6.28.2011

Jalan : HaDaPi KriSis EkOnOmi...

 Jalan-jalan aku nak jadi pakar ekonomi dan perancang ekonomi anda yang sedang mencari-cari penasihat ekonomi anda.

Dan yang paling pasti serta nyata hakikatnya pakar penasihat ekonomi juga hanya mampu memberi nasihat dan bukan beri loteri untuk menang nombor ekor. Haramm ooo...

Baik, berbalik kepada apa yang aku nak cuba bincangkan, bagaimana nak menghadapi krisis ekonomi dan kemelesetan. Bukan sahaja kepada pelajar yang menjadi Peminjam PTPTN yang berelaun bulanan, semester serta yang bekerja bergaji seperti kakitangan dan kepala kerajaan.

Tips Pertama 1 - Hidup Separuh ?? 1/2

Apa itu hidup separuh ? Ia bermaksud anda menggunakan separuh dari gaji, atau pendapatan anda bagi membiayai perbelanjaan seharian. Contohnya gaji anda ialah sebanyak RM 3 000.00 dan anda simpan
RM  1 500.00 didalam bank atau simpanan tunai. Mengapa ? Ia adalah sebagai satu bentuk simpanan kecemasan dan ia juga bertujuan mengecilkan perbelanjaan anda sekaligus menyelamatkan anda dari situasi habis gaji habis segalanya. Mungkin anda akan tidak boleh dan tidak mungkin. Tetapi itu yang sepatunya anda lakukan. Jika kita lihat, situasi ini seperti tidak logik, namun apabila kita dibuang dari kerja atau hilang pekerjaan, kita masih ada wang kecemasan yang dapat menyelamatkan kita.
Ada pendapat jika anda menyimpan akaun kecemasan ia memerlukan jumlah sebanyak 3 bulan gaji atau 5 bulan gaji. Namun apa yang lebih selamat ialah anda harus ada 8 - 10 bulan simpanan kecemasan bagi menghadapi masa-masa genting.

Bolehkan anda hidup separuh wang gaji anda ???

Tips Kedua - JANGAN Pakai Kad Kredit @ Duit Plastik

Kad kredit merupakan satu bentuk kemudahan yang mana kita tidak perlu membawa wang tunai kemana sahaja kita pergi bagi tujuan keselamatan dan sebagainya. Namun, harus dipastikan bahawa kad kredit adalah punca kita terbelit dengan duit plastik serta timbunan hutang yang menimbun-nimbun. Pembiayaan syarikat kredit mempunyai kadar dan tawaran yang berbeza-beza. Tetapi hakikatnya, ia adalah punca kepada kita melibatkan diri kita dengan hutang kredit yang akan membebankan kita.

Nasihatnya ?? Gunakan wang tunai untuk melakukan proses perbelanjaan. Ini kerana jika kita gagal membayar bil kad kredit sekaligus kita akan terdesak untuk membayar kadar dividen yang dikenakan. Secara tidak langsung, mungkin wang gaji kita hanya akan habis membayar himpunan hutang piutang yang menimbun.

Tips Ketiga - Simpan duit $$$

Simpanan amat penting dalam setiap keluarga atau pun untuk setiap individu. Mengapa ia penting ? Ia adalah satu jaminan bahawa kita masih ada wang dan kecemasan semasa memerlukan. Ia juga mengelakkan kita dari terkena dari fenomena kejatuhan nilai wang yang teruk. Simpanan bukan sahaja dalam bentuk tunai, malah kita galakkan menyimpan dalam bentuk wang emas dan perak. Ini kerana, nilai emas tidak pernah turun dan ia semakin hari semakin meningkat. Satu bentuk simpanan masa depan yang menjamin dan tidak akan susut nilainya.

Simpanan bukan sahaja menyelamatkan kita dari dilanda kesempitan malah menyelamatkan kita dari kes dibuang kerja dan diberhentikan. Ini kerana, proses ekonomi dan pergolakan politik negara yang tidak stabil memberi impak yang sukar untuk dijangka. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada negara-negara yang bergolak, krisis ekonomi global pada tahun 1998 yang mana kita katakan satu situasi "perang duit" yang mana nilai matawang tidak lagi sepadan dengan harga barang. Seguni duit untuk sekilo gandum ??? Kita tidak mahu ia berlaku dinegara kita.

Tips Kempat -Beli rumah mampu milik 

Bagi pelajar yang masih dalam tanggungan keluarga boleh abaikan tips ini. Namun ia juga berguna untuk anda sebagai bakal bekeluarga. Rumah mampu milik atau harta atau aset amat penting. Mengapa ? Gaji atau pendapatan anda haruslah setara dengan kadar pinjaman perumahan yang anda lakukan. Ini juga adalah untuk mengelakkan berlakunya situasi yang mana, apabila kadar ekonomi yang tidak menentu menyebabkan kita kalah dalam perang duit. Apa maksud kalah ? Kadar pinjaman dan kadar gaji kita yang tidak setara menyebabkan kita terpaksa berhutang lebih dari apa yang kita dapat. Apa maksud kita mampu, kaya dan miskin?

