9.30.2010

Jalan : SeMaNgAt BaRu...SiNaR KaMu DiSisiKU..

Jalan yang ini nak berbunyi macam ni..

Dah lama tak rasa bahagia cam dulu-dulu.Hahaha bukan apa sekadar ingin berkongsi sebuah cerita yang macam nak ketawa pon ada tapi ini benar-benar serius taw.

Sesekali aku melihat ke jam di dinding rumah, hampir pukul 1.30, sudah mahu masuk waktu Zuhur. Hari ini hari ahad, tapi bukan macam hari-hari yang lain, hari ini nak balik asrama. Dah lar jarak rumah dengan asrama tu jauh. Lagi -lagi sekarang aku kat umah atuk aku. Punya lar malas nak baklik asrama tue. Tunggu bas,naik bas dan jalan kaki pegi asrama. Emmm takpa lar ini semua buat aku ni jadi orang berdiri atas kaki sendiri atau kata nama saintifiknya berdikari.

Tapi aku sebenarnya suka jugak kalau minggu balik rumah atuk aku nih, nak cerita pasal kisah cinta bertepuk sebelah tangan aku nih. Macam ni ceritanya, kalau aku balik ke asrama aku akan naik bas melalui pekan-pekan kecil macam, Rengit , Senggarang. Jadi nak ceritakan satu cerita tentang Senggarang.

Tiap kali balik ni lah aku akan berharap agar jumpa gadis nih. Sebaya umur dengan aku dan agak-agak ok lah rupa parasnya. Dia ni duduk asrama jugak,kira jiran sekolah aku la. Sekolah aku sekolah lelaki dan sekolah dia sekolah perempuan. Bukan sebab apa, memang aku minat sangat kat budak nih .Tapi aku selalu cakap dalam ati aku, ala..mana lar dia nak pandang orang macam aku nih. Belaja setakat gitu-gitu jer. Nak kata muka pon biasa-biasa jer.

Mula-mula cerita aku jumpa dia masa sekolah agama. Dia sekelas ngan aku, time tu aku kalau tengok dia cam lucu-lucu lar. Sebab kan, kalau dia baca buku sensorang dalam kelas dia akan buat prangai cam budak-budak. Maksud aku sambil baca buku dia angguk-angguk kepala cam mengeja kat tv tue.Kiutnya kalau tengok dia baca aku selalu cakap dalam ati. Lagi satu, kalau time belajar, dia akan buat muka bingung-bingung cam tak paham gitu, tapi yang aku tau dia memang pandai. Soo, lagi tak berani lar aku nak tegur dia atau cakap ngan dia.

Selama ku duk sama kelas ngan dia tak pernah aku cuba cakap atau tegur dia. Sebab aku malu lar kalau depan dia.hahahah lucu lar ko ni pie!!!

Sambung pulak kejadian kat dalam bas. Minggu tu aku balik rumah atuk aku, macam biasa lar hari sabtu aku tolong atuk petik biji kopi.Hoo nak cerita kat korang cari duit bukan senang woo!!
Kopi tu dah lar kecik-kecik nak penuhkan satu tim minyak tanah tu, amik masa beb.Kalau penuh satu tin tu dapat lar dalam RM 8 .00. Tambah semut ngan gatal kat badan.Paling aku tak boleh lupa time tengah panjat pokok kopi tu, aku turun pijak sarang tebuan. Kalau korang nak tengok biji kopi tu macam mana, tengok lar musang dok makan kat sebelah nih.Cam tu lar biji kopi. Musang suka makan sebab manis dan lemak-lemak gitu rasanya. Musang ni kalau lapar dia nangis kalau kenyang pon dia nangis.Kenapa???
Sebab kenyang dia sakit perut, makan kopi banyak sangat.Hahaha...

Yeahhhh berlari aku sepanjang kebun nak lari punya pasal.Tau-tau satu askar tabuan hinggap kat muka aku sengat dekat ngan mata aku.Adoiii...sakit beb.Tak pasal -pasal aku jadi cam Pai Long. Sepet sebelah mata. Tapi nak buat camna kan, tu lar cara aku nak cari duit belanja sekolah dulu-dulu. Sekarang ni dapat duit elaun pon dah kira bersyukur dah. Haa... balik asrama ngan mata bengkak sebelah hahah lucu lar.Macam mana kalu dia nampak aku cam ni mesti dia ketawakan aku kan.

