10.29.2010

Jalan : DiA AtAu dIa...

Jalan kali ini aku nak ceritakan kisah seoang pengembara ilmu dari Batu Pahat ke Kota Bharu.

Suasana pagi itu begitu hening sekali. Deretan kedai-kedai masih lagi gelap dan lampu-lampu jalan masih lagi menyala. Kucing -kucing liar berkeliaran di sekitar kaki-kaki lima kedai dan bangunan. Mencari rezeki sisa makanan yang dibuang oleh orang. Kadangkala kucing -kucing ini sanggup menumbangkan tong sampah untuk mendapat habuan mereka pada hari itu. Jika anjing liar datang, kucing-kucing akan bertempiaran lari menyelamatkan diri. Fitrah alam.

Kelihatan beberapa orang  perebet sapu sedang asyik berbual-bual dan sesekali mata-mata mereka melihat-lihat akan kehadiran bas exspress yang baru sampai ke stesen bas itu. Kedengaran sesekali mereka tergelak dan ada yang sekadar melayan perasaan sambil menghisap rokok. Begitulah semangat kaum Adam dalam membina keluarga. Perasaan mengantuk dan lesu digagahi untuk bekerja mencari rezeki untuk suapan anak dan isteri. Inilah dikatakan pengorbanan, tatkala insan-insan lain sedang enak dulit mimpi mereka sudah keluar mencari nafkah.

Udara dingin pagi itu tidak mematahkan semangatku untuk terus bertahan menunggu bas pertama untuk ke Pengkalan Chepa.Hari itu merupakan hari Sabtu dan hari itu aku perlu segera pulang ke Maktab Perguruan Kota Bharu. Banyak lagi tugasan dan urusan yang aku tinggalkan semasa cuti menemui keluarga. Perjalanan dua belas jam tidak mematahkan semangatku sebagai seorang pengembara. Pengembara ilmu.

Sesekali mata ini melihat jam ditangan. Walau murah harganya tetapi masa yang dipandu amat berharga. Kadang-kadang terdetik dihatiku, mengapa ada jam tangan yang mahal harganya. Mencecah puluhan ribu. Adakah memakainya memberikan si pemakai waktu sejam lebih dari si pemakai jam yang murah ? Mungkin masa mereka lebih berharga. Cuma sekadar mungkin. Pendapat tidak salah.

"Masih 6.15 " bisik hatiku.

Rasa mengantuk sudah lama hilang sejak turun dari bas tadi. Ketika itu ada perebet -prebet sapu yang menawarkanku perkhidmatannya. Tapi aku seperti tidak berminat untuk menggunakan khidmatnya. Sesekali menunggu bas dan duduk di sekitar stesen bas itu apa salahnya.

Sedang asyik memerhati keadaan sekeliling aku ternampak kelibat seorang lelaki. Usianya mungkin masih di awal empat puluhan. Berkaki ayam, berpakaian compang-camping dan berkain pelikat. Lusuh kelihatan warnanya. Sedang dia berjalan, mulutnya terkumat-kamit seperti sedang berbicara. Tangannya melilau menunjuk arah sana dan sini seperti sedang ditanya arah oleh seseorang. Sebelah tangannya pula tergenggam kemas sebungkus nasi lemak yang sepertinya baru diberikan oleh seseorang. Ihsan sesama manusia.

Aku hanya melihat dan sesekali memerhatikan arah mana lelaki itu pergi. Tidak lama kemudian,  kelibat lelaki itu sudah tidak kelihatan. Selang beberapa lama kemudian aku seperti melihat kelibatnya datang kembali di sekitar tempatku duduk.

Kali ini dia seakan mecari sesuatu. Nasi lemak ditangannya sudah tiada, mugkin sudah menjadi alas perutnya. Kira-kira beberapa depa dihadapanku ada sebuah meja kayu yang diletakkan untuk menjadi tempat letak beg. Mungkin. Di atas meja itu terdapat tin minuman ringan yang ditinggalkan oleh seseorang.

Dalam beberapa ketika lelaki itu menghampiri meja tersebut. Tangannya dihulurkan untuk mengambil tin minuman itu. Di angkat tin itu dan digoncang-goncangkan. Telinganya didekatkan bagi mendengar adakah masih ada lagi sisa air yang terdapat didalamnya. Masih ada. Lalu disuakan mulutnya untuk meminum sisa air tersebut. Jumlahnya mungkin tidak sampai seteguk. Cukuplah untuk membasahkan mulut yang mungkin kepedasan kerana sambal nasi lemak tadi.

Selesai minum lelaki itu seakan tercari-cari akan sesuatu. Tangannya masih memegang kemas tin minuman itu. Lalu dia membuka langkah menuju ke arah tong sampah yang paling hampir dengannya. Tin itu dimasukkan kedalam tong sampah dan dia terus berlalu pergi.

Kagum. Itu yang aku dapat katakan. Jika ingin aku tanyakan kepada kalian siapakah yang lebih betul dan waras ? Insan yang meninggalkan tin itu diatas meja atau lelaki separuh tiang yang membuangnya kedalam tong sampah. Aku yakin dan pasti  orang yang meninggalkan tin minuman itu seseorang yang mampu, berduit, tahu memesan dan membayar harga air itu. Pendek kata ada akal dan fikiran yang waras.

Jauh aku berfikir mengenangkan peristiwa yang berlaku dia hadapanku. Siapa yang lebih gila ? Dia atau dia ?

Jalan-jalan kita yang waras ini, jangan tinggal tin minuman merata-rata kerana mungkin orang yang tak waras akan menolong membuangkannya.

10.28.2010

Jalan : SiApA aKu PaDa KaMu...

Jalan ini tentang kawan aku...sedih jugak kalau diimplementasikan.


Hujan bulan Oktober sudah bermula, beginilah setiap tahun apabila tiba musim tengkujuh pada hujung tahun. Hujan ini mengingatkan aku tentang kisah aku dan kamu. Kisah satu masa yang pernah terjadi dan berlaku antara aku dan kamu.

Masih segar dalam ingatanku tatkala kita bersua muka buat pertama kali. Aku tertarik kepada gerak - gerimu, setiap tutur katamu menarik minatku. Aku percaya bahawa kamu begitu jujur dalam setiap perlakuanmu, sehingga aku menanam cita-cita untuk mengenalimu dengan lebih rapat lagi. Apakan daya,  rasanya sukar untuk mendekatimu, lantaran diriku tidak sepertimu, kamu pintar, cantik dan mungkin kamu sudah berpunya.

Seakan tidak percaya yang aku bisa berbual denganmu, pertama kali aku bisa bertentang mata dan menuturkan sepatah dua kata yang sebenarnya membuatkan aku bahagia. Adakah ini sebenarnya titik pertemuan dan perkenalan kita. Aku mengharapkan ia akan terus berkekalan dan berterusan. Mungkin.

Seperti yang aku jangka, segala tanggapanku kepada hubungan kita adalah benar. Semakin aku mengenalimu semakin  gembira kurasa. Setiap kali kita bersua muka di kaki lima sekolah, ketika itu kau sedang berjalan bersama teman-temanmu yang lain,  aku sempat memandang ke arahmu, lalu kamu balas dengan senyuman tersipu-sipu malu.

Dari hubungan sebagai rakan dan kenalan setingkatan kepada hubungan kenalan rapat. Masih ingat akan perbualan kita di telefon.

"Awak sudi jadi abang angkat saya ? " tanyamu kepadaku.

"Sudi, saya sudi " balasku segera.

Berbunga hatiku ceria apabila mendengar ungkapan itu dari bibirmu. Jika aku bisa memberitahu perkara ini, kepada semua insan didunia bahawa hari ini,  adalah hari indah buatku akan aku katakan kepada mereka semua.

Maka bermulalah kisah kita berdua, setiap hari selepas kelas aku menunggumu, walau bukan untuk bertemu, cukuplah memandangmu dari jauh apabila melihat  keluar dari kelas.Setiap kali kita keluar bersama rakan-rakan yang lain untuk keluar outing. Ingat pada hari itu kawan -kawan kita menyindir keakraban kita.

"Kalau ada kau, mesti ada dia, korang ni ada apa-apa ke? " kata mereka.

Tersenyum aku bila mendengar sindiran itu, berbunga ceria dan bahagia bila mendengarnya. Di tambah dengan kamu tersenyum malu sambil memandangku. Sepertinya ada sinar harapan dalam matamu yang buat aku yakin untuk memilikimu.

Dan ketika kamu bersedih menghadapi hari-hari sukar menjelang pepriksaan SPM aku sedia mendengar setiap luahan hatimu. Dari perhubungan adik dan abang kita bertukar menjadi sayang. Pertama kali kamu hantar pesanan ringkas yang berbunyi.

Syg..syg wt ap tu ?

Seakan  tidak percaya akan apa yang kubaca, dan bermula tika,saat serta detik itu aku percaya yang kamu hanya ada aku dan aku juga cuma ada kamu. Tapi panas pagi hari tak sampai ke petang, rupanya hujan di tengahhari. 