Mampu bermaksud kita mampu untuk bertahan dengan kadar semasa. Tetapi saya menganggapkan bahawa "mampu" masih belum selamat dalam kadar dan situasi ekonomi semasa.

"Kaya" bermaksud perbelanjaan kita tidak melebihi apa yang kita perolehi. Contohnya, pendapatan anda
RM 1000.00 dan anda hanya guna untuk sebulan dalam RM 500.00. Ini menyelamatkan anda dari kesempitan dan bersedia menghadapi kecemasan.

"Miskin" bermaksud, anda bergaji RM 5000.00 tetapi perbelanjaan anda melebihi sehingga RM 6 000.00. Ini bermaksud anda berhutang pula untuk masa hadapan, seterusnya berhutang, dan berhutang hingga kita muflis.

Jadi dimana anda dalam situasi sekarang ???

Sediakan payung sebelum hujan. Okek !!!

6.06.2011

Jalan : KiAmAt SuDaH dEkAt...

Jalan-jalan semalam jumpa satu perkara yang buat aku rasa macam nak termuntah...

Tapi fikir-fikir balik, apa nak pelik, realitinya ada disini dan disana.

Okeh, semalam aku jumpa satu video kat youtube tentang seorang remaja perempuan yang berusia 18 tahun ada hubungan yang sangat-sangat spesial dengan AYAH nya, kiranya dia anggap ayahnya ini sebagai teman lelaki dan dia sangat cintakan ayahnya. Katanya dia juga pernah !@#$%^& dengan ayahnya dan menganggapnya ia adalah cinta  ???? What the....!!!!

Ayahnya pula bila ditanya apa yang dia nampak bila lihat anak perempuannya.

Dia jawab "She is my soulmate" reaksi muka selamba..What the ...!!!!



Tapi aku tak pelik sangat,pasal bukan dekat Amerika sahaja yang ada masalah macam ni. Kalau kat tempat kita ni kira kes-kes sumbang mahram la. Dulu aku ada tengok satu rancangan yang temuramah banduan -banduan yang disabitkan kesalahan merogol dan mencabul anak sendiri.

"Macam mana pakcik boleh tergerak nak buat benda tu kepada anak pakcik sendiri " tanya wartawan.

"Pakcik balik rumah gelap, masa tu pakcik mabuk, bila pakcik tengok dia dengan mak dia macam tak ada beza je, jadi pakcik pon buat lar" jawab sambil muka dikotak-kotak tutup pakai image censored.

Yang ni agak pelik dan  juga cam !@#$%^& ...Ada jugak yang kata....

"Pakcik dah besarkan dia, beri makan dan pakai, apa salahnya kalau pakcik merasa dulu sebelum orang lain" What the...!!!!

Jadi kepada semua insan-insan yang bergelar ayah dan anak. Jangan jadi macam family kambing. It not okey.

Dunia semakin sesak, dengan pencemaran fizikal dan minda peghuninya. Sesekali aku merasa takut akan keadaan ini kian berlaku. Sampai kita sendiri tidak merasa pelik dan hairan. Begitu tebal ketahanan kita dalam menerima berita seumpama itu. Hmm...

Jalan-jalan mohon dielakkan segala yang berlaku ini dalam keluarga kita. Didiklah diri dan hati dengan nilai-nilai agama..Wallahualam..

Jalan-jalan melihat kehadapan dengan penuh tanda tanya ???

Jalan : PeMeRhAtIaN..

Hari ini buku yang aku beli sampai jugak..

At least the word "By monday the item'll be on your doorstep"

Ini buku yang aku beli...

Jangan gelak pulak, aku suka bila tahu buku ni ada macam-macam perkara yang boleh dikatakan pernah berlaku dalam diri remaja yang keliru dengan identiti masing-masing.

Diary of A Wimpy Kid 1-5 


















Buku ni lebih kurang macam buku "Mean Girl " atau macam cerita "Malcolm In the Middle". Memang perkara biasa budak yang berada dalam umur 13-15 tahun. Kecelaruan identiti selalu atau memang berlaku.

Aku dulu ada jugak menghadapi masalah mencari identiti diri. Kalau dulu aku ni kira fanatik dengan muzik, kaset mula -mula aku beli masa umur aku 12 tahun ialah Linkin Park - Hybird Theory. Masa ni aku suka curi -curi dengar dekat bilik sepupu aku. Dia bujang ada walkmen, so aku bantai walkmen dia kalau datang rumah  nenek aku. Bila kantoi, dia bunyi-bunyi la kata habis bateri. Aku cakap, lain kali pakai bateri cas. Jimat sikit..Hahahaha...

