11.27.2010

Jalan: Contest gambar kenangan sekolah dulu2

Jalan-jalan Si Ida Buat contest gambar sekolah, nak ikut masuk lah hehe..

Apa-apa hal pun kena letak gamabr tuan punya pertandingan sebagai syarat pertandingan.Okeh!!

Untuk siapa-siapa nak tengok pertandingan ni, klik kat link sebelah ni bLOg Tuan Punya Pertandingan

Sekali lagi aku sertakan Syarat-syarat pertandingan:

1) Mst ade blog sendiri tow PENTING !
2) Jadik follower bLog Ida dlu bg yg dh ada,
3) Letakkan ‘Contest gambar kenangan sekolah dulu2’ sbg tajuk entry korang (jgn lupa wt entry pasal pic tu) dan banner diatas berserta linkkan teros kt entry beliau tow..
4 )Upload kn gmbar kenangan sekolah korang dulu2 (xkish sorang atau beramai2) tp bg yg still sekolah ag.korang pom leh join gk,tp mst berpakian sekolah korang ek...PENTING !
5) Dlm gmbar tersebut ,nyatakan nama sekolah korang jugak
6) Hantar link entry korang didalam kotak komen entry contest ini. PENTING !!
7) Tarikh tamat pd 11/01/11 @ 11 jan 2011. 


Nama mamat dari kiri: Malcolm,Sharizan,Fazli,Hilal,Nazrin,Hafiz,Ikhwan,Ameerul,Dzulqarnain,Syafie (aku) 

 Nama Sekolah : SMK Tinggi Batu Pahat Johor
  1. Sekolah aku besh sebab semua lelaki tak da budak perempuan
  2. Aku suka sangat sekolah ni pasal memang aku suka.
  3. Masa ni hari anugerah cemerlang pelajar 7A denagn 8A PMR 2005.
  4. Besh sebab semua turun, haha termasuk aku sekali.
  5. Sekolah saya beeeeesssstttt!!!!!

Jalan : BLoG aKu DaPaT aWaRd..Heheheh

Jalan-jalan dari pagi -pagi dapat award dari KizMyself punya blog.

Okeh.Let make it official: Heheheheh...


Teng..trentent...trerengteng..teng....



Dengan ini, blog KizMyself telah mengtagged Syafie Road untuk dapat award  ini.

Taraa!!!!
Kendatipun, aku nak komen blog KizMyself memang cun.

Walaupun ia adalah blog, tapi ia adalah jalan bermakna buat kami para blogger.

Ada sapa-sapa nak Award ni tak? Jagan malu dan segan.Meh amik-amik free beb.

Kalu nak tagged cakap@komen post ini aje.

Jalan Syafie jalan untuk anda juga.

Jalan : KiSaH hAri AhAd

Jalan-jalan pergi ke pasar minggu.

Hari ahad, adalah hari cuti hujung minggu. Kalau kat tempat aku, akan ada pasar minggu pagi Ahad. Jalan-jalan pasar ni best. Kalau mak-mak pegi pasar nak cari lauk makan untuk tengahhari. Bapak-bapak pulak, kerjanya ikut si mak-mak cari barang. Tugasnya mengeluarkan wang dari dompet untuk membayar barang-barang yang dibeli oleh mak-mak. Budak-budak suka pegi pasar sebab dapat tengok mainan, kalau yang jenis suka makanan ringan nak ayam goreng lah, fish ball lah.

Ada yang lain niat nak kepasar,gadis-gadis bawah umur berjalan bersama teman-teman, bergelak tawa suka.atau dalam erti kata lain tergedik-gedik. Gedik-gedik dengan kawan-kawan, bila nampak kelibat budak lelaki paling hensem kat sekolah mulalah berbisik-bisik sesama sendiri sambil tertawa tutup-tutup mulut.Sopan sungguh, haha bajet cool.Cheh...Please lah.

Ia merupakan satu suasana yang menggabungkan kesefahaman keluarga.Dari mak,bapak, anak, adik, kakak dan abang. Kenapa abang mesti letak last sekali? Sebab dia jalan selalu paling belakang. Hehehe..

Ceritanya macam ni, selalu kalau kitaorang pegi apsar akan lalu satu jalan kampung, kampung Semerah. Setiap kali kami melewati sebuah rumah yang terdapat dalam kampung itu, akan ada seorang perempuan tua yang sedang berdiri di atas jambatan di hadapan rumahnya. Dia mengalas sebuah beg tangan dan membawa sekaki payung.Sekiranya hari semakin panas dan mentari semakin terik dia akan buka payungnya untuk melindungi dirinya dari panas mentari. Nampaknya seperti dia sedang menunggu sesuatu.

"Bang, kalau kita lalu Semerah,ada perempuan tua diri depan rumah tu sapa?" tanya emakku kepada bapaku.

"Tu cikgu abang dulu, dia jadi macam tu lepas lakinya ninggal" balas bapaku, matanya masih tertancap pada halaman akhbar yang sedang dibacanya.

"Lakinya sakit apa? " tanya emakku lagi.

"Lakinya eksiden masa antar anaknya sekolah, selalu lakinya antar dia pegi sekolah, bila hari tu dia tunggu lakinya tak balik-balik lepas anar anaknya"terang bapakku.

"Sekarang tu dia macam menunggu lakinya balik lah tu"

Penantian seorang perempuan kepada orang yang sangat dikasihinya. Tapi memang wajar,wajib dan yang haknya seorang isteri setia kepada suaminya. Jadi sempena musim cuti sekolah ni, banyak kenduri kahwin lah majlis tunag lah.Mohon-mohon di rahmati olah Allah S.W.T.

p/s:Ustaz aku selalu gurau,kalau cakap kat pengantin baru jangan cakap "selamat berbahagia sampai ke anak cucu", takut-takut nanti dapat cucu cerai heheheh...Gurauan pagi Ahad

.

11.25.2010

Jalan : SaYa TaK TahU...

Jalan-jalan aku sedar yang aku bukanlah orang yang lahir terus jadi pandai.

Baru-baru ini keputusan UPSR kan keluar.Macam-macam berita yang keluar, anak si ni dapat begini, anak si tu dapat macam ni. Ibu bapa yang beriya-iya bercerita tentang kepandaian anak-anak mereka dapat keputusan yang elok-elok. Yang keluar berita, suratkhabarlah dan macam-macam lagi mesti yang dapat 5A, kalau setakat 4A tu besepah.

Okeh, tu kisah mereka yang berjaya dan pandai katanya. Aku nak cerita ksiah aku masa sekolah rendah dulu. Korang nak tau kalau aku dulu ni sekolah macam mimpi-mimpi je. Kenapa kau kata macam tu? Sebab, dulu  masa sekolah aku bukannya tergolong dalam kalangan yang bijak pandai. Nak hafal sifir masuk darjah enam baru dapat hafal, tu pun masih merangkak-rangkak.

Aku dulu anggap matematik susah, serious, aku selalu kata macam tu. Kalau soalan yang tambah,tolak tu boleh lah lagi bila bab macam pecahan memang aku jam.Jam tak tau nak buat macam mana soalan pecahan matematik.Peristiwa yang aku tak boleh lupa ialah bila aku di panggil untuk selesaikan soalan pecahan kat depan kelas. Masa tu baru keluar keputusan penilaian kemajuan sekolah rendah (PKSR). Tajuk untuk bulan itu memang keluar tajuk pecahan, dan memang aku tak leh nak buat. Waktu tu aku dalam tahun 5.