Ahad aku balik lar asrama, naik bas lambai kat atuk aku. Duduk tunggu nak sampai Senggarang nih. Bedebar rasa..haha mintak-mintak dia ada tunggu bas nih naik bas nih.Hahaha bedoa siap pasal nak jumpa idaman hati.Kelakar lah ko nih. Tiba kat pekan Senggarang aku tunggu dia naik ker tak, Sorang-sorang naik dalam bas..Hmmm nampak gaya dia tak naik bas ni lar time nih...

Ntah tak tau ngan tiba-tiba ada penumpang last naik pakai baju sekolah warna puith.Aku tngok jer...Sekali budak tu pusing...Wahhhh!!!! Dia lah..dia lah...muka aku yang tadi sedeh tukar muka ceria gila.Kalau ada orang amik gamba aku time tu mesti lucu gila expressi muka aku..Haahaha..

Masa dia naik tu semua tempat duduk dah penuh.Aku nak bagi dia duduk pon serba salah, yela mana dia penah cakap ngan aku. Sekali tu dia cam perasan ada aku kat dalam bas tu. Dia tengok kat aku, macam nak cakap aku tengok jer lar, mana aku tau dia cakap apa .Dia kat depan aku kat belakang bas. Tapi cara dia tengok aku tu dia cam nak cakap "Kenapa ngan mata awak tue??? "
Mulut dia dok bergerak-gerak ngan mimik muka kesian kat aku...Time tu aku dah macam apa ntah, melayang jer rasa..lalalala....Tak sedar pon mamat bangla yang duk sebelah aku dok tengok aku semacam.Hahahah..pelik budak sebelah aku nih..

Semua tu dah berlalu dah.Sekarang nih cuma jadi kenangan aku jer.Kalau korang nak tau kenapa aku tulis dalam nih.Sebab kalau aku ilang ingatan maka aku masih ada benda yang aku boleh rujuk balik. Sebab aku sayang kat semua kenangan nih. Kalau ilang hmm mesti sedeh kan.

Takpa lar jalan-jalan pon sekarang dia bahagia ngan orang yang dia sayang.

Aku pulak???

Masih macam dulu, sekadar memendam rasa jer.Takpa lah walau hanya sekadar melihat dari jauh...

Jalan-jalan ingat jugak hahaha...Lucu lar ko ni pie

Jalan: teringat pada masa lalu...

Jalan yan nih tak pulak bunyi macam nih...

Salam korang sumer, kau dah lama tak menulis,bukan apa cam takda mood sebab mengharungi hari-hari yang kian mencabar. Dah larr kena tinggal ngan cik gadis. Hmmm takpe lar cik gadis pon tak tau apa cita aku pon teruskan lar hidup aku nih.

Okeh aku nak tanya korang lah, agak-agak la kan, ada ke situasi cerita yang macam seakan-akan citer kat tv ke..filem ker yang sama cam idup korang ?? Mesti ada kan hahaha..cam nih aku ada story nak molly kat korang.

1. Kalau kita suka kat seseorang tu kan, kerana terlampau sayang sangat kat dia , walaupun orang yang kita suka n cintai itu ada peristiwa hitam. Namun semua tu tak melunturkan cinta korang pada dia . Teka cerita apa??

2. Lagi satu, korang minat kat mamat atau minah nih, dalam masa yang sama korang nya kawan baik pon suka kat korang dalam diam. Dia sanggup wat apa saja nak buat korang senang hati, yela kan kawan kan.Waktu tu korang macam tak sedar perkara tu sedang berlaku, sampai lah satu masa semuanya terungkai dan korang rasa menyesal sebab tak paham perasaan dia. Ala ni senang jer try lar teka...

3. Dilahirkan dalam family yang mengutamakan agama sebagai pegangan yang kuat dan jitu. Korang memang tak paham bab-bab nak berjiwang nih, sebab perkara yang melalaikan. Jadi korang akan kjawin terus bila jumpa atau orang masuk meminang, tapi dalam pada masa yang sama, kenalan korang yang minat kat ko masih mencari-cari cinta sejati. At last, korang memang dijodohkan oleh takdir..haha senang lagi..cita apa??