Ingatan aku pada hari itu benar-benar menyiksa batin dan perasaanku. Seawal pagi aku menerima pesanan ringkas darimu.

"Slm, abg, Ina nak kenalkan abg dengan buah hati Ina. Jmpa kt food court yea nti"

Fikiranku menyangka itu gurauanmu, aku percaya yang kasih kita berdua bukannya plastik dan utuh seperti selalu. Buah hati yang dimaksudkan oleh kamu itu adalah aku.Aku percaya padamu. Mana mungkin kamu akan melukakan hatiku. Kekasihmu. Lalu aku lekas bersiap dan pergi menemuimu di tempat yang kamu janjikan.

Sepertinya kau lewat seperti selalu, tapi itu tidak mematahkan semangatku. Sepincing masa berlalu aku melihat kelibatmu. Tetapi ada seorang jejaka yang ada disampingmu. Seakanku kenal akan wajahnya. Mungkin rakan atau salah seorang kenalanmu, bisik hatiku.

"Salam abang, kenalkan ni lah buah hati Ina" katamu kepadaku.

Seluruh jiwaku bergolak ketika itu, seakan tidak percaya akan insan yang berdiri dihadapanku itu adalah kekasihmu. Aku ingin sekali bertanyakan kepadamu adakah semua ini dusta dan gurauanmu belaka ??? Katakanlah bahawa semua ini dusta belaka. Sepanjang pertemuan itu aku merasakan yang aku sedang menyaksikan satu drama. Kamu tersenyum mesra sambil bergurau senda bersamannya, sedang aku melihat dan sesekali tersenyum pahit kerana aku mersakan yang aku sedang ditipu. Di tipu hidup-hidup!!!

"Emm.. Ina, abang nak balik dululah, ada kawan mesej nak mintak tolong buat kerja sikit, maaflah tak dapat temankan Ina dengan Afiq lama-lama" kataku kepadamu.

"Ala...abang dah nak balik, tunggulah kita pesan makanan dulu" balas Ina dengan nada merayu.

Aku terus berlalu pergi, aku sedar yang kehadiranku itu umpama insan yang tidak diperlukan. Langkah longlai kakiku ini ketika pulang ke asrama. Sepanjang perjalanan aku memikirkan peristiwa yang baru aku  alami tadi. Sebatang demi sebatang rokok aku hisap dan nyalakan. Sepertinya aku sedang kebingungan dan dalam keadaan yang amat sedih serta tertekan.

Guruh dilangit berdentum menandakan hujan bakal turun. Seakan langit sedang menangisi kesedihanku. Lalu rintik-rintik hujan mulai turun membasahi bumi. Ketika itulah aku meneruskan perjalanan dalam hujan dan dalam kedinginan suasana. Diselubungi perasaan sedih dan pertanyaan yang menyesakkan nafasku. Hujan semakin turun dengan lebatnya. Semakin lebat hujan turun, semakin laju air mataku menitis.

Bayangan kisah kamu dan aku silih berganti menjelma dalam benakku. Sesekali aku mengesat air mata yang sedang bercampur dengan titisan hujan. Aku bertanya kepada diriku , adakah ini semua benar ? Atau kamu hanya mahu mengujiku ? Atau kamu benar-benar sedang bersamanya ? Seribu pertanyaan mencengkam dan menerjah fikiranku. Seluruh tubuhku lenjun dibasai hujan. Hancur luluh hati ini hanya Tuhan yang tahu.

"Siapa abang ni pada Ina ? "

"Abang, abang angkat Ina "

Masihku ingat kisah itu ? Ingin aku putar semula kepadamu. Tapi aku ingin kamu tahu yang aku bukan seperti yang kau sangka, aku tidak lagi menagih kasihmu.

Hujan bulan Oktober masih lagi turun, kesejukan dan kedinginannya makin terasa. Tapi aku  bersyukur kerana aku masih ada kehangatan kasih dari -Nya.

p/s: Salam, kisah ini sebenarnya kisah salah seorang sahabatku. Aku nukilkan untuk jadi pengajaran untuku.

Jalan-jalan dalam hujan, hujan bulan Oktober.

Jalan : MeNgApA ???

Sesekali aku ingin mencuba berdialog bersama seseorang yang amat aku suka...

         Sepertinya hari ini seakan-akan baik cuacanya. Mentari menyinar terang dan hangat bahangnya begitu selesa mendakap setiap tubuh yang merasainya. Sang bayu bertiup beralun-alun dari arah laut menambahkan lagi suasana pagi yang sememangnya hari yang begitu sempurna. Itulah bukti Allah S.W.T masih sayangkan hamba-hambanya. Biar pun ada segelintir hamba-hambanya yang ingkar atas suruhannya. Kasihnya tetap tidak pernah berubah dan tidak luntur keagungannya.

         Setiap hari seawal enam setengah pagi Wak Comat akan memanaskan motorsikalnya. Memakai baju sejuk sambil mengepit puntung rokoknya untuk bersiap-siap pergi ke baruh. Begitulah rutinnya setiap pagi. Jika hari itu hujan, maka dia akan memakai baju hujan. Bila ditanya hendak kemana, tangannya akan menunjukkan arah baruh. Apa yang di carinya ?

"Boon, ganti spoket motor ni. Dah tajam lah " ujarku kepada Ah Boon, mekanik motorsikal.

"Nak yang mahal ke mulah ? " tanyanya lagi.

"Ala..mana-mana aje lah janji ok" balasku kepadanya. Dia mengangguk tanda mengerti.

"Kang Keong tak balik ke cuti ni ? " tanyaku kepada Ah Boon, Kang Keong anaknya, sebaya umur denganku, rakan sekelasku.

"Dia sula balik ali tu, sikalang balik sana belajar la.." terang Ah Boon.

Kelihatan Wak Comat sedang asyik menghisap rokoknya, sambil duduk memerhatikan Ah Boon melakukan kerjanya. Aku memerhatikan setiap perlakuan lelaki ini. Ketika dia sedar bahawa aku sedang asyik memerhatikannya, aku melemparkan senyuman kepadanya sambil menganggukan sedikit kepalaku tanda hormat.

"Kue anak'ie sopo ? " tanya beliau kepadaku. Bahasa Jawa yang dia gunaka itu bermaksud engkau ni anak siapa.

"Anak'ie Asir, Mat Lokan" balasku dengan bahasa Jawa juga.

"Oo...kue iki putu'ney Sotol yo' " kata Wak Comat semula. (Jadi kau ni cucunya Sotol lah yea ). Sotol ni gelaran arwah atuk aku.

Aku hanya mengangguk tanda setuju. Dia terus menghisap puntung rokoknya, sesekali matanya melihat ke arah sekolah di seberang jalan dan melihat jan di tangannya.

Pulang dari bengkel motorsikal itu aku masih tertanya -tanya macam mana dia boleh mengecam aku. Maksud aku ialah sebelum ini aku tak pernah bercakap dengannya.

"Mak, Wak Comat tu buat apa kat kedai Boon tiap hari ?" tanyaku kepada makku.

"Ntah, katanya tunggu anaknya balik sekolah, tapi setahu mak orang ada cerita anaknya dah abis sekolah" balas makku.

"Taklah, tadi dia tanya aku, "Kue putu'ney Sotol yo". ujarku kepada ibuku.

"Ala..ari tu dia tanya mak " Kue iki mantunyo kit'ing yo' ? ( Kau ni anak menantu Kit'ing kan ? ) Kit'ing ni gelaran nenek aku.

Macam mana dia boleh kenal keturunan seseorang itu dengan menatu-menantunya sekali aku pon tak tau nak komen. Ada deria istimewa kot.

Memang kasihan kalau dilihat pada keadaanya, sepertinya dia menunggu seseorang setiap hari tanpa jemu. Seolah-olah  yang ditunggunya itu adalah seseorang yang begitu istimewa.  Ada juga dalam kalangan orang kampung bercerita yang dia sedang menunggu ibunya. Pada hakikatnya ibunya sudah lama meninggal dunia.

Entah mana yang betul atau salah semua itu sekadar cerita orang. Alangkah baiknya sekiranya ada orang begitu setia menunggu kita setiap hari. Seakan begitu diri ini dirindui olehnya setiap masa.


Jalan-jalan lihat arah baruh, sedang marak awan hujan menuju kearahku...

10.27.2010

Jalan : sAtU rInGGit...

Jalan kali ini saya nak ceritakan betapa saya mengaku yang saya tidak malu lahir dalam keluarga yang susah.

Saya ingin bertanya kepada anda sekalian. Berapakah nilai wang satu ringgit pada hari ini ?. Cukup besar bagi anda atau tidak ?. Atau mungkin ia masih lagi bernilai  dan bermakna bagi anda ?. Tidak dinafikan kalau zaman ibubapa kita usahkan satu ringgit, 20 sen itu juga sudah benar-benar besar nilainya. Kalau di ceritakan hilang 10sen sewaktu itu sudah menangis tak berlagu. Zaman benar-benar sudah mengubah kita.

