1.31.2011

Jalan : WaLaU bAgAiMaNaPuN...

Aku kena sedar dari mimpi siang, pagi dan petang ?

Kenapa aku menulis begini ?

Kerana aku menyedari akan satu hakikat yang aku sering dolak dan dalikkan ia.

Semestinya aku kena berubah dan faham akan situasi yang berlaku dan sedang berlaku.

Bahawasanya, kata-kata dan ucapannya bukan seperti yang aku rasa.

Manusia pandai bermain kata dan lidah bicara.

Biar yang pahit pon jadi manis dan sebaliknya.

Daripada penat melayan perasaan dan rasa yang tak keruan.

Baik aku mengundur dan diam seribu bahasa.

Kerna itu yang terbaik buat aku dan hatiku.


1.29.2011

Jalan : SemALaM...

Jalan kali ini berkisahkan seperti ini...

Semalam aku baru balik dari Kelantan, sampai-sampai rumah online. Biarkan lappy kejap, aku pegi klinik ngan adik pempuan aku.

Batuk dengan selesema aku semakin menjadi-jadi. Tak tau macam mana tapi memang teruk. Kalau aku batuk pejam mata, akan keluar flash-flash dalam bayangan mata aku. Kalau nak kata cam kena karen pon ada jugak.

Tapi Alhamdulilah setelah makam ubat ikut masa dan kadar yang disuarakan oleh doktor segalanya beransur-ansur pulih. Syukur sangat-sangat.Ya Allah.....

Bermulanya hari ini, aku sedang berusaha untuk meniapkan draf awal assignment yang baru dapat minggu lepas. Ada 5 dah sampai, setel awal-awal dapat ready kerja yang bertimbun yang nak sampai jap lagi. Apa-apa pon akan aku hadapai demi menjadi Guru Malaysia.

Pesan aku kepada rakan-rakan yang kat rumah Assignment-assignment.....


p/s: Mak aku tanya. Ko balik ni tak bawak gitar ? Aisssh..

1.28.2011

Jalan : LaMa MeNyEpi...

Setelah berminggu-minggu jalan yang aku dulu lakarkan tidak kesampaian.

Memang tak dapat aku nafikan, bermula dari minggu lepas dan minggu ini kesibukan yang mencengkam benar-benar menguji aku.

Tapi itu semua tak jadi alasan bila aku sekarang sedang bercuti. Cuti-cuti sempena Chinese New Year. Mulanya aku ingatkan cuti dalam 2 -3 ari je. Jadi tak nak balik rumah. Tapi memo ada mengatakan ianya berlarutan hingga 9 hari.Yaa...9 hari.

By The Way...

Sekarang aku kat umah sedang menulis dilaman blogku dan sedang duduk menulis dan melakar jalan-jalan hidupku.

Emmm....nak tulis apa yea?

1.15.2011

Jalan : EsOk...

Jalan-jalan yang semakin kuat cabarannya dan ujiannya...

Tanggal 16 Januari 2011 merupakan titik sejarah dalam hidup dan dalam perjalanan diriku. Bagaimana kaki ini bisa melangkau dan melangkah sejauh langkah yang tidak pernah dimimpikan apatah lagi dimpikan.

Ini membuktikan segala yang kita anggap sebagai mimpi dan angan-angan itu bisa jadi realiti. Realiti yang sememangnya mempunyai tuntutan tanggungjawab yang besar dan berat.

Bermimpilah dan berimpilah mimpi-mimpimu menjadi nyata...

Sesekali kita perlu juga melihat kebelakang dan sedar akan mimpi itu cuma mainan. Tetapi jadikan ia satu cabaran buat anda. Memang kita tidak menentukan segalanya, tapi perancangan masih lagi didalam genggaman kita.
16 Januari 2010 - Majlis Watikah Pelantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Kota Bharu.

p/s: Berdebarnya untuk bangun dan menghadapi hari-hari yang bakal menjelang.

