11.25.2013

Jalan : Ketika ini

Semalam merupakan hari yang telah berlalu. Apabila menoleh kebelakang rupanya banyak yang telah kita lalui. Dari semasa ke semasa kita mengorak langkah, mengambil keputusan, membuat perhitungan, pencaturan yang kita tentukan untuk diri sendiri. Mungkin pula kita akan menentukan keputusan bersama-sama insan lain. Segalanya yang bermula ada pengakhirannya.

Jika semalam aku pernah berkata betapa lamanya untuk menunggu menghabiskan pengajian di IPGKKB, tapi kini aku pula sedang duduk menulis tentangya. Suatu masa dahulu dirasakan waktu itu terlalu lama untuk dihabiskan. Tetapi apabila ia berlaku, ia berlalu sebegitu. Dengan sebegitu cepat, pantas, sekelip mata?

Waktu bersama-sama sahabat, bersama teman-teman yang mana membuatkan aku sendiri terfikir, adakah pengakhiran buat kami ini begitu singkat dan bilakah masanya ia akan menjadi semula seperti biasa ?



Move On...

Itulah yang kita perlukan pada masa ini, setiap yang berlaku dan terjadi perlukan titik bermula semula. Usah mengenang sesuatu yang semengnya sudah menjadi kenangan. Biarkan ia terlipat kemas dalam lipatan ingatan dan didakap kemas dengan sebaiknya. Bukan untuk melupakan segalanya, tetapi untuk sentiasa mengingati masa-masa indah, suka, duka dan juga bersama. Segalanya perlukan kekuatan untuk medefenasikan rasa itu.

Aku tak ada keja, nak main Dota...hummm...


Mereka sangat cute main buih sabun..ho3

10.03.2013

Jalan : Menyiapkan Tesis Akhir, Sem Akhir, Tahun Pengajian Akhir

Salam.

Hari ni pelik sungguh aku nak menulis semula. Tiada catalyst yang menjana aku untuk menulis. Tapi sebab terlalu lama dan terlalu lama untuk tidak menulis dan berfikir.

Sesekali aku melihat bagaimana pos-pos lama yang menyebabkan aku sedikit terfikir. Bagaimana aku boleh menulis sebegitu selama itu. Seakan satu perasaan yang lain dalam diri ini meihat diriku yang dahulu. Mungkin keadaan masa dan juga keadaan menyebabkan semua itu tidak lagi sama seperti dulu.

Pecinta bahasa, ilmu dan juga kata-kata pena tidak lagi bermain dalam kepala serta benak pemikiran ini. Terlalu lama meninggalkan sesuatu yang kita sayang dan cinta menyebabkan semuanya jadi hambar dan lesu. Lesu seribu bahasa seperti biskut kering yang lemau. Tidak ada kegairahan untuk makan biskut seperti itu.

7.19.2013

Nasib Graduan IPG 2

Salam sebuah pena grenade untuk bakal guru.



Terbaru aku telah menerima satu kejutan berita daripada rakan yang sedang asyik melihat dan menggunakan aplikasi facebook dalam telefon pintar andoridnya. 

Lalu aku yang sedang berfikir pun sedikit terganggu. Cadangnya, pada hari tersebut aku mahu menjalankan intervensi kepada murid asliku yang sedang sibuk bermain-main diluar kelas tanpa kawalan yang sewajarnya.  Lalu aku disuakan dengan isu terbaru iaitu bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia  iaitu Tan Sri Dato Haji Alimuddin bin Haji Mohd Dom mengeluarkan kenyataan yang mana menimbulkan sedikit kekecohan dalam kalangan bakal guru dan juga bakal graduan guru seperti kami.

Baik, isu ini bukan baru semalam dan bukan hari ini diperkatakan dan diuar-uarkan. Malahan, jika merujuk kepada pelbagai sumber samada primer atau skunder juga telah merencana pelbagai perbahasan yang semakin hari semakin hangat. 

Isu bakal guru boleh mencari peluang memilih kerjaya lain selepas tamat pengajian dan tiada jaminan untuk dipostingkan. Sememangnya, jika kita melihat situasi ini mengundang kepada tanda tanya dan sekaligus menyebabkan kami iaini bakal guru seperti tidak senang duduk. Mungkin tidak dapat dinafikan, persoalan apa gunanya kami bekerja keras selama 5 tahun setengah dan tidak mendapat tempat bekerja sebagai guru. Persoalan apakah yang menjadi kekangan dan juga kecelaruan ini berlaku. Pelbagai spekulasi yang mana timbul hasil daripada kenyataan ini.

Apa yang graduan dan siswazah guru perlu lakukan kini ???

Jawapannya, masih sama, mengekalkan momentum dan juga budaya kerja cemerlang serta berkualiti. Namun, kualiti yang digarapkan adalah sangat samar dan masih juga menjadi tanda tanya. Sedangkan kita tahu bahawa kami menjalani program yang dirancang dan bukan program yang diadakan sekadar untuk melepaskan batok di tangga. Baik, mungkin atas dasar emosi dan juga perasaan ketidakpuashatian menyebabkan ramai yang masih tertanya-tanya apakah nasib kami ini.

