7.30.2011

Jalan : CaKaP tAk SeRuPa bIkIN..

Korang ada kawan-kawan ? Ada tak antara mereka macam aku cakap kat tajuk kat atas. Mesti ada kan ...

Cakap lebat macam nak hujan tapi tak serupa bikin macam dia cakap.

Ada tu cakap berapi-api pasal agama, pasal "keadilan", sebab dia kata "keadilan" itu penting dan jangan makan rasuah. Okek..aku setuju..sangat -sangat setuju. TAPI...kalau dia ponteng kelas atau apa-apa event wajib takpa..hahahahah..lucu lar, tak payah lar cakap berapi-api kalau anda sendiri cakap tak serupa bikin..hahahaha...

Ada jugak orang cakap ikut suka dia, yelah, apa susah cakap, modal lidah dengan saliva jer. Cakap bersungguh, abang aku ada ini, adik aku punya kawan, ayah aku punya sedara punya member, kawan aku punya kawan, nenek aku punya kawan, atuk aku punya awek ??? hehehe...mesti ada kan.


Apa-apa pun korang sangat lucu bagi aku yang suka perkara-perkara lucu tersebut...

7.28.2011

Jalan : KeReTaPi...

At first' before I write this post, I almost forget how to spell "keretapi" in a correct way..

Jalan-jalan falsafah keretapi yang sedang bergerak laju lagi laju. Apa lah aku mengarut nih.

Pagi tadi seawal jam 5.34 pagi aku bangun untuk menyiapkan diri dan bersedia menghadapi hari ini dengan jayanya. Member aku mintak tolong dengan aku antar dia dekat stesen keretapi. Aku memang suka pegi stesen keretapi sebab aku dapat tengok keretapi. Best wooo...wa cakap sama lu. hahah...Aku pegi setesen ini yang terdekat dengan tempat aku tinggal sekarang. Kilik SINI untuk tengok stesen tu.

Tempat menunggu stesen lama

Tempat menunggu stesen baru

So nak cerita pasal keretapi ini, bagi aku dia ini umpama sebuah kenderaan yang sangat otai, sebab apa?

Otai kita hari ini !!!
1. Dia tak pakai jalan tar atau jalan raya persekutuan yang kita gunaka  setiap hari. Ada jalan dia sendiri beb!!
Rel keretapi yang khas untuk dia dan hanya untuk dia

2. Saiz dia dan kapasiti dia besar. Sekampung boleh masuk.

Sedapnya budak tu mamam twistis

3.Bila dia lalu, semua kenderaan kena berhenti dan semua simpang akan ditutup. Bos besar nak lalu,
tepi -tepi !!!


Bila bos tak lalu gate buka.
4. Dia jalan slow-slow dan tak kalut cam bas ekspress.

5. Paling penting, punctual at any time. Kalau pukul 7.15, 7.15 dia sampai..haha otai yang sangat emnepati masa. Kalau meragam sampai kul 9 tak sampai2 jugak hahaah.

 Okeh tu untk cerita keretapi.

P/s: rasanya macam nak tulis karangan autobiografi lah..Tajuk apa yea ? Haa "aku sekeping hati"..jiwang nyer. Weeekkk...

7.15.2011

Jalan : JiKa Ia SeMuDaH ItU...

Jalan-jalan pagi-pagi merangka cerita dan buah fikiran aku yang sedang berserabut..

Malam tadi aku sibuk siapkan praktikal Biodiversity aku. Pening-pening....tolong-tolong kawan-kawan bio yang ada, share come cake with me !!!

Tapi aku tak lar nak menulis tentang biokepelbagaian dan variasi hidupan kat sini pagi-pagi bute ni.

Setiap dari kita akan ada masalah kan ?

Problem....problem...problem....


