5.11.2011

Jalan : HaDiAh PaLiNg BeRmAkNa... "( T T )"


Jika ada orang yang bertanyakan kepada aku akan satu soalan.

“Hadiah apa yang sesuai untuk seseorang yang kita sayang ?? ” . (Golongan yang berpasangan dan bertunang, berkahwin dan bercinta.  Okek!)

Jam Kapel Huhu2
Aku akan jawab, “ Seutas jam tangan”

Kenapa ???

Pertamanya jam tangan secara fakta dan hakikatnya ia dicipta ialah untuk dipakai di tangan. Bukan di kaki, leher atau kepala lutut. Simboliknya ? Ia seakan satu makna yang metaforanya kita mengikat dirinya (orang yang kita sayang)  pada kita. Bukan maksudnya ikat pakai tali betol-betol tapi secara simboliknya. Ini kerana si dia akan pakai  ditangan. Bila kita nak ambil, pegang dan atau tarik barang kita akan ambil pakai tangan kan ? Jadi simboliknya ialah kita macam nak tarik dan pegang dia. Ala... senang kata macam mak bapak kita yang dok berkepit tangan bila ke pasar macam tu lar...

Keduanya, apa gunanya jam tangan ?? Melihat waktu, merancang waktu, melihat tarikh hari ini jika ada.
 Penting ke tengok waktu ? Penting ke lihat dan rancang masa ??

Lagi-lagi Jam Kapel huh
Penting, amat-amat penting. Kita rancang berapa lama kita nak belajar, tulis blog, makan, minum, berjalan, bermain dan bekerja. Semuanya melibatkan masa. Lagi banyak dia tengok pada masa, tengok jam, lagi teringat dia pada orang yang bagi jam tu..Kan..kan...kan...Bagi aku betul kalau salah, sory....

Kalau pasangan yang bercinta, berkapel, bertunang, berjanji, bercinta Islamik, Cinta ana anta, cinta monyet banyak lagi lah susah aku nak tulis banyak-banyak sebab sekarang orang ramai sangat kelaskan cinta –cinta dan hubungan mereka.  Melihat jam ini seperti melihat bagaimana lah nak percepatkan putaran waktu masa yang berlalu. 

Kenapa ?? Yelah, si teruna menunggu si dara dan sebaliknya . Menunggu masa bila nak bersatu, bila nak bersama hidup semati dan sejiwa . Pergghh jiwang seyh....Tak kira yang berdekatan, berjauhan dan berkependalaman. Melihat detik jam itu sama dengan detik nadi mereka bersatu.

Jadi ???

Kalau korang nak beri hadiah yang sesuai dengan oran yang  anda sayang. Bagilah jam tangan hehehe..
Biar tak mahal@ murah @ sangat mahal, tapi ia memang bermakna bagi aku ia amat bermakna.  Walaupun sebelum ini aku tak terfikir, baru nampak falsafahnya disitu.

p/s: Aku sendiri tak pakai jam hahaha...

5.08.2011

Jalan: SiApA SaYa DiMaTa DiA...

Jalan-jalan merenung jauh ke dalam diri..

Tajuk post aku memang makan dalam. Sebab ? Entah ? Aku tak tau, tak tau nak komen tak tau nak kata apa.

Kadang kita ada masalah yang kita boleh kongsikan dengan semua orang. Ada yang cari tempat berteduh, berpayung, berembun, mengadu, mencurahkan rasa hati dan macam-macam lagi perkara yang boleh berlaku sekiranya ditimpa masalah dengan sesiapa sahaja.

Hari ini kita selalu tertipu dan leka dengan pandangan manusia pada kita. Ada yang baik dan ada yang buruk. Namun aku memegang kepada satu prinsip, sesiapa yang memuji aku adalah musuh dan menasihati aku adalah sahabat. Tapi kita tak boleh tangkap muat macam tu saudara. Mungkin ada yang memuji itu ikhlas dan ada yang memang betul. Mungkin...

Ada orang yang meletakkan harapan yang terlalu tinggi pada seseorang dengan harapan yang harapanya akan tercapai. Namun dalam sedar atau tidak orang yang diletakkan harapannya itu belum tentu mampu dan berdaya memikul harapan itu. Mungkin ada alasan dan rasional dia berbuat demikian. Sesekali seseorang itu tidak suka dengan kongkongan dan tekanan yang agak melampau atau tidak. Tetapi ia tidak baik untuk sesuatu hubungan. Kenapa ? Akan timbul permasalahan yang mana salah seorang itu terpaksa mengalah dan menerima apa yang berlaku seadanya.

