8.31.2010

Jalan: Jatuh dan Bangun?

Ceritanya berjalan camni...

Sekitar tahun 2007, waktu tu aku masih kat bangku sekolah. School is fun. Time tu aku baru tingkatan 5. Taun tu jugak aku nak amik SPM ( Sijil Paling Mahal) Ha3 gurau jer.

Masa tu aku duduk asrama, rumah da la jauh. So kena duduk asrama, da lima tahun aku duduk asrama rasa cam nak berkarat. Tapi aku suka duduk kat asrama sebab ada ramai kawan-kawan dan aku rase nak blaja yang tinggi bila di samping diorang.

Aku ingat lagi yang peristiwa ni agak memalukan dan menyakitkan. Tarikh 22.3.2007 jadi tarikh aku yang paling sedey n malu beb. Pagi tue pukul 5.30 pagi aku siap pakai baju sekolah dan redy nak pegi surau asrama. Duduk baca yassin sket2 rasa nak ke tandas. Lepas buang air aku nak pakai seluar. Sekali masuk kaki kanan ok, nak masuk kaki kiri aku ting-ting sket sekali tegelincir jatuh .

PAKKK!!! kaki aku landing lubang jamban kener seramik tempat kuar air dari flush tu. Pecah beb. Aku kata:

"Alamak, pecah ni kener ganti ni"
Aku baru tersedar yang kaki aku dah terbelah sebab seramik tu kan tajam, mujur tak sangkut kaki aku dalam lubang tandas. Kalau aku lukis tak lukis mesti korang tak caya kan. Meh aku tunjuk tempat kejadian dan kaki aku masa kene seramik tu.

Aku tngok darah da menitik-nitik kuar aku pon dengar member aku ada kat luar.

"Wei, Ayam( Panggilan manja member aku yg sorang ni kat asrama), Panggil cikgu Zul aku jatuh jamban ni."

Aku try nak jalan tak boleh, rasa ilang kaki aku yang sebelah kiri ni. So aku ting-ting sampai pjabat asrama. Jarak dekat je dalam 10 meter dari jamban tu. Aku duduk kat bangku tngok kaki aku yang terbelah tu. Punyalah banyak darah kuar sampai rasa nak abis darah aku.


Cikgu Amri datang bawak first aid kit. Bila dia tengok darah yang banyak tu dia lari naik atas kata "Hu3 tak boleh ni besar sangat ni"

Cikgu Zul datang, dia kata nak kener pegi hospital ni. Dia suruh aku naik motor dan kita orang pon pegi hospital. Darah aku merata jalan menitik-nitik.

Sampai hospital aku naik kerusi roda, tunggu kat bilik kecemasan. Kecemasan lar sangat, aku masuk dalam kul 6.15 tunggu atas kerusi roda dan tahan kaki aku kat bekas yang dia bagi, dalam 6.35 baru doc sampai. Punya lar "sekejap" aku tunggu sampai nak penuh bekas tu ngan darah aku. Dia orang tngok belek-belek n terus kata.

"Adik, ni kener operate ni, luka besar dan dalam sangat, tapi adik kener masuk wad dulu"

Dalam ati aku kata yea tak yah sekolah ri ni....Tapi indah hanya seketika, aku masuk wad, cikgu suruh aku tepon mak aku. Mak aku punya lar terkejut. Tengah aku call mak aku darah yang kat kaki aku menitik lagi. Hmm nurse datang balut sampai lar kaki aku dari saiz s jadi xxxl .

Pagi tu aku da mula rasa pening-pening sket. Datang nurse India sorang, Aku ingat Kak Vee aku panggil. Dia chek darah, sekali dekat 150 dia tanya

"Adik ada darah tinggi ke??"
"Tak ada lar,saya muda lagi" binggung dan terkejut aku menjawabnya.
"Ohh..kaki adik luka,patut lar tinggi" dalam reaksi baru tersedar ( time ni aku rasa nak ketawa lak kat dia)

Kalau blaja bio, mansia akan ada tekanan darah tinggi sekiranya dalah satu daripadanya ialah dalam keadaan luka yang melibatkan darah.I mean pengeluaran darah yang banyak dari tubuh.

Apa-apa pon dapat lar aku merasa pakai tongkat dalam idup aku pas tu.Dekat dua bulan aku pakai simen dan tongkat.

Jala-jalan ingat jugak yea...

8.30.2010

Jalan: Lupa ke buat-buat lupa

Jalan ni camni pulak...

Kalau dulu kan aku ni memang susah sangat nak ingat bnda -bnda yang tak penting. Kalau bnda yang melibatkan ilmu tu aku ingat. Penting beb...

