12.22.2010

Jalan : SeDaNg MeMaNdAnG JaUh...

Aku kehabisan idea....

Tak tau nak tulis apa...

Tapi yang aku pasti sedang memandang jauh

Tak tahu jauh kemana dan bagaimana

Tapi sedang memandang jauh


12.19.2010

Jalan : Contest Aku dan Generasiku


Jalan-jalan masuk contest blog Ieqa




Syarat-syarat pertandingan:

  • Jadi Follower blog ieqa.
  • Copy banner di atas dan letakkan pada entry dan sidebar blog anda serta link kan ke entry ini. *tak nak letak kat sidebar pon tak pe. Tapi wajib letak kat entry ok*
  • Buat satu entry tentang contest ini . Tajuk: Contest Aku dan Generasiku.
  • Upload gambar anda bersama-sama anak didik/murid anda. [tak kisah bilangan murid tu. Sorang pun boleh ok]
  • Tuliskan pada caption:

1) Anda cikgu dari sekolah / IPG / IPT mana.
2) Cerita tentang gambar yang dipertaruhkan. Contoh: "gambar ni diambil masa buat praktikal / PBS di................." haa, paham tak?? hehe

Aku sahut cabaran itu dengan mengepost salah satu gambar aku dengan anak-anak murid aku.
 
Aku guru pelatih IPG Kampus Kota Bharu.

Gambar ini diambil semasa Program Bina Insan Guru Fasa 2. Lokasi SK Sabak,Pengkalan Chepa Kelantan.



Jalan : TaNyA SaMA HaTi...

 Jalan - jalan aku layan lagu ni beb...



Kalau dulu masa sekolah rendah cikgu selalu ajar lagu ni kan...

Tanya pada pokok apa sebab goyang

Nanti jawab pokok angin yang goyang

Tanya sama langit apa sebab hujan

Nanti jawab langit, tanyalah awan

Awan nanti kata, aku kandung air

Sampai tempat sejuk aku pun cair

Tengok dalam air, nampak bayang -bayang

Campak satu batu, bayang pun hilang

Bila dah besar jiwang-jiwang sket jadi macam ni..

Tanya sama hati, apa asal sayang

Adakah tandanya nampak dipandang

Kumbang rayu bunga, bulan dan bintangnya

Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati, pernahkah merindu

 Ingat masa lena, apa mimpimu

Masa berjauhan, apa nan dikenang

Bila difahamkan, itulah sayang

Jikalau tidak kerana sayang

Kuntuman kasih tak mungkin kembang

Andainya jemu mengganti rindu

Jambangan mesra tentulah layu



 

Jagalah hati...tenangkan jiwa...Jalan-jalan sambil mengingati-Nya.

Jalan : AkU BeRgELuMaNg DeNgAn...??

Jalan - jalan hujung minggu cuti-cutiku...



Minggu ini bapak aku cuti hari  khamis dengan ahad. Maka aktivitinya ialah mak mintak betulkan tangga rumah dapur..

Secara otomatiknya aku kenalah bergelumang dengan pasir,simen, cangkul dan penyodok pasir (scope).

Kerja sebagai buruh kasar atau buruh binaan memang penat. Ini baru projek cikai-cikai belum yang melangit macam KLCC tu..

Apa-apa hal pun ini aku sediakan resepi untuk buat bahan-bahan campuran binaan mengikut skala dan keperluan. Kalau ada salah tolong tegur

Konkrit - Simen + pasir + air + batu kerikil + acuan + urat besi (besi diikat sebagai urat).

Plaster - Simen + pasir halus( pasir plaster warna oren keperangan) + air

Loose( bagi permukaan licin ) - simen + air + kapur (gunakan yang untuk plaster and loose)

Ingat!!! Air kena ada dan ia penting. Kacau dengan sebati dan jangan tidak. Kalau tak tak menjadi.

Ini kasut aku dulu 2007-2009
"Adidas Staten Island Limited Edition"
-Design For Staten Island Celebration-
Skang aku pakai buat kerja jer. Hahaha...Buruh Binaan Berjaya!!!


"Ampun pak saya nggak bersalah, datangnya cuma mau cari rejeki ( rezeki) - PATI ( Pendatang Asing Tanpa Izin).

Jalan-jalan, mana kuli-kuli Indon atuk aku nih...Tak nampak batang idong pon...

12.16.2010

Jalan : AdAkAh AkU TiAdA MuKa GuRu...???

Jalan - jalan aku pergi ke klinik di pagi hari...