"Syafie, buat soalan ni kat depan" arah guru matematikku.

Soalan nya lebih kurang macam ni.

Aku bangun dari kerusi, dengan tanpa berfikir panjang dan selambanya aku buat soalan yang aku sendiri tak tahu macam mana nak buat. Korang mesti kata aku ni bodoh piang kan, soalan macam tu pun tak tahu.Kacang je kan. Sambil tersengeh-sengeh aku terus tulis jawapan macam kat bawah ni.

Jangan tiru aku, ni jawapan salah hehehe : P
Satu kelas gelak kat aku, ada yang senyum -senyum dan ada yang tak tahan kata salah-salah lah. Aku tengok cikgu aku, dia geleng kepala. Aku duduk dalam kelas kira paling pandai dalam darjah aku, so memang tak hairan bin ajaib lah budak kelas ni gelakkan aku.Sedih aku masa tu, malu, macam nak nangis pun ada. Dalamm ati aku kata, lepas ni aku lagi bejaya dari korang. Tengoklah.

Masa aku dapat keputusan ujian akhir tahun dan masa hari terbuka, cikgu kelas aku bagi tahu kat bapak aku.

"Pakcik, saya nak nampak dia ni boleh dapat UPSR dengan keputusan yang ada A macam susah lah.Sebab tu saya cadangkan dia ni mungkin boleh dapat 5B" kata beliau kepada bapaku.

"Ya cikgu, nanti saya nasihatkan dia suruh belajar betul-betul, cikgu buatlah macam mana pun dia ni, biar dia boleh dapat keputusann yang baik lepas ni" bapak aku cakap sambil tunduk kelantai.

Masa tu aku rasa sedih sangat tengok bapak aku, dahlah dia susah-susah datang sekolah. Pulak kena tempelak dengan  cikgu aku. Malu aku jadi anak yang malukan orang tua sendiri.

Tapi itu tak menghalang aku untuk belajar, mak aku selalu pesan:

"Kau tak payah fikir pasal benda lain, kalau cari duit ni keja mak dengan abah, kerja kau belajar aje, kalau nak pakai duit buat belajar cakap,kalau tak ada mak dengan abah cuba adakan"

Jadi berkat usaha guru aku, kawan -kawan aku yang banyak tolong aku tambah-tambah pulak dengan semangat aku nak berjaya aku cuba buat yang terbaik untuk UPSR aku, selalu aku cakap dengan mak aku.

"Mak, kalau keputusan aku tak baik masuk sekolah menengah bisasa kat baruh tu aje lah"

Mak aku cuma angguk aje bila aku cakap macam tu kat dia. Dia pun setuju dengan cadangan tu, yea lah kalau dah tak ada rezeki masuk sekolah asrama masuk sekolah biasa pun apa salahnya. Sekolah jugak, bukan penjara. Jujur aku katakan kat korang, aku tak terfikir nak sekolah dekat sekolah-sekolah penuh lah apa lah sebab aku tak terlintas boleh dapat benda-benda macam tu. Bagi aku macam aku ni tak layak nak masuk sekolah yang sebegitu.

Bila keputusan UPSR keluar dekat papan kenyataan sekolah aku dengan adik aku pegi tengok. Masa tu adik aku baru darjah 4, masa kita orang tengok dapat lah nama aku tertera kat atas kertas tu.

Walaupun tak dapat 5A, tapi sekurang-kurangnya adalah A kat atas kertas keputusan aku. Bukan 5B.Hehehe..
Jalan-jalan imgat kat jasa-jasa guru-guru yang sabar mendidik aku. Jangan risau, aku akan mengantikan kalian kelak !!!

11.24.2010

Jalan : WaLaU SeTaNdAn

Okeh..Ni satu kisah yang berlaku semalam.

Macam ni, semalam Pakcik Jali dengan ayahnya datang untuk kerjakan kebun sawit ayah yang dekat depan rumah tu. Jadi lepas siap semua yang ket kebun sawit depan, dia orang petik pulak sawit yang ada dekat belakang dengan sebatang pokok sawit yang dekat tepi parit depan.

So nak dijadikan cerita masa kait buah kelapa sawit dekat tepi parit tu, tandan sawit tu pun jatuh masuk parit. Dia tak boleh nak ambil sebab tak timbul-timbul tandan sawit tu.

"Kak, ada setandan yang dekat dalam parti tadi, tak boleh ambik,tenggelam" kata dia kepada emakku.

"Tak apalah, da tak boleh nak macam mana" kata emakku.

Lepas makan tengahhari, diaorang pun balik.

"Tadi ada setandan dekat dalam parit, Jali kata tak dapat ambik" kata emaku kepadaku.

"Tak apalah, nanti aku tengok" kataku semula.

Jadi aku pun ambil sabit pendekyang bersandar pada pohon kelapa dan bawa ke depan rumah. Aku lihat kedalam parit memang tak ada bayang tandan kelapa sawit tu. Aku guna sabit untuk meraba kalau-kalau dapat tau dekat mana tandan sawit tu tenggelam.

Akhirnya dapat jugak, memang besar dan terbenam tandan yang berat tu dalam parit kecil tu. Aku panggil mak yang datang dengan kereta sorong dan besi cucuk sawit. Berkali -kali kami cuba angkat dari tepi aprit tu, asyik melepas sebab licin.

"Tak payah ambik lah, biar je dah tak boleh macam mana" kata emak.

Tanpa fikir panjang aku terus terjun dalam parit tu, walau lebarnya hanya dalam satu meter setengah, dalam dia sampai paras dada aku. Memang tenggelam jugak lah aku ni. Aku cuba angkat tandan tu, memang berat. Mula-mula memang macam tak terangkat, tapi dengan adanya daya apungan air ia jadi senang. Guna sains beb kalau ada prob macam ni hehehe.

Akhirnya aku dapat angkat dekat tepi parit tu, mak aku cuba pegang tandan tu, kalau mak telepas tandan tu kepala aku memang kena lah tandan sawit berat tu. Nasib baik dia cepat-cepat golekkan tandan tu dari tepi parit tu.

Maka, terselamatlah setandan kelapa sawit yang besar lagi berat itu. Hahaha..aku cuma nak cerita, walau setandan ia tetap berharga bagi aku. Lantak korang nak kata aku tamak ke, kedekut ke apa ke. Tapi cuma satu, selagi Allah S.W.T beri kita rezeki, jangan bazir-bazirkan, tak bersyukur namanya, malah boleh di ibaratkan bongkak. Ingat pada mereka-mereka yang susah hidupnya.

Okeh update harga kelapa sawit kalau korang nak tengok kilk pada link ini..
http://econ.mpob.gov.my/upk/daily/bh_ffbnov10.htm


Mahal kan ?? Tapi kalau tak kerjakan dan usahakan mana nak dapat not-not kertas yang kami perlukan untuk belanja harian. 

p/s: Dulu, guru besar aku penah cerita dia dengan mak dia menangis bila susu getah yang baru ditoreh tumpah atas tanah. Sedih aku ingat kisah tu masa dia cerita.

11.23.2010

Jalan : TaTkaLa iTu

Sesekali aku merenung kedalam kejauhan masa yang aku sedang alami ketika ini...

