10.30.2012

Jalan : Handpone..oh Handphone...

Hari ni merupakan hari last sebelum esok untuk study SCE 3111.

Paper yang kalau dilihat dari luar nampak kool namun tak se-koool yang disangkakan. Ini adalah ia bersifat susah diam-diam berisi.

Abaikan hal paper tersebut. Ini ada lagi satu situasi yang mana meruncing dan mendatangkan kemarahan pada aku yang sedang dalam kebingungan. Mana tak nya, hari ni janji ngan cik gadis nak kejutkan pagi-pagi nak study. Tapi entah macam mana aku terlena setelah minum secawan oligo koko yang dicampur dengan coffeemate. Aku pelik, adakah tindak balas koko dan mate menyebabkan mata aku jadi sepet dan ketiduran. Sedangkan aku dah bagun awal pagi, membasuh baju dan menjemur kain laksana ibu-ibu dan bibik yang mana menunaikan kewajipan kepada keluarga.

Abaikan juga hal oligo dan coffeemate aku tu. Sekarang ini aku tengah hangin pasal aku topap hanphone aku guna Bank Kepala Harimau. Entah macam mana adakah aku sedang dalam proses beratur atau apa, sebab topap yang aku beli tak masuk-masuk. Ini mengakibatkan konsentrasi aku untuk menelaah menjadi kerisauan. Sebab, adakah akaun aku telah dihack ? Adakah wang dalam bank aku hanya sekadar nomor-nombor yang sudah tiada nilainya. Adakah...adakah....

Takpa kalau tahun depan naik kerajaan, hanpon bole jadi pintar, sepintar pembuat dasar. Huh.. sepintar pintar tupai melompat, jatuh ke longkang juga. Kongkang betul.

Sekarang ni aku tengah menunggu dengan sabar.Kadangkala lebih baik aku menyetat moto dan pergi ke kedai topap berdekatan beli.Cuma kena tambah dua posen je...

Sebab dua posen .....

10.27.2012

Jalan : Menulis dan Menulis Lagi

Jalan-jalan melihat petang yang kian menganjak senja yang hening.

Hari ini aku berfikir-fikir, macam mana yea kalau aku nak meneruskan minat aku menulis dan menulis. Aku tahu bakat bukan berpihak pada diri aku, tetapi aku sedang meneliti macam mana nak menjadi salah satu orang yang juga boleh berjaya dengan menulis. 

Kata Jakpa kawan aku, jangan pernah berhenti berusaha, sedangkan aku ini memang macam pisang goreng, makan kejap da sejuk. Tak macam termos atau periuk nasi, walau nasi masak tapi masih hangat. Huh...

Entah, mohon sangat bila masanya rasa itu akan terus datang dan aku juga nak tau peluang tu macam mana ia hadir. Huaauuuhhhh

Malasnya, tengok baru tiga rangkap da mula datang malas aku nak menaip. Puiii macam mana Jawa nak maju kalu asyik malas je..Huuuuhhh 


Lusa da exam la...study jum kawan2

10.26.2012

Jalan : Raya Aku Bersama Paih

Jalan-jalan sempena hari raya Aidiladha...

Hari  ini aku ditemani member sekelasku yang tak balik jugak. Paih..agak kebengongan kami apabila awal pagi pergi sembahyang raya dan dia dah tepacak depan rumah aku 7.30 pagi.

Kata-kata beliau semasa masuk dalam rumah sewa aku.

"Aku lalu depan rumah orang bau makanan, bau sup...rumah kau tak bau apa-apa pun heehee..."

Aku pun dengan tersenyum sambil membetulkan kain sarung aku berkata kepada beliau.

"Wei..ko tgok la rumah aku ni ada sapa je, kucing-kucing banyak la, daging tak ada, kalau ko sangup makan kucing masak rendang bole jadi jugak aku sembelih sekor semalam. Then aku bleh tabur friskies sikit atas dia hahaha"

Agak true dan kejam kata-kata aku seawal pagi raya korban tahun ini. Aku ajak dia naik dan aku sambung balik baring atas tilam aku. 

Paih mula berkata.

"Aku call mak aku pagi tadi, menagis pulak dia bila cakap ngan aku pagi-pagi raya ni"

Aku cakap balik kat dia

"Tenang bro...baru tahun ni tak balik raya korban, berkorban sikit, takpa bab mak kau tu jangan risau, memang mak-mak kita ni touching, lagi-lagi bila tengok anak lelaki dia yang sulung takda di pagi hari raya yang mulia lagi bahagia ini. Tapi jangan risau, kita tetap akan raya jugak tahun ni.

Aku siap-siap pakai baju,pakai kain amik kopiah terus jalannnn....

Masa naik moto aku cakap ngan dia, nanti kita nak raya kat mana ?

"Kita raya rumah pakcik aku, then kita pegi rumah puan, sama amik nota sivik, bole study malam ni.