4. Cita nih pulak, korang memang sedang mencari cinta, cari dapat kena tipu, cari lagi kena tipu lagi, bukan apa kena tipu pasal pasangan korang curang n bukan tru love korang. Last-last datang pulak rami orang yang suka kat korang macam orang nak gila dibuatnya. Korang mula lah gelabah puyuh nak memikirkan masalah nih. Tapi dalam masa yang sama ada sorang nih yang benar-benar ikhlas kat korang...Teka la beb..

Korang jalan-jalan ingat-ingat jugak lah wei

9.23.2010

Jalan: ApA MaKnA SeMua???

Jalan sedih berkisarkan begini...

Kalau anda seorang gadis yang sedang berfikiran waras dan sihat. Saya ingin ajukan satu soalan.

"Antara lelaki baik dan jahat mana anda pilih???" Jawab sendiri dalam ati ada kena mana-mana tak.Sory pasal dah lama tak post sebab banyak keja yang kener settel dalam minggun nih. Macam ni lar aku lepas raya. Bila raya jer dan selepas tu mesti ada jer yang tak kena. Sebab bnyak berlaku dalam seminggu nih.

Mulakan dengan kisah aku nih, hari sabtu minggu lepas. Aku telepon cik gadis yang dah lama tak dengar kabar. Macam mana dia skang, pasal aku memang dah tak mau contac pasal tak mau dia tergangu study. Ntah macam mana dia pon skarangd ah lain lar, lambat jawab tepon dan kalau dapat cakap pon sekejap jer.

Tapi kali ni aku dapat cakap lama, ingat macam dulu lagi dapat lar balik semula jadi cam dulu ok jer. Tapi memang tak semua mimpi dan kisah indah akan berlaku dalam idup kita setiap hari. Keesokan harinya, aku bangun awal sebab nak kejut cik gadis bangun tido,dapat solat awal.Call 2,3 kali tak dapat. Maybe penat kot...

Selesai solat, try call lagi tak angkat jugak, lepas tue aku sambung wat asgment.Cuba sedapkan ati nagn bagi alasan-alasan yang baik dalam fikiran. Maybe dia tngah tido,atau solat nanti dia msg alr kaklu dah siap...Aku sebolehnya nak fikir baik2 jer.

Try call lagi tpat kul 8.00 ingatkan sumer dah clear so gadis dapat angkat..Keputusan nya sama jer.Tiada jawaban..Mungkin gadis sedang tidur lagi atau wat keja rumah...Trus mendail dan mendail setiap setengah jam..Aku mulai risau akan apa yang tngah berlaku. Hantar msg dan try call no lagi satu.Masih juga sama.

Mula tersenyum sebab tngok beberapa lampiran kuning sudah siap berisi. Ini bermakna sumer assigment aku dah siap..Tapi masih juga gadis tak menagkat telepon..Mana dia pergi yea..

Hinggalah pada jam 6.36 petang, ada msg masuk dari gadis...

"Dah nak gerak balik tmpat blaja"

Aku punya pelik knap baru ptang dapat msg, try tanya "Knapa tak angkat tpon?"

Gadis jawab " Maaf sbb tak angkat, ada pkara nak bg tau"

"Apa dia?? " aku baals balik..

"Saya dah lama nak bg tau tapi takut" gadis balas

"Apa dia bg tau je" aku tanya.

"Ini akan myakitkan ati awak " gadis balas lagi

"Apa dia bg tau je, saya dngar" aku balas balik,..

"saya tak mau tipu diri saya ngan awak" gadis tlis.

"pelik.."aku cakap.

"sbnarnya saya suka org lain" gadis cakap.

"sapa?"aku tanya

"my fren" balas gadis....

spanjang msg yang lain sume penuh ngan kata dan tanda tanya.

LAST Soalan aku kat dia"

"tak cukup baik ker saya banding ngn dia"

"Baik, awak baik dia jahat sbb tu saya pilih dia"

So,pmpuan kat luar sana, kamu minat ker lelaki jahat ...Aku punya lar PELIKKKKK!!!!!

pIE jalan -jalan ingat jugak lar sket2

9.17.2010

Jalan: KeMbAlI mEnYuLam KaIn

Jalan yang ini terus bersambung...

Hari ni aku balik semula ke IPG KKB, semalam mak dan ayah n adik2 aku antar kat bustand. Sesekali aku dapat rasa yang mak tak mau aku pergi jer macam selalu. Mungkin ia memang satu lumrah bagi mak terpaksa lepaskan aku pergi belaja jauh. Ala jauh pon still dalam Malaysia.. Tapi aku kena paham, semua memang akan berlaku cam tu besok pon kalau aku ada anak ( cheeeh berangan ada anak, blaja pon tak abih) mesti akan rasa cam tu.

