1.13.2014

Jalan : Kisah aku dan sayur kangkung...


Masa cuti sekolah bulan Mac tahun lalu, aku telah bercadang untuk menjalankan satu projek menanam sayur kangkung di kawasan rizab pokok serai mak aku (bukan rizab kerajaan). Lalu aku kekedai apek "hardware" untuk membeli biji benih sayur kangkung tersebut. Kalau tak silap, sekitar harga 80sen harganya. Jumlahnya dalam 15-20 biji. Selesai urusan berjual-beli, aku pun pulang dengan lenggang kankungnya kerumah. Aku ambil cangkul dan mula mencangkul tanah yang tak berapa nak gembur itu. Menggunakan sedikit ilmu pertanian, aku membuat batas yang panjangnya hanya sekangkang kera. Kemudian aku ambil tanah abu bakar (bukan nama orang) untuk dijadikan sebagai "CATALYST", bagi menggantikan baja humus. Sungguhpun ia hanya sekangkang kera, tetapi aku benar-benar berpuas hati. Tercetus didalam hati nak jadi pengusaha kangkung yang berjaya suatu masa kelak. Kemudian, aku taburkan biji-biji benih keatas batas tersebut. Lalu aku siramkan air dengan penuh harapan dan penantian. "Kankung, cepatlah besar" kataku berulang kali. Apabila aku pulang semula belajar, saban hari aku menelefon ibuku, setiap kali itu juga aku tanyakan bagaimana perkembangan pokok kangkung-kangkungku. Ibu mengatakan, bahawa ia sedang meningkat naik dan dewasa. Cuti semester aku pulang dengan harapan untuk menuai hasil titik peluhku. Lalu apabila aku lihat batas tanamanku, terkejutnya aku tiada sebatang pokok kangkung pun ada disitu. Ada beberapa pokok lada yang sedang dalam alam anak-anak sekolah. Lalu aku bertanyakan kemuskyilanku kepada ibuku. "Ibu, mana kangkung-kangkungku? " Lalu dengan selamba ibuku menjawab "Mak da cabut dan buang, kucing datang setiap hari melakukan qada hajat pada pokok kangkungmu, lalu tak kesampaian kami nak makan sayur tersebut. Dengan kempunan aku tak dapat melihat hasil tanamanku.
Takpalah... berita gembira hari ini aku terima, kangkung turun harga...  maka tak payah la aku menanamnya...Sekian.

Blogger news

Blogroll