12.26.2011

Jalan : Bersawang

Oleh kerana telah begitu lama E rasa tak mengupdate blog E ni...

Ini kerana E pegi bercuti balik kampung atuk E selama beberapa ketika lepas E pegi rumah member E kawin ari tu. Jadi E tadi bila sampai rumah terus buka notebook dengan sepantas kilat lalu membuka FB dan Blogger untuk tahu what was actually goes around and come around late and recently.

Umpamnya E macam orang sesat dalam hutan baru keluar dekat jalan raya sebab baru jumpa jalan keluar dari hutan. Sungguh ketinggalan E rasa bila keadaan sekarang ini sedang menghantui E.

Jadi kawan-kawan dan die hard fan E yang sedang menunggu update maaf sangat-sangat sebab lama dah E tah menyentuh jaring komunikasi yang sedang E gunakan ini. Macam lar E ada DHF = Die Hard Fan..humm

11.26.2011

Jalan : Majlis Perkahwinan

Jalan-jalan E hari ni baru balik majlis perkahwinan kawan E, dia sekampung dan dulu satu sekolah dengan E dekat High School Batu Pahat. 

Apa-apa pun E nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Farhan Fahmi dan isteri. Semoga berkekalan hingga ke ahkir hayat. Kata orang, kena ucap sampai ahkir hayat. Sebab kalu sampai ke anak cucu kang dah tak ada.Hahaha..gurau je.

Sorry E tak bawak kamera masa pergi sana, jadi entri kali ni tak ada gambar. Masa E datang dia dengan isteri dah berarak dekat jalan. Ada kompang siap. Satu perkara yang E tak leh dengar ialah paluan kompang. Bila E dengar jantung pun bedetup-detup macam nak meletup. Sebab tu kalu ada majlis kahwin bila ada kompang E duduk jauh-jauh. Seram...Hehe..

Okeh...E nak pesan, kepada sesiapa nak tempah atau design kad undangan perkahwinan atau nak cadangan, E akan buka satu bog untuk sesiapa nak tempaha tau design kad kahwin mereka. E nak tengok dulu kalau ada sambutan. Senarai design dan bentuk kad akan E tunjukkan. Okeh..

Jalan-jalan, nak cari.....

11.23.2011

Jalan : Adik E

Jalan - jalan nak cerita pasal adik E yang abru lepas dapat keputusan UPSR.

Masa keputusan keluar ari tu dia dapat 4A 1B. B dia bahasa Inggeris. Masa E dulu pun sama tapi B E dapat Sains. Memang padan lar sebab sekarang E ni pun keluar maktab ngajar Sains.

Nak cerita bali pasal adik E ni. Memandangkan kalau orang kampung macam kami ni, nak pergi jauh-jauh memang tak berapa nak mampu. Tu yang nak sangat kalau boleh dia dapat masuk asrama harian macam E dapat dulu kat High School Batu Pahat.

Masa E dulu masa mula-mula masuk asrama E mula sedar akan apa yang membezakan kami yang berada di dalam dan diluar. Masa tu E ingat lagi, minggu orientasi bagi tingkatan 1. E baru lepas makan tengahari dan bersiap -siap nak terus pegi ke Dewan Besa HSBP. Masa tu kawan-kawan E yang duduk luar jalan kaki dekat luar pagar sekolah nak masuk ke sekolah.

E terfikir apa istimewanya aku duduk dekat asrama dengan mereka ?

E cakap balik dekat diri E. " Tak ada bezanya aku dan mereka"

Sejujurnya, sepanjang masa E duduk di High School ada dua perkara yang E paling suka kalau dekat asrama. Perkara -perkara itu yang membuatkan E kuat untuk habiskan zaman persekolahan E dekat sana.