Ingat lagi sewaktu aku berada dalam tahun 1 di Sekolah Kebangsaan Belahan Tampok. Ketika itu murid tahun satu diberikan rehat awal sedikit dari murid tahun 4,5 dan 6. Masa rehat itu saya gunakan untuk bermain kejar-kejar bersama kawan-kawan kelas yang lain, ingat lagi Azizi dan Shafiq menjadi teman bermain.

Penat bermain saya duduk di kaki lima kelas tahun 6. Sewaktu itu ada seorang guru yang sudah agak tua juga umurnya. Dia sedang mengajar matapelajaran Kajian Tempatan. Ketika itu dia sedang bercerita kepada anak-anak didiknya akan nilai barang yang ada sekarang.

"Saya nak tanya kepada kamu semua, berapa harga sepinggan mee goreng di kantin sekarang ? " tanya guru lelaki itu.

"Lima puluh sen cikgu " salah seorang murid lelaki menjawab.

"Tiga puluh sen cikgu " seorang murid perempuan mencelah.

"Baik, jika saya katakan bahawa pada masa ini, sepinggan mee goreng itu akan menjadi dua ringgit sepinggan pada masa akan datang, adakah kamu semua percaya ? " tanya guru itu lagi.

Ada pelajar yang mengangguk setuju dan ada yang bertanya sesama sendiri. Saya yang berada diluar kelas itu turut tertanya-tanya akan keadaan itu. Dua ringgit untuk sepinggan mee goreng. Seakan tidak percaya saya katakan kepada pendapat guru tersebut.

Masih segar dalam ingatan saya,  waktu itu waktu rehat. Saya pergi ke kantin sekolah untuk membeli makanan. Sepinggan mee goreng dan segelas air sirap yang kesemuanya berharga 70 sen. Ada lagi baki di tangan 30 sen. Cepat-cepat aku habiskan makanan dan menuju ke kelas. Masuk ke dalam kelas aku lihat Shafiq sedang mengeluarkan buku-buku dari beg galasnya. Kelopak matanya bengkak dan merah matanya. Sepertinya dia baru sudah menagis.

"Sapik, kenapa ngko menangis ? " tanya saya kepadanya.

"Duit aku hilang " sambil mengesat matanya yang merah. Kelihatan dia hendak menangis lagi.

"Kau ambik lah 20sen aku ni" balas saya sambil menghulurkan syiling 20 sen kepadanya.

"Terima kasih taw, esok aku janji aku pulangkan" bertukar ceria wajahnya apabila menerima syiling itu.

Jalan-jalan ingat jugak aku zaman kalu hilang 20 sen pun dah boleh jadi sedih. Sekarang ni macam mana yea..

10.25.2010

Jalan : SaYa HaNya TeRsEnYuM...

Ini jalan aku juga jalan yang anda pernah lalui.

Sewaktu aku sedang menunggu bas pergi ke Batu Pahat dari Kuantan Pahang aku mendapat satu pengalaman yang mengingatkan aku sedar akan hakikat sebagai seorang bakal pendidik yang mendidik anak bangsa. Ceritanya berlaku dengan secara tidak sengaja dan tidak diduga. Ia bukan rekaan dan juga bukan sekadar bercanda di malam hari.

Tiket bas yang saya beli menunjukkan jam 12.00 tengahari ia akan bertolak. Jam di tangan masih menunjukkan jam 10.30 pagi. Sedang aku mengelamun melihat rancangan Dora The Explorer satu suara menyapaku.

"Awak..awak.." suara seorang perempuan.

Serentak dengan itu aku melihat sekeliling mencari punca suara itu. Rupanya suara seorang gadis yang sedang duduk dihadapanku. Pakaiannya tidak menunjukkan dia seorang gadis perempuan, berseluar jean berkemeja dan ber t-shirt didalam. Aku masih dalam keadaan sedikit terkejut. Laluku menjawab.

"Ya, saya kenapa ?" balasku.

"Awak dulu ada kerja mana -mana tak ?" tanyanya lagi.

Saya menggeleng. "Tak " jawabku ringkas.

"Ooo..aku ingat ngko kerja mana-mana dulu.Dah tu ko ni belajar lagi lah yea ? "

"Ya, saya belajar kat maktab perguruan " jawabku semula.

"Tak lah..aku ada jumpa orang macam ko ni, tapi tak ingat lah" terangnya lagi.

"Akak nak pegi mana ni ?" tanyaku kepadanya.

"Aku nak balik Melaka, aku datang sini nak jumpa mak aku je, dia duk kat Pekan "

"Dah, akak tak duduk ngan mak bapak akak ker ? " tanyaku lagi.

"Tak, aku tak ada rumah, berjalan jer kerja aku " jawabnya sedikit kasar.

"Akak pegi Melaka ni nak jumpa sapa ? sedikit demi sedikit aku mencari rahsia perempuan ini.

"Aku nak jumpa girlfriend aku " jawabnya selamba.

Sedikit terpana aku dengan jawapan dia. Perempuan sukakan perempuan. Apabila dia menyedari yang aku sedang memberikan expresi wajah pelik atas jawapan yang diberikan dia mula bersuara.

"Aku ada girlfriend empat, sebab tu aku pakai 4 handset, aku tak kerja pon, semua girlfriend aku support. Yang aku tau kalau aku pegi cucuk duit, ada je duit dalam akaun" terangnya sambil menunjukkan empat telefon bimbitnya.

"Ko jangan jadi macam aku, merajuk dengan bapak aku, belajar ponteng sekolah hari-hari. Sebab tu aku tak duduk rumah, dah setahun aku tak balik, mak aku cari aku merata. Bila dia tau aku ada kat Kuantan dia datang dari Pekan nak cari aku"

"Dah akak merajuk apa dengan bapak akak ?" tanyaku lagi.

"Biasa la orang tua ni suka berjanji dengan kita, bila dia tak tepati janji tu, aku merajuk la dengan bapak aku. Adik-beradik ramai, bukan semua nak terlayan " balasnya atas pertanyaanku.

Oh..aku hanya tersenyum. Senyum yang dibuat-buat... Bagaimana aku nak menghadapi situasi begini sekiranya anak-anak didiku menjadi sepertinya. Salah siapakah dan atas bahu siapakah ia wajar aku atau kamu letakkan kesalahan itu. Sedikit sebanyak aku mengerti yang dia bukan satu dalam kalangan kita. Semakin lama bangsa kita semakin lari dari landasan dan fitrah nyata. Renungkan dan fikir dimana kesilapan kita ini berpunca.

Jalan-jalan ingat-ingat dan perhatikan....Salam perjuangan pendidik anak bangsa.

10.23.2010

Jalan : KiTa..

Sesekali aku ingat lagi masa aku sekolah kat SMK TINGGI Batu Pahat.

Petang-petang kalau tak banyak kerja sekolah ke atau tak tetap turun main bola sepak la, takraw lah. Sampai kekadang lupa main masa makan malam pon kadang tertinggal.

Kadang kalau time main takraw dekat gelanggang belakang asrama aku sebenarnya suka tengok kat jalan raya yang memang sebelah jer dekat gelanggang tu. Sebab apa aku suka? Sebab, jalan -jalan itu ada banyak ceritanya.

Cerita pertama :

Setiap petang aku selalu nampak seorang lelaki tua, bongkok badannya dan seorang perempuan tua yang ada bersamanya. Lelaki tua tu penarik beca, dia akan bawa isterinya naik beca  jalan- jalan keliling taman, jalan sekitar kawasan Jalan Zaharah. Memang tertanya- tanya mana anak diaorang, tak kesian ke kat mak bapak dia orang cam susah hidup.

Tu tanggapan aku, sebenarnya ada kisah lelaki tua yang sedang bawa beca ni.

"Klon ( nama samaran aku kat asrama ) , ko tengok apa tu ? " tanya Abang Betik ( nama samaran kat senior aku ) kat aku.

"Tak la, tengok pakcik tua naik beca ngan bini dia, romantik ada, kesian ada " balas aku.

"Ko nak tau tak, dia tu dulu gangster besar Singapore" kata Abg Betik.

"Yea jer..tipulah " pantas aku jawab.

"Eleh tak caya...besok kalau kita pegi solat jumaat, salam ngan dia, tengok kat tangan dia ada tatu ular" terang Betik.

So..aku pon dengan lurus bendulnya merangka strategi nak salam nagn pakcik tu masa lepas solat jumaat.

Jumaat : Lepas selesai solat ngan berzikir semua, semua orang balik. Pakcik tu duduk kat saf belakang sekali. Aku pun pegi dekat ngan dia hulur tangan sambil mata ni dok melilau cari tatu ular tu.