Kita mahukan orang yang kita sayang itu sempurna serba-serbi, ada yang sanggup bertukar pasangan dan bertukar kawan semata-mata dia tidak memenuhi kehendak dan citarasa kita. Bagi aku itu bukan menjadi keutamaan. Analoginya, jika kita ada pasangan yang tidak seperti yang kita mahukan dan kehendaki, kita terus tinggalkan dia. Sedangkan, setiap manusia itu ada peluang kedua.

Mana mungkin dan mustahil ada orang yang dari masa dilahirkan terus jadi alim dan ada yang lahir terus jadi jahat. Kalau kita dapat tahu akan dia akan menjadi jahat kita bunuh saja mereka -mereka itu agar aman bumi kita ini kelak. Tapi itu bukan satu yang rasional dan betepatan dengan situasinya. Jika ada rakan -rakan yang kita beri nasihat tidak "jalan" kita mohon doa kepada Allah S.W.T untuk bukakan hati-hati mereka.

Jalan-jalan, pernahkah kita meminta lebih dari apa yang ada ? Sememangnya kita harus menerima apa yang ada dan seadanya. Bersederhana itu lebih baik...

Jalan : SeSuAp bUbUR UnTuK Si iBu...

Jalan - jalan sedang membelek sebuah majalah terjumpa artikel ini. Ingin berkongsi kepada semua sempena Hari Ibu...

Malam itu saya lihat ibu membuka penutup tin yang diletakkan di penjuru rumah. Ibu mengoncang-goncangkan dan meraup butiran beras didalam tin itu. Hanya ada dua tin susu sahaja yang masih berbaki. Beras sudah hampir habis rupanya. Pada siapa ibu hendak mengadu ? Ayah ? Saya tahu, ibu tidak mahu memikirkan perkara itu.

Ibu mengerling ke arah kami yang masih  belum makan. Saya lihat ibu ambil sedikit beras dari dalam tin susu itu, kemdian masukannya ke dalam periuk. Air dituang sehingga penuh. Setelah hampir setengah jam, ibu masukkan ke dalam sepuluh buah pinggan yang sudah tersedia. 

Bubur nasi itu berasap. Seorang demi seorang anaknya dipanggil dari along hingga adik kami yang paling bongsu. Makanlah kami sepuluh beradik ini sehingga pinggan licin bersih. Malam itu kami tidur dengan nenyaknya setelah perut lapar kami terisi.

Pagi kami bangun untuk bersarapan dan saya perhatikan, ibu menyalakan api untuk memasak. Ibu ambil baki beras dalam tin susu. Sekali lagi membuat bubur yang cair.

Seperti semalam juga, kami menghirup bubur sehingga habis licin, walaupun ianya cair saya rasakan begitu enak sekali. Ini sahaja yang kami ada dan yang paling baik baik saya rasakan. Kami mengadu tidak cukup tetapi saya lihat ibu menyibukkan dirinya membasuh pinggan dan periuk. Ibu seperti tidak mahu melayan permintaan kami.

Tengahari itu pun begitu. Bubur nasi yang cair untuk kami sepuluh beradik. Setiap kali waktu makan, saya perhatikan ibu pasti menadah tangan bersyukur anak-anaknya tidak kebuluran. Mungkin ibu bersyukur hari ini kami dapat menyambung nyawa untuk sehari dua lagi. Mungkin juga ibu bersyukur kerana, walaupun hidup miskin dan susah, tetapi kami tidak meminta-minta. Kemudian, saya lihat ibu berpaling ke belakang.


Masuk hari ketiga, kakak kami yang sulung memandang ke arah ibu yang sedang duduk membelakangi kami adik-beradik. Saya tidak menyangka, seperti saya, kakak juga perasan ibu akan membelakangi kami semasa menikmati bubur cairnya. Yang kedengaran hanya bunyi sudu bersentuhan dengan mangkuk.


Saya tidak tahu kenapa. Adakah ibu mahu makan sendirian dan tidak mahu diganggu? atau ibu tidak sampai hati menatap wajah kami yang sedang kelaparan ?


Perlahan-lahan kakak mengesotkan badannya mendekati ibu. Alangkah sedihnya kakak apabila melihat rupa-rupanya ibu hanya melaga-lagakan sudu didalam mangkuknya yang sebenarnya kosong. Tiada sebutir bubur nasi pun di dalam mangkuk ibunya!


Kakak segera berbisik kepada kami yang duduk disekelilingnya. Adik-adik yang lain turut berbisik cerita yang sama sehinggalah yang bongsu. Kemudian kami seamai sepuluh beradik sepakat menghadiahkan sesudu bubur nasi untuk ibu.


Kami sedih.kami tahu ibu sedang kelaparan, tetapi ibu tidak mahu memberitahu kami.Ibu berkorban untuk kami, ibu sebgaja melaga-lagakan sudunya dengan mangkuk bagi membohongi kami seolah-olah ibu juga sedang menikmati bubur nasi yang dimasaknya.