Antaranya :
  1. Makan
  2. Tidur
  3. Kawan-kawan
  4. Buku-buku pelajaran
  5. Cikgu-cikgu
Tahun pertama E dekat sana dan seterusnya, bila mana E risau atau tak sedap hati E call mak atau nenek E kat kampung. Memang tekanan bila mana menjalani sistem pendidikan yang mana menjadikan peperiksaan sebagai ukuran kejayaan pelajar. Ada kawan-kawan E yang berhenti sekolah masa tingkatan 2 sebab dia kata keluarganya susah kalau belajar dekat bandar dan berasrama ni.

E ingat masa tu member E nama dia Rizal Supandi, kat asrama dia digelar "Jawa" dan kalau Jawa akan duduk dan bersosial sesama Jawa. Masa tu E ingat lagi dai cakap.

"Dulu masa aku tak sekolah asrama bapak aku boleh nak menyimpan, sekarang ni kena bayar yuran dengan belanja aku kat sini."

E cakap balik dengan dia " Jal, jangan macam tu, memang kita tak mampu dan ada duit banyak nak sekolah jauh-jauh ni. Tapi asal kita niat dengan sunguh-sungguh mesti boleh.

Tapi E pun hampir nak mengikut langkah Rizal, bilamana E rasa kesian dekat mak dan ayah kerja teruk-teruk nak cari duit belanja sekolah.

Tapi E ingat lagi mak pernah cakap " Ngko jangan risau pasal kami yang ada kat rumah, mak makan atau tak tetap ada duit untuk kau belajar, tak kisah kalu gagal atau lulus belajar, asal ada niat untuk terus belajar dan belajar"

Sebab tu E macam ada akan tertekan dan kadang-kadang ada rasa putus asa. Tapi setiap kali E rasa macam tu E akan cakap. Aku yang pilih jalan ni dan biar aku habiskan.

Dan semasa di High School E pulun habis-habis belajar. Sampai nak dikatakan yang E ni orang panggil gila belajar. Sebab bila Warden tutup lampu E masih duduk tepi tingkap baca nota. "Pie pegi lar tido,nanti otak ko jammed" kata member E Hazrehan.

Tapi usaha memang membuahkan hasil, masa PMR E skor straight A's dan E tak tukar sekolah atau mohon mana-mana asrama penuh, bila mana E terdengar yang nak masuk SBP modal lagi banyak dan besar. Masa tu bapa E pun tak kerja mana, hasil tak banyak. Jadi memang tak tahu yang rupanya, masuk SBP ni bukanlah sebanyak yang E sangka belanjanya.

Tapi memang bukan matlamat E nak jadi orang besar - besar atau kerja hebat-hebat. E memang nak jadi cikgu. Dulu masa kat kelas tingkatan 5SN1, member -member E kata, tak payah lar E jadi cikgu, E boleh jadi lebih baik dari tu. tapi E cakap, E memang nak jadi cikgu.Heh...

Sekarang E rasa bersyukur sangat sebab dalam usaha dan jalan yang betul untuk jadi cikgu. Hari ni senior-senior semester 8  dan ucak gudbye dan sayonara dekat IPG KKB.

Mesti sayu kan nak tinggal tempat belajar. Esok E akan ke HSBP.

HSBP WAIT FOR ME !!!!

11.22.2011

Jalan : Bermulanya hari-hari cutiku...

Jalan-jalan ini masuk minggu pertama E bercuti sempena cuti semester. Kawan-kawan lain dok pecah otak dan kepala belajardekat U, dan E sedag bercuti hehehe...

Tak apa, sedang E memerah otak dan sedang berfikir macam mana nak cari kerja. Apa yang E nak buat ea ? Semalam dan kelmarin, E dah call, contact, Email dan E nak sangat kerja untuk cuti ini. Walaupun cuma sekejap tapi E nak sangat kerja tak tahu kenapa.

Sebenarnya, perancangan E hujung tahun ini dan sempena cuti ini ialah E nak buat post-mortem blog E ni. Memandangkan ia semakin hari semakin nazak dan visitor semakin hari semakin berkurangan. E chek dekat Nuffnang dan tengok pendapatan E untuk seumur hidup berbloging ialah RM 2.94. Heh..melawak apa E ni ?