"Okeh bijak bro....kau memang true"

Hakikatnya aku teringat jugak suara mak dan nenek aku kalau kejut aku bangun nak pegi sembahyang raya. Tapi aku tau da, macam mana pun akan tunggu atuk aku. Atuk aku ni kalau nak tunggu dia siap-siap agak lama jugak la. Aku mandi 1 minit, pakai baju terus jalan.

Tapi memandangkan aku pun da dua kali beraya kat Kelantan, lebih-lebih lagi tahun ni beraya tanpa housemate aku. Semua pakat balik, tak nak ikut aku yang hati kayu ini. Apa-apa pun korang makan sedap-sedap kat rumah jagann tak ingat kat aku pulak. Huaaahhh...

Esok aku nak makan mana yea...tadi aku nak makan malam pun tak ada kedai yang sudi buka pulak. Macam mana Melayu nak maju..raya sikit tutup kedai....Aku rasa macam ada selipar menghala kearah aku kalau aku cakap ni kat depan makcik jual nasi depan rumah aku.

Okeh...Kucing rumah aku da lapar, aku nak bagi makan, kang aku makan dia pulak....Lapar weiiii !!!!

10.25.2012

Jalan : Tatkala Menulis Ketika Ini

Waktu kian menganjak senja dan hari esok adalah hari Raya.

Ya, hakikatnya esok semua umat Islam akan menyambut Aidiladha, dan hakikatnya aku masih duduk dihadapan komputerku dan selesai menaip, menulis segala.

Kemudian ketika ini aku teringat suasana kat kampung kalau time-time macam ni mesti da sibuk hantar makanan kat jiran-jiran. Tengok mak aku masak, kacau sini kacau sana.

Petang macam ni mesti da bole makan banyak-banyak huaaaahhhhh!!!!

Macam mana nak hadapai malam ini dan esok huuuaaaahhhhhhhhhhh !!!!!!!

Apa-apa pun ucapan pada hari ini ialah..

Padan Muke Aku !!!

10.24.2012

Jalan : Tahun Ini Sekali Lagi

Macam tahun lepas juga, aku tak balik masa Hari Raya Aidiladha.

Kawan - kawan rumah aku semua balik da. Ari tu aku sakit malam-malam sorang-sorang hahaha...takpa bukan bermakna aku manja tapi memang aku berkeras tak balik. Nak buat macam mana, bak kata KJ aku, "Apa boleh buat..."

Housemate aku ada jugak ajak jalan dan duduk rumah diorang. Tapi aku mintak maaf awal-awal maksud aku, memang kalu ikutkan hati tu nak jugak beraya, tapi aku suke beraya sorang-sorang. Hehe..bukan apa cuma pengalaman mengajar kita menjadi lebih tabah.

Kalau aku ceritakan masa tu aku dalam tingkatan 2, masa tu aku bali rumah atuk dan masa tu jugak raya korban. Memang anak-anak atuk aku ni termasuk mak aku sendiri masa tu tak balik pagi raya. Adalah aku ngan atuk aku dan nenek aku. Masing-masing faham, anak-anak ada hidup dan ada masalah masing-masing.

Tapi aku ingat lagi, pagi tu aku pegi solat sunat Aidiladha ngan atuk aku berdua. Naik moto CAC yang da ilang tahun tu jugak. Hahah...tapi memang cool je, tak ada apa nak disedihkan dan diratapkan, macam tak biasa pulak.

Kadang aku cakap, kalau aku ni sayang duit nak beli tiket dan nak korban masa memang tak patot. Sebabnya, boleh sangat nak balik, boleh sangat nak balik sana -sini cuma....Aku nak jugak merasa sedih -sedih hahah...

Kepala aku pening da ni banyak sangat makan ubat deman dengan ubat selesema. Musim hujan ni jangan main ujan, memang boleh demam kalau tak tahan. Apa-apa pun..

Selamat Hari Raya Aidiladha....

Jangan main mercun...tak ada mekdahnya.

10.16.2012

Jalan : Teddy Bear

girlfriend: awak .. saya nak cincin hubungan kita
boyfriend :untuk ape ? malas la ..awak .. petang ni kita jumpa tempat biasa ok ..
girlfriend :hurm .. yelah..
boyfriend : awak .. cuba tutup mata awak .. saya nak bagi hadiah ..
girlfrend : hadiah ? .. ok ..
boyfriend : ok .. cuba tengok ni ..saya belikan patung beruang untuk awak ..
girlfriend : awak ! saya tak nak patung beruang ..
saya nak cincin hubungan kita !(sambil membaling patung beruang itu di jalan raya )

lelaki itu pun terus berlari untuk mendapatkan
patung itu balik dan berada dalam gengamannya ..
tiba-tiba sebuah kereta meluru ke arah lelaki tersebut dan badannya di gilis sehingga lelaki tersebut tidak berdaya untuk bergerak ..lalu perempuan tersebut menjerit dalam keadaan yang bergegas ..
perempuan mengambil patung di tangan lelaki tersebut dan patung itu berbunyi

' you .. see in my pocket.. '

dan terlihatnya satu cincin yang sangat cantik .. dan patung itu terus berkata ..
will you marry me ?? ..di saat itu .. mengalirnya air mata perempuan tersebut ..
tetapi sudah terlambat untuk menyesal .. 
kerana lelaki tersebut sudah pun pergi untuk selama-lamanya .
kredit to penmerah.com

10.13.2012

Jalan : Impian Saya

Semalam aku berborak dengan Jakpa@ShafiqAzli@PenyajakComel@AskardanGuruSepenuh Masa@Housemate aku.