1.08.2011

Jalan : RaSa MaCaM nAk PeNgsAn...

Jalan -jalan mengharungi liku-liku hidup ini...

Sepertinya kembalinya aku di bumi Kelantan menjanjikan seribu satu rasa yang benar-benar berkesan keatas diriku.

Bermulanya semester ini aku telah membuka lembaran baru dalam hidup ini. Begitu juga dengan tanggungjawab yang baru aku pikul ini. Ceritanya begini...

Minggu lepas bersamaan dengan hari khamis, aku dan ahli-ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar mengadakan mesyuarat yang pertama bagi memastikan kedudukan jawatan dalam jawatankuasa ini.

Pensyarah selaku setiausaha pensyarah penasihat, Pn.Hajah Faridah membacakan senarai jawatan yang akan dipegang oleh kami semua untuk tahun ini.

Apabila jawatan kedua yang tertinggi disebut (Jawatan Naib Yang-Dipertua) nama tersebut ialah aku.

Yaaa!!!!Aku!!! Rasanya macam nak pitam bila tau nama aku untuk jawatan itu...

1.01.2011

Jalan : HaRi SeDiH BeRmULa...

Jalan-jalan hujan Januari masih turun


Jalan-jalan sedih bermula lagi...



Hari ini dalam sejarah, bilik aku yang sudah setahun aku lebih aku duduk bakal berubah wajah. Dan yang pastinya aku tercampak keluar dari bilik sebab proses merenovate bilik aku...

Ini bilik aku namanya CA10
Bilik ini asalnya aku duduk ngan roomate aku Apih.Dulu la, skang dia dah kuar aku duk ngan junior. Semalam aku balik, ada pakcik bagi tau bilik aku nak kena tebuk dinding buat tandas ngan bilik air. Takpa lah, bukan untuk aku...
Bilik aku yang sedang dalam proses penebukkan



Almari yang dikeluarkan, macam-macam ada




Telah ditebuk!!! Hahaha...

Alkisahnya..aku skang merempat kat bilik member aku.Nasib baik aku ada rumah sewa...sedang dalam proses untuk pindah.

Sedihnya aku tak diberitahu atau ada notis untuk aku keluar dari bilik akuuntuk proses renovation tue...Argghhh!!!

Jalan : MuLaKaN SeSuAtU yAnG bAiK...

Sepertinya saya sedang tekun menaip telah lama tidak menaip.

Sudah lama tidak berjalan-jalan...


Seringkali kita akan menghadapi ujian dan cabaran hidup yang penuh berliku dan kadangkala kita jatuh. Jatuhnya kita kadang mampu bangun sendiri dan kadang memerlukan tangan-tangan yang kuat untuk bergantung dan bertahan. Sedang kita juga terpaksa menghadapi seorang diri. Namun, itulah hakikatnya, sesuatu yang dimulakan harus di habiskan. Samada dengan baik atau tidak dapat berakhir seperti yang kita inginkan.


Berbalik pada hidup saya sekarang...masih menghadapi liku-liku perjalanan yang masih lagi jauh dan yabng pastinya ia merupakan satu perjalanan yang akan dihiasi dengan pelbagai suka -duka, tangis -tawa, asam-garam, mehnah dan tribulasi, dan kalau radical -stud- fight for humanity and against capitalism- High Council - masih dalam usaha untuk kesana.

Jalan-jalan yang kita lalui dan yang telah kita lalui merupakan  jejak-jejak tapak kaki yang melakar warna -warna serta corak hidup kita. Ingin kita lakarkan seperti yang kita bayangkan tetapi bukan semuanya akan sebegitu sempurna dan menjadi nyata. Memerlukan masa dan kesabaran dalam mencorakkan hidup ini. Satu permulaan yang baik dan ia harus juga diakhiri dengan baik.

Jalinan yang octet memerlukan pengorbanan dalam ikatan kovalent atau ionic. Secara ironinya...

Blogger news

Blogroll