Yup...Memang ciput je pendapatan blog ini seumur hidup ia menjadi blog E. By the way. It always and always be like this. So, E kena amik langkah-langkah berjaga-jaga dan pelbagaikan usaha. Huumm semangat-semangat.

Okeh..E bukan nak membebel lama-lama, apa-apa hal pun doakan E untuk dapat kerja untuk hari esok. Nak cari keja..nak cari kerja...cari kerja...

P/s: Ada siapa-siapa nak tawar kerja tak ? Part-time pun jadi lar...

11.10.2011

Jalan : Kak...nak air sejukkkk....

Jalan-jalan teringat zaman kecik-kecik masa duduk dengan atuk dan nenek E.

Dulu masa sekitar tahun 1995 dan 1996 kemasukan Bangla ke kampung-kampung amat ketara dan berleluasa. Ini mungkin disebabkan Malaysia merupakan sebuah negara yang murah tambang perjalanan berbanding Indonesia, Filipina dan Fiji. Tak caya ker? Try tengok mana lagi dekat Bangladesh ke Kuala Lumpur atau Bangladesh ke Jakarta. Heheh kompom lar lagi dekat KL.

Tapi kenapa dia masuk kampung-kampung ? Nak kerja stesen minyak ke ? Mana ada stesen minyak kat kampung kan. Kalau nak diceritakan kilang besar-besar pun tak ada, kalau setakat kilang tempe dengan kilang tauhu basah. 

Diorang masuk kampung dengan motor Honda EX5, bawak karpet nak jual kat orang -orang kampung. Masa tu orang kampung dah ada hasil sawit, getah tak pun kopi. Masing-masing pakat beli karpet bangla-bangla ni. Kadang -kadang memang kerap singgah rumah.

E ingat lagi, kalau datang ke rumah dan kami tak beli ( sebab dah beli ), dia memang tak minta lain...

"Kak....nak air sejukkkkk..." sambil buat muka kesian hehe..Tak lah gurau je...

Korang ingat senang ke nak bawak kapet banyak-banyak tengah-tengahhari pejul panas terik. Kenapa diaorang nak keja ? Sebab nak cari duit bawak ke Bangladesh bagi anak bini makan, nak tolong mak bapak.

E selalu terfikir, kalau E di tempat diorang, muda-muda dah keluar negara, cari kerja nak cari makan punya pasal. Tak kira dah, dapat masuk secara PATI atau secara halal janji dapat masuk untuk cari DUIT. Budak-budak student kita yang kat Oversea tu pun kadang mengeluh duit tak cukup. Kerja jual belacan lar kat sana. Boleh laku barang buatan Malaysia. Hhehhe...Sacracm ~~~


10.29.2011

Jalan : Hujan

Hari ni E duduk rumah senyap-senyap...

Hujan..hujan.hujan...

Brrr...sejuk..sejuk..sejuk..
Gosok-gosok tangan bagi hangat..

Apa-apa hal pun jum pekena kopi secawan ngan kertas nota untuk exam minggu depan hehehe

10.28.2011

Jalan : Balik rumah sewa.

Hari ni E baru sampai kat umah sewa yang baru.
Thanks to Ariff, my housemate for taking me from the Maktab.
By the way, I'm not feeling well.

Adios .....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

10.26.2011

Jalan : Muammar Gadafi

Jalan-jalan nak jugak berjalan petang-petang ni.

Kali ni E nak cerita pasal Muammar Gadafi tetapi bukan nak cerita pasal dia mati atau pun apa sangat yang berkaitan dengan dia. Ia ni adalah lebih kepada apa yang E cuba nak kaitkan dengan apa yang E lalui hari semalam.

Dulu E kalau balik kampung atuk E kat Rengit, tambang bas dia RM 2.80 untuk dewasa dan kanak-kanak separuh harga. Kalau dulu E pakai uniform sekoah harganya RM 1.40. Agak  murah pada  masa itu, namun kalau tak ada duit kan jadi mahal jugak.