Kalau diikutkan ati nak jer aku duk dekat, tapi memang ati kata boleh, realitinya hampeh..mana bole suka-suka tuka tmpat belajar, ingat ni sekolah bapak ko punya ker ho3...Tapi takpe, atas iltizam dan semangat didik yang tinggi aku akan terus belajar dan terus menyulam kain yang masih lagi kosong dan belum cantik sulamanya.

Apa-apa pon kat kawan-kawan aku yg masih dok umah.. Assigment-assignment kener wat jugak ho3 aku ni pon tngah pening-pening kepala dok buat kat hostel nih.

Kalau raya taun ni aku balik masa raya dah ke berapa nih, kalau dulu raya ke 3 aku dah duk kat hostel sensorang dah..Seram sioooot...

Masa dulu mana boleh jalan lagi..jalan-jalan ingat jugak yea.

9.14.2010

Jalan : KiSaH sEoRaNg bUdAk LeLaKi...

Jalan yang ni berkisahkan seperti ini...

Tanggal hari ke sembilan belas, bulan ketiga dalam tahun itu.

Lahirnya budak lelaki ni penuh dengan kegembiraan, anak pertama bagi sepasang suami isteri. Yang mana ianya lahir dari bibit percintaan dari seorang lelaki dan perempuan. Masa terus berlalu, dia tidak mengerti apa yang bakal dilalui sepanjang hidupnya. Yang dia tahu hanya menangis dan meminta susu bila lapar. Ibu dan ayahnya hanya mampu menuruti kerana dia tidak mengerti apa-apa. Seperti sehelai kain putih yang masih kosong dan tidak bercorak.

Bermulanya setiap hari mentari yang memulakan hari, bermulanya pencorakan kain itu. Dari putih, bercorak sedikit demi sedikit. Melakar corak dan warna yang di sulami dengan tangis dan tawa. Begitu juga dengan insan sekelilingnya, melihat dia membesar dan terus belajar.

Daripada berbaring, merangkak dan belajar berjalan. Dari hanya mampu menangis mampu bercakap.Segalanya bermula dengan impian dan cita ibu dan ayahnya.

Zaman kanak-kanak bersama datuk dan neneknya, bersama melihat apa itu ayam dan kucing. Mengenal pepohon yang menghijau dan bersama-sama merasai manisnya madu dan pahitnya kopi. Corak yang tadi semakin hari semakin bertambah dan bercambah.

Menginjak pada umur sekolah kecil atau main - main, melihat ibu menunggu disebelahnya, dikala ibu guru sedang mengajar. Menangis apabila ibu meminta untuk pulang, berasa selamat di sampingnya. Mujur ibu saudara kecilnya berada disampingnya, berasa ada semangat untuk melihat ibu menghantar kesekolah dan pulang. Semakin hari corak itu bertambah.

Meneruskan penuntutan ke sekolah yang lebih formal dan bersepadu, berada di tahun pertama berasa kecil bila melihat saudara-saudara besar berada disekelilingnya. Berbekalkan wang saku yang begitu besar pada masa itu. Belajar berbaris bersama teman -teman untuk membeli sepinggan mee dan segelas air sirap. Terasa seronok bertemu mereka setiap hari. Seakan ada semangat baru yang lahir setiap pagi hari sebelum mendi dan kesekolah.

Mengenal tulis dan baca dari bapak guru dan ibu guru, menanti mereka mengatakan baik dan bagus kepadanya. Melihat ada rakan perempuan yang cantik di matanya, cuba mengenal cinta dan apa erti suka.Hanya sekadar bercanda. Bermulanya lakaran episod dan slot baru dalam lakaranya.

Mula meneroka dunia remaja, bersama seiring dengan mulanya idea tarian patah di Malaysia. Mengenal "Six Steps" dan "wORm" kemahirannya. Tidak dilupa pernah melakar"Jack Hammer" bersama kumpulannya. Tapi semua tak lama, semua tidak kekal bersama. Zaman kecelaruan identiti mula melakar di atas kain putih tadi. Kini penuh warna-warni yang semakin hari semakin bercorak dan bertepek diatasnya.