Melihat usia diriku pada ketika ini sudah berusia 20 tahun. Emm..satu tmpoh masa yang panjang, benar-benar panjang. Aku sedar bahawa selama 20 tahun aku hidup, apakah pencapaian yang tlah aku gapai? Sedar atau tidak,aku sudah melepasi ujian -ujian kertas dunia, UPSR,PMR,SPM dan sedang bertatih-tatih menghabiskan kursus ijazahku.


Setiap kali kaki ini melangkah dengan hala tujunya yang aku sendiri tentukan namun ia masih lagi merona membelengguku akan kesahihannya. Tapi aku percaya bahaawa janji Allah S.W.T itu pasti. Nah disini aku ingin utarakan satu persoalan, dimana jiwa anak-anak muda kita kini ? Jiwa mereka milik siapa ? Dirinya ? Ibubapanya? Guru sekolahnya ? Atau milik materialistik dan hagemoni barat yang menular secara senyap seperti jarum halus lagi tajam.

Wahai anak muda seusiaku dan seangkatan dengannku, yang bergelar muda ini ada banyak maksudnya. Si kecil yang baru lahir juga bisa aku gelar orang muda , si ketot yang baru di tahun satu juga bisa aku katakan anak muda. Namun bukan itu yang aku ingin tegur atau aku usik jiwanya. Biar ibu sama bapanya yang mencorakkannya. Yang aku gelar anak muda kita ialah anak muda remaja kita. Yang masing -masing masih lagi terang matanya, masih kuat urat-urat tangannya dan masih banyak tenagannya.

Bukan niat diri ini untk memprovokasi kalian semua, tetapi sekadar ingin meniupkan semangat dalam diri kalian. Usah lesu dalam mengharungi hari-hari persekolahanmu, jangan kamu lesu dengan pujuk rayu nafsu untuk bermalas-malasan. Tidak salah untuk bersosial di Facebook atau Twitter, namun perlu kamu tahu yang tangan -tangan kamu ini sebenarnya memegang masa depan negara ini. Tidakkah kamu sedar akan golongan tua yang sedang memerintah ini bakal tua dan bakal pergi selamanya. Ini kerana hakikatnya mana mungkin ada orang yang zaman ini bisa hidup hingga beratus tahun, jika ada bawa kemari tunjukkan kepadaku.

Seedarlah bukan orang dari seberang dan bukan manusia dari bulan atau barat yang bakal memerintah. Aku juga tidak mahu itu terjadi. Persoalkan mana kekuatan yang kita ada, usah gentar dalam menghadapi cabaran yang mendatang.

"Saya tidak pandai belajar cikgu, saya mana bisa berjaya seperti orang lain"

Jangan sekali kau ujarkan kata-kata itu dihadapanku. Kau harus tahu yang dirimu itu unik dan berpotensi. Aku tidak melihat kejayaan pada angka-angka dan nombor-nombor yang tertera didalam sijil atau slip keputusannmu. Tapi aku mahu lihat kau tahu dan mengerti serta bisa munghurai ilmu yang aku ajarkan dan aku sampaikan. Malah aku senang jika kau cuba menongkah dan melawan cetusan idea dari minda kepalaku. Aku senang dengan perkara itu..

Kukuhkan pasak hatimu, taburkan benih -benih semangat berjuang demi dirimu dalam hatimu. Suburkan ia dengan ilmu-ilmu dan amalan agama. Jika kau seorang Islam, maka jadilah kamu insan muda yang hidup mengikut sunnah rasulmu. Jangan biar nafsu buat kau lesu, jangan biar barat ikat pergerakkanmu dan jangan mindamu kau sempitkan dengan dakyah-dakyah palsu.

Bangunlah wahai anak-anak muda, kalian bukan insan lemah, kalian bukan jiwa kacau dan kalian juga bukan robot-robot atau kuli-kuli batak yang menurut perintah dan aturan buta tuannya.Bangunlah kau, sedarlah kamu dari mimpi siang harimu kerana terlalu leka bermain-main.

11.22.2010

Jalan : SeLaMaT PuLaNg SaYaNg...

Jalan-jalan kali ini untuk kitan saling berkasih sayang...

Salam untuk pembaca-pembaca blog aku, minta maaf sebab dah lama tak update blog ni. Disebabkan kekangan yang kian mendatang untuk hari-hari lalu.

Hari ini bangun pagi dengan semangat yang baru, badan sudah terasa ringan dan sihat. Syukur pada Allah S.W.T atas limpah kurnianya ke atas hamba-hambanya yang melata di atas bumi ini. Dari yang hidup kepada yang sudah tiada, dari living things kepada non living things.

Jangan kita sangka hari ini kita sihat dan esok kita boleh bangun dengan sihat juga. Tidak selagi kita sendiri tidak berniat dan berusaha untuk sihat pada esok hari. Hei apa yang kau tulis ni Syafie, betul ke boleh percaya kata-katamu ini.

Baik yang aku maksudkan dengan niat dan usaha untuk sihat ini semangnya ada dan anda harus percaya padanya. Baik disini saya jelaskan,  niat untuk sihat, kita memang kena niat untuk sihat, kalau tak sihat, nak buat kerja susah, nak solat atau beribadat pun akan jadi payah. Segala urusan terbantut, si peniaga tidak boleh berniaga jika sakit, si tukang jahit juga begitu, malah pelajar tidak bisa fokus jika sakit didalam kelas.Jadi dengan itu kita harus berniat untuk sihat kerana Allah.

Bagaimana usaha untuk sihat ??? Apa maksudnya itu?. Begini, usahan untuk sihat adalah berbebtuk cara kita untuk jadi sihat. Makan dengan betul, dan teratur. Bersenam dan beriadah. Ikut sunnah Rasulallah S.A.W, cara baginda makan, minum dan cara hidup baginda. Bukan bermakna hidup baginda hanya duduk di atas tikar solat dan masjid. Baginda juga bersukan, baginda juga makan dan minum. Mulakan dengan Bismillah dan akhiri dengan Alhamdulillah.

Betapa besarnya nikmat sihat itu dalam kehidupan kita. Aku ada seorang rakan yang baru-baru ini aku ketemu. Dia disahkan doktor menghidap penyakit darah tinggi. Penyakit yang menyerang orang tua ada dalam diri orang muda. Aku mengerti sudah takdir yang tertulis di Luh Mahfuz untuknya disana. Dan dia benar-benar menyadarkan aku apa erti beryukur yang sebenarnya.

Oleh itu, jika kamu ditimpa sakit dan musibah, ia satu ujian buat kamu-kamu sekalian. Ketika itu kita akan terbayang rasa sihat yang pernah dititipkan keatas kita. Rasanya manis dan sangat menyenangkan. Tetapi kita sering lupa, alpa dan tidak sedar akan hakikat sihat yang Allah S.W.T berikan pada kita.

Selamat pulang sihat, selamat pulang sayang...

11.15.2010

Jalan : SuNyI...

Jalan-jalan sesekali melihat kebelakang...

Melalui hari-hari yang sibuk dan terkejar-kejar. Melewati blok-blok pengajian yang sering kali bertemu dengan sesiapa sahaja.Masing - masing sibuk dengan urusan. Ada ke kelas, ada bertemu dengan pensyarah, ada sekadar ingin bertemu kekasih hati pulang dari kelas, ada juga yang sedang berjalan sambil tersipu-sipu malu.Tak lupa juga insan-insan pendidik yang sedang berada didalam kelas mengajar, bercerita ada yang mendengar pembentangan pelajar, sesekali menguap kerana si pembentang terlalu bosan. Lumrah manusia.

