  Hijau dan  Coklat. Yeahhh...!!! High School is totally different.!!!

Sekarang aku di IPG duduk dalam rumah Merah a.k.a Ledang. Hari ini merupakan hari Kejohanan Olahraga Tahunan IPG Kampus Kota Bharu.

Tahun sebelumnya memang ada diadakan. Cuma tahun ini aku tak terlibat secara keseluruhannya sebab ada tugasan sebagai badan Unit Bruniform Bulan Sabit Merah Malaysia.

Kalau dulu tahun lepas siap buat gila-gila punya preparation. Dari hiasan rumah, hiasan perbarisan dengan maskot dan kostume semuanya cukup lengkap.

Memang tak dapat aku nafikan Hari Sukan Sekolah tak pernah lari dalam kamus hidup seorang guru dan bakal guru. Ia memang lumrah kepada insan bergelar Guru.

Apa-apa pun...

Ucapan Terakhir dari aku...

Selaku Naib Yang di-Pertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu 2011, Saya mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada Semester 5 PISMP Amb Jan 2009 atas kejayaan dalam menjayakan Kejohana  Olahraga Tahunan 2011. Sekalung tahniah atas segala usaha gigih anda.

KOT 2010- Ni Dulu Punya HO3...
Jalan-jalan selamat pulang bercuti kepada semua warga IPG KKB.

3.07.2011

Jalan : ZaMaN mUdA ReMaJa

Jalan- Jalan ingat zaman muda remaja masa sekolah dulu..

Kes ni berlaku masa aku form 2 tahun 2004. Hari tu hari sabtu, warden asrama masa tu, Ustaz Rohaidi bagi kebenaran untuk outing.

Outing memang seronok, sebab dapat keluar pegi kedai cari barang-barang keperluan macam ubat gigi, sabun mandi dan sabun basuh baju.

Ada yang outing sebab nak cari makanan. Paling suka ada satu kedai makan tu, nasi lauk telur goreng ngan dapat kuah macam-macam cuma RM 1. Kalau dulu nak makan kat kedai makan kena tunggu mak bapak dari kampung melawat, datang ajak jalan-jalan je. Kalau tak, makan lar meggi.

Balik hostel petang tu mula kecoh cerita pasal member baik aku kena pow masa dia duk kat CC. Dia cerita masa dia tengah tengok member dia main R.O (Ragnarock Online - Game top masa ni) ada sorang mamat datang duduk sebelah dia.

"Wei, ko ada duit tak ? " tanya mamat tu.

"Tak ada" member aku balas.

"Baik ko cakap betol2 kalau ada aku amik semua" tegas mamat pengepow yang da la x hensem perangai huduh. Benci aku !!!

Nak dipendekkan cerita, mamat tu amik lar dalam RM40 lebih. Dia tinggal RM5 kat member aku.

Balik tu kecoh lar jugak. Budak-budak batch aku dok tanya nak mintak tolong sapa-sapa.

Last-last decide nak mintak tolong ex- 5 Ekonomi. Kelas ni bole tahan lar jugak kalau bab-bab gaduh - gaduh.  Tapi pada hakikatnya semua boleh je nak gaduh. We are Boys Only School !!! Yeah!!!!

Tapi persoalan baru pulak timbul....Sapa ada contac budak Ex - 5 Kemanusiaan?

"Aku ada..." aku cakap kat diorang yang tengah dok kecoh.

"Takpa la, nanti aku call Botak, aku rasa dia ada lagi kat BP. Kalau tak pon suruh dia bawak budak-budak dia" sambung aku.

So petang tu jugak aku helo kat Botak.

"Helo...Botak,ni aku Pie. Nak mintak tolong bole? " aku mulakan perbualan.

"Wei..ko..apa cer HS. Ko nak tolong apa?

"Biasa je...Budak aku kena pow kat kedai belakang. Kitaorang nak cari mamat tu,kalau ko nak join bole je" balasku.

"Oooo..tkpa lar, bila korang nak gerak cari mamat tu. Ko call aku" balas Botak

"Bole bos...haha chow" kataku gembira.

So decide malam ni sapa yang nak chow besok cari mamat tu. Katanya budak-budak taman tu jugak.

"Wei, Botak kata dia ok je. Pandai-pandai korang lar nak gerak macam -mana" pesan aku kat budak-budak yang nak kuar besok petang.

Senior-senior aku pelik macam mana aku boleh baik ngan Botak ngan Ex - 5 Kemanusiaan (5KM).

"Wei Clone, macam mana ko baik kenal Botak, baik lak ngan ko" tanya senior aku Pejal.

"Botak pak cik aku" selamba je aku jawab.

"oooo..."

Besok masa aku balik kelas, ada budak jumpa aku.Dia kata masa chow cari budak tu memang ak jumpa. Aku cakap, kalau koran nak aku ajak Botak. Dia ada je kat kedai makan tngah tolong mak dia. Tapi bila baru jadi cam ni aku pon senyap jer la.

Tapi sebenarnya ada lagi sebab aku baik ngan budak - budak 5 KM. Kalau korang nak tau, kelas ni jugak cikgu panggil kelas  5 Kilometer.Pasal apa panggil 5KM ? Sebab, kalau diorang buat hal, kelas mesti kosong, budak-budak lari entah kemana. Memang dah lima kilometer dari sekolah la. Tapi aku respect diorang pasal kalau bab sukan memang kelas tu banyak sumbang pada sekolah.

Botak, Tuah, Farid Ghouse antara yang aku kenal. Tapi bila masa diorang dekat nak exam diaorang study gak beb. Kitaorang sekola lelaki kalau main memang betol2 main. Kalu belajar tak pandai pon betol2 belajar.

Tu yang Mr.Lee Kee Hwa ,GPK 1 penah cakap

"Pengetua tanya kat saya, macam mana ni our boys, makin nak periksa makin merosot keputusan"

Mr. Lee balas "Datin jangan risau, budak lelaki memang macam ni, kita tengok keputusan sebenar nanti, saya pecaya pada mereka"

Masa tu aku Form 3, ingat lagi time tu memang sekolah punya result down abis.


Hahaha masa muda kadang-kadang boleh buat kita tersenyum suka,,,



Blogger news

Blogroll