Terus fokus dalam pengajiannya, atas sebab pesanan suara semasa sedang seronok bermain pesta bola asrama. Segala perkara dilakukannya semata-mata ingin lihat ayah dan ibu bahagia. Pertama kali berhadapan dengan satu ujian dunia yang menentukan suku hidupnya. Bila dilihat di atas kertas keputusannya tersusun kemas angka huruf besar pertama sebanyak lapan semuanya. Ibu dan ayah menangis gembira.

Tapi apakan daya nasib anak petani sepertinya, bukan mudah untuk masuk ketempat yang bergelar maktab rendah dan penuh. Semua memerlukan biaya dan not kertas berwarna-warna. Mula bercita-cita tidak mahu menyusahkan kaum keluarga. Belajar di tempat yang sama dan terus bersama teman yang setia. Berasa sedikit cemburu melihat teman -teman yang keluar semata-mata melihat tempat baru ada semua yang baik dan bagus disana. Biarkan mereka, kerana dia merasa masih banyak yang perlu dicanting diatas kainnya, masih banyak ruang kosong yang belum digunakanya.

Walau berbekalkan apa yang ada di tangan dan di sekelilingnya dia cuba untuk melakar terus merlakar. Berjaya menghabiskan pengajiannya dan terus mencuba untuk keluar dari kepompongnya, Ingin melihat dunia luar katanya. Berpindah dari selatan ke timur untuk menuntut sebanyak mana warna yang ingin dilakarkan diatas kainnya.

Pernah melalui masa ingin berkongsi warna dan cerita bersama insan yang berkaum hawa. Bahawa sudah yakin ingin memasukkan si dia didalam bab hidupnya. Namun bukan semua cerita berakhir denagn penamat yang gembira kerana hanya terhenti di pertengahan atas dasar persimpangan.

Sesekali merenung ke jalan yang pernah dilaluinya, ingat-ingat juga pada mereka. Jauh lagi ya...

9.13.2010

Jalan: RaYa tAhUn 2010...

Sejarah bermulanya jalan macam ni...

Raya tahun ni family aku sambut biasa-biasa jer..Korang nak tau sebab apa start nak raya aku ilang beberapa post. Macan ni citernya.

Masa last day puasa aku bangun pagi-pagi try nak connect internet. Wireless ok, tapi DSL tak idup. pelik??

Aku angkat tepon, takda bunyi lansung. Bsok paginya aku tengok wayar tepon tu dah jatuh kat bumi sebab kene hempap pokok. Hissh nak wat camna nih..?
Aku pon tepon akak telepon

"tUUT...TUutt..."

"Selamat pagi, boleh saya bantu?"

"Saya nak buat report,wayar telepon depan umah saya kene hempap pokok"

"Ooohh,. wayar tu kat jalan ker, kat umah??"

"Dah kat depan umah, kompom kat jalan kak"

"Dia putus, tepon umah pon tak boleh wat telepon ke?"

"Kompom tak bole tepon kak kalau wayar da putus.."

"Internet ok tak? DSL tu ada kaler tunjuk"

"Tak boleh nak internet pon kalau tepon da tak idup"

Aku punya ler pelik, akak ni baru masuk keje semalam ker apa? Kan senang kalau dah wayar putus kene hempap kompom telepon internet sumer tak jadik..Ingat tepon umah aku wireless apa..

hAHAHAHAHA...

Pas tu aku tunggu lar, mana lar pakcik telepon tak sampai betulkan, aku balik kampung malam tu ari semalam aku balik. Tengok wayar tepon yang putus tu makin pendek..

Haaaa..ni tak lain dan tak bukan itu kabel sudah kena curik daaa...Hahahha nampak gaya ada lar orang tak duit nak beli baju raya dapat duit nak beli lepas jual kabel..hoho2

Apa-apa pon tadi dah betol pon telepon rumah aku, terus masuk post baru ho3...

Terima Kasih Kat Pakcik-pakcik telepon sebab dan betulkan wayar tu..

Jalan-jalan ingat jugaj selamat ari raya...Yeeaahhhh...

9.04.2010

Jalan : JaLaN dI dUa pErSiMpAnGaN

Jalan yang sebegini berbunyi begini...