Beginilah hari-hari yang telah aku lalui bagi tempoh tahun ini. Sepanjang setahun dan dua semester telah aku habiskan. Terkadang tidak sedar akan berlalunya masa itu seperti air yang mengalir deras. Tidak disadari sudah sampai ke muara. Sedangkan seakan baru semalam berada di hulu. Itulah masa. Bak kata pepatah Arab, masa itu ibarat pedang, jika kita lambat dia akan memotong kita. Berharganya masa itu seperti emas, yang nilainya tak pernah jatuh, akan ada juga nilainya, bila kita mengenangkan masa yang telah lalui dengan sia-sia. Tak guna menyesal perkara yang sudah.

Namun kini suara-suara bising dan gamat itu tidak lagi kedengaran.Hanya siulan burung-burung kecil yang berterbangan mencari dedaun kecil untuk membuat sarang. Semua pelajar sudah beransur pulang, masih ada saki baki yang tinggal, itu pun tidak lama, esok atau lusa pulanglah mereka.Blok-blok pengajian sudah lama sepi tanpa suara penghuni kelasnya.  Penghuni asrama kini hanya tinggal kucing -kucing dan anak-anak comel mereka. Kedengaran bunyi mereka mengiau mencari sisa makanan yang orang tinggalkan. Tiada pelajar bermakna tiada lagi sisa yang mereka bisa makan. Tapi aku pecaya, Allah kaya dengan rezekinya. Tidak akan putus rahmatnya ke atas makhluk ciptaanya.

Bagaimana dengan aku, aku masih disini. Diatas meja belajarku, menulis dan mengarang, sesekali melihat waktu di skrin komputer ribaku. Menunggu rakan-rakan yang lain mengajak aku keluar. Menanti detik-detik masa yang masih lagi berbaki. Bilik dan katiku telah aku bersihkan. Sampah sarap sudahku buang. Hanya menunggu masa esok untuk meninggalkan bumi Kelantan.

Jalan-jalan masih teringat akan kamu semua. Jaga diri, jaga hati dan jaga semuanya.

Salam Hari Raya Aidiladha. Maaf Zahir dan Batin

PISMP SAINS AMB.JAN 2010


11.13.2010

Jalan : aWaRd JaLaN aKu

Jalan Koleksi Award- Award Blog yang aku kumpul..
Award aku- Ambil , jangan tak ambil
Ini dari http://olicksya.blogspot.com/
Award dari http://arygirlzdacute.blogspot.com

Ini dari http://kizmyself.blogspot.com
Ini dari http://fiqasaila.blogspot.com



11.12.2010

Jalan : HaNyA InGiN mErAsAi ApA ItU bAhAgiA

Jalan-jalan ini adalah kisah aku bersama seorang temanku.

Sesekali aku lihat dia sedang termenung memandang ke helaian  nota-nota yang sedang berselerak di atas katil dan ketika itu aku sedang sibuk mengira persamaan kimia yang sedang aku hafal. Aku lihat wajahnya seperti menanggung seribu persoalan yang tak terucap. Mungkin terlalu sukar baginya intuk menghafal isi -isi nota yang dibaca olehnya. Setelah siap aku tuliskan semua catatan yang aku catat. Lalu aku mengambil gitar hitam kesayanganku. Aku petik satu persatu tali-tali gitarku. Lalu aku memandag kepadanya.

"Ko ada problem ke ? " tanyaku kepadanya.

"Tak da lah, cuma tajuk ni susah lah" balasnya perlahan. Ketika itu dia mula mengalihkan pandangan kepadaku.

"Tapi aku tengok ko ni macam tak ok je" kataku kepadanya semula.

"Tak da lah, cuma aku selalu terfikir apa yang aku nak buat lepas ni" dia mula membuka cerita.

"Kenapa pulak ? " tanyaku.

"Yea lah, sekarang aku dah rilek , tak macam sem lepas busy, kosong je aku rasa hidup aku tak tau nak buat apa kalau masuk sem depan" terangnya.

"Ala...kan ko dah tak busy, kira bersyulur la, cari lah kerja-kerja lain yang kau suka, contoh menulis ke apa ke" kataku kepadanya.

"Ala kau cakap senang, aku sebenarnya nak jugak merasa berteman, sibuk dengan orang lain" dia cuba merungkai niat sebenar.

"Kiranya kau nak ada awek lah ni hahaha..." sambil tersenyum kepadanya.

"Hehe..nak lah jugak " dia tersenyum kembali.

"Try la mana-mana kawan-kawan ke...kenal dulu hati masing-masing" kataku semula.

"Sapa nak orang macam aku ni, aku dah pernah tanya dah. Last -last aku sendiri malu, dia kata dia ada orang lain" sedih nadanya.

"Wei, kalau kau nak tau, jenis pempuan yang kalau setakat nak main-main ko jangan layan,, takot-takot nanti kau yang sakit" aku beri penerangan.

"Ala..kau cakap boleh la, kau dah pernah rasa, manis dan pahitnya cinta. Aku merasa pun tak pernah, aku bukan nak lebih-lebih, cuma sikit je. Kalau kau tengok orang lain, ada awek nak buat tunjuk-tunjuk kat member-member, lawan tangkap gambar maut lah, peluk lah apa lah. Aku tak mahu anggap teman perempuan macam tu, tak baik tau tak. Kalau ada orang lelaki buat cam tu kat adik perempuan aku, mati aku kerjakan" terangnya panjang lebar.

"Aku setuju dengan ko, dulu masa aku sekolah menengah, kawan aku selalu tanya, kenapa perempuan suka lelaki yang kita tengok ntah apa-apa tah, nak kata hensem tak, pandai pun tak, keja lawan cikgu kuat, buat kepala ada lah, tapi pempuan minat jugak lelaki macam tu" kataku kepadanya aku menyambung.

"Tapi aku ada jawapan untuk semua tu, aku tau orang nak lelaki yang betul-betul lelaki. Tapi tak jugak, aku percaya, kalau ada jodoh yang pasti akan ada lah. Kan ko selalu belajar, orang ada kata kalau nak pasangan baik, kita pun kena jadi baik jugak" kataku sambil tersenyum.

"Arggh..ayat ko ni nak sedapkan ati aku aje, ingat aku tak tau" dia membalas sambil kami tertawa bersama-sama.

Jalan-jalan sesekali ingatlah bahawa, bukan semua orang bernasib baik seperti kita, tapi sedarlah bahawa kita harus bersyukur dengan apa yang telah Allah S.W.T berikan kepada kita. Hargailah orang tersayang.

11.11.2010

Jalan : MaTaKu TaK SeAyU...

Jalan-jalan kali ini masih dalam mode exam yang agak memberi kesan khas pada aku...

Hari ini paper Science Curriculum Pedagogy ( SCE 3104 ). Bunyinya agak menyenangkan tapi tak jugak sebenarnya. Banyak kena hafal dan kena ingat. Nasib baik ia ada sedikit persamaan dengan subjek wajib aku yang lepas iaitu Murid Dan Alam Belajar ( EDU 3104) tak mengapa semua itu satu ujian untuk aku jadi seorang insan guru.