Pernah satu masa dulu E nak balik, E lupa bawak duit, ada dalam poket dalam RM 2.00 je. Masa tu E gelabah dah, bukan apa tambang dari asrama ke Bus Stand 50 sen, kemudian nak ke Rengit dan kampung atuk E RM 1.40. Tapi nasib baik cukup-cukup RM 2.00, ada baki 10 sen nak telefon atuk E suruh amik kat hujung kampung.

Semalam pun E balik kampung nak jumpa atuk dan nenek E, naik bas yang sama. Tapi tambang berbeza kalu dulu:
RM 2.80 = Mahal

sekarang
RM 4. 40 = ???
(Agak mahal mungkin)

Berapa ea beza antara 2 tambang tu ?

Entahlah, mungkin sebab zaman dan maju, dunia dah berubah kan.

Tapi apa kena mengena post ni dengan Muammar Gadafi ?. Ala..korang jangan lar buat-buat tak tahu.

Libya atau Mesir jadi huru -hara sebab apa ?


-Pemimpin kaya rakyat menderita-

Soo....E yang kat Malaysia ni apa kena ?

Entahlah..sekadar memandang perkara yang sangat jauh.

Jalan-jalan, E tak tahu ke harga minyak dah turun...Ala ni kan macam umur kita, semakin naik dan tak akan turun. ( T - T )

10.24.2011

Jalan : Happy Deepavali

Jalan-jalan E nak ucapkan kat semua kawan-kawan E yang menyambut perayaan Deepavali.



Kalau dulu masa kat High School Batu Pahat member dari bangsa India E tak ramai pasal diorang sikit sangat. Masa E mula-mula kenal dekat dalam team olahraga sekolah. Untuk wakil sekolah ke peringkat daerah. Kebanyakan diorang amik acara "Track", E pulak masa tu amik acara "Field".

Kalau tak silap masa tu E ingat lagi diorang antaranya Prabagaran, Subindraj, ada sorang Singh ngan kalau ada tu kat dalam kelas E nama dia Keshava.

Masa form 5 ada lar sorang dua, kalu ingat, Kuhan Pilai.
Aha..ada lagi sorang, cikgu BM E nama dia Pn. Vijaya Kumari dia bawak kereta volkwagon putih ke sekolah. Lagi sorang Cikgu Physic E,Mr. Rajeswaran, ingat lagi dia bagi kami tuisyen Fizik free, sebab tau kami tak mampu nak pegi pusat tuisyen yang mahal kat bandar.

Apa-apa pun Happy Deepavali untuk semua.

Jalan-jalan cari makan. Hummm..

10.23.2011

Jalan : Susah Senang Cari Duit

Jalan-jalan baru balik dari kebun sawit ayah.

Setiap kali E balik kampung kalau tak kemana-mana memang E akan ke kebun sawit ayah. Ada tiga tempat satu yang dekat rumah, depan rumah tapi jauh sikit ngan ada yang satu lagi kecik je dekat kampung sebelah. Besar tu tak lah besar mana, cukup untuk kami makan satu keluarga. 

Kalau dulu pokok masih kecik-kecik sekarang dah besar. Tinggi -tinggi pulak. Tapi memang dah lumrah orang kampung macam kami, tak kemana kalau cuti sekolah ni.

Memandangkan sekarang ni pun musim buah sedang melawas (tak banyak) jadi kerja bersihkan kebun dengan jaga kebun aje. Semalam E pegi potong pelepah dengan bersihkan pokok sawit. Buang pelepah pokok yang tak jadi. Kawasan pokok kena jaga, kamau belajar Bio, kita sebur "Competition". Kalau semak samun, nak begerak pun payah. Bila payah maka susah lar nak kerja besok.  Memang E nak cerita dan mengaku, untuk cari makan anak bini atau family memang susah. Bukan nak merungut, tapi hakikat yang mana kami sendiri rasa.