Berbalik kepada pemikiran yang sedia ada kini. Saya mengumpamakan diri kita ini adalah seperti timun dan mereka adalah durian. Bergolek kena, tergolek kena. Dalam erti kata lain, bermain dengan selamat iaitu Play Safe. Tapi mana mungkin pada masa akan datang jika sememangnya kita harus percaya bahawa rezeki itu adalah di tangan Allah S.W.T. Kita datang darinya dan kita juga kembali kepadanya. 

P/S: mungkin kita tidak sedar bila kita berada diatas dan berjaya. Melihat orang dibawah begitu kecil...kecil jangan disangka kecil

7.05.2013

Jalan : Nak Balik Sekolah SK Tohoi

Jalannya akan bermula pada malam ini dan sehingga pada tarikh hujung bulan dan maknanya menghampiri awal dan penghujung Ramadhan.

Kalai dikutkan memang mencabar jugak untuk menghadapi bulan puasa di pedalaman. Tapi dengan semangat untuk menjalankan tugas dan juga internship yang sedang menjelang ini membuatkan aku dan rakan-rakan yang lain bersemangat.

Ingat lagi masa mula-mula sampai di pedalaman dengan kawasan hutan belantara dan tiada line telefon yang stabil. Ingat lagi suara Cik Gadis sayup-sayup kedengaran mohon cepat balik sebab risau sangat duduk kat dalam hutan jauh dari dia. Tapi segalanya mematangkan dan mendewasakan kita yang sedang dalam usaha untuk mengejar impian dan cita-cita masing -masing

Pagi ni skype dengan Cik Gadis.

Aku : Sedih tak nak kena tinggal ?

Cik Gadis : Emm..mula dulu mmg sedih tapi ni skang da selalu kena tinggal tak sedih da...hik2


Aku : Amboi...cam tu pulak...


Apa-apa pun nak pesan kat semua yang kalau nak ke SK Tohoi Gua Musang, bersiap sedialah dengan segala persediaan dan pengalaman yang bakal menjadikan diri anda insan guru yang terbaik.

p/s: emmm...mana cik gadis ni senyap je...


7.03.2013

Jalan : Aku dan Cik Gadis

Kisah ni tak ramai yang tahu sebelum ni, kalau yang tahu tu mungkin orang tertentu je...

Soalan 1 : Siapa Cik Gadis itu?

Jawapan : Cik Gadis adalah seorang teman hidup setia, sahabat, penawar duka, pendengar setia, pemerhati tegar aku dan juga peminat no. 1 aku. Hahaha....serius aku tak tipu.


Soalan 2 : Macam Mana jumpa Cik Gadis ?

Jawapan : Jumpa Cik Gadis....emmm pendek ceritanya tapi sejarahnya lama. Serius lama, macam cerita kat novel melayu, serius aku tak tipu. Kalau bikin novel boleh jadi macam cerita Aku Sebenarnya Isterinya atau Trilogi Lagenda Budan Setan. Banyak watak dan kisah yang berlaku antara aku dan cik gadis. Bermula dengan kawan kepada pasangan kepada musuh kepada kawan balik kemudian sahabat kemudian pasangan hidup InsyaAllah. Pembaca semua tolong doakan jodoh kami cepat sampai hendaknya. Jawapan ini akan disambung dari semasa ke semasa.

Soalan 3 : Cik Gadis asal Mana ?

Jawapan : Pantai Timur Malaysia. Mung dop pahang dakyoh ca'kap bende2 eaa'h.



Soalan 4 : Macam mana rupa cik gadis..heheh

Jawapan : Macam jawapan P.Ramlee dalam cerita Pendekar Bujang Lapok. Yang kecik-kecik, molek-molek,comel-comel, cantik-cantik tu siaapaaaa....Cik Gadis saya.

Soalan 5 : Kenapa sebelum ni tak pernah cerita pasal cik Gadis ?

Jawapan : Ehh ada la..korang je tak baca betul2. Cuma dulu masa nak tulis Cik Gadis selalu cakap, jangan la tulis nanti orang baca malu..Awwww sweeetnyaa.
Meh aku tunjuk link : Jalan-awak-pandai-masak-tak ?


Soalan : Ada Gambar Cik Gadis tak ?

Jawapan : Ada.Nah korang carik sendiri mana dia. Clue : Si yang kecik-kecik, molek-molek,comel-comel, cantik-cantik


6.14.2013

Jalan : Penantian satu...

