7.12.2011

Jalan : CeRitA LeMbU dAn KaMbInG

Cerita sikit-sikit...

Dalam sebuah perkampungan kecil, tinggal sebuah keluarga petani yang kerjanya mereka bertani dan bercucuk tanam. Mereka mempunyai seekor lembu dan seekor kambing. Oleh kerana bukan dalam kalangan keluarga yang senang, mereka bersyukur kerana ada dua ekor haiwan ternakan yang membantu mereka mengerjakan tanah dan tanaman mereka.

Lembu yang keluarga ini miliki besar badannya, warnanya sedikit kehitaman tetapi gagah dalam membantu petani mengangkat dan mengerjakan kebun tanamannya. Kambingnya pula, bersaiz sederhana dan hanya mampu melakukan kerja-kerja ringan tidak segagah lembu.

Pada satu malam di kandang ternakan...

"Lembu, boleh tak aku minta tolong kepada kau ?" tanya kambing.

"Apa dia sahabatku ?" balas lembu.

"Badan aku sakit-sakit, habis tenaga aku hari ini bekerja, kalau boleh aku nak rehat sehari dua, kau boleh gantikan kerja aku kan ?" kata kambing.

"Jangan risau sahabatku, aku akan lakukan kerja kau, kau berehatlah supaya cepat sembuh" kata lembu dengan nada simpati.

Sebenarnya...Kambing ini pemalas, dia tidak mahu melakukan kerja -kerja berat dan lebih suka berehat-rehat sepanjang hari.

Beberapa hari berikutnya lembu melakukan semua kerja, dari membajak, mengangkat air dan memunggah barang ke pasar. Segalanya lembu lakukan. Tuan haiwan ternakan ini tidak menyedari akan lembu sudah melakukan banyak kerja.

Pada satu malam juga lembu mengadu kepada kambing.

"Aku sudah lama menggantikan tugas kau sahabatku, adakah kau masih belum sembuh -sembuh ? " tanya lembu dengan penuh simpati. Badanya penat dan sakit semua kerana melakukan kerja berat.

"Nantilah dulu lembu, aku masih sakit lagi, tidak kasihankah kau kepada aku" balas kambing dengan berbuat-buat sakit.Sedangkan dia sebenarnya sihat sahaja.

Keesokan hari lembu dibawa tuannya ke bukit untuk mengambil kayu api. Begitu banyak batang dan ranting-ranting kayu yang diikat pada badan lembu. Beratnya terasa hingga lembu sukar untuk bergerak dengan betul dan seimbang. Apabila menuruni bukit yang curam, lembu gagal mengimbangi badan dan terjatuh. Berguling-guling badan lembu, akhirnya lembu terdampar di kaki bukit. Kakinya patah...kasihan nasib lembu, sudahlah ditipu "sahabatnya" ini pula jatuh hingga hilang upaya.

Tuan lembu membawa lembu pulang, dia tidak tahu bagaimana dan siapa yang akan membantunya mengerjakan tanaman di ladang. Dia sudah hilang punca, lalu dia mengambil keputusan untuk berjumpa tabib haiwan.

"Aku boleh mengubati lembumu yang patah kaki itu" kata tabib.

"Bagaimana tuan ?" tanya si petani.

"Aku perlukan lemak kambing bagi merawat luka dan tulang yang patah itu" kata tabib itu lagi.

Lalu, si petani ini bergegas ke kandang di rumahnya. Di bawanya kambing menemui tabib dan....

Pagi itu lembu bangun dari tidur, dia rasakan sudah begitu lama dia terlena kerana kesakitan yang amat sangat pada kakinya. Namun, apabila dia sedar akan kakinya sudah beransur-ansur pulih. Namun dia tidak lupa akan sahabatnya yang "setia" bersamanya, lalu dia cuba untuk mencari kambing di sekitar kandang. Tapi tiada...

Hurmmm..ada sapa-sapa terasa kew ??

Jalan-jalan teringat jugak yea...wakakaka !!!!

No comments:

Blogger news

Blogroll