Hari ini aku pergi klinik kat pekan aku. Oleh kerana ada ada masalah dengan perut aku.


Benar kata Nabi Muhammad S.A.W dulu, salah satu punca bermula penyakit adalah dari perut - Kitab Tabib Rasulullah.

Jagalah pemakanan dan tabiat makan. Pesan-pesan kepada yang lain yea...



Doktor : Syafie sakit apa ?

Aku : Sakit perut dengan cirit-birit

Doktor : Betul ke ni..(sambil tersenyu sinis)

Aku : Betol...

Doktor : (Ambil stethoscope chek perut aku) Tak ada apa-apa pon..

Aku : Tak tu, tapi dah bnyak kali saya buang air dari semalam.

Doktor : Kerja ke ?

Aku : Taklah, belaja lagi ?

Doktor : Mana? Giatmara ke? (Nada yakin dan sedikit sinis)

Aku : Tak lah, Maktab Perguruan.

Doktor : Ooo...

Adoiyai...aku ni tak ada muke cikgu ker ???

Jalan-jalan merenung kembali jalan yang sedang aku lalui.

Jalan : RaHsIa IbUkU TeRbOnGkAr !!!!!

Jalan- jalan kepada semua pejalan yang sedang berjalan disini.

Aku ada satu cerita yang sangat rahsia. Rahsia ini hanya ibu@emakku sahaja yang tahu.

Ceritanya, selama 20 tahun aku hidup ibu sebenarnya mempunyai sebuah mesih pembuat duit .

YAA!!!  MESIN PEMBUAT DUIT !!! Hanggat lagi panas kan ceirta ini.


Walaupun ia mesin pembuat duit ia sebenarnya memerlukan syarat-syarat tertentu untuk menggunakannya. Antara syarat yang aku dapat korek dari emakku ialah :

1. Yang paling penting tahu apa gunanya mesin pembuat duit ini.
2. Mesti mahir dan cekap dalam menggunakannya.
3. Memerlukan bahan mentah dan bahan separuh siap sebagai alternatif awal@ modal untuk membuat duit.
4. Semakin tinggi kemahiran dan kepelbagaian, peluang untuk dapat duit lagi banyak semakin tinggi !!!.
5. Last sekali, wang@duit yang dihasilkan adalah wang yang InsyaAllah halal 100%, ia juga diperakukan dengan nilai matawang semasa.

Sebenarnya aku meminta kebenaran emakku untuk menunjukkan kepada pejalan macam mana rupa dan reka bentuk mesin pembuat duit itu.

Jadi atas persetujuan dan perbincangan yang mendalam di samping memikirkan kesan yang bakal mendatang, emak bersedia untuk berkongsi rahsia mesin pembuat duit itu.

TARRAAAA!!!!!!
 Inilah mesin pembuat duit mak aku

Nama : "The United Sewing Machine"

Amacam ada yang berminat nak gunakan tak ?? Komen lah kat bawah kalau nak belajar guna, buat duit guna mesin ni.

Mak aku cakap gerenti buleh dapat duit kalau ada tempahan dan bayaran orang yang menempah baju...


Jangan marah yea....hehehe



Jalan-jalan , aku dah kuasai sedikit kemahiran menggunakan mesin ini,  jahit langsir rumah sewa aku.

12.15.2010

Jalan : BiLa SeNjA mELaBuHkAn TiRaI...

Jalan - jalan senja petang yang indah.
 
Anda pernah melihat senja ? Tipulah jika tak pernah melihatnya. Tapi ada insan yang mungkin tidak. Kerna mereka lebih istimewa.

Bila senja berlabuh, burung-burung pulang kesarang bawa rezeki Ilahi yang dikurniakan. Anak - anak ciup-ciup mengangga mulut minta disuakan makan. Lumrah alam haiwan.

Mentari melabuhkan tirai di sebelah barat. Kelihatan ia seakan sebiji bola merah yang sangat besar sedang perlahan-lahan bergerak menghilangkan sinarnya.

Jika manusia sudah beransur-ansur pulang dari bekerja. Nelayan sudah mendayung sampannya ke jeti, bawa hasil untuk keluarga. Jika yang selesai urusan pejabat pulang sudah seharian bergelumang dengan kerja.

Jika di sesuatu kawasan ada anak-anak yang penat rias wajahnya baru pulang dari sekolah. Ada juga baru pulang bermain bersama rakan-rakan, terpancar wajah keriangan meluangkan masa bersama rakan-rakan. Tanda hari ini sudah menutup tirainya.