Kisah yang aku nak bawa pada kali ini ialah berkenaan dengan kertas major aku yang kedua ini. Kertas ini adalah subjek yang mengajar cara untuk mengajar Sains pada murid-murid. Ini dikirakan sebagai sinopsis yang aku nak bawakan pada anda semua. Tadi masa belek-belek soalan esei yang ketiga dia ada tanya pasal pendidikan sains bagi golongan kurang upaya atau (OKU). Soalan tu lebih kurang macam ni bunyinya.


"Explain what are the barrier of physical disabilities student to learn science"

So aku tulis ;ah macam-macam halangan yang menghalang pelajar kurang upaya ini. Sedang aku tulis-tulis tiba-tiba aku teringat sepupu aku yang namanya Alif. Dia ni kalau lahir normal dah berumur 9 tahun dah. Tapi nak dijadikan takdir yang dia ni lahir dalam keadaan yang istimewa. Kalau nak diceritakan memang panjang lah kisahnya tapi aku cuba pendekkan.

Kiranya dari lahir kedunia ini, mak dengan ayah dia banyak kena berkorban. Masa, wang dengan kasih sayang tak berbelah bagi. Selalu kalau balik kampung masa cuti sekolah dia pun akan ada sama balik kampung. Satu tabiat yang dia suka main dengan aku ialah dia suka panjat belakang aku. Kadang-kadang kalau rambut aku panjang dia suka tarik-tarik.

Sedikit sebanyak aku sedar akan bukan semua orang lahir sebegitu didunia ini berkehendakan sebegitu. Kalau dia seorang yang normal dan kalau anda tanya nak tak jadi tak normal ? Yakin aku cakap dia akan kata tak mahu. Analoginya macam anda ada dua belah tangan, datanh seorang mamat mana entah jumpa kau dan bertanya.

"Salam, aku tengok kau ada dua tangan, nak potong tangan kau sebelah boleh tak ?"

Apa korang akan jawab ??? Boleh ke Tak ?

Mestilah tak boleh. Ke ada sesiapa yang nak kena potong tangan saja-saja.??? Hei manusia, jangan sombong dengan apa yang kamu ada. Kalau Allah S.W.T nak ambil balik, tak susah, sekelip mata aje. Ke salah ayat -ayat yang aku taip ni ???

Sebenarnya aku sedang memikirkan orang-orang yang normal lagi berkeupayaan dan berfikiran waras. Bukan separuh tiang, suku masak atau separuh masak, masih jugak buat perkara-perkara yang nak jadi orang yang tak normal dan melanggar pulak hukum alam. Kenapa ?? Dah elok-elok kepala otak Allah bagi dekat dalam kepala nak jugak rosakkan dengan makan Pil Kuda lah, Syabu lah apa lah. Nauzubillah Min Zaliq.

Hakikatnya itu semua ada hikmah dan maksud di sebalik penciptaan-Nya. Jangan kita cuba menafikan dan menyangkal dakwaan itu. Kerana Allah S.W.T lebih mengetahui dari apa yang kita tahu. Nak dibandingkan ilmu Allah S.W.T dengan manusia macam ni analoginya. Anda pergi ke tepi pantai dan celupkan tangan anda pada air tersebut. Lihat berapa banyal air yang melekat pada tangan anda dan lihat pula air pantai atau laut yang terbentang luas itu.

Air yang terlekat pada tangan anda = gambaran ilmu yang anda ada didada.


Air laut yang terbentang seluas mata memandang = Ilmu Allah S.W.T 

Soo...Mana lagi banyak  bro ????

Jalan-jalan renung-renungkanlah...

11.09.2010

Jalan : UjiAn...

Jalan pertama untuk subjek major...

Hari ini aku dapat menghabiskan ujian akhir semester untuk matapelajaran Exploring Material ( SCE 3101) ni subjek major untuk course aku. Esok ada lagi satu subjek major bagi paper Science. Memang kalau kata senang tak jugak susah pun ada jugak.

Semuanya menjadi satu sebatian yang bercampur-baur bersama emosi yang kadangkala dalam keadaan teruja dan sedang berduka. Namun ia tidak menjadi penghalang bagi 121 penuntut untuk batch aku menjayakan ujian pada hari ini. Melihat Pok Op dan Fendi di sebelahku yang sedang tekun menjawab paper Pendidikan Jasmani. Nadia @ Qurtuby Qurtuya  sampai terbaring-baring menjawab Geometry disebelah mejaku. Begitu juga Mat Awis yang sesekali memerhatikanku. Kedengaran derap tapak kaki pengawas peperiksaan yang sedang berjalan.

Suasana hening dan senyap, hanya bunyi selakkan kertas dan sesekali seseorang ada menjatuhkan mata pena di lantai. Aku dapat lihat ada juga rakan-rakanku yangsedang tergaru-garu kepala yang tak gatal, ada juga yang duduk termenung. Selain itu ada juga yang sedang menggunakan "Eagle Eye" untuk melihat jawapan rakan di sebelah. Ada juga yang sesekali menyelak helaian-helaian soalan seperti mencari-cari akan sesuatu.

Ini adalah lumrah peperiksaan. Macam -macam ragam dan style yang dipamerkan pelajar. Aku juga tidak ketinggalan sesekali melihat-lihat jam di hadapan dewan dan menulis jawapan. Tekedu dan terpana dengan soalan yang susah diajukan dalam kertas soalan.

Tapi ada satu perkara yang membahagiakan tentang pepriksaan, bila semuanya berakhir. Senyuman dan gelak tawa senda yang mengiringi calon-calon yang sedang bejalan pulang. Aku, seperti sediakala berjalan sendiri menuju keasrama. Sesekali tersenyum mengenangkan hari ini. Ada yang membandingkan jawapan, ada yang menyesal tidak menjawab soalan yang diajukan. Tapi semuanya sudah berakhir.Untuk hari ini...

"Masih ada lagi dua kertas untuk di hadapi" bisikku.

Jalan-jalan sesekali aku tersenyum melihat langit yang sedang mendung. Hujan lagi mungkin.

 
(Dari kiri : Paih, Raja Hafizi, Aku@Syafie , Shafiq, Mat Lija, Min, Pok Yah, Apih )
-Sukan Tradisional - Konda -Kondi -2009-

11.08.2010

Jalan : PeRnAhKaH....

Jalan-jalan yang sering mengingatkan aku...

Satu hari datang seorang teman yang sedang dalam keadaan serabut.  Matanya merah, bibirnya dijuihkan seperti muncung burung. Jalannya kasar dan dia tidak melihat langkah-langkah kaki yang sedang dilangkah olehnya. Seakan lucu juga pun ada jika aku lihat keadaannya. Tapi aku tahu yang dia sedang marah didalam hatinya. Lalu dia duduk disebelahku dan mendengus seperti kuda jantan. Masam mencuka riak wajahnya. Terasa bahangnya aku dapat rasakan.

"Kau tengah marah ke ? " tanyaku perlahan.

"Mana kau tau ? Kau kisah ker aku marah " balasnya sambil memandang tepat ke arah mataku, aura marah sedang  menguasai dirinya.

"Ala...sekilas ikan di kali sudah tahu jantan atau betina lah..haha.." gurauku semata-mata ingin mengurangkan  keadaan yang dirasainya.