Pressure...pressure...heheh


Tapi kita perlukan satu masa, ruang dan peluang bagi atasi masalah kita. Ada orang bila ada masalah terus selesai, ada pula simpam sampai berpuluh-puluh tahun hingga diri jadi bermasalah. Ada juga yang ambil jalan mudah macam cerita Inbok. 
Terjun bangunan ingat masalah boleh selesai, sebenarnya lagi banyak, kalau terjun hancur badan bukan sendiri boleh kutip masuk tong sampah...susah Brader-brader majlis perbandaran nak bersihkan mayat terserbut. 

By the way, credit to our trash and garbage collector, without you guy's Malaysia will be complete with massive and gigantic trash all over the country.

Anda selalu menaip ? Buat kerja ? Kan kalau kita silap tulis boleh tekan butang "BACKSPACE" atau "DELETE"...

Andai kata kita mampu melakukannya pada setiap masalah kita kan bagus...

Like those button hehe..you guy's made my life easier.

So..to all fellow out there, what's your problem today ???

Heheh sumer post bergambar..manusia suka melihat gambar lah (fakta aku cipta)

Jalan : SeDiH...

Bila hati ini mula berbicara soal perasaan dan nalurinya
 
 
Sudah lama aku tak terasa sebegini. Paling aku ingat bila aku tulis cerita Inbox. 
Tapi tu cerita rekaan rasa hati dan lakaran secebis kisah aku...humm

Tapi masa tu aku dah rasa tenang sikit. Mungkin ini masanya aku kena belajar.

Belajar tentang apa ?
 

Sains,astronomi,kaji bulan ?
 
 
Gaduh, bertumbuk bergusti ?
 

Belajar untuk marah dan membenci ?
 

Bukan....

Belajar untuk MENERIMA dan MEMAHAMI hakikat sebenar kehidupan...

Jalan-jalan jaga hati...terjaga semua.

7.14.2011

Jalan : LiViNg SoMeOnE eLsE's LiFe..

Jalan-jalan merenung jauh tentang frasa ini

"Living someone Else's life"

Otromen apa tu ???

Ia bermaksud seseorang yang terpaksa hidup, hidup orang lain @ orang yang hidup bukan dalam hidup dia.

Apa kau melalut ni ???

Macam ni, seseorang yang hidupnya harus jadi orang lain. Contohnya, seorang ayah yang mahukan anaknya menjadi seorang doktor, sedangkan anaknya tak ada sekelumit niat nak jadi doktor. Belajar pandai-pandai, dapat ijazah perubatan jadi doktor, kerja stress lepas tu terjun bangunan sebab tak tahan. (Ini kes kronik )


Kalau situasi lain ? Seorang teman wanita yang mengharapkan pelbagai perkara dari teman lelakinya yang kurang sempurna dimatanya atau sebaliknya.
"Awak jangan buat ini saya tak suka "
"Awak, cuba la jadi macam ex saya, dia lagi baik dari awak "
"Awak, susah sangat ke nak berubah sebab saya"

Dipendekkan cerita pakwe@makwe dia ni ikut je cakap pasangan sampai terpaksa hidup sebagai orang lain yang bukan dirinya. (Ini belum kahwin, kalau dah...tak tau lar).

Ohhhh !!! Soo...plastic !!!

Credit to this little fellow
Jadi para pejalan dan pembaca sekalian. Tanya diri anda adakah anda hidup sebagai hidup orang lain.

Let's Share !!!
Jalan-jalan saya sangat sedih hari ini...


Jalan : tAnTrUm ???

Apa itu tantrum ?

Sejenis deram ? Tenuk ? Atau ?

Nak tahu, tantrum ni maksudnya ialah luapan kemarahan (credit to google translate)

Kenapa kita marah ?

Sebab sesuatu yang menyebabkan kita rasa untuk marah ?

Lima lagi punca marah  ialah
 

  • Gemar berbantah dalam sesuatu perkara
 
  • Khianat

 

  • Tamak kepada harta juga pangkat

  • Gagal mengendalikan nafsu


  • Emosi serta hasad dengki selain iri hati.

Jadi kawan -kawan...

Hehehehehehe.....