Malam melabuhkan suasananya, gelap malam kian beransur-ansur memerangkap alam. Cengkerik mula mengesek biolanya mengeluarkan bunyi.

Hari sudah malam....



12.14.2010

Jalan : SaYa sEdAr AkAn DiRi InI...

Jalan - jalan rasanya dah lama tak menulis..Sesekali berpuitis bermain bahasa dan kata memang seronok.

Tak salahkan jika kita ingin mengutip cebisan-cebisan kegembiraan dan kesenangan di atas ini. Sesekali walau ada mata dan hati yang cemburu, aku mengerti dan tahu bukan aku maksudkannya itu.

Saya sedar

Pertamanya biarlah aku memulakan bicara
Biar kata ini kurang bisanya,kurang sakitnya
Maafkan sekiranya kata yang tuba bakal menyakitkan jiwa
Bukan mengadu domba tapi ingin berkongsi ceritera.

Pernah dulu kau katakan
Ia hadiah berharga buatmu,
Setiap hari kau menjaganya, kau bajai ia
Aku hanya sekadar melihat, melihat dari jauh.

Mesra senyumanmu bila kau adanya
Benar ia begitu bermakna
Aku setuju,aku redha dan aku mengerti
Tak seperti perhatianku kepadamu dulu.
Sedarku pada diriku.

Melihatnya setiap masa
Setiap kali itu juga aku
Kadangkala buat aku cemburu

Hati dan perasaan mula berbicara
Hati : Aku rasa cemburu
Perasaan : Kau mahu aku lakukan apa ?
Akal menegur dari atas
Kamu berdua tiada hak atasnya.
Walau sekali.walau sekali

Aku mengerti
Aku faham dan aku tak akan berpatah semula.
Tak seharusnya aku memetik kuntuman orang
Bukan selayaknya aku melakukannya
Aku tidak mahu menjadi Qarrun

Biarlah mentari bersama bulan
Biarlah kicauan pipit sesama pipit
Biarlah lautan dan pantai tidak dipisahkan
Biarlah lagu dan iramanya
Namun, biarlah kaki ini kuat
Menanti dan memerhati
Entah kapan,bila dan bagaimana.

Jum rayakan friend aku

12.13.2010

Jalan : KePaDa SeMuA PeJaLaN SaYa..

Jalan-jalan mari kita mengutip award..

Okeh, oleh kerana aku tak pernah buat award, hari ini aku nak bagi award jalan-jalan aku.

Meh jangan malu dan segan, amik-amik...Sesiapa sahaja !!!!

Jalan : CeRiTa tV...

Jalan kali ni aku nak bagi preview untuk satu slot drama yang menarik di TV3.

Tajuk cerita ni No Ordinary Family



TV 3 ISNIN 9.00 MALAM

Sinopsis - Satu family yang sedang dalam krisis keluarga perge bercuti. Namun dalam perjalanan percutian tersebut mereka terlibat dalam kemalangan kapal terbang. Mereka terjatuh kedalam satu kawasan air. Apabila mereka pulang dari percutian, masing -masing dalam ahli keluarga mendapat satu kuasa pelik. Si bapa macam superman, tapi tak boleh terbang dan bullet proof body. Mak pulak lari macam The Flash dan anak perempuan mereka boleh baca fikiran orang. Ahkir sekali adik lelaki puna merupakan genius Matematik macam Adi Putra.


Komen : Lebih kurang cerita katun Disney The Incredible.
















Jalan-jalan, kan best kalau jadi genius Matematik hmmm....

12.12.2010

Jalan : KuNiNg biRu MaTaKu...

Jalan-jalan tepi rumah jumpa kucing sesat da...

Sedang aku sibuk tengok mak aku buat lepat ubi. Tiba-tiba ada seekor kucing kacau kucing aku makan. Kucing aku ni pun sesat dan dijadikan cerita kucing sesat ni pun nak join lunch.

Sekali aku tengok mata kucing ni macam ada buat contac lens atau eye reduction kot. Macam mat saleh.

Then aku ambil lensa aku pulak. Enjoy..

Mata dia sebelah biru sebelah lagi kuning



"Miaw-miawww..." kata beliau.
Ada potensi dapat anak mata biru or kuning 50%-50%                                    





























Jalan-jalan aku tertanya-tanya, kalau kucing ni datang lagi, aku tangkap sapa nak ??

Jalan : aPa MaKnA SeMuA...