Semalam aku ada tanya dekat dia macam mana nak jadi penulis buku kat PTS, dia cakap susah sikit nak hantar karya dan dia bagi pun dalam sekitar 7.5 pesen je untung. Tapi kalau ko berminat boleh cuba tak ada salahnya.

Jadi malam semalam aku sebenarnya sedang merancang-rancang, apa kata kalau aku nak mencuba nasib. Memang bakat menulis tu tak ada aptah lagi nak menulis panjang-panjang. Agak sukar bagi aku yang malas untuk menghadap skrin word duapuluhpat jam.


Semalam aku meneruskan kerja aku sebagai pembuat asaimen orang untuk student (student yang da tua2). Nasib baik dia bayar baik, kalu tak bayar kirim salam aku nak buat. Memandangkan ex-roomate aku Apih datang meminta kau meformat laptop bakal bini dia, jadi aku tanguhkan kerja tu sambil melayan Doremon Last Epsiod. Sambil-sambil format tu, aku duk bual-bual ngan Apih pasal macam mana nak buat AR sem 8 nanti.

Sebenarnya aku sedang dalam sakit kerinduan yang amat sangat. Sebab semalam cuma nampak kete Cik Gadis je. Tuannya pun tak dapat jumpa. Cukupla dapat bye-bye dia kat tepi pagar tenis semalam. Balik rumah semalam dapat mamam donat Cik Gadis bagi.

Jadi semalam lepas format laptop, aku pun turun, tngok Jakpa duk sedih-sedih melayan cerita Drama Crekarama TV3. Kata dia citer tu sedeh. Aku pun join jakpa masa babak-babak last cerita. Aku cuma dapat tengok part yang dia cakap ngan laki dia. 

"Abi......."
"Umi....."

Lepas tu aku duk sibuk cakap kat Jakpa.

"Kalu kita dapat tender tulis skrip drama mesti masyuk kan Jakpa " aku berkata.

"Ngek ko, ko ingat senang ke nak buat skrip, citer cam ni pun berapa kali edit baru buleh jadi" balas Jakpa sambil terpisat-pisat menahan mata mengantuk.

"Wei pa, aku penah tengok skrip cerita Semerah Padi yang P.Ramlee buat tu, agak gila jugak la nak buat, siap ada kena bagitau macam mana nak place kamera.

"Takpa, Pie, kalau ko berminat dan ada rezeki mesti buleh nya" Jakpa memberikan kata-kata semangat kata aku.

Jadi aku pun dengan bersemangat naik ke bilik, duduk atas tilam bujang aku dan tidor.

"Semoga aku bermimpi menjadi penulis terkenal..huh! "

"Zzzzzzzzzzzzz.....kroh2 tidor"


Memang takat mimpi je aku buleh dapat.

Jalan : Erti Kerinduan

Jalan-jalan merenung kelangit melihat awan pagi dan matahari yang sedang terbit.


Bumi akan sejuk dan kelam jika tiada matahari. Sehari jika sang matahari dilindungi awan kelam dan mendung, bumi seakan mati dan begitu jua dengan isi-isinya. Walaupun kadangkala matahari terlalu terik memancar pada waktu tengahari dan petang, sehingga ada yang merungut, namun apabila ketiadaanya seakan ia dinanti. Merindui hangatnya sinar, menunggu panasnya yang menyenangkan dan menyelesakan. 

Bumi tidak dapat hidup tanpa matahari. Hari-hari tanpa matahari seakan lambat berlalu, ternanti-nanti dan terkejar-kejar. Umpama hidup tanpa jam waktu dan arah tuju. Adakah matahari sedang merajuk padaku, adakah dia sedang tidak mahu lagi berdekatan denganku ?
Tapi aku yakin, matahaari akan tetap bersinar, selagi ada yang menantinya setiap pagi. Seperti cinta ombak dan pantai. Walau ganasnya ombak menghempas pantai setiap kali bertemu, namun pantai tetap setia menanti kehadiran ombak. Tampa ombak, pantai kering seperti tidak bernyawa. Tanpa pantai, dimana ombak hendak berlabuh.

Lumrah kejadian alam ciptaan Allah S.W.T itu berpasang-pasangan.



Blogger news

Blogroll