Nasib orang memang tak siapa tahu, dan rezeki yang turun dari langit tu memang melimpah ruah. Kuncinya, antara rajin atau malas, nak dengan tak nak. Kalau ada orang boleh dapat duit dengan cuma berblogging aje, tu memang rezeki dia. Ada juga yang cuma duduk kerusi dan sain je tanda tangan untuk cari duit dan tu memang rezeki dia. Macam-macam, angkat batu, buruh kasar, betulkan moto, komputer dan macam-macam jenis kerja yang mana matlamatnya nak cari sesuap nasi. Bukan untuk diri malah ada yang untuk menyara keluarga.

Sebab itulah kita sebagai hamba Allah S.W.T untuk bersyukur atas segala nikmat rezeki yang dikurniakan. Rezeki ini apa yang kita makan dan kita masukkan kedalam mulut kita untuk kenyakgkan perut kita. Manakala duit, harta dan apa juga itu adalah nikmat. Jadi jangan keliru dengan rezeki dan nikmat tau. E pun tak leh nak kuar pegi kebun petang ni sebab hujan lebat turun.

Jalan-jalan...bestnya kalau dapat minum kopi hujan-hujan nie...Hummmm..

Jalan : Steve Job


Kalau korang nak tahu pasal Steve Job a.k.a Apple Founder try klik play video nih. Enjoy and learn.




Jalan-jalan : Jika anda mahu jadi kaya, buat apa yang orang lain tidak boleh buat seperti anda..heh.

10.22.2011

Jalan : Aisshh....Issh2...Hummmm2



Aishhh....







Hummmmm.....









Ishhhhh........


Huhuhuhuhuu.......







Hehehehehhehehhe......

?

?

?

?

?

?

?

?

?

?


??

???

Apsal hari ni aku rajin sangat tulis blog 


Peace out Jalan-Jalan

Jalan : Real Steel (2011)

Jalan-jalan nak cerita filem baru keluar kat panggung dalam minggu lepas.

Lakonan Hugh Jackman atau lebih dikenali dengan lakonan watak Wolverine ( X -Men ). Kali ini beliau memegang watak sebagai Charlie Kenton seorang bekas ahli tinju.
Berlatarkan masa depan, oleh kerana kemajuan teknologi semakin canggih tinju manusia ditukar kepada tinju robot. Sebab itu Charlie kehilangan kerjaya kerana kegilaan orang pada zaman itu mengemari tinju robot. Kini Charlie bekerja sebagai seorang jurujual biasa dan kisah bermula apabila dia mencuba untuk mendapatkan kemenangan dengan mencipta robot tinju daripada besi-besi buruk. Namun nasibnya seakan tidak akan berjaya.

Sehinggalah pada satu hari dia menemui bakat juara dalam sebuah robot yang dibuang dan kemudian anaknya Max yang sedang untuk mengenali Charlie juga turut terlibat dalam membina robot tinju ayahnya. Walaupun melalui jalan yang sukar dalam usaha memenangi tinju waja yang sebenar.

Okeh..jum enjoy Trailer citer nih.




Jalan-jalan cari download link...he3

Jalan : Bini-Biniku Gangster

Ini Review Filem. Jalan-jalan E nak cerita sikit pasal filem ini.

Okeh, memandangkan ia pun dah agak lama keluar panggung dan memang meletup sebab menggandingkan pelakon-pelakon yang tidak asing. Antaranya Shaheizy Sam, Yana Samsudin dan Intan Ladyana atau dalam erti kata lain pelakon-pelakon filem Adnan Sempit. Ahkaz...

E dah tengok cerita ni, mulanya memang menarik. Penceritaan sebuah keluarga normal yang pada azalinya. Bermula dengan pengenalan Yana  bertindak sebagai Kak Yong yang menjadi ketua gangster setelah diamanahkan oleh bapanya. Namun, dia terpaksa akur dengan kekurangan dirinya yang tak boleh mengandung dan mencari calon isteri untuk suaminya. 