Jalan -jalan kali ini aku nak pesan, jangan jadi otromen...

Lepaskan jiwa-jiwa dari kawalan yang bukan sepatutnya berlaku dalam kepala anda. Minta maaf sangat-sangat kat korang semua. Aku sekadar ingin melakarkan intuisi yang terbuku dalam hati.

Ya, tidak aku sangkal dan aku nafikan kalau ikutkan hati mati. Ikut korang nak kata apa...



Bila aku dengar lagu Chris Vadhm- Hanya Nyanyian Dalam Mimpi. Aku sedikit tersentuh dengan lirik dan mesej yang disampaikannya.

Jangan sempitkan pemikiran kita dengan hanya "lagu-lagu" tertentu yang beri mesej kebaikan. Dan selebihnya hanya lebih kepada duniawi dan kelalaian dan kebejatan serta kerakusan jiwa manusia. Rosak bahasa aku kali ini. Kalau "Polis Bahasa" jalan kat jalan aku mesti aku kena road-block.

Aku tahu nak jadi seorang yang baik bukan mudah, bukan macam hari ini cakap besok jadi.

Analoginya cuba masa korang nak makan, depan anda makanan yang baik -baik dan halal. Masukkan semua makanan-makanan tersebut dalam mulut sampai tersedak-sedak. Kunyah cepat-cepat dan laju supaya cepat kenyang. Seperti itukah kita selayaknya ?. Bayi yang lahir pun tak terus berjalan, kalau ada bayi boleh berjalan terus lepas lahir dari perut ibunya bagi tau kat aku. Aku nak jumpa bagi hadiah.

Kalau tidak puas hati, dulu masa aku kecik-kecik ikut atuk aku pergi madrasah. Sambil main-main kat luar
( atuk aku duk dalam, aku kat luar main), aku ingat Kiai Suhali tanya hadirin,

"Seng di seng apik ? M'boco Quran sak dino entek, sesok wes ora boco, karo m'boco sak dino sele'ei, huari-hari ? 

(Mana satu yang baik ? Membaca Al-Quran satu hari habis, besok tak baca dengan membaca sehari sehelai setiap hari ? ).

Kalau korang mesti pilih yang kedua kan ? Alon - alon asal kelakon ( Slow but steady ). 

Moralnya : Pressure is force that acting over an area, it just like Physic, the greater the force the greater the pressure. Beside the larger the area the smaller the pressure.


Minta maaf, Semester hadapan aku ada paper Physic. Tebawa-bawa hingga ke sini pulak. Hmm...
Jalan-jalan korang drop lah komen...

12.10.2010

Jalan : PeRkaRa yAnG BeRLaKu SeTiAp UmUr AkU

Jalan-jalan sebenarnya lama dah tak update blog nih.

Nak buat macam mana, aku balik kampung seminggu.

Kali ini aku nak cerita pasal perkara yang berlaku pada diri aku setiap tahun aku hidup, kalau korang nak kongsi boleh ajer..

Umur 1 hari hingga 4 tahun.
Ketika ini aku tak tau apa yang berlaku pada aku, oleh kerana itu aku sering ada persoalan. Bila masanya korang sedar akan kehadiran korang dalam dunia ini ?
Okeh, kita bicarakan hal tersebut nanti. Mak aku cakap aku masa umur setahun sampai aku umur 4 tahun dan kadangkala seterusnya. Setiap kali malam ke 15 dalam bulan itu, atau senang kata tiap kali masuk bulan baru, aku akan demam. Nak kata kebetulan tak jugak, tapi itu memang aku. Masa kecil aku sering sakit. Ini menyedarkan aku betapa kedua orang tua aku banyak bersusah payah kerana aku.

Umur 5 tahun.

Aku tak pasti sebab masa ini aku dah masuk tadika. Haa..baru aku ingat, aku pernah tumbuk kawan aku namanya Zulkifli. Ini disebabkan beliau  mengejek mak aku. Debishhhh..., atas mata aku tumbuk dia. Pernah satu masa aku baling batu bata kat tingkap tadika. Satu keping pecah.Semua budak-budak takut tengok aku.Hisshh...

Umur 6 tahun
Aku kena balasan atas perbuatan aku yang agak jahat. Aku dimasukkan hospital atas sebab dijangkiti demam Denggi. Seminggu aku duduk hospital. Satu hari aku diserang kesejukan yang amat sangat. Masa tu masih dalam hospital.Oleh kerana terlampau sejuk nurse pakaikan aku selimut 3 lapis. Tapi aku tetap mengadu yang aku sejuk.Sejuk...