"Aghh..kau apa tau" balasnya dalam nada yang masih keras lagi.

Sambil tersenyum aku katakan kepadanya " Cuba kau cerita kat aku apa yang kau marahkan sangat ? Haa ? Awek ? Duit ? Kerja ? cerita la beb"

"Dia...suka sangat menekan aku, dah aku kata dan terangkan macam-macam tak caya-caya lagi " dia cuba membuka cerita.

"Awek lah ni ? Btol ? " tanyaku untuk mendapatkan kepastian.

Dia sekadar mengangguk kecil.

"Bro...biar aku teka, dia suruh kau jumpa family dia kan? Lepas tu dia nak ajak kau kawin cepat-cepat, bila kau bagi alasan,  dia kata kau tak sayangkan dan setia dengan dia ? " aku mula membaling buah-buah dat yang tajam pada sasaran, mana tahu ada yang mengena.

"Macam -mana kau tahu semua ni " sambil melihat aku dengan wajah pelik dan seakan bersetuju dengan tekaanku.

"Pengalaman bro..." balasku selamba.

"Macam ni lah, aku bagi sedikit nasihat, kalau kau nak pakai, pakai, kalau tak, tak payah " kataku kepadanya. Dia mengangguk setuju.

"Kau dengan dia belum ada apa -apa lagikan, kau bawa berbincang, elok-elok, ni baru berpacaran, aku boleh lah tolong, kalau dah kawin besok, Sorry naik lori lah." terangku.

"Satu perkara, jangan kau tunduk dengan nafsu amarah aku, tapi kau tundukan dia pada kau, semua masalah ada penyelesaianya, kecuali satu " sambungku.

"Apa dia ? " tanya dia kepadaku.

"Penyakit malas, mana ada ubat" kataku sambil tersenyum.

"Kau pernah rasa marah ? " dia bertanya sambil melihat ke arah mataku.

"Tipulah kalau aku kata tak pernah marah, tapi aku menyesal marah " jawabku.

"Kenapa ? " ringkas pertanyaanya.

"Sebab, bila aku marah aku akan buat perkara-perkara yang tak sepatutnya aku buat, sekaligus, aku sendiri dapat malu. Sebab tu aku tak mahu marah tak tentu hala sekarang" terangku semula.

"Wei, kalau kau macam tu mesti orang main-mainkan kau " dia cuba mengungkai kembali pertanyaan itu.

"Semua orang ada hak untuk beri pendapat, tak kisahlah dia nak kata apa, janji aku percaya masih ada lagi tempat-tempat yang baik untuk hilangkan rasa marah dan benci " terangku semula.

"Mana ? " sambil melihat kepadaku.

"Ambil wuduk, duduk dekat tikar solat, muhsabah diri, tak modal banyak, mudah dan berkesan  InsyaAllah" terangku semula.

Malam itu mengingatkan aku pada satu peristiwa masa-masa muda remaja aku yang tak sepatutnya aku lakukan.



Jalan-jalan jaga lah hati dan nafsu anda moga di lindungi Allah S.W.T selalu...


p/s : Salam kepada junior-junior aku HSBP, maafkan aku marah korang semua masa kes curi tu.

11.07.2010

Jalan : IsNin...

Jalan kisah aku dulu-dulu sekolah...

Hari Isnin merupakan hari pertama persekolahan. Maka, setiap hari Isnin setiap minggu akan diadakan perhimpunan sekolah. Apa yang menariknya ? Tak ada apa cuma kenangan yang sering buat aku tersenyum.

Masa mula-mula aku jadi pengawas sekolah masa dalam tahun 3. Waktu tu perasaan best bila semua orang tak pakai baju sama dengan apa yang aku pakai. Tambah - tambah bila pengawas dia kena pakai tali leher. Hehehe...spesial beb.

Tugas aku ? Mula-mula kalau setiap pagi sampai sekolah, aku akan jumpa dengan  Cikgu Asiah. Dia jaga bilik guru Sekolah B. Sekolah B ni cuma ada dua darjah saja, iaitu tahun 2 dan 3. Lain-lain darjah dekat sekolah A. Cikgu Asiah akan bagi aku bendera Malaysia dan bendera negeri Johor. Pasang bendera, lepas tu masuk kelas.

Kalau perhimpunan sekolah tugas aku lagi mencabar sket. Haha..tak lah sangat setakat macam ini aje.

Dipersilakan Mohamad Syafie untuk menyampaikan Rukun Negara

Aku pun akan sebut dan rakan-rakan yang lain akan ikut.

Rukun Negara


1. Kepercayaan kepada Tuhan
2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
3. Keluhuran Perlembagaan
4. Kedaulatan Undang-undang]
5. Kesopanan dan Kesusilaan 

(Tengok, kalau tak ada tugas macam aku, budak-budak mana boleh ingat )

Tapi sekarang aku dapat lihat macam-macam medium yang telah ambil-alih tugas aku sebagai penyampai Rukun Negara.
Van

Kotak Tisu...

Hummm....
Lepas habis perhimpunan masuk kelas. Macam itu lah setiap kali perhimpunan... Semua tu tinggal kenangan.

Jalan-jalan hari ini hari Isnin. Kimia...Kimia....

Jalan : KiMiA...

Jalan ini bakal aku lalui dan sedang berusaha kearahnya...

Hari  ini hari Ahad. Hari ini saya sedang buka buku kimia. Sebab hari Rabu ada ujian final sem. Tajuknya Exploring Material tapi, ayat mudahnya Kimia. Segala bentuk Alkohol, Carboxylic Acid dan macam-macam lagi yang sedang mengkimiakan kepalaku. Tapi tidak mengapa. Itu tak bermakna aku tak boleh menulis dan terus menulis.

Selalu orang akan cakap bila pasangan kekasih saling mencintai dan dapat merasai rasa yang seakan-akan sama dan apa yang mereka sedang alami.

"Awak, saya tahu yang awak tak sihat hari ini..." kata si teruna.

"Mana awak tahu saya tak sihat, awak bukan jumpa saya kan hari ni " balas si dara.

"Ala..awak ni, ni lah nama chemistry between us " terang teruna lagi.

"Oooo..cam tu ea...Ada kimia antara kita " balas si dara semula.


Ada sesiapa percaya akan perkara ini ??? Sila angkat tangan, angkat tangan tinggi-tinggi biar saya lihat.

Tapi sesekali aku berfikir, memang cukup sempurna dan tak silap walau sedikitpun ciptaan Allah S.W.T. Ini kerana semuanya dicipta mengikut fitrah. Sehingga sekecil-kecil zarah pun ia masih ada pasangannya. Siapa kata aku tipu ???  Betul la, pasangan proton ( + ) adalah electron ( - ). Kalau mak atau bapak korang suruh cari pasangan mestilah berlainan jantina. Ish...ish..ish...

Tapikan aku ada kisah tentang aku dan orang yang tak boleh nak ikut fitrah alam. Kisahnya macam ini. Satu malam sedang aku dan rakan-rakanku sedang berbual-bual. Tiba-tiba telefon kesayanganku berbunyi ..

"Tuuut...tutttt.." telefon berbunyi. Nombor yang terpamer bukanlah nombor yang aku kenali.

"Hello...nak cakap dengan sapa ? " aku sambut panggilan itu.