7.12.2011

Jalan : CeRitA LeMbU dAn KaMbInG

Cerita sikit-sikit...

Dalam sebuah perkampungan kecil, tinggal sebuah keluarga petani yang kerjanya mereka bertani dan bercucuk tanam. Mereka mempunyai seekor lembu dan seekor kambing. Oleh kerana bukan dalam kalangan keluarga yang senang, mereka bersyukur kerana ada dua ekor haiwan ternakan yang membantu mereka mengerjakan tanah dan tanaman mereka.

Lembu yang keluarga ini miliki besar badannya, warnanya sedikit kehitaman tetapi gagah dalam membantu petani mengangkat dan mengerjakan kebun tanamannya. Kambingnya pula, bersaiz sederhana dan hanya mampu melakukan kerja-kerja ringan tidak segagah lembu.

Pada satu malam di kandang ternakan...

"Lembu, boleh tak aku minta tolong kepada kau ?" tanya kambing.

"Apa dia sahabatku ?" balas lembu.

"Badan aku sakit-sakit, habis tenaga aku hari ini bekerja, kalau boleh aku nak rehat sehari dua, kau boleh gantikan kerja aku kan ?" kata kambing.

"Jangan risau sahabatku, aku akan lakukan kerja kau, kau berehatlah supaya cepat sembuh" kata lembu dengan nada simpati.

Sebenarnya...Kambing ini pemalas, dia tidak mahu melakukan kerja -kerja berat dan lebih suka berehat-rehat sepanjang hari.

Beberapa hari berikutnya lembu melakukan semua kerja, dari membajak, mengangkat air dan memunggah barang ke pasar. Segalanya lembu lakukan. Tuan haiwan ternakan ini tidak menyedari akan lembu sudah melakukan banyak kerja.

Pada satu malam juga lembu mengadu kepada kambing.

"Aku sudah lama menggantikan tugas kau sahabatku, adakah kau masih belum sembuh -sembuh ? " tanya lembu dengan penuh simpati. Badanya penat dan sakit semua kerana melakukan kerja berat.

"Nantilah dulu lembu, aku masih sakit lagi, tidak kasihankah kau kepada aku" balas kambing dengan berbuat-buat sakit.Sedangkan dia sebenarnya sihat sahaja.

Keesokan hari lembu dibawa tuannya ke bukit untuk mengambil kayu api. Begitu banyak batang dan ranting-ranting kayu yang diikat pada badan lembu. Beratnya terasa hingga lembu sukar untuk bergerak dengan betul dan seimbang. Apabila menuruni bukit yang curam, lembu gagal mengimbangi badan dan terjatuh. Berguling-guling badan lembu, akhirnya lembu terdampar di kaki bukit. Kakinya patah...kasihan nasib lembu, sudahlah ditipu "sahabatnya" ini pula jatuh hingga hilang upaya.

Tuan lembu membawa lembu pulang, dia tidak tahu bagaimana dan siapa yang akan membantunya mengerjakan tanaman di ladang. Dia sudah hilang punca, lalu dia mengambil keputusan untuk berjumpa tabib haiwan.

"Aku boleh mengubati lembumu yang patah kaki itu" kata tabib.

"Bagaimana tuan ?" tanya si petani.

"Aku perlukan lemak kambing bagi merawat luka dan tulang yang patah itu" kata tabib itu lagi.

Lalu, si petani ini bergegas ke kandang di rumahnya. Di bawanya kambing menemui tabib dan....

Pagi itu lembu bangun dari tidur, dia rasakan sudah begitu lama dia terlena kerana kesakitan yang amat sangat pada kakinya. Namun, apabila dia sedar akan kakinya sudah beransur-ansur pulih. Namun dia tidak lupa akan sahabatnya yang "setia" bersamanya, lalu dia cuba untuk mencari kambing di sekitar kandang. Tapi tiada...

Hurmmm..ada sapa-sapa terasa kew ??

Jalan-jalan teringat jugak yea...wakakaka !!!!

Blogger news

Blogroll