Dulu aku layan jugak band-band gig yang famous macam A.C.A.B lagu best dia macam Fight For Your Right, lepas tu
JB Riot. Kalau Rock Kapak macam XPDC masa album Kita Peng-Yu. Memang best lar lagu-lagu dalam album tu.

Sekolah menengah dan duduk dekat asrama memang ada sedikit kesusahan aku nak dengar radio. Sebab time duduk asrama mana boleh bawak benda-benda "haram" tu. Jadi aku ambil inisiatif, time aku form 2 aku dapat kumpul sikit duit beli MP3 Player jenama MWalker, ada lar harga dalam RM 100. Aku sorok-sorok dengar masa time belajar dengan tidur malam. Tapi at last mp3 aku hilang masa dorm aku kena pecah pencuri. Hampeh punya malaun, kalau aku jumpa nak tiki-tiki je kepala beliau.

Tapi tu semua mengajar aku...Keliru -keliru aku pon aku...hmmm

p/s : Sambung baca..Zoo-Wee-Mama

Jalan : ST 12 - Saat Terakhir


Lirik Lagu ST12 Saat Terakhir Lyrics (OST - NIKITA)

tak pernah terpikir olehku
tak sedikit pun ku menyangka
kau akan pergi tinggalkan ku sendiri
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
begitu sulit ku menyangkal
begitu sakit ku rasakan
kau akan pergi tinggalkan ku sendiri
* di bawah batu nisan kini kau tlah sandarkan
kasih sayang kamu begitu dalam
sungguh ku tak sanggup ini terjadi
karna ku sangat cinta
** ini lah saat terakhirku melihat kamu
jatuh air mataku menangis pilu
hanya mampu ucapkan selamat jalan kasih
satu jam saja ku telah bisa
cintai kamu kamu kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup
satu jam saja ku telah bisa
sayangi kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup
di nantiku
repeat **
satu jam saja ku telah bisa
cintai kamu kamu kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup
satu jam saja ku telah bisa
sayangi kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup
Source: http://liriklaguindonesia.net/s/st12/st12-saat-terakhir/#ixzz1OTjBu3Ma


OST - NIKITA - TV9 5.30 - 6.30 PTG


p/s : Layan lagu ni, sampai mak aku nyanyi kat dapur masa masak. Hasiishh..

6.05.2011

Jalan : NoRa eLeNA...

Jalan-jalan melihat TV bersama Family di waktu petang...

Masa aku balik rumah minggu lepas, aku tak pelik la pasal mak ngan adik perempuan aku tngok cerita Nikita yang kat TV 9 tu, bukan Nikita Versi Amerika tu. Tapi versi Indonesia ok.

Tapi aku dapat lihat dari bermulanya beberapa minggu lepas berkenaan Fenomena Nora Elena. Memang tak dinafikan memang jadi satu fenomena kalau cerita -cerita kat Slot Akasia TV3. Kalau dulu drama Nur Kasih, sekarang dah jadi Movie. Ala lebih kurang macam Senario dulu lar, bila top kat tv amsuk lar movie lagi masyuk. Tapi sekarang Senario tak masyuk da..








Jadi ramai yang ambil peduli dan kisah pasal fenomena Nora Elena yang pelakonnya Siti Saleha dengan Aaron Aziz. Bermula dengan itu bertambah lakulah cerita dan juga pelakonnya di persada industri lakonan negara. Haish apa aku merepek ni..

By da way.

Kepada semua peminat Nora Elena, jangan Lupa jam 7.00 malam ini.

p/s : Kenapa cerita yang layan ini ditayangkan waktu begini ???

Nak download ???

Klik SINI (Credit to - http://cute-share.blogspot.com ).

Jalan: SeNtIaSa SabAr MeNuNgGu...

Jalan-jalan aku hari ini sabar menunggu khabar berita dari Skynet

Skynet ??? Terminator punya musuh ker  ??

Tak ada lah, hari ini Skynet syarikat penghantaran sedang berjanji dan berusaha untuk menghantar barang dari Kuala Lumpur kepada aku yang sedang menunggu dengar sabar dari minggu lepas.

Ko beli apa bro ?? Bom ke ??

Apa punya soalan da...aku mana mampu beli bom C4 atau beli enjin Jet Pejuang Sukhoi. Aku beli buku aje. Tapi buku tu aku beli dari Company My Sen Online. Hehehhe..Aku beli bulk set buku ada 4 buah kalau dapat nanti.

Buku apa ???

Ada lar..yang penting bukan buku Permata Yang Hilang. oKEH!!!