Memang sah!!! ada tatu ular kat tangan dia, tatu ular warna biru tapi sedikit pudar warnanya. Aku pun pecaya lah kata-kata Betik pada masa itu.

Nak dijadikan cerita, masa aku form 5 aku baca majalah Mastika yang adik aku beli. Sekali belek-belek aku jumpa artikel pasal pakcik tu. Memang dia betul dulunya gengster besar, ada ramai musuh,  pengikut pon ramai. Jadi sekarang dia pon dah insaf tak mau buat jahat lagi.

Moralnya kita ni hidup cuma sekali tu pon tak lama. Nak banding dengan umat terdahulu pon tak sama. Pakai lebih kurang umur kita dalam area 70 ke bawah atau kalau lebih tu maknanya kita ni masih diberi masa. Cuma sesekali kita ni lupa, lupa dengan hal - hal dunia yang kita fikir tak salah dan tak salah.

Hidup ni umpama roda sesekali di atas dan dibawah. Kalau ada kat atas ingat-ingat kat bawah dan kalau di bawah bila dah duduk kat atas kena ingat -ingat jugak.

Jalan-jalan ingat-ingat lah jugak... Sori kalau post aku bosan kali nih. kering idea beb.

10.19.2010

Jalan : SeMaKiN sIbUk...

Maafkan aku sebab tak dapat nak merangka dan menulis post untuk minggu ini.

Macam -macam yang aku lalui dari bermulanya hari -hariku sehingga kini. Ni pon baru balik dari Malam Aprisiasi Teater.Sudah dua hari menganjurkan kejohanan takraw dan tolong latihan teater. Untuk esok PIC untuk jamuan lajnah.  Hahaha...ni belum jadi JPP lagi dah sibuk...

Apa-apa pon  aku enjoy dengan semua tu. Sehingga kini aku baru mengerti bahawa setiap detik masa itu berlalu meninggalkan kita  tanpa kita sedari adalah detik masa yang amat berharga.

Hargailah rakan - rakan anda selagi mereka masih di samping kita. Hmmm macam - macam yang kami lalui setiap hari dan ketika bersama.

Ini kerana setiap detik bersama mereka adalah satu kenangan yang berharga buat kita selamanya.

Gambar ni masa aku sem 2 foundation
Dari kiri : Mat Lija, Paih , Syapik, Apih ( Roomate aku ) Piji , Pie , Muhaimin alamak Pok Yah mana ??

10.13.2010

Jalan : JiKa kAu TaHu...

Salam aku nak bawakan satu kisah yang aku rasa terlintas nak coretkan kat page blog aku ni...


“Adi...Ayu ni menyusahkan Adi ke ? “ tanya Ayu.

“Ayu...kenapa kata macam tu, kita kan kawan...mana ada awak menyusahkan saya “ balas Adi.

“Taklah...saya takut saya ni menyusahkan awak aje.. Oh yea..macam macam mana belajar ..? “ tanya Ayu.

“Belajar...ala biasalah..ada kelas, kena pegi makmal..buat projek,assignment sana-sini..” balas Adi.

“Tak apa..Adi pandai..tak macam Ayu...” balas Ayu sedikit perlahan.

“Ayu...kenapa ni ?? Selalu Ayu tak macam ni...ada apa-apa masalah ke..? tanya Adi dengan nada sedikit hairan.

*************
“Ayu... Adi ada kenal dengan seorang junior tempat Adi belajar..baik orangnya. Adi berkenan la dekat dia” terang Adi.

“Baguslah tu...Ayu pun tumpang gembira” balas Ayu dengan senyuman.

“Ayu...Adi janji..kalau apa pun terjadi,  Adi tetap tak akan lupakan Ayu..Ayu sorang je kawan baik yang  Adi paling sayang “ jelas Adi pada Ayu sebelum dia pulang pada petang itu.

“Adi...andailah kau tahu...” getus hati Ayu.

************
“Pakcik macam mana boleh jadi macam ni ??? “ tanya Adi dengan nada kekesalan.

“Adi..pak cik tak tahu macam mana Ayu boleh sampai keluar jalan sana...Waktu tu pak cik ada di belakang “ terang ayah Ayu.

“Argghhh....Ayu !!!! “ laung Adi.

“Adi... Pakcik rasa, ayu sebenarnya nak hantar surat ni...dah lama dia nak mintak tolong kirimkan, tapi pakcik sibuk..tak dapat nak hantarkan “

************
Salam Adi...

Maafkan Ayu sekiranya kehadiran surat ini menganggu hidup Adi.
Adi, dah lama Adi tak datang ke rumah, bosan Ayu terpaksa terperap dalam rumah ini. Ayah dan mak sibuk uruskan kedai dengan adik-adik. Kalau Adi datang, dapatlah Ayu keluar rumah, jalan-jalan sekitar taman, makan ais krim sama-sama.

Adi...maafkan Ayu kalau selama ini terpaksa menyusahkan Adi. Ayu tahu, kalau tiap,kali kita jeluar Adi mesti kena tolong tolakkan kerusi roda Ayu. Lainlah kalau Adi keluar dengan kawan-kawan Adi lain yang sempurna, tak payah susah-susah tolak kerusi roda  macam Ayu kan...

Adi...selama ni Ayu pendam perasaan ni dari pengetahuan Adi. Ingat tak masa petang terakhir pertemuan kita. Ayu nak cakap sesuatu pada Adi. Tapi Ayu tak berdaya Adi...Ayu sedar yang Ayu bukan sesempurna gadis yang Adi berkenan tu.Ayu tak mampu nak bawak diri sendiri macam mana nak jadi teman hidup Adi...

Adi..Ayu cuma nak katakan yang Ayu dah lama jatuh hati pada Adi. Maafkan Ayu kalau selama ni sikap Ayu membuatkan Adi tersinggung. Jika Adi tak sambut cinta Ayu ini, Ayu mengerti...bukan layaknya Ayu untuk Adi.
Salam Sayang
Ayu...
pertemuan antara u and i
Jalan-jalan Ingat -ingat yea...

Jalan : SaKiT hAtI...

Dulu ada jugak aku rasa macam ni..jalannya aku buat macam ni...

Hari itu satu ujian buat aku, aku duduk tak kena, belaja semua tak masuk. Masuk kelas macam orang bingung. Muka aku jangan ceritalah, serabut je nampak. Cuma aku nak kongsi kali ini tentang jalan yang buat aku sedar dan faham akan hakikat hidup ini.

Lepas habis kelas aku dengan langkah macam tak ada semangat pergi ke masjid. Selalunya ramai orang tapi kali ini tak seramai selalu. Aku pun ambil wuduk tunggu bilal I'qamat , lepas itu sembahyang Zuhur. Lepas solat satu perasaan yang kuat untuk aku jumpa dengan ustaz yang memang baik dengan aku. Lepas semua makmum keluar, aku tengok je arah ustaz nak pergi mana. Dia duduk dekat tangga.

"Assalamulaikum ustaz "

"Walaikumussalam, haa..Syafie ada apa.." ustaz membalas salamku.

"Ustaz, saya ada benda nak tanya, itu pun kalau tak menganggu masa ustaz.." tanya aku pada ustaz.

"Ehh..tak ada apa..boleh-boleh nak tanya apa" sambil pandang ke arah mukaku.

"Ustaz, macam mana nak hilangkan perasan sakit hati ustaz" tanyaku sambil tunduk memandang lantai masjid.

"Syafie sakit hati dengan siapa ? " tanya ustaz lagi.

"Tak da lah ustaz, kadang -kadang saya rasa macam tu bila saya rasa semua orang nak kenakan saya, gunakan saya, mainkan saya" jawabku atas pertanyaanya.

"Pie.... .tengok daun yang ada di atas pohon tu, adakah  ia akan kekal melekat sekiranya sudah kering dan tua ?" tanya ustaz pada aku.

"Tak ustaz, ia akan luruh " jawabku.

"Luruh dengan izin Allah..., semua yang berlaku atas izin Allah hatta walau sehelai daun kering, kalau kita sedih maknanya Allah nak uji kita, dia nak uji iman hambanya padanya. Tak semua perkara yang kita rasakan kat dunia ni sempurna dan cukup untuk buat kita gembira, ada juga artis popular, orang kaya, orang cantik semua mati sebab bunuh diri tau sebab apa? "

Aku menggeleng kepala.

"Tidak di campakkan nikmat Iman dalam hati-hati mereka" ujar ustaz.

"Syafie opsyen apa ? " tanya ustaz.

"Sains ustaz.." jawabku rimgkas.

"Baguslah tu, fikirkanlah kejadian-kejadian sains, kaitkan dengan kekuasaan Allah, setiap kali kita rasa sakit hati  lembutkalah dengan menyebut nama-Nya" terang ustaz lagi.

"Ustaz kalau masih ada lagi rasa tu macam mana ? " terpacul kata-kata itu dari mulutku.

"Didiklah hati kita itu...jangan kita ikut dia, biar kita kawal dia" balas ustaz dengan senyuman.