Sesekali kita sering perlu buat keputusan. Keptutsan yang betul dan tepat merupakan satu keputusan yang kita harapkan. Yea lah, kalau nak pilih baju raya sekarang ni pon camtu jugak. Semua kene buat pilihan. Bila kita kat satu simpang perjalanan kita pon kena pilih jalan mana satu kita nak pegi. Sebab kalau tersalah pilih nanti tak sampai ke destinasi yang kita nak pegi.

Kadang-kala ia bukan hanya melibatkan satu jalan atau pilihan yang akan beri kesan pada ketika itu. Ia melibatkan satu keputusan yang akan kekal apa bila kita memilihnya. Manusia sering kali mempertikaikan sesuatu kepurusan yang dilakukannya.

Sebab itu kita akan selalu dengar orang suka bercakap,

"Kalaulah..."

Apabila mereka menyesal melakukan kesilapan dan keputusan yang mereka lakukan. Merungut dengan situasi yang menyebabkan mereka rasa terhimpit dan terdesak. Semua itu disebabkan oleh SATU keputusan.

"Jika" dan "Kalau" ada beza ke tidak?..

Entahlah aku pon belum tentu buat penjelasan. Tetapi bagi aku, "jika" ni akan kita cakap sebelum buat keputusan. Dan "kalau" ni kita akan cakap lepas kita buat keputusan. Betul???

Semua yang kita mahukan dan kita impikan memang ada kaitan dengan keputusan kita. Buat lar keputusan yang baik dan betul..

Jalan-jalan ingat jugak sikit2

9.02.2010

Jalan: BeRtEmU dEnGaN InSaN iStImEwA

Jalan yang sedag berhenti untuk merenungi...

Hari ni aku baru habis SBE( School Base Experiance). Hari ni jugak ada majlis 3 in one kat sekolah aku wat sbe. Majlis khatam quran, restu ilmu dan majlis bagi derma orang fakir dan miskin.

Mulanya aku memang dah tau pon diaorang nak wat majlis ni tapi aku tak teragak ada sesuatu yang sangat istimewa pagi ni. Sebenarnya waktu pagi ini, setiap orang da mula rasa suasana sedih kat sekolah ni. Bukan apa, tapi pagi ni sayu dia semacam.. Mungkin ni sebenarnya dikatakan Jumaat terakhir bagi kita semua dalam bulan Ramadhan. Mulanya aku malu nak join majlis tu sebab yea lar kan aku ni orang mendatang. tapi atas sebab aku ni nak jadi cikgu, so aku kene ubah semua tu. Yeahh..

Pagi tu mula dengan majlis Restu Ilmu, semua cikgu-cikgu berkumpul dan nak sedia salam dengan budak -budak Tahun 6 sempena nak UPSR lepas raya nih. Apa yang aku nak kongsikan dekat blig ni ialah aku jumpa engan orang yang sangat istimewa dan aku salute lar kat dia. Tak lain tak bukan Guru Besar Cemerlang Sekolah Seri Utama ni, Tn Hj Abd Rahim B. Hashim.

Pagi tadi aku jumpa dia, dia nampak sedih sangat, mula majlis Restu Ilmu tu pon dia tak dapat nak berucap sebab dia kata pagi ni perasaan sedih tak tahu sebabnya apa. Pastu masa murid semua dok beratur nak salam ngan cikgu-cikgu semua, aku teringat time aku dulu, aku pon ada buat perkara yang sama sebelum UPSR. Tapi aku rasa sebak bila tengok cara guru besar bagi restu pada semua pelajar lelaki.

Dia peluk dan cium kepala budak-budak tu. Kat sini aku belajar nak jadi pemimpin sekolah bukan sesuatu yang mudah. Macam -macam perkara yang kita kene fikirkan. Dan kalau kita lihat dari gambar ni, aku dapat rasa yang seorang guru itu harus ada sikap kasih dan sayang. Walau kita duduk dekat jawatan yang tinggi namun bukan semua itu jadi penghalang untuk kita adi orang yang baik. Memang budak tu bukan anak kita, tapi aku pegang pada satu kata-kata.
"Jika seikhlas dan sebaik mana kita ajar anak orang tu, macam tu jugak lar cikgu yang akan ajar anak kita"

Aku respect dekat dia sebab, walau apa pon acara yang melibatkan murid atau guru dia akan join. Dan cara dia layan murid dan guru memang bagus. Bukan aku nak puji atau apa2 pon tapi dah memang kenyataan. Lagi aku tertarik masa dia bagi sumbangan untuk anak yatim dengan fakir miskin sekolah ni.

