10.22.2011

Jalan : Real Steel (2011)

Jalan-jalan nak cerita filem baru keluar kat panggung dalam minggu lepas.

Lakonan Hugh Jackman atau lebih dikenali dengan lakonan watak Wolverine ( X -Men ). Kali ini beliau memegang watak sebagai Charlie Kenton seorang bekas ahli tinju.
Berlatarkan masa depan, oleh kerana kemajuan teknologi semakin canggih tinju manusia ditukar kepada tinju robot. Sebab itu Charlie kehilangan kerjaya kerana kegilaan orang pada zaman itu mengemari tinju robot. Kini Charlie bekerja sebagai seorang jurujual biasa dan kisah bermula apabila dia mencuba untuk mendapatkan kemenangan dengan mencipta robot tinju daripada besi-besi buruk. Namun nasibnya seakan tidak akan berjaya.

Sehinggalah pada satu hari dia menemui bakat juara dalam sebuah robot yang dibuang dan kemudian anaknya Max yang sedang untuk mengenali Charlie juga turut terlibat dalam membina robot tinju ayahnya. Walaupun melalui jalan yang sukar dalam usaha memenangi tinju waja yang sebenar.

Okeh..jum enjoy Trailer citer nih.




Jalan-jalan cari download link...he3

No comments:

Blogger news

Blogroll