6.30.2012

Jalan : Nak Bermain Bersama Recesky TLR

Korang nak tau apa tu Recesky TLR. 

Ia adalah sejenis kamera yang kita kategorikan sebagai Toy Camera yang mana ia merupakan kamera yang digunakan oleh kanak-kanak. Semasa awal penciptaanya ia digunakan untuk hiburan dan atas dasar kos penghasilannya yan murah dan spesifikasinya yang hanya boleh mengambil gambar tanpa flash atau bantuan alat -alat lain. 

E ada satu Model ni, dan hari ni E nak cerita pasal Recesky TLR (Twin Lens Reflek). Kat bawah ni kamera Recesky E, masa mula-mula pakai.

Ni masa dalam keadaan tertutup


Dalam keadaan terbuka
Ia menggunakan filem 35mm dan pengguna harus melakukan manual rolling filem bagi setiap gambar yang diambil. Kamera ini tidak ada flash dan shutter speed bagi kamera ini ialah 1/250.

Kamera ni boleh dilabelkan sebagai lomo, tapi ia lebih moden sedikit kerana menggunakan filem 35mm berbanding kamera lolography yang mana menggunakan filem 120mm dan banyak jenis filem yang digunapakai. Sesuai untuk ambil masa waktu pagi dengan menggunakan filem 35mm ISO 200 dan ISO 400 yang mana mudah didapati untuk pasaran sekarang.

Lecehnya menggunakan kamera ini ialah filem counter tidak dapat mengira jumlah frame yang diambil. Kelemahan itu menyebabkan pengguna tak dapat nak kira frame yang telah diambil. Kemudian masalah gambar bertindih dan image jadi rosak kerana terdedah semasa perlu membetulkan filem yang tersangkut.

Antara gambar yang E ambil guna kamera ni

Rumah E dibesarkan...

Bandar Batu Pahat

Bandar Batu Pahat Johor


Kamera ni sesuai untuk old skool la...

6.29.2012

Jalan : Berfikir Sejenak

Memandangkan E dah lama tak menulis perkara-perkara yang sedap untul dikongsikan, macam makanan pulak, tapi takpa lah, sebabnya memang nak sangat bercerita pada reader-reader semua.

Seperti yang aku sedang lalui hari ini, aku tengah dalam awal semester ke -6 untuk pengajian menjadi guru ini. Sekarang ni macam-macam jugak perkara yang aku sedang usahakan untuk mencari semangat memulakan semester baru ini.

Apa nak buat yea sepanjang bulan ni  hurmmm ?? Rasanya memang tengah menunggu untuk sampai waktu praktikum Fasa 2 dan menunggu datangnya bulan Ramadhan yang mulia lagi barokah. Walau bagaimanapun harap semuanya sihat dan selamat sejahtera hendaknya. 

Kebelakangan ni E banyak lalui peristiwa-peristiwa menarik dan ada yang membeeri kesan. Cuma masa idea itu ada E biar je ia berlalu. Memang bukan mudah untuk menulis dalam pada masa yang sama mengabaikan idea-idea yang segar berlalu dan hilang. 

Cuma merujuk kepada salah satu peristiwa yang mana pata petang tu E on the way nak pegi beli minyak moto dekat stesyen minyak. Sedang menunggu kenderaan dekat satu simpan  yang sesak, datang dari arah bertentangan sebuah lori kelapa sawit membelok masuk ke simpang E sedang menunggu tu. 


Dengan tidak disangka-sangka sebijik kelapa sawit tercampak keluar dari lori tu, dah la lori tu laju, momentum dia pun laju. Buah kelapa sawit yang berduri tu meluru ke arah E kena juga sikit kat kaki. Kalau kat kepala memang jem  kepala-kepala E.

Memang kalau dikutkan baru dalam 2 minggu E baru beli Polisi Insurans Etiqa, dan kalau kemalangan ni boleh cover tapi kena la kemalangan yang betul2 malang lar. Tapi jujur E cakap, kalau nak sangat dapat banyak duit melalui eksiden patah sana, patah sini. baik jangan, dan baik jauh. Hilang jari atau kaki ni memang kalau dibayar insuran tu banyak. Tapi banyak mana pun nikmat untuk ada sempurna anggota semua tu tak dapat dinilai deagan wnag bertimbun-timbun. Serius.



Blogger news

Blogroll