10.25.2010

Jalan : SaYa HaNya TeRsEnYuM...

Ini jalan aku juga jalan yang anda pernah lalui.

Sewaktu aku sedang menunggu bas pergi ke Batu Pahat dari Kuantan Pahang aku mendapat satu pengalaman yang mengingatkan aku sedar akan hakikat sebagai seorang bakal pendidik yang mendidik anak bangsa. Ceritanya berlaku dengan secara tidak sengaja dan tidak diduga. Ia bukan rekaan dan juga bukan sekadar bercanda di malam hari.

Tiket bas yang saya beli menunjukkan jam 12.00 tengahari ia akan bertolak. Jam di tangan masih menunjukkan jam 10.30 pagi. Sedang aku mengelamun melihat rancangan Dora The Explorer satu suara menyapaku.

"Awak..awak.." suara seorang perempuan.

Serentak dengan itu aku melihat sekeliling mencari punca suara itu. Rupanya suara seorang gadis yang sedang duduk dihadapanku. Pakaiannya tidak menunjukkan dia seorang gadis perempuan, berseluar jean berkemeja dan ber t-shirt didalam. Aku masih dalam keadaan sedikit terkejut. Laluku menjawab.

"Ya, saya kenapa ?" balasku.

"Awak dulu ada kerja mana -mana tak ?" tanyanya lagi.

Saya menggeleng. "Tak " jawabku ringkas.

"Ooo..aku ingat ngko kerja mana-mana dulu.Dah tu ko ni belajar lagi lah yea ? "

"Ya, saya belajar kat maktab perguruan " jawabku semula.

"Tak lah..aku ada jumpa orang macam ko ni, tapi tak ingat lah" terangnya lagi.

"Akak nak pegi mana ni ?" tanyaku kepadanya.

"Aku nak balik Melaka, aku datang sini nak jumpa mak aku je, dia duk kat Pekan "

"Dah, akak tak duduk ngan mak bapak akak ker ? " tanyaku lagi.

"Tak, aku tak ada rumah, berjalan jer kerja aku " jawabnya sedikit kasar.

"Akak pegi Melaka ni nak jumpa sapa ? sedikit demi sedikit aku mencari rahsia perempuan ini.

"Aku nak jumpa girlfriend aku " jawabnya selamba.

Sedikit terpana aku dengan jawapan dia. Perempuan sukakan perempuan. Apabila dia menyedari yang aku sedang memberikan expresi wajah pelik atas jawapan yang diberikan dia mula bersuara.

"Aku ada girlfriend empat, sebab tu aku pakai 4 handset, aku tak kerja pon, semua girlfriend aku support. Yang aku tau kalau aku pegi cucuk duit, ada je duit dalam akaun" terangnya sambil menunjukkan empat telefon bimbitnya.

"Ko jangan jadi macam aku, merajuk dengan bapak aku, belajar ponteng sekolah hari-hari. Sebab tu aku tak duduk rumah, dah setahun aku tak balik, mak aku cari aku merata. Bila dia tau aku ada kat Kuantan dia datang dari Pekan nak cari aku"

"Dah akak merajuk apa dengan bapak akak ?" tanyaku lagi.

"Biasa la orang tua ni suka berjanji dengan kita, bila dia tak tepati janji tu, aku merajuk la dengan bapak aku. Adik-beradik ramai, bukan semua nak terlayan " balasnya atas pertanyaanku.

Oh..aku hanya tersenyum. Senyum yang dibuat-buat... Bagaimana aku nak menghadapi situasi begini sekiranya anak-anak didiku menjadi sepertinya. Salah siapakah dan atas bahu siapakah ia wajar aku atau kamu letakkan kesalahan itu. Sedikit sebanyak aku mengerti yang dia bukan satu dalam kalangan kita. Semakin lama bangsa kita semakin lari dari landasan dan fitrah nyata. Renungkan dan fikir dimana kesilapan kita ini berpunca.

Jalan-jalan ingat-ingat dan perhatikan....Salam perjuangan pendidik anak bangsa.

No comments:

Blogger news

Blogroll