Ingat lagi atuk aku suruh anta rambutan kat rumah Atok Ton aku anta dekat umah Atuk Kon. Ala tu bukan salah aku tapi nak wat camna nama adik bradik atuk aku dekat-dekat jer.

Lagi satu, aku kalau ingat pkara tu aku ingat sampai aku rasa da tak ingat. Ni pasal aku ada belajar pasal long term dan short term memory.

Long term tu biasanya untuk ingatan jagka masa lama, contohya proses nak buat telur goreng, kompom korang ingat sampai korang tua.

Kalu short term, dia ni ingatan jangka masa pendek, cami mak korang suruh beli 2 kilo gula kat kedai. Takan esok ko nak ingat jugak perkara tu kalau da lepas.

Skang ni aku tengah bertanya-tanya, si gadis ingat kat aku lagi tak, da berminggu tak kontek -kontek aku...

8.29.2010

Jalan: Sedang Berkira-Kira

Jalan Yang Ni Pulak Camni..

Kadang-kadang aku selalu teringat akan kisah dulu. Kisah yang mengajar aku erti kesusahan. Sebenarnya aku bukan nak buka pekung didada atau mintak simpati kat orang tapi aku menulis ni sebab nak bagi aku ingat dan jadi contoh pada anak-anak aku kelak ( ho3 bila lar aku nak ada anak).

Sekarang aku dapat elaun bulanan dalam RM 500.00 lebih sikit lar lepas tolak duit asrama. Makan dan minum sendiri masuk sekali duit untuk beli keperluan. Ada jugak member yang terdesak kata elaun tak cukup.. Bagi aku itu sebenarnya lebih yang amat-amat. Bukan aku nak tuduh diorang boros ke apa ker. Tapi Alhamdulilah aku cukup gunakan wang tu. Sebab kalau dibandingkan dengan zaman aku sekolah dulu lagi dahsyat. Bukan nak kata hebat ker apa tapi satu perkara yang kadang-kadang buat aku terfikir.

Bapak aku dulu masa aku darjah dua buat dua kerja. Kerja potong rumput dengan kerjakan kebun kelapa sawit. Kalau nak dikutkan masa tu aku ingat lagi, time tu harga sawit tengah murah dan buah kelapa tak berapa nak ada. Tiap kali kalau kerja kebun aku, mak aku ngan adik perempuan aku tolong bapak aku keja. Tiap kali buah lerai dah jatuh kita orang kutip sama-sama. Nak kata semut ngan nyamuk tu punya lar banyak .Tiap kali kita tngah kutip ada lar datang gigit, hinggap sana-sini. Paling aku tak suka kalau buah lerai tu ada sekali dengan semut yang suka gigit . Da la sakit. Aku ngadu kat mak
" Mak sakit lar nak kutip, smut ni asik gigit je"
Mak aku balas;
"Ala kalau dah jadi duit nanti tak lar sakit"

Aku bangga ada mak cam beliau, sebab dia sanggup tolong bapak aku wat kejer-kejer ni sumer. Dan aku rasa bapak aku lar orang paling bertuah dapat bini cam mak aku. Aku ingat jugak masa tue kitaorang bersihkan kebun yang masih tak jadi lagi, mulanya kebun tu cam hutan, penuh kayu sana-sini. Mak bapak aku bersihkan dan aku pon ikut sekali .Masa tu umur aku 6 tahun. Penah bapak aku bakar kayu kayan yang dah longgok, tak tau macam mana, api tu marak pegi kebun orang lain. Haish...lepas dari tu sebab penat sangat ikut mak dan bapak aku, aku demam...

Time aku darjah tiga, sekali lagi kener, kali ni bukan bapak aku punya api bakar kebun orang tapi api kebun sebelah bakar kebun bapak aku. Hmm.pagi-pagi aku pegi kebun tengok pokok sawit bapak aku semua rentung, daun habis ranap. Aku tanya " Macam mana nak nyawit kalau buah tak ada?" Bapak aku cakap " Takpe, ada lagi pokok tak terbakar"
Aku ni sebenarnya jenis risau kalau jadi benda yang melibatkan punca rezeki family kami, tapi aku masih bersyukur, walau kebun tu habis rentung ada lagi kebun kecil yang boleh support kita orang punya makan anak beranak.

Seingat aku kalau setengah bulan petik buah kelapa sawit dan jual, harga untuk
satu tan = 1000 kg, dalam reger RM355.00. Itu kalau dapat satu tan , kalau kebun kecik jer dapat lar dalam suku tan ker,separuh suku tan ke. Kalau tak silap aku tengok slip bayaran harga sawit yang bapak aku jual, time tu dapat lar dalam RM180.00. Kalau tolak bayar hutang motor RM125.00 ada lar RM 55.00, untuk belanja dan urusan dalam 2 minggu tu. Sikit ,tapi bagi aku rasa time tu cukup sangat-sangat.