Petang tu ustaz meninggalkan aku dengan seribu kesedaran.

Jalan-jalan kita Dia yang menentukanya...Carilah jalan yang benar.

10.12.2010

Jalan : AnDa SaYa CaRi...

Salam kepada semua pembaca blog saya.

Memandangkan semalam merupakan sejarah dalam terciptanya blog saya mendapat the first 100 hits.



So, aku nak buat satu pertandingan. Sesiapa yang inginkan karyanya tersiar disini dan ingin mengasah bakat  anda sila hantarkan saya :

1.Karya anda ( penulisan yang ringkas tentang apa isu yang anda ingin ketengahkan).Panjang tidak melebihi 1000 patah perkataan.

2.Keaslian karya anda, kalau anda ambil orang lain punya, copy and paste saya akan reject at the first place.

3.Biodata anda, nama,alamat URL blog anda sekiranya ada, apa-apa butiran yang ingin anda sertakan sekiranya anda terpilih untuk disiarkan karyanya.

4. Emailkan karya anda di  piouse.syafie@gmail.com

Salam perjuangan anda....saya ada hadiah buat anda. Hanya SEORANG yang terpilih.

Jalan-jalan ingat juga kat saya yea...

Jalan : InBox...

Jalan- jalan aku jumpa sekeping benda kilat..Yang bernama...

SIM CARD

He..he..sapa punya lar dok cicir-cicir nih..buka sikit.
(Aku tukar ke bahasa penuh sebab kalau bahasa sms susah nak paham kadang2... :)


INBOX

18.7.2010
Awak..saya dah selamat sampai kat sini.Ayah dengan mak hantar saya. Awak jangan risau tau, saya baik-baik je.

20.7.2010
Awak..mingu ni saya ada orientasi, harap awak faham, saya minta maaf kalau tak balas mesej awak. Sory tak boleh mesej lama, nanti saya ada lagi program.

23.7.2010
Maaf sangat-sangat awak, saya sibuk hari ni. Mula-mula kena pegi kelas lepas tu ada macam-macam lagi lah kerja tak settle. Hari ni saya dah jumpa kawan-kawan kelas saya. Semua baik-baik, awak jangan lar risau..Sayang awak.

29.7.2010
Salam awak..sory lama tak mesej or call awak..Awak tau tak kelas saya tiap hari habis lewat.Malam kadang ada kelas lah..study group lah..Saya betul-betul sibuk..Sory tak boleh mesej lagi nanti saya ada mesyuarat nih..

8.8.2010
Saya pergi kem tiga hari lepas. Lupa nak beritahu awak awal-awal..Saya nampak awak call banyak kali tak dapat-dapat. Saya jumpa sorang budak lelaki kumpulan saya, dia ni baik sangat..Awak jangan risau, saya sayang awak sorang je..

14.8.2010
Minggu lepas saya tak dapat nak mesej dengan contac. Saya tak top-up pun telefon nih. Lagi satu, awak tak payah lar call saya hari-hari, kadang saya ada kelas pon awak call. Bukan saya tak suka, tapi call awak tu ganggu kawan-kawan saya lah..

18.4.2010
Awak..berapa kali saya pesan kan. Saya kelas sampai petang, kalau awak call saya saya tengah ada kelas. Malu saya tadi bila awak call time kat dalam dewan kuliah.Semua student tengok saya..saya harap awak paham.

27.8.2010
Awak, call saya nanti lah yea.Saya tengah ada perjumpaan ni dengan senior.Ada pekara penting ni nak bincang.

1.9.2010
Minggu ni saya ada ujian.Saya harap awak paham. Saya nak fokus ujian ni. Ni kan saya punya tahun pertama. Jangan mesej dan call taw...Harap awak paham.


7.9.2010
Eh..tak sedar pulak dah nak dekat hari raya, sory tak balas mesej awak ..Saya tahu awak dah kat rumah. Saya balik lewat sikit hari raya nih. Aha..lagi satu, saya tak cuti lama macam awak.So, kalau nak beraya rumah saya bagi tau lah awal-awal yea...


12.9.2010
Saya tengah kat rumah terbuka orang ni. Nantilah kita mesej yea.

14.9.2010
Awak balik sana malam ni yea. Ok..saya still cuti lagi..Sory tak bagi tau awak awal-awal. Boleh awak beraya rumah saya.

20.9.2010
Salam, saya tunggu abang dah lama ni. Abang kat mana ???

20.9.2010
Ehh..sory saya salah hantar mesej kat awak tadi. Saya nak antar kat abang angkat saya sebenarnya.

25.9.2010
Boleh tak awak anggap saya ni macam kawan awak aje..?

27.9.2010
Maafakn saya, saya tak sanggup tipu diri saya dengan diri awak, saya sebenarnya minat kat orang lain...Kawan saya.

1.10.2010
Awak ni tak paham-paham lagi ke ??? Kita dah tak ada apa-apakan..Berhentilah call saya, jangan harap saya nak jawab. Mesej awak ni ganggu hidup saya lah.

2.10.2010
Awak kata awak kat atas bangunan ?? Awak nak buat apa ? Jangan nak mintak simpati kat saya lah. Saya dah tak kuasa nak layan awak.


p/s: Berhantu sih sim card nih...korang ada sapa-sapa nak sim card nih tak ??? Boleh buat suprice kat ex dia....Misteri gitu...
Lagu Tema : Awie - Tragedi Oktober

10.10.2010

Jalan : SuRaT UnTuK aWaK...

Ini kisah aku tapi jalannya kawan aku..

Salam awak,
Nama saya macam tertulis kat I.C saya. Kalau awak jumpa maknanya jumpa lar nama saya. Eh..apa saya mengarut ni. Awak sebenarnya saya nak luahkan isi hati saya. Saya takut nanti awak tak tau kalau saya tak bagi tau..Ehh kenapa saya tulis ngarut -ngarut lagi ni.


Maafkan saya jika penulisan surat ini agak bercelaru, saya gugup sebenarnya nak tulis surat kat awak .Hmm saya nak mintak maaf jugak kat awak selama ini, Sebabnya, saya nak mengaku selalu tengok awak dari jauh. Saya minat kat awak (Malunya rasa...). Saya suka semua cara awak, cara awak bercakap, cara awak senyum, ketawa. Tapi jujur awak saya tak pernah tangkap gambar awak  Sumpah tak tipu ( sambil angkat tangan).


Mula-mula saya nampak awak masa kita ada perhimpunan kat dewan, saya datang lewat hari tu masa saya tengah sibuk cari kerusi nak duduk awak pandang saya, sambil  tunjuk kerusi kosong dekat sebelah awak. Saya malu-malu ambil kerusi tu dan bawa kerusi tu dekat kumpulan lelaki. Masa tu saya tak hirau pun apa sedang berlaku kat sekeliling saya.Mata saya asyik nak pandang awak je. Maafkan saya kalau itu buat awak tak suka. Tapi awak mesti tak ingat saya kan. gembiranya hati saya kalau awak kata awak ingat saya.


Tiap kali habis kelas saya akan duduk dekat cafe, bukan nak makan atau minum cuma nak tengok awak keluar kelas je. Bila nampak awak dengan kawan-kawan, awak saya terus balik bilik saya.Cukuplah kalau saya cuma nampak bayang awak, itu sudah bermakna bagi saya.  Saya malu sangat dengan awak....
Awak nak tau, masa tu saya tengah bawa bahan projek saya ke kelas, tangan saya penuh dengan barang. Tiba-tiba awak lalu dari arah depan, dek terlalu tengok awak kaki saya tersadung,terus jatuh dengan semua bahan projek saya. Awak pandang saya, orang sekeliling saya ketawakan saya. Tapi awak tak, saya nampak awak dengan riak muka kesian kat saya. Malunya saya masa tu, mesti awak ingat saya ni orangnya gopoh kan. Saya cuma gopoh bila jumpa awak aje. Sumpah tak tipu (angkat tangan lagi ).


Tapi, saya nak mengaku satu perkara lagi, saya cemburu bila tengok awak jalan dengan kawan sekelas awak, yang lelaki tu. Entah siapa nama dia, saya tau saya tak patut ada rasa macam tu, dia kan kawan awak. Tapi... selalu jugak awak jalan sama-sama dengan dia. Senyum awak lain je bila dengan dia. Awak suka kat dia ke ? Jujurlah...
Tapi satu je saya nak beri tahu, bagus lah kalau dia dapat awak, saya tau dia lelaki baik-baik. Maafkan saya kalau saya salah sangka.


Awak, saya nak mintak maaf atas segala yang saya buat tanpa pengetahuan awak . Satu je saya nak awak tahu yang saya suka kat awak. Kalau awak rasa saya ni tak layak untuk awak, awak bagi tahulah kat saya. Saya tak mengharap tapi saya juga insan yang berharap.


Salam dari saya.


Yang Benar
Saya suka awak.

Jalan : SeGuGus AnGGur...