Ini adaah buku Pemata Yang Hilang.
Hanya untuk  pasangan yang SAH  berkahwin. Okek!! 




















P/s : Aku tak beli buku ni okek...aku beli buku lain taw. Nanti dah sampai aku post pulak story..

Jalan : MaSiH aKu KeLiRu...

Jalan-jalan aku kadang-kadang rasa pelik memikirkan kecelaruan yang bergolak dalam diri aku.

Pertamanya 1

Dalam beberapa ketika aku rasa keliru dengan hidup aku ni. Tak tahu kenapa macam ada aje benda yang tak kena. Kalau dikutkan semua cukup, semua ada tak kurang sana-sini. Entah, mungkin lumrah manusia yang rasa tak cukup, terlebih dan terkurang.

Keduanya 2

Apa yea ? Ntah aku tak tau. Mungkin bila aku tertekan menyebabkan aku melalut tak tentu pasal. Haissshhh !!!!

6.03.2011

Jalan : Ohh...DuNiA SuDaH tUa...

Jalan-jalan aku tersedar dari satu perkara..


Petang tadi sambil-sambil gembira tengok dapat prezen dari contest Hari Ibu dekat blog Abang Joe Klik Sini, aku blogwalking dekat Blog Lovesuck..Sini pasal kes budak 14 tahun perempuan hilang "DARA" nya !!! . Sebelum ini dia boleh katakan kat public dengan cara menulis pada blognya yang dia sudah kehilangan daranya...Aissh. Tak malu ker ?????

Aku mula-mula baca memang gelak macam tak betol je budak perempuan tulis bab-bak dalam kain ni secara terbuka. Tapi memandangkan teknologi semakin moden, agama tidak lagi menjadi ukuran, bila maksiat itu seperti perkara yang sudah boleh dimakan, bila hubungan bebas dalam keruncingan dan hubungan sejenis mendapat tempat, jadi aku tak pelik dan hairan. Macam kes mamat Gay mana post dalam Youtube - Saya Gay dan Saya OK!. Hisshh...melalut kepala lutut dia. Bab-bab Gay aku sensitif, sebab ada Gay buat palat kat muka aku, kurang ajaran Agama betul mereka ini.

Aku memandang isu ini sebagai satu kebejatan yang semakin lama ia semakin menjadi resam dalam kehidupan masyarakat kita, Terutamanya Masyarakat Melayu dan Beragama Islam. Yelah, kalau makbapak sekarang anak perempuan atau lelaki nak keluar dengan pakwe ke, tunang ke apa cam boleh bagi free2 jer. Tau lar kome tak risau sebab tunang anak dia pakai ketayap kat kepala. Tapi pakcik, yang pakai ketayap kepala ni pon boleh tumbuh tanduk kat kepala kalau nafsu menguasai diri heh...Nauzubillah.

Yang jadi marahnya bila orang -orang ini membuat benda-benda pelik ni boleh bangga dengan kawan-kawan dia. Analoginya ia macam dia ni suka meludah, sekali tu dia meludah kelangit tak sempat elak kena muka sendiri..

Nak kenal budak tu ? Tak payah cari sendiri...Kalau anda nak nasihatkan dia cari dan basuh dia cukup-cukup. Pesanan ini bukan untuk para ustaz dan ustazah tapi kepada semua rakyat Malaysia yang berperkerti dan berkeperihatinan yang tinggi..

Adios !!!

Jalan-jalan aku melompat-lompat tak tau apa maknanya....Dunia sudah tua..

Jalan: SiApA AkU dULu SeKaRaNg...

Jalan - jalan lama aku tak menulis...

Apa yang aku nak katakan, bermulanya aku menulis blog ini aku hanya mengharapkan mungkin yang membacanya hanya beberapa orang. Tak pernah terfikir nak cari reader ramai-ramai dan dapat komen banyak-banyak setiap kali post baru keluar.

Sebab ?

Setiap kali aku blog walking ke blogger hebat dan best-best aku rasa makin kecil je cita-cita aku nak berjaya dalam bidang ni. Apa yang aku ingat, masa aku buat cerita pasal Inbox dan masa tu reader aku ialah silent reader dari kawan-kawan aku.

Masa tu kalau ada orang komen dekat aku punya post, aku rasa suka sangat. Tak kisahlah komen yang mengondem atau membina. Aku tau bahawa adanya komen itu bermakna ada orang yang membaca post aku.
Kalau ada blogger yang mentarget dalam satu hari ada beribu-ribu entry dari orag. Aku dapat 1 orang masuk pun aku rasa puas hati...Sedih jugak kalau kita berkokok sorang-sorang tanpa teman di sisi...

I wish the light has turn on me...

Blogger news

Blogroll