Setelah semua menghadiahkan sesudu bubur, saya lihat kakak mengesot mendekati ibu. Kemudian kakak menghulurkan semangkuk bubur cair yang kami kongsi bersama tadi.


"Makanlah mak.." kata kakak perlahan.



Ibu berpaling memandang kakak. Tanpa menyentuh mangkuk yang dihulurkan, ibu bingkas bangun, kemudian terus berlari ke bilik dan menutup pintu. Kami hanya mampu melihat titisan-titisan air mata ibu berciciran di lantai sehingga kepintu bilik...



Jalan-jalan selamat hari ibu kepada semua insan yang bergelar anak didunia ini...

5.05.2011

Jalan : SeJeNaK AkU bErFiKir

Sesekali berjalan mengenal dan meneliti sesuatu yang kita sendiri tidak sedari sedang diperhati.

Lumrah hidup lelaki dan perempuan itu berpasang-pasangan
Pada anda ini mungkin pengalaman lama atau baru dalam senario kehidupan kita. Kita tahu yang naluri seseorang manusia yang normal itu ingin hidup untuk berpasang-pasangan. Tapi bagaimana untuk melakukannya dengan betul dan cara yang betul.

Memang dalam sesuatu keadaan kita tidak dapat mengelak untuk berhadapan dengan situasi yang mana kita ada rasa untuk melayan dan ada masa bersama dengan pasangan kita.

Jika beragama Islam, Islam tidak menghalang umatnya untuk berpasang-pasangan. Ia adalah lumrah dan fitrah yang ada konsepnya sejak terciptanya Nabi Adam A.S dan isterinya Hawa. Berbeza dengan apa yang berlaku dalam zaman Nabi Lut, yang mana pada ketika itu umatnya dalam keadaan kejahilan yang melampau. Iaitu dimana, kaumnya menyukai sesama sendiri, dalam istilah moden "gay" dan "lesbian".

Nilai sosial dalam masyarakat memang berbeza, kita lihat bagaimana ia berpola dan berskala dalam keadaan yang berbeza. Jika dahulu, pengetahuan dan sumber maklumat adalah terhad dan sukar untuk diterokai. Kini anak kecil berusia 2 atau 3 tahun sudah mula berjinak dengan komputer dan intenet. Jangan terkejut jika saya katakan ada anak kecil yang berasal dari India berusai 9 tahun berjaya melepasi ujian dan berada dalam rangking yang paling tinggi dalam pengurusan komputer yang dianjurkan oleh Microsoft Corp. Klik Sini Untuk Baca Berita Tersebut

 Apa yang saya maksudkan ialah, teknologi yang kita miliki memudahkan segalanya, bukan sahaja dalam bidang pendidikan, ekonomi, pengurusan, pentadbiran, perusahaan, informasi maklumat dan hiburan berada di hujung jari. Istilah adanya segala sumber yang mudah diakses dan di rujuk. Tapi ada segelintir yang saya tidak dapat katakan secara segelintir yang mana mereka menyalahkan kemudahan dan teknologi yang dicipta.

Jadi jangan terkejut jika carian anda untuk mengetahui sesuatu perkara . Contohnya, jika anda tulis pada carian Google.com berkenaan "Melayu" akan keluar carian automatik seperti "melayu boleh" "melayu 3gp" "melayu seksi""melayu bikini". Jika carian "budak" akan keluar "budak sekolah" "budak sekolah onani" "budak sekolah 3gp" "budak sekolah terlampau" " budak sekolah diraba". Apa makna semua ini ?

Tutup Mulut Mereka ???
Ia memberi gambaran bahawa kebejatan dan boleh dikatakan sebagai penyakit sosial dunia siber. Jika dulu medium seperti bahan bacaan dan media cetak yang menjadi pilihan dan sasaran. Kini dunia maklumat sudah tiada batasan dan sempadan. Jadi apa yang boleh membataskan mereka ? Larang mereka menggunakan internet ? Sekat segala laman yang menjadi dalang ? Sedangkan setiap hari berapa ratus ribu mungkin juga jutaan laman -laman web dibuka dan dibina.

Kesedaran dan kebijaksanaan adalah penting dalam membuat keputusan. Langkah kena seiring dan selari dengan matlamat. Jangan pula ada matlamat menghalalkan cara dan tujuan bukan selari dengan matlamat. Jika hanya dunia semata-mata memang hanya habis disini, bukan untuk bekalan dimasa akhirat kelak. Pada masanya kita harus terus mengkaji dan merungkai situasi ini.

Jalan-jalan sesekali melihat dan mencermin diri yang serba kekurangan dan kedaifan ini...


Blogger news

Blogroll