"Hey..you, kita boleh jumpa tak " kedengaran suara lelaki yang sedang bercakap.

"Jumpa ??? ni sapa ni ?? Saya tak kenal awak lah " balas aku dengan seribu persoalan.

"Issh...you ni... I jumpa nombor you dekat jamban, Terminal 1 lah.." balasnya dengan suara manja.

Heeee!!! Menyeramkan dan  mengelikan sungguh.

"Maafkan saya, akak ke abang ke pakcik ke..saya tak main lah benda-benda macam ni " terang aku menahan rasa marah dan malu.

"Ala..aku bukan nak apa-apakan kau lah, aku nak jumpa belanja makan jer.." secara tiba - tiba suara manja tadi jadi garau dan kasar.

Aku tengok telefon dan tekan butang off. Habis cerita.

Apalah bangsa kita sekarang, dah baik -baik Allah ciptakan Adam untuk Hawa nak cari jugak spesies kaum Nabi Lut A.S. Songsang betulah. Kalaua aku jumpa mamat yang tulis nombor aku kat JAMBAN , nak aje aku basuh kepala otak dia.

Jalan-jalan kena tengok-tengok jugak..Takut-takut jadi barang panas macam aku. Hahahaha...

11.06.2010

Jalan : MaNiS TaPi SeDiH...

Jalan ni aku jumpa dekat satu blog orang, http://telordibasuh.blogspot.com. Sumber gambar aku ambil dari sana.

 Satu hari saya berjalan -jalan dalam keadaan perut yang lapar. Saya tak punya wang di poket. Tapi saya berasa lapar sangat. Tiba-tiba saya terpandang sebuah gerai kecil menjual manisan. Kelihatan seorang lelaki sedang menuang manisan diatas dulang dan dia membentuk manisan itu menjadi seekor burung. Langkah saya terhenti melihat dia membuat manisan itu.
Manisan itu tentu sedap rasanya. Harum dan sungguh sedap baunya. Saya tidak menghiraukan orang-orang disekeliling saya. Yang saya tahu, saya mahu lihat manisan itu. Cantik, sangat cantik.

 Alangkah baiknya jika saya punya wang. Boleh saya beli satu manisan yang saya suka itu. Saya suka bentuknya. Rasanya tentu sedap. Tapi saya sedar yang asya hanya mampu hisap jari saya yang kecil ini. Sudah cukup untuk menggantikan rasa manisan itu.

Waaah..saya suka akan bentuk itu. Saya masih tak boleh berganjak dari sini. Kaki saya berat untuk digerakkan. Saya mahukan manisan itu. Saya suka bentuk yang dibuatnya. Saya sangat mahukannya.

Alangkah bagusnya jika saya punya wang seperti lelaki itu. Dia dapat membeli manisan itu. Saya sukakan bentuk manisan yang diambilnya. Itu saya punya. Saya sukakannya.Sungguh tidak adil, dia ambil bentuk yangs saya suka. Tapi walaupun saya suka, saya mana punya wang untuk membelinya.

"Abang... marilah kita pulang..." adikku disisi berbicara. "Abang tak mahu pulang, abang mahu lihat manisan ini lagi". "Abang... kita mana ada wang untuk beli manisan ni". Saya sekadar mendiamkan diri. Tanda setuju dengan kata-kata adikku. Ya, saya tidak punya wang untuk membeli manisan ini.


Bertuahnya jika saya punya wang. Dapat saya merasai manisan yang cantik bentuknya itu. Saya tidak mahu banyak. Sekadar sebatang manisan itu sudah memadai bagi saya. Saya tidak mahu tamak. Saya cuma mahu salah satu daripadanya. Saya teringin untuk merasainya. Laparnya perut saya...


Jalan-jalan aku rasa sedih sangat bila melihatkannya...

11.05.2010

Jalan : BaSiKaL KeCiL WaRnA BiRu...

Jalan - jalan sesekali ingat aku pada basikal kecil berwarna biru...

Cerita ini berlaku ketika aku berusia lima tahun.

Hari itu aku mengikuti ibu kerumah Wak Sukar. Isterinya baru bersalin anak ke - tiga kata ibu. Petang itu akan diadakan majlis Yasinan ( Majlis Bacaan Yassin dalam bahasa Jawa). Ibu pakaikan baju t-shirt kesukaanku dan seluar jean pada tubuhku. Ibu juga pakaikan bedak pada mukaku, tapi sering kali aku lari atau usap kembali bedak yang dipakaikannya. Protes tanda aku tidak menyukainya.

Ibu bawa aku menaiki motorsikal atu yang berwarna biru. Yamaha 80 atau sekarang orang panggil motor Yamaha Cup. Aku duduk dibelakang sambil memeluk ibuku.

"Nanti kalau tak mau duduk dalam main dengan kawan-kawan dekat luar yea " pesan ibu kepadaku.

Aku sekadar mengangguk, suka benar aku bila berjumpa dengan rakan-rakan yang kadang-kala tidak aku kenali. Pelik yea pada zaman itu, mengenali rakan baru dan boleh terus ikut bermain bersama mereka adalah perkara yang paling mudah sekali. Memang zaman  kanak-kanak tidak mengenal apa itu diskriminasi.

Semasa kau tiba di rumah Wak Sukar, aku melihat ramai golongan ibu-ibu yang hadir. Aku turun dari motorsikal dan terus berjalan ke arah hadapan rumah. Ramai kanak-kanak perempuan yang ada, mana rakan-rakan lelakiku yang lain ? Bisik hatiku.

Tiba-tiba aku terpandang sekumpulan budak lelaki yang sedang berkumpul di tepi jalan.  Mereka semua berbasikal. Salah seorang dari mereka seprti aku kenali. Tapi tidak ingat siapa orangnya. Langkah kaki ini mulai menuju kearah mereka.

Salah seorang dari mereka sedang memegang sebuah kereta mainan kecil yang berwarna biru. Besarnya tidak seberapa tetapi ia ada tali yang mengikatnya. Aku benar-benar tertarik pada kereta mainan itu. Jika tidak silap , budak lelaki itu bernama Zaki. Anak ketua kampung, beza umur aku dengannya adalah dia dua tahun lebih tua dari aku.

"Hei.. nak pinjam kereta mainan tu boleh ? " tanyaku kepada Zaki.

"Mana boleh, ni aku punya " balas Zaki.

"Ala..nak main kejap je..bole lah.. " rayuku kepadanya.

"Tak boleh" sambil merapatkan pegangan tangannya ke tubuhnya. Matanya tepat memandang mataku.

"Kalau macam tu pinjam basikal kau sekejap boleh ? " tanyaku kembali.

"Aku kata tak boelh, tak boleh lah !!" marah Zaki.

Aku mendekati Zaki. Walaupun badannya lebih besar dari badanku aku tak takut untuk melawannya. Semakin aku hampir, semakin erat pegangan tangannya pada kereta mainannya. Lalu tanganku cuba mencapai kereta main itu. Serentak dengan itu tangan Zaki yang sebelah lagi cuba menolakku. Dengan sekali tolak badanku sudah terjatuh ketanah. Aku bangun  semula dan cuba mendapatkannya lagi. Kali ini Zaki bersedia, apabila aku hampir, dia menyuakanku dengan satu tumbukan ke arah pipiku.

