10.09.2010

Jalan : SeKuNtUm BuNgA wArNa MeRaH

Jalan itu dan ini agak sama cuma sedikit berbeza...

"Ibu, tadi adik jumpa bunga, cantik ibu, warnanya merah " Kata adik kepada ibu.

"Adik jumpa kat mana ? " tanya ibu

"Di hujung kebun kita ibu, ibu esok adik nak pergi ambil" terang adik

************

"Ibu...bunga tu dah tak ada, batangnya sudah patah, ada orang sudah ambil" rengek

"Adik sayang bunga itu ?" tanya ibu lembut

"Sayang ibu" jawab adik sedih.

"Pergilah cari dan dapatkannya semula" balas ibu dengan senyuman.
*************
Sesekali kita sering berhadapan dengan keadaan begini. Yelah ada satu benda atau perkara yang kita mahukan dan inginkan jadi milik orang lain. Bukan bermaksud untuk merungut dan mengeluh tapi ingin menyatakan bahawa ia adalah hakikat yang sebenar dalam hidup kita. Kita mencari kebahagiaan, kesenangan dan kegembiraan. Memang tidak salah dan bukan satu satu kesalahan untuk mendapatkannya.
Seperti sebuah kisah di atas dan aku cuba samakan dengan kisah yang akan aku ceritakan ini. Seorang jejaka menemui seorang tuan kebun bunga dan ingin mendapatkan bunga dikebun tamannya. Kata tuan kebun bunga;

"Kau carilah dan berjalanlah kamu sepanjang kebun bungaku ini, tapi INGAT ! jika kamu sudah melaluinya, jangan kamu berpatah balik untuk mengambilnya "

Lalu jejaka itu melalui sepanjang kebun bunga itu, matanya melilau mencari kuntuman yang paling cantik untuk dijadikan pilihan hatinya. Perjalanannya beransur-ansur hingga ke hujung kebun . Lalu dia pulang semula menemui tuan kebun bunga itu dengan tangan yang KOSONG.

"Hai anak muda, kenapa kamu masih pulang dengan tangan kosong, tiadakah kuntuman bunga ditamanku ini yang bisa menambat hatimu ? "

"Ada wahai tuan yang bijaksana, namun, ketika aku menjumpainya aku merasakan ada yang lebih baik akan kutemui, lalu aku tidak mengambilnya dan meneruskan perjalananku ke hujung kebun ini. Akhirnya, baru aku sedari bahawa tiada lagi kuntuman yang secantik kuntuman yang kutemui itu tadi,  ingin aku patah balik semula, Tetapi aku teringat akan pesanmu tadi"

"Itulah yang aku ingin katakan kepadamu, jika kamu sudah menemui apa yang kau sukai dan kau minati jangan lepaskannya. Benar, ingatan masa lalu usah biar dikenang, namun ingatan masa lalu itulah yang sebenarnya kita inginkan, berfikirlah dengan bijak wahai anak muda"

Hmmm sebenarnya ada pengajaran yang ingin aku sampaikan, berfikirlah dengan bijak wahai pembaca-pembacaku. Peluang yang anda inginkan ini hanya datang sekali. Jangan jadi macam aku, sekarang nak menanti debu pun sudah berterbangan.

Apa-apa pon..Jalan-jalan ingat -ingat dan bijak-bijak lah jugak...

No comments:

Blogger news

Blogroll