Umur 7 tahun
 Masuk darjah satu. Tak banyak jadi, emm aha hampir lemas buat masuk dalam parit besar depan rumah atuk aku. Cepat-cepat mak aku tarik atas jambatan.

Umur 8 tahun
Pindah sekolah. Ada satu hari tu aku pegi sekolah, tapi sebenarnya cuti untuk darjah dua.Aku sampai sekolah bapak aku terus blah.Then aku terpaku sensorang sebab semua darjah satu aje yang ada.Last-last ada makcik bagi tumpang balik rumah.Naik vespa warna biru dalam keadaan hujan lebat yang amat-amat. Sejuk dengan lenjun jangan ceritalah.Sampai sekarang aku tak jumpa mak budak yang tumpangkan aku tu.

Umur 9 tahun
Hahahhaha..jadi pengawas sekolah.Tapi paling aku tak boleh blah masa tu tengah jaga pintu pagar. Ada pakcik tu lambai aku.Aku pergi pada dia dia tanya aku

"Ko ni pengawas ke mawas ?? " sambil gelak-gelak lucu.

Masa tu aku mana tau mawas tu apa.Aku pun angguk je lah.Hahaha kuang asam punya pakcik.



Umur 10 tahun
Tak berapa ada perkara yang menyeronokkan dekat sekolah ke atau rumah yang best.Ahaaa..baru aku ingat.Masa tu awal tahun ada watikah perlantikan pengawas, aku adalah dalam kalangan yang sedang beratur untuk ambil sijil pelantikan. Bila aku tengok sijil aku, ada sedikit kecacatan yang agak lucu jugak lah. Tang nama aku tu yang ada masalah sedikit macam ni bunyinya..

MOHAMAD SHAFIE BINTI SAMSIR

Hahaha..lucu kan,nama aku dah salah, tambah pulak aku punya jantina hampir ditukarkan tanpa melakukan apa-apa pembedahan pertukaran jantina.Hiissshh...mengarut tol...


Jalan-jalan lain kali kita cerita yang sepuluh tahun akan datang..Adios amigos..

12.01.2010

Jalan : LaGu AkU dAn DiA...

Jalan-jalan cerita pasal hobi dan minat aku yang lain.

Dulu kalau temgok orang main gitar dan cuba -cuba untuk belajar main gitar aku selalu kata kat diri aku

"Hmmm..memang aku tak akan dapat main benda alah ni, sampai bila-bila"

Sebab-sebab mudah putus asa bila nak main dan belaajr gitar :

1.Tali gitar keras (Biasanya gitar baru atau gitar Kapok) macam susah nak tekan.

2. Bila nak belajar main kat asrama zaman sekolah, tak ada peluang banyak, sebab

(Gitar = 1) + (Pengajar + pelajar nak main = 10)

=
Sesi pengajaran dan pembelajaran yang tak berkesan


3. Susah nak ingat kord gitar, yang nampak berbeli jari dan tangan. Bila belajar hari ini, besok bangun pagi-pagi dah lupa. Hehehe..

4. Sebab yang utama dan yang paling susah nak cari ubatnya iaitu kemalasan dan ketidaksungguhan.

Tapi itu dulu, sewaktu si malas sedang menular dan bermain-main dalam benak diri dan mindaku. 
Sekarang, kini dan sehingga detik ini aku mampu bermain, walau tak sehebat Jimi Hendrick, main janji bunyi gitar dan bukan bunyi katak kira bolehlah.

Aku ada jugak try buat lagu sendriri dengan kawan aku Azuan Kamaruddin, memang jadi lagu lah, tak jadi otromen.



By the way, siapa-siapa yang sedang berusaha belajar gitar jangan kamu putus asa yeahh!!




Okeh, yang ni lagu  yang pertama aku dan hasil kolaborasi dengan Azuwan Kamaruddin
Penyanyi= Aku
Azuwan = Main gitar
Tajuk Lagu = "Kedinginan"

Jalan : HaBis IdEa...

Sekarang aku tengah stress.

habis semua jenis uploader aku guna untuk masukkan video dalam post aku yang lalu.

Sekarang ni pon masih dalam keadaan yang sama.

Youtube tak leh, Mediafire pun kiok.

Sekarang ni aku tengah cuba ikut Fb

Apa kena dengan aku punya benda nih???

Keringa-kering idea aku..

Tolong...tolong....tolong...

Ahlil Muzika...

Blogger news

Blogroll