Jalan ini kisah lama aku dan atuk aku...


Pagi itu aku bangun dari tidur...Mentari sudah kama menyingsing. Panas aku rasakan di badanku semakin menjadi. Pening kepala jangan dicerita. Rasa bergoyang dunia kalau berjalan. Lalu aku bangun dan menuju kedapur. Mak sudah bersiap - siap dengan nenek untuk ke kebun kopi.

"Mak nak pegi klinik la, deman " kataku.

Lantas mak memengang kepalaku

"Panas" balas ibu.

"Suruh atuk kau hantar ke klinik" kata nenekku.

Atukku sedang menyapu di halaman, kemudian dia mendapatkanku.

"Cepatlah siap, nanti kita pegi Rengit jumpa Pendek "

Pendek- Ni nama gelaran doktor yang ada klinik kat pekan Rengit. Kenapa Pendek ? Sebab dia orangnya pendek jer..

Bermulah perjalanan aku dan atukku ke pekan Rengit pada pagi itu. Atuk dudukan aku di hadapan motornya. Oleh kerana terlampau tidak tahan pening kepala, aku peluk tangki motor atuk aku dan baring kat atasnya. Sedar-sedar aku dah kat pekan Rengit.

Pegi klinik Pendek dan tunggu masa nak jumpa Dr.Pendek.

"Syafie sakit apa hari ni ?"

"Demam,batuk,selesema" jawabku dengan muka sposen.

"Takpa, nanti balik makan ubat" senyum Dr.Pendek kat aku.

Sedang aku dan atuk aku melalui kedai-kedai di pekan Rengit. Tiba-tiba, aku ternampak..

Segugus anggur yang sedang digantung pada tali diatas timbunan buah - buah oren.

"Tok, nak tu..." tunjuk aku dengan lemah kearah gugusan anggur itu.

"Apa dia ? " tanya atukku.

"Tu...anggur" balas aku.

"Nak ke ? " tanya atukku lagi.

Aku membalas dengan anggukan anak kecil.

"Atuk beli sikit lah yea buat kau rasa je" balas atukku.

Pulang dari pekan Rengit aku dapat lah merasa anggur tu, jumlahnya tak banyak. Hanya beberapa biji yang diberikan kepadaku. Tapi itu sudah benar-benar bermakna bagi aku, sebagai seorang anak kecil yang inginkan segugus anggur.

Sekarang baru  aku mengerti kenapa hanya sedikit yang atuk beli, waktu itu atuk tak bawa wang yang banyak. Malah anggur bukannya murah. Hmm pernahkah korang alami situasi yang aku pernah alami.

"Tok..nak tu.."

Jalan-jalan aku dengan atukku...

10.09.2010

Jalan : SeKuNtUm BuNgA wArNa MeRaH

Jalan itu dan ini agak sama cuma sedikit berbeza...

"Ibu, tadi adik jumpa bunga, cantik ibu, warnanya merah " Kata adik kepada ibu.

"Adik jumpa kat mana ? " tanya ibu

"Di hujung kebun kita ibu, ibu esok adik nak pergi ambil" terang adik

************

"Ibu...bunga tu dah tak ada, batangnya sudah patah, ada orang sudah ambil" rengek

"Adik sayang bunga itu ?" tanya ibu lembut

"Sayang ibu" jawab adik sedih.

"Pergilah cari dan dapatkannya semula" balas ibu dengan senyuman.
*************
Sesekali kita sering berhadapan dengan keadaan begini. Yelah ada satu benda atau perkara yang kita mahukan dan inginkan jadi milik orang lain. Bukan bermaksud untuk merungut dan mengeluh tapi ingin menyatakan bahawa ia adalah hakikat yang sebenar dalam hidup kita. Kita mencari kebahagiaan, kesenangan dan kegembiraan. Memang tidak salah dan bukan satu satu kesalahan untuk mendapatkannya.
Seperti sebuah kisah di atas dan aku cuba samakan dengan kisah yang akan aku ceritakan ini. Seorang jejaka menemui seorang tuan kebun bunga dan ingin mendapatkan bunga dikebun tamannya. Kata tuan kebun bunga;

"Kau carilah dan berjalanlah kamu sepanjang kebun bungaku ini, tapi INGAT ! jika kamu sudah melaluinya, jangan kamu berpatah balik untuk mengambilnya "

Lalu jejaka itu melalui sepanjang kebun bunga itu, matanya melilau mencari kuntuman yang paling cantik untuk dijadikan pilihan hatinya. Perjalanannya beransur-ansur hingga ke hujung kebun . Lalu dia pulang semula menemui tuan kebun bunga itu dengan tangan yang KOSONG.

"Hai anak muda, kenapa kamu masih pulang dengan tangan kosong, tiadakah kuntuman bunga ditamanku ini yang bisa menambat hatimu ? "

"Ada wahai tuan yang bijaksana, namun, ketika aku menjumpainya aku merasakan ada yang lebih baik akan kutemui, lalu aku tidak mengambilnya dan meneruskan perjalananku ke hujung kebun ini. Akhirnya, baru aku sedari bahawa tiada lagi kuntuman yang secantik kuntuman yang kutemui itu tadi,  ingin aku patah balik semula, Tetapi aku teringat akan pesanmu tadi"

"Itulah yang aku ingin katakan kepadamu, jika kamu sudah menemui apa yang kau sukai dan kau minati jangan lepaskannya. Benar, ingatan masa lalu usah biar dikenang, namun ingatan masa lalu itulah yang sebenarnya kita inginkan, berfikirlah dengan bijak wahai anak muda"

Hmmm sebenarnya ada pengajaran yang ingin aku sampaikan, berfikirlah dengan bijak wahai pembaca-pembacaku. Peluang yang anda inginkan ini hanya datang sekali. Jangan jadi macam aku, sekarang nak menanti debu pun sudah berterbangan.

Apa-apa pon..Jalan-jalan ingat -ingat dan bijak-bijak lah jugak...

Jalan : RaSa cEmBuRu...

Jalan-jalan yang sedang aku lalui...

Korang pernah rasa jelous ? Jangan lar kata tak pernah, mesti pernah punya semua tu dah jadi cam asam dan garam kehidupan.

Apa akan korang rasa kalau, teman wanita atau teman lelaki keluar dengan orang lain berdua. Dah lar takda ikatan cam sepupu ker, sedara dia ker apa ker ? Apa rasa korang ? Menyampah ? Benci ? Rasa tertipu ?


Atau situasi camni :

"Tuut...tuuttt.."

"Hello, awak ada kat mana tue ?" jejaka bertanya

"Tengah jalan-jalan dengan Abang F*** " gadis menjawab

"Berdua je ?" tanya jejaka lagi.

"Ha'ah" balas gadis dengan nada sinis.

"Yelah..(Tuuttt...Off Phone) " Jejaka mulai rasa jeles tambah bengang.

Aku cita kat korang kan, kalaulah korang ni punyai iman dan kesabaran yang tinggi, korang ni kira boleh bertolak ansur lagilah.

Tapi kalau korang cam aku ...Jalan sorang-sorang lagi baik !!!

10.06.2010

Jalan : SuRaT uNtUk BoNdA...

Jalan-jalan aku terjumpa sepucuk surat...Bunyinya begini...

Salam Bonda..
Dari anakanda yang ibu sayangi. Bonda hari ini hari keberapa ya sudah anakanda meninggalkan teratak usang kita. Rindu rasanya pada kali air dan ulam pucuk paku di belakang rumah kita. Anakanda rindu pada bonda. Jika anakanda bisa terbang ke teratak kita, sudah pasti anakanda akan buat begitu.

Anakanda sedar kita bukan orang senang, bonda juga terpaksa bekerja menyara adinda-adinda anakanda yang lain. Maafkan anakanda bonda, tak sepatutnya anakanda menipu bonda. Sebermulanya anakanda berada disini, anakanda ada berkawan rapat dengan seorang gadis. Dia sayangkan anakanda, begitu juga anakanda, tapi tempoh masa yang lama buat anakanda gusar. Gusar jika berlaku diantara kami dan memalukan bonda. Maafkan anakanda bonda, jika berita ini membuatkan hati bonda risau dan gundah gulana.

Bonda, atas sebab itu anakanda putuskan hubungan dengan dia. Anakanda sayangkan dia bonda. Jika tidak, anakanda teruskan hubungan ini bonda. Maafkan anakanda kerana menyembunyikan perkara ini bonda. Bonda, sekarang dia sudah lain bonda. Malah, dia sudah mendapat anugerah dari Allah bonda. Anakanda berdoa agar dia selamat sejahtera selalu bonda. Seperti anakanda lakukan untuk bonda. Bonda, mungkin bukan rezeki anakanda untuk bersamanya bonda. Tapi bonda jangan risau, anakanda sentiasa ingat selalu pesan bonda. Jika anakanda terlupa, doakan keselamatan anakanda bonda. Hanya doa bonda yang bermakna buat anakanda.