Kalau nak dibandingkan dengan elaun aku sekarang jauh sangat bezanya. Memang korang akan kata, ala dulu barang murah, ala dulu minyak motor baru RM1.10 seliter. Tapi bagi aku itu lar hakikatnya. Aku tak malu aku kata besar dengan duit kebun sawit. Dan kalau cuti sekolah aku balik rumah atuk aku keje petik biji kopi. Tu semua mengajar aku, mengajar aku apa ertinya kesusahan mencari sesuap nasi.

Hmmm... Zaman itu telah berlalu, tapi aku tak mahu lupakan, sebab aku rasa ia perlu aku ingat. Sekarang memang kita ada duit, ada itu dan ini. Cuba ingat bila kita tinggal RM10.00 dalam dompet dan tak ada lain kat simpanan. Perit beb...

Jalan-Jalan ingat jugak...


8.27.2010

Jalan- Jalan Kenapa Yea??

Jalan punya jalan sekali terjumpa..

Ni aku nak cerita kat sesapa yang nak baca, bukan aku cakap dalam blog ni ho3.
Camni memandangkan hari raya semakin dekat dan aku pon tak beli tiket lagi soo, kener lar beli tiket balik kelantan..Target day 17.9.2010.

Dalam perjalanan pergi aku naik bas jer, nak naik moto mak aku tak bagi..Tkpe lar demi mendapatkan syura Ilahi aku pon ikut cakap mak aku..Insya Allah.

Dalam perjalanan memang cam biasa lar, tunggu bas punya lar lama.Mula - mula ingatkan bas sekali lori lak, Apa lar bro, lain kali tukar lar kepala lori tu cam kepala lori jangan beli kedai potong kepala bas buat kepala lori. Terkesima aku.

Dalam setengah jam duduk kat bus stop tu, aku pon dapat tahan sebuah bas. Naik dan bayar tambang. Dulu seingat aku kalau nak ke bandar tu tambang dalam RM1.80. Tapi sekarang dan jadi RM2.50.Aku rase bsok kalau anak aku naik bas maybe harga dalam RM4.00 kot sekali jalan.
Sebenarnya aku bukan nak membebel pasal tambang bas tapi pasal benda lain. Camni, mase bas aku naik ni berhenti dekat satu trafik light aku pon tngok lar sekeliling. Ada lar kedai makan cINA bukak pagi2 ni. Sekali aku nampak ada pakcik nih kuar dari lori air batu.Tengok dia punya baju ada tulis AIS aku rasa nak anta ais kot. Tapi dia pegi kat cina jaga kdai makan tu mintak apa ntah,Yang aku nampak pmpuan tu sediakan sepingan mee siam kot ?( bihun goreng). Letak sambal sket trus bagi kat pakcik ni.

Seingat aku aku kuar rumah dalam kul 9.00, dan time tue baru nak pukul 10 pagi. Pakcik ni berbuka ikut waktu London ker???

Aku fikir balik? Agaknya dia baru nak sahor kot..Emmm positifnya fikiranku..
Jadi aku pon amik andaian maybe dia bukan Islam..Hehe makan kat belakang kedai wooo...Paham-paham jer lar.

Balik dari beli tiket tu aku lalu lar satu kawasan cam pekan lar.Sekali lagi aku tekejut beruk, da bukak da kedai jual air pukul 12.00, lagi aku pelik buka poser kul 7.00 ad orang pulak beli time tue??Diorang buka ikut waktu ARAB SAUDI ker??

Atau pon maybe diaorang nak beli awal-awal takot habis sebelum buka kot..Positifnya saya berfikir...

8.26.2010

Jalan: Berhenti atau terus ?

Sekiranya anda berada disebuah persimpangan dan anda harus membuat pilihan apa yang anda akan buat?

Sudah tentu anda akan pilih salah satu, satu sahaja. Bukannya kita boleh bahagi badan kita jadi dua cam cerita doremon. Semua tu sudah menjadi hukumnya. Seandainya kita sedari setiap langkah yang kita ambil memerlukan keputusan. Kadang - kadang kita selalu mengeluh kerana tak semua yang kita buat betul keputusannya.

Sekarang aku sedar, kalau kita hendak buat keputusan yang besar,fikir sebaiknya jangan melulu. Kalau kita mahu setiap keputusan yang kita ambil tu betul dan tak menyusahkan kita.

Memang sakit kalu kita kena cemuh,hina walau bukan secara langsung, ia tetap sedih...Yang amat-amat sangat.

Jadi jangan suka buat tindakan melulu dan sesuka hati nanti merana jiwa tak senang hati...

