8.20.2011

Jalan : BrOzAr...

Petang Ramadhan dengan melihat-lihat blog-blog fren E.

Petang ni E nak kongsi sket kat korang ceritha masa E kecik-kecik dulu. Cerita E dengan mak ngan adik-adik E. Dulu E duduk ngan atuk ngan nenek. Rumah masa tu tak ada lagi, ayah cakap belum siap-siap. Entah bila nak siap. Kami ni menunggu lar "beberapa tahun" baru nak siap.

Ni gambar E masa umur 6 tahun, Sebelah tu adik E Leha 4 tahun.

Dulu mak E ngan atuk, nenek kerja kampung, petik kopi, tokek ( keluarkan isi) pinang muda. Kalau member E  cakap ngan E dia bangga jadi budak kampung tak masuk kebun tak payah cerita kat E. Wat malu je...

Bila hari Sabtu atau Ahad tak sekolah ikut mak ngan nenek masuk kebun kopi. Kena keroyok (diserang)  semut dengan gigit nyamuk memang dah jadi lumrah. Selalu ngadu dengan atuk
"Tuk, nyamuk banyak gigit, sakit lar..." Atuk cakap" Ala..tak abis darah kalau nyamuk gigit, kan kecik...hahah". Pernah sekali dulu E terpijak sarang tabuan, lari tak cukup tanah E. Habis kopi E petik E tinggal kat situ.

Ada satu masa tu minum pagi ngan kawan tu, dia dengan bangganya kata
"Hmmm... Kita dah biasa duk kampung minum kopi, kalau dok kampung memang minum kopi jer.." sebenarnya dia nak tujuk kat E yang dia ni oramg kampung "sangat...."

Lalu E pon selamba cakap dekat dia "Aku dari kecik kerja petik kopi..."

Dulu ingat lagi masa tu mak nak ke pekan Rengit nak cari barang. Masa tu E nak sangat mainan. Jadi E pon cakap kat mak E.

"Mak, nanti belikan Brozar yea" kata E kat mak.

"Leha nak Talipon..." Leha mencelah.

Korang nak tau tak apa tu Brozar. Mesti korang tertanya kan apa tu Brozar. 

Ini lar Brozar...atau bahasa omputehnya "Bulldozer"

Tapi E cukup terharu bila mana mak tercakap...duit upah mak abis beli Brozar kau..

Hu3...sayang sangat kat mak E....nak nangis rasa tulis post ni...


8.18.2011

Jalan : AwAk PaNdAi ... TaK ??? ( EDISI LELAKI SAHAJA !!! )

Hanya Lelaki Sahaja !!!

Jalan-jalan ini permintaan blogger NasiHangit Klik Sini kalau nak pegi blog dia.


Nasihangit minta tip macam mana nak tau awek@tunang@teman wanita kita itu pandai memasak atau tak.


Ni mesti kes sindrom minta masak juadah berbuka masa bulan puasa pada sidia ni. Hahahaha...

Kenapa nak si dia pandai masak ???

Mestila...orang pempuan kena pandai masak betol tak NasiHangit

Tips-tips yang aku reka untuk tau awek itu pandai masak :

Jeng...jeng...jeng...

1. Suruh dia masak untuk anda, paling cikai pon yang goreng-goreng (Nasi goreng, mee goreng, ikan goreng ke..). Ini fasa permulaan.


2.Fasa test power. Ajak dia keluar makan, then cakap "Awak boleh masak macam ni tak ??" pastikan korang makan kat kedai yang sedap kalau tak nanti dia masak cam tu jugak. 

3. Fasa menduga. Beli barang-barang masakan, contoh ikan,sayur ayam, bawang merah ngan putih serta cili sikit. Suruh dia masak bahan-bahan tu. Kalau dia beli kedai kompom boleh kantoi bila mana anda chek balik apa  yang dia masak.

4.Fasa merasa. Kalau korang nak tau kesedapan sesuatu makanan tu senang je. Apabila suapan pertama itu memberangsangkan, maka itu sedap. Kalau melemaskan itu tak sedap .SeRIUS...

5.Last sekali benda paling mudah dan senang nak tau dia pandai masak secara lisan. Rajin-rajinlah bertanya sebegini kepada sidia..

"Awak pandai masak tak sebenarnya...?"

Hahahah...Trolll !!!

p/s : Nasib baik Cik Gadis kecik pandai masak..Suke3

8.02.2011

Jalan : TaPir...

Jalan-jalan tengok tapir...bukan dekat zoo, tapi dekat dengan skrin laptop aku.

Tugasan Biologi aku untuk tajuk Biodiversity semester ini menyentuh isu berkenaan pemuliharaan dan pemeliharaan Ex-Situ sesuatu spesies tumbuhan atau haiwan terancam.
LOGO HARI TAPIR SEDUNIA...bila nak ada Hari Pie Sedunia haha...

Jadi untuk dipendekkan cerita jadilah aku ambil tenuk atau dalam bahasa inggeris Tapir, saintifiknya Tapirus Inducus. Mereka ini unik dan sangat menarik untuk dikaji.

Sebabnya ? 

1.Tapir lebih suka hidup sendiri.
2. Walaupun badan besar, tapi dia kuat berlari dan menyamar sebagai batu.

3. Anak tapir sangat comel.HAHAHAH...

4. Mereka berkomunikasi secar siulan dan decitan. Phiweeet..!!!!

5. Vegetarian, hanya makan pucuk lembut dan daun.

6. Mempunyai deria bau yang kuat untuk mengesan bau-bau tapir lain.Snif...sniff....

7.Tinggal di kawasan tepi sungai atau kawasan yang mudah mendapatkan sumber air. Sebab mereka suka berenang...nice~~~
Tapi...cerita dia sama macam aku...


8.01.2011

Jalan : BiLa ???

Salam satu Ramadhan buat semua...

Bila aku menulis pada hari ini dalam suasana yang redup, panas dan suasana bulan puasa yang amat -amat barakah, aku cuba untuk menuliskan apa yang terintuisi dalam hati ini.

Bilakah masanya kita dirasakan diperlukan ?

Jawapannya : Bila sudah tiada.

Kenapa ?

Sebab bila sudah tiada, maka untuk kita diperlukan juga sudah tidak ada. Tetapi jika ada yang mencari pasti tidak akan jumpa. Pada masa itulah hadirnya diri ini dirasakan perlu kerna sudah tak ada didepan mata.

Hargai perkara yang lepas dan berharga atau lupakan masa lalu itu, sebab ia lebih baik ?

Masa lalu itu memang bukan seperti yang kita harapkan, tetapi masa lalu itulah yang mana kita rasakan masa yang paling kita inginkan sekarang.

Mengapa orang mudah kembali kepada cinta pertama ?

Kerana ia merupakan satu titik pengajaran dan kita fikir akan mudah untuk kita menerimanya semula.

Aku ??

Entah...

Blogger news

Blogroll