10.13.2010

Jalan : SaKiT hAtI...

Dulu ada jugak aku rasa macam ni..jalannya aku buat macam ni...

Hari itu satu ujian buat aku, aku duduk tak kena, belaja semua tak masuk. Masuk kelas macam orang bingung. Muka aku jangan ceritalah, serabut je nampak. Cuma aku nak kongsi kali ini tentang jalan yang buat aku sedar dan faham akan hakikat hidup ini.

Lepas habis kelas aku dengan langkah macam tak ada semangat pergi ke masjid. Selalunya ramai orang tapi kali ini tak seramai selalu. Aku pun ambil wuduk tunggu bilal I'qamat , lepas itu sembahyang Zuhur. Lepas solat satu perasaan yang kuat untuk aku jumpa dengan ustaz yang memang baik dengan aku. Lepas semua makmum keluar, aku tengok je arah ustaz nak pergi mana. Dia duduk dekat tangga.

"Assalamulaikum ustaz "

"Walaikumussalam, haa..Syafie ada apa.." ustaz membalas salamku.

"Ustaz, saya ada benda nak tanya, itu pun kalau tak menganggu masa ustaz.." tanya aku pada ustaz.

"Ehh..tak ada apa..boleh-boleh nak tanya apa" sambil pandang ke arah mukaku.

"Ustaz, macam mana nak hilangkan perasan sakit hati ustaz" tanyaku sambil tunduk memandang lantai masjid.

"Syafie sakit hati dengan siapa ? " tanya ustaz lagi.

"Tak da lah ustaz, kadang -kadang saya rasa macam tu bila saya rasa semua orang nak kenakan saya, gunakan saya, mainkan saya" jawabku atas pertanyaanya.

"Pie.... .tengok daun yang ada di atas pohon tu, adakah  ia akan kekal melekat sekiranya sudah kering dan tua ?" tanya ustaz pada aku.

"Tak ustaz, ia akan luruh " jawabku.

"Luruh dengan izin Allah..., semua yang berlaku atas izin Allah hatta walau sehelai daun kering, kalau kita sedih maknanya Allah nak uji kita, dia nak uji iman hambanya padanya. Tak semua perkara yang kita rasakan kat dunia ni sempurna dan cukup untuk buat kita gembira, ada juga artis popular, orang kaya, orang cantik semua mati sebab bunuh diri tau sebab apa? "

Aku menggeleng kepala.

"Tidak di campakkan nikmat Iman dalam hati-hati mereka" ujar ustaz.

"Syafie opsyen apa ? " tanya ustaz.

"Sains ustaz.." jawabku rimgkas.

"Baguslah tu, fikirkanlah kejadian-kejadian sains, kaitkan dengan kekuasaan Allah, setiap kali kita rasa sakit hati  lembutkalah dengan menyebut nama-Nya" terang ustaz lagi.

"Ustaz kalau masih ada lagi rasa tu macam mana ? " terpacul kata-kata itu dari mulutku.

"Didiklah hati kita itu...jangan kita ikut dia, biar kita kawal dia" balas ustaz dengan senyuman.

Petang tu ustaz meninggalkan aku dengan seribu kesedaran.

Jalan-jalan kita Dia yang menentukanya...Carilah jalan yang benar.

No comments:

Blogger news

Blogroll