4.26.2013

Jalan : Bicara bersama Penyajak Comel

Baru sahaja sebentar aku pegi menghantar sahabat serumah,seperjuangan,sebolok dan segalanya. Penyajak Comel Shafiq Azli, antara silent reader yang palin banyak menyinggah disini sewaktu dahulu.

Perbualan kami sebelum dia berangkat pergi ke pesta buku di kuantan menyebabkan aku sedikit tersentuh untuk menulis sesuatu pada ruangan blog aku yang kian bersawang dan berlumut tanpa diupdate. Sehinggakan aku sendiri seakan asing lagi menaip papan kekunci pada komputerku ini.

Sedangkan jika bukan kerana waktu dahulu yang mana aku sendiri tidak pasti suatu masa dahulu Jalan-Jalan Hidupku sangat hidup dengan kisah dan pengalaman hidup aku yang tak seberapa ini. Entah, mungkin masa dan waktu mengubah diri kita.

Sibuk yang tidak disibukan, sakit yang tidak disakitkan dan apa jua maknanya yang  aku dapat tafsirkan pada tulisan. Sekadar bingkisan yang mana mungkin aku sendiri tidak pernah mengendahkan perasaan yang terbuku ini.

Banyak yang aku ingin tuliskan dan banyak yang aku ingin kongsikan. Tapi bagaimanakah cara yang paling sesuai untuk aku katakan dan coretkan dalam pena maya ini.

Seakan satu ruang sempit yang aku bina untuk diriku dan aku sendiri tidak mampu untuk membebaskannya.

Sekadar bicara angin yang sepoi-sepoi berlalu pergi meninggalkan kesan yang insan lain tidak sedari.

"Pa, aku macam dah tak ada catalyst yang mana aku ada suatu masa dulu"

"Kau kena cari balik diri kau dulu, aku sangat suka dengan tulisan yang kau pernah tuliskan"

-Bila mana aku kehilangan pena dan kertas yang dahulu aku sayang dan aku jaga....


Blogger news

Blogroll