Aku rasa gelaran guru besar cemerlang memang layak untuk dia pegang. Sebab memang ada beza dari segi percakapan dan imej guru dia, yang kita kata bukan di buat-buat.

Haii..bilalah aku dapat jadi insan guru seperti beliau...

Jalan -jalan ngat jugak pie...Ingat nak jadik Cikgu...

Jalan: RaSa ItU iNi...PaTuT kE tAk??

sEKALI dia jalan macam ni da...

Apa korang rasa kalau ada sorang ni kan mulanya macam nak beri kita harapan dan peluang. Segala apa yang dia mahukan kita cuba penuhi dan tepati atas sebab nak senangkan ati dia..

Tapi betol jugak kata mak aku. Kalau bkenalan dengan orang pmpuan ni jangan lebih-lebih takut makan diri. Aku tahu lar yang aku ni bukan lar baik sangat. Tapi sekurang- sekurangnya jangan lar jadikan aku ni cam, tempat persingahan. Ingat aku ni bus stop apa. Bila time hujan cari aku tmpat bteduh bila hari cerah tinggalkan aku...

Aku memang dah jangka pkara ni akan berlaku. Dan sekarang aku tengah rasa cam nak jerit kuat-kuat kat muka dia kata dia "Saya tak mau tngok muka awak lagi".

Tapi aku bukannya nak jadi cam orang tak betol, aku ada belajar emosi, soo kener btindak sebgai seorang yang pro dan secara cekap . Hahaha bakal guru lar katakan. Memang kita marah kalau orang buat kita cam tu. Tapi aku pon kener paham mungkin ada sebab dan musabab dia buat camtu.

Aku harap semua yang terbaik buat kami...

Hmmm.. Pie, jalan-jalan ingat -ingat lar sket...

9.01.2010

Jalan: tErInGaT aTaU...

Mulanya jalan macam ni...

Masa aku tengah tunggu pejabat bukak untuk sign in masuk sekolah aku duduk lar dekat satu pondok bacaan tu. Aku tengok budak -budak baru datang sekolah, ada yang muka segar ada yang masih lagi pisat-pisat mata. Hmm tak kurang jugak yang dah datang awal sebab janji ngan kawan -kawan nak main kejar-kejar.

Masa aku sekolah dulu aku pergi sekolah bukan nak belaja sangat. Aku suka jer jumpa kawan-kawan, rehat makan n main ngan diaorang. Ingat lagi dulu, Judin, Iwan, Sapik, Iwan Sarnin, Pijan Sumar, Zaidi Marbon, Bob, Gombal, E-Han dan Alif. Kalau datang sekolah yang first kita mesti main dulu. Masa aku mula masuk sekolah aku suka main bola tin. Dia lebih kurang cam ice hokey bntuk bolanya tapi yang ni buat dari tin minuman cam pepsi tu. Gelanggang dia meh aku tunjuk..

Haa..ni namanya lorong sekolah,kan sekola ada lorong yang nak bagi pelajar lalu kan. Kat sini lar pertarungan berlaku...Ho3 dulu kalau kelas 2M mesti lawan 2K. Main masa waktu pagi sebelum masuk kelas. Sorang keeper kat belakang main cam bola sepak. Tung -tang, gaduh kalau gol dan tak gol. Ho3 aku suka kalu tengah main-main cikgu datang, berterabur lari ha3...

Tapi semua tak kekal lama sebab...Cikgu tak bagi main lagi, dia kata kalu ada budak main dia kerat kaki..Wakakak..Besok pagi aku datang bawak bola baru ( tin yang sudah dikemikkan) dan...

"Krikk...Krikk..." (Bunyi cengkerik, maksudnya sunyi). Tak da pon budak yang nak main pagi tue dan seterusnya.

Tukar lar game kitaorang jadi Game main Lubang Tikus, yang ni main nak tunjuk terer sapa bole lompat paling banyak dan tinggi halangan. Kalau dulu main paling asler 8. 8 kat sini maksudnya dia boleh lompat tinggi 8 tapak tangan yang di susun secara menegak. Tapi time kitaorang kalau dapat buat 6 tu pon da kira asler...

Aku ingat lagi kalau Zaidi marbon lompat 6 dia punya kaki mesti sangkut kat pagar sekolah.hoooo

Bro bila berjalan ingat2 lar wei...

Blogger news

Blogroll