11.09.2012

Jalan : Nasib Graduan IPG

Jalan - jalan menaakul pemikiran yang sedang berfikir akan sesuatu kebenaran.

Ketiaka sedang membaca dan membelek laman facebook yang mana merupakan medium menyampaikan segala bentuk perkara dari hujung rambut hingga hujung kaki. Tidak dilupakan juga politik, isu semasa, isu lama, isu baru dan isu yang dibuat-buat.

Memandangkan keadaan yang sedang meruncing dan tangan-tangan masing-masing menuding sana-sini dan dia, mereka dan siapa. Sebagai seorang bakal guru aku terpanggil untuk mencoretkan sedikit perasaan dan pandangan yang mana mungkin bukan semua orang yang bersetuju dengan aku.

Bermulanya beberapa tahun dan beberapa bulan lepas, kabar angin yang mana "open-system" atau sistem terbuka bakal dilaksanakan bagi memastikan "keadilan" kepada semua bakal pendidik. Graduan daripada unversiti yang mana mengambil pendidikan memohon untuk mendapatkan hak yang sama iaitu penempatan ke dalam jawatan guru di sekolah.

Ramai pihak yang berfikiran bahawa mereka (graduan unversiti) harus dan layak kerana mereka belajar untuk menjadi pendidik. Sememangnya kalau aku juga dalam kalangan mereka akan meminta hak yang sama. Namun, begitu juga dengan guru pelatih dari IPG yang mana mereka mengambil kursus perguruan dan juga memerlukan perkara yang sama iaitu penempatan. Mereka juga merasakan hak yang sama untuk mendapatkan penempatan. Guru pelatih memang belajar dan ijazah perguruan bukan pendidikan.

Kemudian, apabila pelbagai desas-desus yang mana pihak Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) menghantar wakil ke setiap IPG untuk mengadakan satu tinjauan bagi melihat bagaimana reaksi penuntut IPG terhadap "open -system". Rata-rata tidak bersetuju dengan cadangan dan sistem tersebut, kemudian pihak mereka meminta penuntut menyatakan cadangan bagi melihat pilihan yang sedia ada.

Aku dan kawan-kawan aku jadi panas punggung, kalau begini jadinya mana mungkin kami akan bekerja kelak. Ini kata-kata mereka yang masih percaya bahawa ia akan dijalankan kelak. Kekalutan itu tidak kekal lama kerana ada suara-suara mengatakan, mana mungkin mereka dah belanjakan duit yang banyak untuk kita dan sia-siakan perbelanjaam tesebut.

Aku terfikir dan pada pandangan aku, sifirnya mudah, kalau open-system, maka ia adalah salah satu cara bagaimana graduan pendidik dan bakal guru untuk lebih bekerja keras dan mendapatkan pointer yang tinggi-tinggi bagi mendapatkan jawatan. Ketakutan ini jugalah yang mencetuskan pelbagai reaksi.

Kalau orang yang jujur, belajar dan menggunakan laluan yang mana seadanya dia ketahui. Belajar,lulus dan terus mendapat kerja. Namun, tidak kurang juga kepada yang mana menggunakan apa cara untuk mendapatkan pointer yang tinggi, contohnya, menipu dalam peperiksaan, menggunakan kuasa dalaman dan luaran. Tak lupa juga kalau yang memang ada kabel sebesar peha dan lengan yang mana melobi sesiapa sahaja untuk mendapatkan tempat.

Kalau situasi ini berterusan dan berlarutan, sampai bila-bila pun tidak maju sistem pelajaran Malaysia. Betul pemikiran dan caturan zaman Rasulallah S.A.W yang mana, dalam Al-Quran sendiri menyebut :

Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). (Al-Baqarah 2: 188

Rasuah bukan sahaja datang dari bentun duit. Kalau menjadi orang besar dan menggunakan kuasa untuk melakukan sesuka hati pun sudah dikira Zalim. Zalim dari segi bahasa meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Satu penyataan yang penuh dengan makna. Kalau si A memang layak untuk masuk, maka tidak salah Si A untuk masuk, namun ada pula si B yang memang tak layak, tapi dapat masuk sebab si B ada bapa saudara, kenalan ayah atau sesiapa sahaja yang mana membolehkan si B masuk. Maka sudah ada unsur zalim kerana meletakkan sesuatu bukan pada tempat.
Lalu aku terfikir kata-kata rakanku yang mana dia ada mengatakan, kalau betul Allah S.W.T nak bagi kita kerja cikgu, dia akan bagi. Kalau tak jangan risau, rezeki dia lebih banyak dan bukan duduk pada tangan-tangan pegawai atau orang-orang atasan tu.

Terpana sedikit bila aku mendengar kata-katanya.

Betul. Kita kena yakin pada janji yang pasti, bukan janji manusia yang belum tentu ditepati.

11.08.2012

Jalan : Catatan SK Tohoi Gua Musang 1

Salam untuk reader dan pejalan setia, tak lupa juga pesinggah dari persisir yang mana tersesat disini.
Anda semua saya alu-alukan kedatangan.

Bermulanya catatan ini merupakan salah satu langkah dalam kehidupan aku sebagai bakal pendidik yang sedang menuntut ilmu pengetahuan yang mana semalam merupakan hari diumumkan sekolah yang akan kami jalankan pratikum fasa 3 selama sebulan. Ini merupakan langakah kami sebagai guru pelatih sebelum kami menghabiskan pengajian pada tahun hadapan.

Maka diumumkan bahawa permohonan aku dan roomate aku untuk masuk ke pedalaman Gua Musang Kelantan telah diluluskan. Kami akan ditempatkan di SK Tohoi yang mana merupakan sekolah bagi orang peribumi yang mana mereka masih lagi tinggal didalam kawasan hutan simpan Gua Musang. 

Ini merupakan gambaran yang aku dapat daripada internet. Sekolah yang mana terletak betul-betul ditengah hutan belantara. Kalau beruntung mungkin boleh nampak haiwan liar berkeliaran pada waktu malam. Tapi kalau babi hutan tu dah biasa tengok sebab kat belakang rumah aku pun selalu ada ekpedisi mr.john sekeluarga melintas halaman belakang rumah kampung aku. 

Aku merujuk kepada pensyarah yang telah kesana. Diorang cakap kalau nak mudah masuk kena naik 4 wheel drive. Kalau nak masuk pakai motor pun boleh jugak. Tapi musim hujan memang agak sukar dan payah untuk menharungi jalan off-road ni. Jarak tak jauh dalam lapan kilometer je.

Memandangkan suasana yang bakal aku tempuhi adalah jauh berbeza daripada apa yang aku lalui sebelum ini. Maka pelbagai persediaan perlu diambil bagi memastikan bahawa diri ini mampu menggalas tanggungjawab yang akan diamanahkan.

Salam Tohoi

Blogger news

Blogroll