Kemudian bergerak babak famliy yang sememangnya menjadi asam garam hidup bermadu satu rumah kompom-kompom gaduh. Memang lucu+lawak+mengarut pun ada. Tapi E paling suka kalau masa bini-bini dia cover untuk tak gaduh depan suaminya. Tapi kantoi jugak lama-lama.
Lebih parah bila bini baru yang juga madu Yana, jugak gangster. Tu yang jadi tajuk bini-biniku gangster. Tapi kalau nak diikutkan macam ada elemen cerita skuel My Wife Is Gangster (2006)

Apa-apa pun Filem Malaysia ada keaslian dan konsep yang tersendiri. Memang kita juga mampu bersaing dalam arena filem tanah air kita. 

Apa-apa pun kredit to Syok.org

Link download cerita ni. Klik Untuk Download



Jalan-jalan memang humm....

10.21.2011

Jalan : Iphone 4s

Jalan-jalan cari apa yang menarik untuk ditayangkan bagi segmen gadget kali nih...Hmmm..?

Korang pun tau kan yang founder Apple iaitu Steve Job dah mati akibat kanser ari tu. Kemudian Apple buat pemberian hadiah Ipad untuk memperingati kematian beliau untuk 1000 pengguna FB.

Tu sedikit sebanyak cerita untuk Apple. Okeh memandangkan Iphone ni dah basi ceritanya tapi E nak jugak sentuh-sentuh sikit pasal Iphone 4. Walaupun belum cuba untuk menjadi penggunanya tapi cuma nak berkongsi apa yang E kaji untuk produk ni.

Layan video pasal Iphone 4s

Pada awal pengeluarannya Samsung mengatakan bahawa Iphone 4 meniru salah satu aplikasinya yang terdapat dalam produk mereka.

Iphone 4s White


Kindle Fire
Kemudian, dunia di kejutkan dengan Kindle Fire atau lebih dikenali sebagai salah satu produk tablet PC yang dikeluarkan Amazon.com bagi melawan Ipad 2 dan Samsung Galaxy Tab. Tapi Apple still maintain walaupun Kindle menawarkan harga lebih rendah berbanding Ipad. Bagi pelancaran pertama Kindle Fire ialah pada 15 November di seluruh Amerika. Di Malaysia pula jangkaan adalah sekitar Februari dan mungkin paling awal ialah awal tahun hadapan. Harga bermula sekitar RM 625.00. Jadi, kalau berminat mulalah kumpulkan duit. He3. Kindle Fire pakai Android.


Tapi kalau nak diikutkan, produk dari China yang nama dia Jet Tab, kalau tak silap harga cuma sekitar
RM 270.00 je. Tapi faham-faham lar kalau produk dari sana tu. Takut-takut buka kotak baru tekan "on" meletup dan  berasap dah.

Okeh, itu aja dari E, lain kali kita jalan-jalan lagi yea.

P/S: Nak kerja~~~ cari duit beli Tab PC. ( T - T )

Jalan : Impian Saya

Korang pernah tengok cerita kartun Kung-Fu Panda



Dalam citer tu, ada satu watak yang nama dia Master Oogway, seekor kura-kura yang tua. Muka selamba-rock dan sangat-sangat kool. Master Oogway pernah cakap:


Master Oogway
" There is a saying: yesterday is history, tomorrow is a mystery, but today is a gift. That is why it is called the "present." " 

Apa yang korang faham pasal kata-kata tu ?.

Apa lar E ni, kalau nak mengarut tu ada je modal kan2. Ho3...Sekurang-kurangnya E tak troll sapa-sapa.

Berbalik semula kepada tajuk perbincangan kita pada pagi yang indah lagi mulia ini. Pernahkan anda terfikir dan terdetik situasi seakan ini.

"Alamak kalau aku tau semalam...."

"Hari ini aku nak dapatkan 100 page view...."

"Esok aku nak berubah, mesti boleh "

Kita tidak akan ada lagi hari semalam sebab ia dah jadi sejarah. Kita tidak ada lagi hari esok sebab belum tentu kita akan masih lagi bernyawa atau melihat hari esok itu bagaimana. Kita cuma ada hari ini. Mengapa ?