Bonda, hari ini anakanda ada bertemu seorang gadis, baik pekertinya. Tapi anakanda ingat pesan bonda, jangan hanya lihat diluar sudah mahu menafsir isi didalam. Tapi bonda, anakanda sedih kerana dia selalu bertanya kepada anakanda seperti mahu berperasaan pada an
akanda.Setiap kali berpesan kepada anakanda, anakanda ingatkan dia punya perasaan pada anakanda. Tapi bonda, rupanya dia sudah berpunya, bakal suaminya baik bonda. Pintar lagi bernas akalnya. Tutur katanya, serta ilmunya. Malunya anakanda pada si dia, kerana, rupanya anakanda lupa melihat di cermin kaca siapa diri ini bonda. Bonda, anakanda rasa malu padanya, tapi anakanda sepatutnya malu pada Allah bonda. Bukan layak anakanda untuk mendapatkan insan sepertinya.

Bonda, maafakan anakanda jika warkah ini banyak melukakan hati bonda. Bonda, anakanda mohon agar jangan putus mendoakan kesejahteraan anakanda. Bonda, tanpa dirimu tidak bernafas dan bermaya diri ini bonda. Salam sayang dari anakandamu tersayang dari jauh bonda.

p/s : Sedeh wei aku baca surat nih, rasa nak jumpa mamat nih bagi closing sket.



10.05.2010

Jalan : CeRiTa SeBaTaNg PoKoK...

Ini kisah analogiku...Jalan- jalan Hidupku.

Dalam sebuah kampung terdapat sebatang pohon yang sangat besar, dahan-dahannya rendang, daun-daunnya kehijauan dan teguh akarnya. Letaknya pohon itu di atas bukit kecil yang sangat menghijau rumput-rumputnya. Pohon ini selalu mengadu, mengapa hanya dia sahaja yang berada disitu, mana rakan-rakannya yang lain. Setiap hari dia melihat pasangan burung hinggap didahannya. Saling hinggap mereka bergurau senda. Pohon besar mulai rasa semakin sepi. Dia tiada teman untuk bergurau apatah lagi pasangan untuk berkongsi hidup.

Satu hari telah datang seorang gadis perempuan kepada pohon besar. Ketika itu sedang hujan lebat, sangat lebat. Gadis itu hendak singgah berteduh. Pohon besar menyedari kehadiran gadis itu. Gadis itu duduk di akar perdu pohon besar. Sedang mengigil kesejukan. Oleh kerana terlampau sejuk gadis itu tertidur. Pohon besar kasihan melihat gadis itu. Lalu pohon besar mengoyang-goyangkan dahannya untuk meluruhkan daun-daunnya. Himpunan daun-daun pohon besar menutupi tubuh gadis itu. Maka, tidak sejuklah badan gadis itu. Niat pohon besar tidak mahu gadis itu kesejukan.

Keesokan harinya pohon besar dikejutka oleh satu suara. Rupanya gadis itu datan kepada pohon besar.

"Pohon besar, terima kasih kerana berikan aku tempat berteduh semalam " Kata gadis itu.

"Sama-sama"Balas pohon besar.

Hendak dijadikan cerita, gadis itu sering mengunjungi pohon besar. Ketika panas dia berteduh dibawahnya, ketika rumahnya kekurangan kayu api pohon besar memberikan ranting dan dahannya untuk dijadikan kayu api. Pohon besar semakin hari semakin sayang akan gadis itu. Kata pohonn besar setiap kali melihat gadis itu pulang ;

"Alangkah baiknya jika aku dapat hidup bersama-samanya, tapi aku sebatang pohon, dia manusia. Mana mungkin"

Suatu hari gadis itu datan kepada pohon besar, dia bertanya pohon besar apa makna cinta, apa makna sayang dan rindu.

"Maaf gadis, aku tidak mengerti semua itu, aku bukan seperti kamu" Sedangkan hati pohon besar sedang berat dilanda gelisah akan kasih pada gadis itu.

Sejak hari itu pohon besar tidak lagi dikunjungi gadis itu lagi, hidupnya mulai sepi. Daun-daun didahannya semakin melayu kerana musim luruh akan tiba.

Selesai musim luruh, musim sejuk bakal melanda. Pohon besar masih tidak dapat kunjungan dari gadis itu. Resah setiap kali melihat bayang datang dari arah sana namun semuanya hampa. Musim sejuk semakin kuat melanda, daun-daun pohon besar semakin tiada. Hanya tinggal batang dan sedikit dahannya yang masih kekal. Pohon besar semakin sedih melihat akan keadaan dirinya.

Sedang pada satu malam , hujan beserta angin kuat sedang melanda kampung itu. Sedang pohon besar itu menahan akarnya dari tercabut dia menyedari bahawa ada bayang-bayang manusia sedang berjalan kearahnya. Rupanya gadis itu datang bersama-sama nya karung guni yang kosong. Pohon besar betanya

" Mengapa kau kesini dalam waktu hujan dan ribut sebegini ? "

"Aku perlukan pertolongan kamu " kata gadis perlahan

"Apa yang aku dapat bantu ? " Balas pohon besar.

"Aku perlukan kayu api untuk memasak, SUAMIKU sedang sakit dirumah" katas gadis dengan nada sedih.

"Aku tiada lagi dahan atau ranting yang elok untuk dijadikan kayu api, lihat sahaja keadaanku" kata pohon besar.

"Pohon besar... aku..aku... merayu kepada kamu" kata gadis itu menangis teresak-esak.

Oleh kerana tidak sanggup melihat orang yang disayanginya menangis, lalu pohon besar membiarkan angin kuat menumbangkan dirinya. Kemudian gadis itu mengutip kayu api yang merupakan hasil cebisan bahagian pohon besar. Gadis itu berlalu pergi tanpa berkata apa-apa.

Pohon besar terbaring kaku di atas bumi, sedang dia melihat orang yang disayanginya pergi buat kali terakhir. Kasihan pohon besar, sanggup berkorban demi kekasih gelapnya..

Jalan-jalan walau tak logik tapi ada makna beb cerita nih...

10.04.2010

Jalan : AtUk AkU...

Dulu jalan nya berkisarkan begini...

Selalu kawan-kawan aku tanya masa sekolah, atuk ko ada lagi ?? Aku akan cakap, ada..Semuanya masih ada..Senyum lebar kalau orang tanya pasal atuk aku.

Sebab kenapa aku senyum , sebab aku suka sangat dan sayang kat atuk2 aku nih.Sekarang tinggal atuk aku yang sebelah mak aje. Yang belah ayah aku dah takda...Sedih sangat sebab masa dia meninggal aku tak dapat balik.

Cerita aku ngan atuk aku...

Dulu selalu ayah aku amik sekolah lambat. Jadinya aku pon akan balik umah atuk aku yang dekat jer ngan sekolah aku belajar.Sekolah aku sebelah rumah atuk aku. Masa aku kecik-kecik atuk selalu cakap, belajar lar nanti dapat sekolah tinggi-tinggi. Aku mana tau sekolah tingi-tinggi tu apa, so aku ingat alr kena lar sekolah yang tinggi baru besh. Hahah budak-budak mana aku tau sangat.

So, kalau aku pegi rumah dia dia yang bual ngan aku, masa tu dia dah tak nampak. BUTA. Ya atuk aku buta time aku darjah satu lagi. Tapi sungguhpun dia buta tapi aku hormat dia sebab dia atuk aku beb. Ingat masa dulu dia ajar aku lagu "Sepuluh Budak Itam". Lagu ni vintage beb, ada banyak version. Kalau korangc ari kat youtube macam-macam boleh keluar kot. Tapi aku suka sangat time tu sebab atu aku wat versi yang lucu. Hahaha...

Dia duduk kat kerusi malas tu dan mencari- cari arah suara aku, tu seba dia dapat cam suara orang yang cakap ngan dia. Memang lumrah orang yang hilang penglihatan, kalau satu deria mereka hilang, deria lain semakin baik penerimaannya. Biasanya, pendengaran dan deria rasa mereka bertambah sensitif. Aku ingat lagi kalau aku belik sekolah jugak dia tanya, cikgu ajar apa?..Dulu dia cerita, dia nak jadi cikgu tapi zaman dia dulu zaman perang so memang susah kalau orang-orang kampung yang duduk ceruk-ceruk desa nak berjaya.

Apa yang ada pada kami ialah, kebun kelapa,getah dan kopi. Itulah punca pendapatan yang paling asas dalam zaman tu. Kalau kelapa sawit tu kira dah nak moden sebenarnya. Cuma time tu hidup susah kalau nak bandingkan dengan sekarang. Kalau dulu, ada RM 10.00 dah cukup beli macam- macam. Tapi sekarang aku belanja untuk harian yang simple-simple pon dekat RM20.00 purata setiap kali keluar belanja. Beza jauh kan sekarang dan dulu.

