9.29.2011

Jalan : SeDeTIk...

Jalan-jalan tadi pegi solat jumaat dengan Azuan (Housemate)

Hari ini khutbah jumaat tajuknya berkisarkan tentang "Guru".

Memang terus kena pada E sebab E bakal guru dan bukan sedikit sebanyak, tapi sebanyak-banyaknya. E terfikir, adakah E dapat galas tanggungjawab sebagai seorang guru yang berkaliber dan berdedikasi kelak. Itu ayat yang profesional kita gunakan.

Kalau dari sudut pandangan agama, adakah E mampu menggalas tanggungjawab membina ummah dan masyarakat dengan membimbing mereka ke jalan yang benar. Seorang mualim dan murabi, seorang tuan guru.

Masih terlalu jauh dan banyak yang perlu E belajar sebelum :
  • Mendidik manusia menjadi insan.
  • Mendidik yang comot menjadi bersih.
  • Mendidik yang hina menjadi mulia.
  • Mendidik yang lemah menjadi bersemangat.
  • Mendidik yang malas menjadi rajin.
Semuanya menjadi tanggungjawab E pada masa kelak. InsyaAllah. 


Jalan : LaMaNyA...

Jalan-jalan hujung minggu bersama E.

Minggu ni cuti lagi, macam biasa lar, tiap minggu cuti apa. Cuma nak ceritakan pengalaman E masa pertama kali menjejakkan kaki di bumi Kelantan yang indah ini.

Memang kalau cuti hujung minggu disini tak sama seperti di Johor. Sebabnya, kat sini cuti Jumaat dan Sabtu, tapi kalau kat Johor Sabtu dan Ahad.

Pertama kali cuti hari jumaat E cal ngan mak E.

"Tuut...tutt..." (bunyi telefon ok .. bukan kentut )

"Hello, Assalamualaikum mak.." E mula berbicara ho3.

"Walaikumsalam, ngko tak sekolah ke ari ni " mak tnya. 
Mak E anggap E ni sekolah (belajar) dari E mula-mula sekolah sampai sekarang.
Diriku masih bersekolah baginya.

"Hari ni Jumaat aku mana sekolah...cuti "balas E

"Ngko cuti apa Jumaat, jangan nak ponteng-ponteng sekolah" mak E nak mula marah he3.

"Mak...ni Kelantan, mana sekolah Jumaat..hari ahad sekolah" terangku pada Mak E balik.
"Oooo...lupa pulak" balas Mak balik.



Kalau korang rasa pelik tapi memang cam ni, E bahasakan diri E "aku" ngan mak E. Sebab orang JAWA, kata ganti diri pertama tak ada "saya" tapi "aku". Mak E pun sama, bila cakap dengan E dia akan bahasakan diri dia "Aku".

Tapi sekarang ramai dah orang budak JAWA tak cakap macam tu dengan mak atau bapak diorang. Sebab sekarang kan lain, dulu lain...

Jalan-jalan teringat pulak E masa jumpa kawan jawa kat KL. Masa tu kenal macam tu je. E dah agak dah akan ada budak Jawa cakap Jawa dengan campur bahasa Inggeris. Hahaha...nak tergelak pun ada. Macam ni sedikit sebanyak perbualannya. 

"Wes su'ie kue neng kene ? " ( dah lama ke kau duduk kat sini )" E tanya.

"Yes, eneng rong taun" ( ya (BI) ada dua tahun) - satu BI dikesan.

"Manggon neng luar opo neng jero ?" (Duduk luar ke dukuk dalam (hostel) )

"No..eh..eh.. (Sekali lagi BI dikesan).

Akhirnya E pon cakap bahasa standard dengan dia. Tak boleh nak cakap banyak-banyak, kang kesian dia dok translate Melayu ke Jawa + BI. Memang fenomena dia macam tu.

Bahasa ni macam benda hidup bila kita tak beri ia nyawa ( gunakan ia) tak akan menjadi bahasa itu.

Ibaratnya ada tukul ada pahat tak leh nak guna@ tak mahu guna pasal lagi suka pakai " Drill ".

He3...

Jalan-jalan ingat sana-sini.

9.15.2011

Jalan : sEkAdAr KaWaN...

Anda ada kawan ?


Mesti ada... semua orang ada kawan...

Kucing atuk E kat umah pon adan kawan.

Suka tak dengan kawan-kawan anda ?

Suka...kerana dia warna-warni hidup kita.



Benci pon ada...

Tapi ada orang sayang sangat kawan dia...sampai lupa ada orang yang dia sayang.


Ada yang benci sampai buat hati kita jadi macam ni...
Kerana kawanlah kita lahir rasa kasih, sayang dan cinta...


Ada kawan yang cuma buat kita sedih dan terasa hati yang sangat-sangat.

Nak buat macam mana, kan kawan namanya...


Blogger news

Blogroll