Ia adalah hadiah dari Allah S.W.T dan kita harus menghargainya dengan sempurna dan seharusnya. Jalankan segala kerja, tanggungjawab dan sebagainya bagi menghargai pemberian hadiah itu pada hari ini. 

Tak ada sesiapa yang boleh memutar masa, kecuali dalam cerita dongeng Superman. Bila mana kita bergerak lebih laju dari cahaya (Tak masuk akal tapi logik semata-mata, entah betul atau tidak ). Boleh lah anda kembali pada hari semalam. Heh..agak lar.


Tidak ada juga kita boleh tahu dan mengembara pada masa depan, macam cerita Doremon. Naik "Mesin Masa" masuk dalam laci meja tulis Nobita dan "tadaaa.." anda berada di zaman 2020. Mesti kalau betul-betul ada, meja tulis Nobita tu meja tulis paling mahal di alam semesta kan...


Tapi hakikatnya itulah impian manusia yang memang ada dari dalam diri, mahukan sesuatu yang mungkin pada dasarnya mustahil tetapi boleh dilakukan. 

Bila kemahuan melebihi kemampuan segalanya pasti akan jadi.


p/s : mahukah kita bertindak mengikut kemahuan ? Fikir2..

10.19.2011

Jalan : One Hit Wonder...

Korang nak tau apa tu One Hit Wonder ?

Ia merujuk kepada kumpulan atau penyanyi yang terkenal dengan hanya satu lagu dan hanya sekali itu sahaja mereka terkenal. Lepas tu, bila mereka keluar atau buat lagu lagi orang dan tak kenal.

Hurmmm...Camana yea ?

Ini list bagi 50 artis dan lagu One Hit Wonder


  1.  Los Del Rio - Macarena (1996)
  2. Vanilla Ice - Ice Ice Baby (1990)
  3. Baha Men - Who Let the Dogs Out? (2000)
  4. Right Said Fred - I'm Too Sexy (1991)
  5. Dexys Midnight Runners - Come On Eileen (1982)
  6. Joan Osbourne - One Of Us (1995)
  7. Nena - 99 Luftballons (1984)
  8. The Knack - My Sharona (1979)
  9. Meredith Brooks - Bitch (1997)
  10. Survivor - Eye of the Tiger (1982)
  11.  New Radicals - You Get What You Give (1999)
  12. 4 Non Blondes - What's Up (1993)
  13. Sinead O'Connor - Nothing Compares to you (1990)
  14. Bobby McFerrin - Don't Worry Be Happy (1988)
  15. Minnie Riperton - Lovin' You
  16. The Cardigans - Lovefool (1996)
  17. Soft Cell - Tainted Love (1982)
  18. The Archies - Sugar, Sugar (1969)
  19. Europe - The Final Countdown (1986)
  20. Lou Bega - Mambo No. 5 (1999)  
  21. Aqua - Barbie Girl (1997) 
  22. EMF - Unbelievable (1991)
  23. Eifel 65 - Blue (Da Ba Dee) (1999)
  24. The Verve - Bitter Sweet Symphony (1997)
  25. Falco - Rock me Amadeus (1985)
  26. Spandau Ballet - True (1983)
  27. Chumbawamba - Tubthumping (1997)
  28. Haddaway - What is love (1993)
  29. Des'ree - You gotta be (1994)
  30. Blind Melon - No Rain (1992)
  31.  Ziggy Marley - Tomorrow People (1988)
  32. Buggles - Video Killed the Radio Star (1979)
  33. OMC - How Bizarre (1996)
  34. Lipps, Inc. - Funkytown (1980)
  35. Semisonic - Closing Time (1998)
  36. A-ha - Take on me (1985)
  37. Frankie Goes to Hollywood - Relax (1984)
  38. Church - Under the Milky Way (1988)
  39. Deee-Lite - Groove is in the heart (1990)
  40. Wild Cherry - Play that funky music (1976)
  41.  Edie Brickell & The New Bohemians - What I Am (1989)
  42. Carl Douglas - Kung Fu Fighting (1974)
  43. Gary Numan - Cars (1979)
  44. Gerardo - Rico Suave (1991)
  45. Toni Basil - Mickey (1982)
  46. The Weather Girls - It's Raining Men (1979)
  47. Afroman - Because I Got High (2001)
  48. Wheatus - Teenage Dirtbag (2000)
  49. L. A. Guns - The Ballad of Jayne (1989)
  50. Cornershop - Brimful of Asha (1998)
Dan yang ni filem tahun 1996 That Thing That You Do




Enjoy...