Seraya dengan itu aku menangis, tapi dengan jujuran air mata yang keluar, aku teruskan juga untuk mencapai kereta mainan itu. Rakan-rakannya yang lain sedang bersorak dan ada yang mentertawakanku. Sesekali mengejek-ejek kepadaku.

"Heee...Gembeng...gembeng...gembeng... " ejek mereka. Itu merupakan bahasa Jawa yang bermaksud Si Penangis.

Tidak lama selepas itu ibu datang mendapatkanku. Sambil mendakap ibu, aku mengatakan kehendaku kepada ibu.

"Nak tu...nak tu..." kataku sambil menujukkan tangan ke arah kereta mainan kecil yang sedang dipegang Zaki. Air mata anak kecil ini berjujuran mengalir dipipiku, sepanjang ibu membawaku pulang ke rumah. Ibu tidak berkata sepatah pun. Maafkan aku ibu kerana memberi malu kepadamu.

Sampai di rumah atuk sedang duduk bersama nenek. Aku terus naik keatas dan masuk kebilik.

"Nyapo to'o Pie kae ? " tanya atuk kepada ibuku, maksudnya kenapa dengan Pie tu.

"Rebutan basikal karo anak'ie Jaiman " balas ibu, ibu memneritahu yang aku berebut basikal dengan anak Jaiman, Zaki.

 Aku turun kebawah, saki baki air mataku masih lagi ada di pipiku. Aku ingin katakan kepada ibu yang aku tidak berebut akan basikal itu, aku mahukan kereta maina. Kereta mainan yang berwarna biru.

"Mak..bukan tu, tapi nak yang tu.." kataku kepada ibu.

"Alah...besok atuk belikan.." kata atuk kepadaku. Mungkin sekadar untuk menenagkanku. Aku lantas duduk ke atas riba atukku. Sayang aku kepadanya.

Esok aku dengar atuk keluar dari rumah menunggang motorsikal buruknya. Motor itu dia gunakan untuk mengangkut kopi atau sawit dari kebun. Ketika itu aku sedang leka bermain bersama Saliha, adikku. Dalam beberapa jam selepas itu aku dengar bunyi motor atuk datang dari arah darat. Kelihatan atuk sedang membawa sesuatu yang terikat kemas di karya motonya. Ia ditutupi guni dan aku tidak tahu apa isinya.

Apabila atuk membuka guni yang menutupi barang itu, terlihatlah aku sebuah basikal kecil yang berwarna biru. Tayarnya juga berwarna biru. Ada roda kecil di kiri dan kanan basikal itu. Serentak dengan itu hatiku berbunga ceria.

"Pie, atuk belikan basikal untuk ngko, basikal kecil warna biru"

Jalan-jalan sesekali ingat aku pada basikal kecil warna biru.

11.04.2010

Jalan : AsAL KaPuChinO dAn MoCha...

Jalan -jalan di kebun kopi...

Sewaktu bersekolah di SMK Tinggi Batu Pahat aku menyedari hakikat bahawa yang aku datang dari keluarga yang bergantung hidup dari budi tanah dan pohon-pohon tani. Sekali lagi aku berbangga lahir dalam keluarga ini.

Waktu itu ketika kelas Pn.Ng , dia mengajar Kemahiran Hidup untuk kelas kami. Sewaktu itu kami sedang belajar tajuk berkenaan tanah dan tanaman.

"Siapa dalam kelas ni ibubapa dia petani ? " tanyanya pada kelas. Matanya melilau melihat semua anak didiknya yang akan memberi respon kepada pertanyaannya.

Aku dan Rizal Jawa angkat tangan, sambil melihat rakan-rakan kelas yang lain yang sedang menumpukan perhatian kepada kami berdua. Sambil tersenyum dan Pn.Ng mengangguk.

"Janganlah malu jadi anak petani, saya juga dulu seperti kamu"  katanya lagi.

Selesai kelas, Victor Ong datang mendekatiku. Orangnya berbadan kecil, bulat bentuk mukanya dan  dia memakai kacamata yang juga bulat rekaanya. Sambil membetulkan kacamata bulatnya dia bersuara.

"Syafie, ayah awak petani ke ? Ada kebun sendili ?" tanyanya dalam nada sedikit kepelatan.

"A'ah" balasku sambil mengangguk sedikit kepalaku.

"Waa..." Victor membuka mulutnya. Sepertinya di seakan mengagumiku. Tapi atas dasar apa juga aku tidak tahu.
************

"Pie, cuti sekolah ni ngko ada pegi mana-mana ? " tanya Fazli kepadaku.

Fazli, anak jati bandar Batu Pahat. Lahirnya ke dunia sudah mengenal bangunan konkrit dan taman-taman perumahan, sudah mengenal bangunan-bangunan besar sekitar bandar. Bukan seperti aku, mengenal unggas-unggas yang berterbangan dan pepohon kopi serta sawit. Tahu mana datangnya buah keledek dan ubi kayu.

"Aku balik kampung, tolong atuk ngan nenek aku petik kopi" jawabku.

"Kopi ? Seumur hidup aku tak pernah tengok pokok kopi " kata Fazli kepadaku.

Aku memandangnya dari atas ke bawah, budak yang paling pandai di dalam kelasku tidak mengenal pokok kopi.

"Nak tengok pokok kopi datanglah rumah atuk aku, rumah aku pon ada jugak" kataku sambil tersenyum.

**********

Kopi, siapa kata kopi minuman orang-orang kampung. Wahai saudara atau saudari yang mengatakan sebegitu, cuba anda terbang ke Perancis ataupun Itali. Tanyalah soalan-soalan seperti ini sekiranya anda terjumpa cafe-cafe yang terletak di tepi jalan-jalannya yang sibuk.

"Posso avere una tazza di caffè? " 

"Puis-je avoir une tasse de café? "


Sudah tentu ya jawapan mereka. Jika kini anda berbangga meminum Latte, Mocha dan Kapuchino yang harganya mencecah tujuh atau lapan ringgit secawan. Percayalah bahawa ianya datang dari sebiji kopi. 

Sebiji kopi yang mana harganya dahulu tidak seberapa. Jika dulu aku memetik kopi yang jumlahnya apabila dijual adalah bernilai RM 8.00 setin,dan beratnya lebih kurang 13 kilogram. Kemudian ia diproses dan diolah menjadi serbuk kopi dan dijual dalam pasaran harganya berubah menjadi semakin mahal. Semalam aku membeli serbuk kopi yang beratnya hanya 70 gram bernilai RM1. 35. Bagaimana kopi berubah dari barang murah kepada mahal?


Umpama kita sebagai manusia. Hidup ini bukan untuk bermegah-megah dan sombong dengan apa yang ada. Tapi kita harus sedar dan sentiasa menilai apa yang kita telah ada. Sesekali aku merenung memikirkan kejayaan-kejayaan insan-insan yang berjaya dalam hidup. Adakah mereka itu datang dari Planet Namek ? atau Planet Nebula 69 ?. Tidak, mereka manusia seperti aku, bernafas dan bersifat seperti aku. Tapi bagaimana mereka boleh berjaya ? 

Seperti yang aku sedari bahawa jawapannya sama dengan jawapan tentang satu petanyaan.

"Dari mana asal Kapuchino dan Mocha? "


Jalan-jalan sekadar ingin mencoretkan kisahku kepada kamu...

Blogger news

Blogroll