Selalu aku tanya dengan diri aku, macam -mana orang dulu bleh tampung keluarga yang ramai. Memang korang akan kata, ala dulu abrang murah, belanja duit sikit pon boleh. Tapi aku cakap kat korang, kalau ada tu orang yang cuma ambil upah atau kerja mengail ikan boleh tampung anak sampai masuk universiti. Bukan gaji diaorang besar pon .Dah, kalau menoreh time hujan mana boleh, kalau nak ke kebun time hujan tunggu tanaman nak hidup semua tu perlukan masa beb.

Tapi aku nak kata sombong pon tak lah.Sedangkan orang kaya yang ada kat Malaysia sanggup bunuh orang lain sebab nak duit, ini menunjukkan mereka masih tak cukup ngan apa yang ada. Betol tak aku cakap ? betol.... kalau salah korang memang tak baca surat khabar.Haha surat khabar murah je beb, baru RM1 .50.

Jalan-jalan nati tolong ingatkan aku ye...

10.03.2010

Jalan : SaMpAi HaTi...

Jalan yang perit untuk ditelan dan sangat seksa untuk di baca...

Korang pernah rasa kena permainkan dengan orang tak. Rasa macam patung yang tak bernyawa. Orang boleh tarik tangan anda pergi sana sini. Campak korang sana sini. Dan macam-macam lagi..

Macam ni aku rasa sekarang...jadi si patung yang hanya sekadar melihat, mendengar dan SENYAP!!!

Kena tipu, kena sepak terajang pon aku hanya mampu melihat dan senyap...SENYAP..DAN terus SENYAPPPP!!!!

Jalan-jalan pon jangan lar lupakan aku yang sedang SENYAP nih...

Jalan : SeKaRaNg...

Cerita pasal sekarang ni macam ni jalan nak berjalannya...

Okeh lepas semua perkara yang serabut-serabut sudah pergi jauh-jauh aku pon sekarang amik keputusan nak live my live on. Until the limit!!!

Maksud aku selama ni aku selalu buat perkara yang ntah apa-apa kan. Jadi sekarang nih, aku nak buat perkara yang perlu-perlu je. Sebabnya... Segalanya dah berubah kan sekarang. Tak lagi bercakap di telefon lama-lama, tak perlu siasat siapa yang suka mengacau dia. Dan apa-apa lagi lah.

Kecik ati aku bila ada orang tu kan, yelah bukan nak mengata tapi aku cuma nak cerita jer..jalan idup aku kan. Kalau apa-apa jadi kat aku boleh korang tau kan , cuma kalau aku dah takda memang lar korang tak leh baca blog aku lagi sebab tak da orang tulis. Kalau ada post baru tu yang penting bukan dari aku taw.

Aku selalu cakap, kan malu kan kalau kita minat kat orang tu tapi bila kita cakap isi hati kita dia kata macam -macam. Hipopotamus betul, kalau dah tak suka aku cakap jer lar. Jangan lar bagi alasan nak lari dari perkara-perkara yang melalikan lar, apa lar.Macam aku tak kenal dia tu sapa. Semua tu konspirasi duniawi belaka.

Kalau korang jumpa orang cam tu kan, jangan lar buat perkara yang pelik-pelik atau menaruh harapan pada beliau. Sebab nya akan jadik macam nih...

(Dia) + (Harapan Anda) = Anda Kecewa!!!

Bahaya beb..hahaha
berhati -hatilah anda...

Jalan-jalan ingat-ingat beb..lebih-lebih lagi orang tue wakkakaka...

10.02.2010

Jalan : KeTaGiH...

Kelihatan saya macam nak menulis jer hari ini...

Jalan yang ini macam biasa ia bukan berkisar tapi berjalan macam ni...

Mesti korang terkejut kan..dalam satu hari 3 post aku buat. Post kali nih aku nak cerita jalan yang biasa aku lalu macam semalam dan macam hari-hari yang aku lalui selalu...

Kecewa ??? Sudahlah, aku malas nak bercerita kisah kecewa cinta aku. Bukan apa makin aku cerita makin sakit hati ada lar. Macam analoginya korang dah tau yang garam tu masin kan, tapi korang tetap jugak nak merasa nak makan sedangkan korang tau akibatnya. Jadi aku amik keputusan JANGAN buat lagi benda pelik-pelik yang makin aku buat nampak pelik.

Soo malam ni aku nak cerita bab kawan...

Kawan, macam - macam orang cerita bagi pendapat tentang kawan. Ada yang baik, ada yang datang bila perlu jer, ada yang hanya angap kita ni tempat persingahan, ada jugak yang memang nak baik berkawan dan berkongsi masalah.Semua lah..

Kadang -kadang ni kaum lelaki nih mudah mentafsir kemesraan seseorang dan keperihatinan kaum wanita atau perempuan yang dekat dengan dia sebagai kasih dan cinta. Kalau korang nak samakan aku ngan mereka tue, aku akan kata ada, tapi itu DULU.

Kalau ada pon aku akan kata kat diri aku," Ala kalau kawan-kawan ni ko tak yah nak feeling2 lar...buat jiwa2 jer"...Jangan terasa.

Ada jugak yang nak perahtian dari kita, mula-mula kita ingat dia ni nak mendekati kita, tapi sebenarnya sekadar nak melampiskan kesepian yang sedang dia hadapi bila tak ada orang nak layan dia.. hahahah kesian tol minah kalau cam nih.Aku kadang selamba jer layan, bukan apa sekadar nak jaga hati dia..tak baik taw orang ,mintak tolong kita tak tolong...

Tapi takpe lar, aku tau yang aku nih boleh tolong sekadar yang termampu, yang diluar jangakaan dan stail gedik mengada-ngada SORRYY!!!

Entahlah..aku selalu call member aku sorang nih, dia ok je bagi aku pendapat kalau aku ada problem. Kekadang rasa kan baik kalau dapat orang cam dia...Hahaha aku ni pon bukan baik nak orang baik lak...Kener tengok cermin lah pie.

Lagi satu aku ingat kat member aku yang selalu tenangkan aku masa aku tengah kalut-kalut dan sedang emo2.Baru tadi pagi dia kata kat aku Cinta Hakiki Hanya Cinta Ilahi...Thanks sebab bagi tau e pkara tu..E hargai pesanan tue.
.Haii... bilalah aku nak berenti jadi orang jiwa-jiwa nih.

Tu la dulu aku slalu kutuk orang dok jiwa-jiwa kat majalah Mangga..Masa umur aku 7 tahun aku da baca Mangga. Kat ruangan coretan apa ntah ada sorang mamat nih pakai spek itam,duk tengok pantai... Pastu kat sebelah gambar dia tu ada lar coretan hati dia yang ditujukan khas buat bekas minah dia.. Hahahah lawak wei kalau korang baca..

Kehadapan mawarku yang aku sayangi,
Aku sekarang sedang sendiri sepi menunggumnu...

Sambungannya aku malas nak tulis sebab tak ingat ..

Hahahahahahahah...jangan ketawakan orang kang terkena pada diri sendiri...Padan muke ko!!!..

Lagi satu, lagi dua, lagi tiga..

Buat kawan -kawan kelas aku yang happy bersama orang tersayang. Aku doakan korang selamat berbahagia ke akhir hayat...

Kalau apa-apa jadi kat aku korang tolong lar apa yang patot...Heee Peace!!!

Jalan-jalan terlupa pulak... kepada dia yang ada kat sana, saya suka kalau lihat awak senyum. Jagalah dia baik-baik sebab saya tak ampu nak jaga dia baik-baik...

Salam dari PIOUSE untuk hari ini...

Jalan-jalan ingat jugak kat saya yea...

Jalan : LaGu BeRmAkNa BaGi AkU...

Lestari

Sekelip Mata Kau Berubah

Syahdunya ku rasa di saat ini
Suasana sepi membisu
Tersentuh hatiku dibuai kenangan lalu
Ingin kuluahkan hasrat di hatiku
Sudikah mendengarnya

Sebenarnya engkau masih ku sayang
Biarpun tak dapat bersama
Kau masih kurindu seperti waktu dahulu
Aku mengharap agar engkau mengerti
Curahan rasa ini

( korus )
Jika engkau sedang hidup bahagia
Jangan kau lupakan diriku
Yang terdampar kesepian
Ku dilambung ombak rindu
Yang hanyut dalam kelemasan

Mengapakah aku masih menunggu
Dan masih menagih kasihmu
Dirimu di mana... cuma aku yang terus
Sabar menantimu tanpa jemu

Dulu kau menumpang kasih
Lalu kuberimu harapan
Sekelip mata kau berubah
Ooo... begitulah lumrahnya percintaan

Emm skarang ni aku dok layan lagu nih, alahai mendalam lar lirik lagu nih. Yang penting aku bukan apa tapi rasa Emoooo sangat hahahaha...Ikot korang lar nak kata apa. By da Way enjoy!!!!

Jalan-jalan ingat jugak lar sket2..

Blogger news

Blogroll