10.17.2011

Jalan : I LOVE YOU

Jalan-jalan korang pernah tengok tak cerita Barney And Friend ?

i love you you love me 
were a happy family  
with a great big hug and a kiss from me 2 you
wont you say you love me 2
i love you you love me
we are friends like friends should be  
with a great big hug 
and a kiss from me 2 you
wont you say you love me 2
 
Nak ceritanya...

E suka dengar lagu nih...lol !!!

10.09.2011

Jalan : Kalau maHU..

Jalan-jalan dekat satu member punya blog. Jumpa satu laman iklan yang mana boleh membantu blogger mencari pendapatan. Bukan program MLM atau apa-apa yang haram. Cuma berkongsi dalam menjalankan promosi dalam pengiklanan. Kalau ada orang klik maka akan masuk.

Klik Says.my untuk keterangan lanjut. Buat masa ni selama satu tahun E ber blogging, cuma dapar RM 2.22. Mencuba nasib di sini pula.

Klik tau..mana tau ada nasib kita boleh berubah.

Says.my

10.03.2011

Jalan : HaRi InI dALaM sEjArAh... (EDISI MAUT HUJUNG JARI)

Jalan-jalan hari ini sangat-sangat....ntah tah tau E nak cakap.

Peristiwa-peristiwa hari ini dalam hidup E.

Kalau korang nak kata E punya cerita macam Final Destination pun tak kisah. 

1. Pagi-pagi dalam perjalanan ke kelas, jalan short - cut E kena blok, amik jalan jauh.
2. Dalam kelas, tanya baik-baik kat kawan tu, kena marah siap. Padahal E tanya dia baik-baik je... 
3. Balik kelas, dalam perjalanan jugak, plat moto E hilang, tak tau terbang ke, kena curi ke apa ke...Bengang tol...plat moto je kot, jangan rembat.
4. Balik solat, siap-siap nak pegi kedai "spare part" beli plat moto. Pegi beli, yang murah abis, kena amik yang mahal sket. Terbang lagi duit..huh.
5. Dalam perjalanan balik beli plat, polis trafik dok perhati je, moto E tak ada plat masa tu. Ingat moto curi je. Nasib baik dia tak tahan.
6. Dekat traffik light, tengah tunggu lampu merah. Tiba-tiba datang moto besar, hon E, da lar besar, hon dia kuat. Jadi E pon jalan lar, rupanya tak hijau lagi. Pada masa yang sama datang Proton Gen-2 kaler itam dari arah bertentangan. E hampir kena langgar. Ni kes mengelamun dan kena tipu ngan moto besar tadi. Kalau tak E tak dapat tulis post malam ni. 
 7. Pegi beli makanan untuk buka puasa hari ini, masa pegi ok je. Balik hujan turun mencurah-curah ke ladang gandum. Lalu, E pun buka puasa dengan nasi berkuahkan air hujan. Syukur dapat buka puasa + member belanja sate sempena hari jadi dia.

8. Balik surau, hujan masih rintik-rintik. Tiba-tiba baru perasan ada moto lalu bertentangan dengan E. Nak kena langgar lagi untuk kali ke 2. Hmmm..mungkin sebab hujan pak cik tu tak nampak E kot. Da la naik moto dekat laluan btentangan, bahanya sungguh aksi beliau sebagai seorang pak cik.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 Kenapalah hari ini benar-benar menguji...Ya Allah...

Blogger news

Blogroll