Kadang-kadang kita selalu rasa tak sabar.
tak sabar untuk itu dan ini
tak sabar untuk menantikan sesuatu
lebih-lebih lagi menunggu sesuatu yang sangat diinginkan
kalau masa itu boleh diputar dan diubah mengikut kehendak hati
tapi tak mungkin akan terjadi
masa bukan seperti bijian yang boleh dikutip dan disimpan untuk masa depan
ia akan terus berlalu
berlalu dan meninggalkan kita
seakan sesuatu yang kita inginkan dapat diberikan pada masa ini
sedangkan kita sendiri masih lagi termanggu-manggu
mana kan datangnya sinar hari ini jika tidak kerana berlalunya semalam dan
mana kan datangnya sinar esok jika masih lagi ada hari ini.

kita cuma ada hari ini,
semalam itu kenangan dan
esok masih belum pasti.

5.18.2013

Jalan : Mencari Makna Hidup

Jalan - jalan sedang fikir, apa makna hidup kita kalau kita ini sering lupa dan alpa. Kadangkala kita tak sedar, tindakan kita boleh buat kita sendiri binasa.

Mungkin kita semakin hilang kepercayaan dan jua keazaman dalam membina diri. Apatah lagi segalanya hanya akan berlaku dengan sekelip mata dan segalanya bagaimana nak dijadikan cerita-cerita kita.

Hummmm

Melalut lagi malam-malam aki hari ni,...

Exammm hummmmm

Hidupp.....

Ya Allah berilah kekuatan dan semangat untuk meneruskan perjuangan sebagai hambamu...

5.16.2013

Jalan : Terpana aku seketika

Jalan-jalan masa Magrib pergi ke masjid. 

Lama dah tak kesana, rasa semakin jauh aku dengan Allah. Perasaan semakin rasa menjadi kosong dan betul betul dahagakan pengisian rohani. Dalam perjalanan terjumpa kakang Indon (abang bahasa Jawa) yang sedang dalam perjalanan nak ke masjid. Dia baru berusia 24 tahun, tua setahun daripada aku, tapi sudah merantau dan kerja sebagai pekerja kontrak Aku ajak tumpang sekali naik motor. Azan baru lepas berkumandang suasana senja yang sangat-sangat menenangkan. Kelihatan gelinciran merah dikaki langit kelihatan. 

Setelah bertanya khabar kepadanya, dia naik dan dia mula bertanya.

"Lama tak nampak, minggu ni baru nampak dua kali" tanyanya.

"Ada, cuma tak ke masjid, solat dirumah" balasku.

 Kemudian dia cakap kat aku dengan nada perlahan

"Kita kalau solat sorang ni tak ada jaminannya, kalau berjamaah InsyaAllah diterima"

"Kalau sibuk mana pun, kita bukan kerja, luangkan lah masa kita, masa muda-muda ni"

Aku sedikit tersentuh dengan kata-katanya. Betul juga, aku nak kata sibuk, tak lah sesibuk sampai 24 jam. Kalau habis-habis sibuk pun tidur dengan keluar makan. Rasa macam tersentuh yang teramat-amat sangat malam ini.

Mestika - Layar Keinsafan



4.26.2013

Jalan : Bicara bersama Penyajak Comel

Baru sahaja sebentar aku pegi menghantar sahabat serumah,seperjuangan,sebolok dan segalanya. Penyajak Comel Shafiq Azli, antara silent reader yang palin banyak menyinggah disini sewaktu dahulu.

Perbualan kami sebelum dia berangkat pergi ke pesta buku di kuantan menyebabkan aku sedikit tersentuh untuk menulis sesuatu pada ruangan blog aku yang kian bersawang dan berlumut tanpa diupdate. Sehinggakan aku sendiri seakan asing lagi menaip papan kekunci pada komputerku ini.

Sedangkan jika bukan kerana waktu dahulu yang mana aku sendiri tidak pasti suatu masa dahulu Jalan-Jalan Hidupku sangat hidup dengan kisah dan pengalaman hidup aku yang tak seberapa ini. Entah, mungkin masa dan waktu mengubah diri kita.

Sibuk yang tidak disibukan, sakit yang tidak disakitkan dan apa jua maknanya yang  aku dapat tafsirkan pada tulisan. Sekadar bingkisan yang mana mungkin aku sendiri tidak pernah mengendahkan perasaan yang terbuku ini.

Banyak yang aku ingin tuliskan dan banyak yang aku ingin kongsikan. Tapi bagaimanakah cara yang paling sesuai untuk aku katakan dan coretkan dalam pena maya ini.

Seakan satu ruang sempit yang aku bina untuk diriku dan aku sendiri tidak mampu untuk membebaskannya.

Sekadar bicara angin yang sepoi-sepoi berlalu pergi meninggalkan kesan yang insan lain tidak sedari.

"Pa, aku macam dah tak ada catalyst yang mana aku ada suatu masa dulu"

"Kau kena cari balik diri kau dulu, aku sangat suka dengan tulisan yang kau pernah tuliskan"

-Bila mana aku kehilangan pena dan kertas yang dahulu aku sayang dan aku jaga....


Blogger news

Blogroll