By da way..
Aku malam ni onway balik johore...Yeah jumpa family dan kawan-kawan.. Hmmm sukanya kalu ada orang teman hahah...

Okeh chow..

8.24.2010

Jalan : Belok sana sini

Jalan dia macam nie...

Sesekali kalau kita dok beborak dengan kawan-kawan kadang kadang kita akan cakap pkara yang boleh jadi gaduh. Suka atau tak memang akan berlaku. Sesekali aku cuma teringat kalau kita suka konar sana sini cakap orang pon tak suka. Bukan apa, atas individu tersebut.

Aku pon akan lakukan jugak perkara yang sama. Manusia memang tak pernah tak buat silap. Kita rasa semua yang kita cakap tue tak sakitkan ati orang dan ok jer.

Tapi kita silap, slah cakap boleh buat orang sedih dan terasa...Tapi itu hak individu dan pandangan dia tentang perkara itu. Senang kata, kalau rasa tidak puas hati tu tak boleh ditahan, luahkan. Tapi kenalah dengan cara yang bijak..

Sedih jugak kalau kita buat orang terasa dan kecik ati. Rasa macam nak lari jer bila nampak dia. Tapi tulah hakikat kita kalau dah terlajak cakap dan tak boleh tarik balik.

Sesuatu yang berlaku dan sebab dan akibat..So jalan straight jangan belok- belok...




8.21.2010

Mati hanya dua jari dari diri kita...



Jalan Ceritanya macam ni...

Hari semalam hujan lebat sangat, turun dari Pantai Timur angin kuat sedang turun. Aku malas nak tunggu lebih suke main hujan hehe dah lama tak main hujan...Masukkan barang dalam bakul moto trus jalan. Hujan makin kuat dan angin pon makin kuat..

Masuk dekat Jalan Maktab follow satu kereta My-Vi punya la slow tiba-tiba dia brek emergency..Aku apa lagi brek juga. Moto aku mengempor macam orang mabuk kalau diikutkan aku da boleh jatuh kat atas jalan hujan-hujan tu.

Tapi syukur lar yang moto aku dengan automatik naik balik lepas jadi belok2 tue..Kalau tak muke aku yang tak berapa hensem ni kener cium tar yang basah n licin tue..

Baju aku basah jangan cerita hmmm...

Memang jarak kita dengan ajal ni dalam dua jari kita jer...

Tak percaya?

Sekarang anda tengah scrool mouse kan bila baca post ni..kalau berlakunya short-circuit secara tak sengaja..kita boleh kiok taw...

Ingat-ingat lar kita bersama...

8.19.2010

Hari mingguku...



Setiap minggu aku akan bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu..Dan yang paling penting hari jumaat adalah hari aku berkhidmat pada anak bangsa.

Camna???

Tuisyen sekolah SK SABAK, memang jadi jadual wajib untuk kesana pada pagi jumaat. Bertemu dengan anak-anak didiku dan rakan guru. Suka jumpa dengan mereka, bukan apa apabila kita ini ingin rasa dihargai, kita carilah orang yang boleh menghargai kita.

Kadang-kadang kita lupa, setiap kerja buat kita semata-mata kerana ganjaran. Bukan satu kesalahan namun kita tak mahu perkara itu akan mengaburi mata kita...Sekadar berpesan kepada diri dan anda semua.

Lihat pada cahaya mata mereka yang datang kesekoalh pada hujung minggu untuk belajar. Berbekalkan wang yuran sebanyak RM1.50 dan bekal makanan dari rumah menunjukkan betapa mereka begitu perihatin dalam soal pendidikan.

Jika kita teliti taraf dan keadaan hidup mereka, rata-rata mereka anak nelayan, orang kampung..Budak-budak pantai. Tetapi hakikatnya mereka punya semangat untuk belajar...Itu yang penting.

Mulanya Disini

Salam..

jam di dinding menunjukkan sudah pukul 4 pagi.. Aku memang tak boleh tidur malam ni... Tak tahu kenapa yang pasti besok ada kerja yang perlu aku siapkan.Mula dari naik matahari sampai terbenam.

Kadang-kadang kita akan rase bosan, macam robot kan..tapi tue semua tak jadi masalah sebab kita tahu yang kita bukan robot dan kita ada arah tuju kita.

Macam kita berjalan, kaalu takda arah tuju silap haribulan masuk dalam longkang..kan naya tu..

Semalam keluar dengan kawan-kawan pegi kedai bundle..Suka sangat baju vintage..Hmmm kalau bole rase nak bukak kedai bundle satu wohooo...tapi tue bukan cara yang betul nak tuju cita-cita aku.Sekadar hobi...

Lepas ni aku nak upload gambar baju bundle aku kalau ada sapa berkenan call jer aku or email..tak susah..

Blogger news

Blogroll