11.05.2010

Jalan : BaSiKaL KeCiL WaRnA BiRu...

Jalan - jalan sesekali ingat aku pada basikal kecil berwarna biru...

Cerita ini berlaku ketika aku berusia lima tahun.

Hari itu aku mengikuti ibu kerumah Wak Sukar. Isterinya baru bersalin anak ke - tiga kata ibu. Petang itu akan diadakan majlis Yasinan ( Majlis Bacaan Yassin dalam bahasa Jawa). Ibu pakaikan baju t-shirt kesukaanku dan seluar jean pada tubuhku. Ibu juga pakaikan bedak pada mukaku, tapi sering kali aku lari atau usap kembali bedak yang dipakaikannya. Protes tanda aku tidak menyukainya.

Ibu bawa aku menaiki motorsikal atu yang berwarna biru. Yamaha 80 atau sekarang orang panggil motor Yamaha Cup. Aku duduk dibelakang sambil memeluk ibuku.

"Nanti kalau tak mau duduk dalam main dengan kawan-kawan dekat luar yea " pesan ibu kepadaku.

Aku sekadar mengangguk, suka benar aku bila berjumpa dengan rakan-rakan yang kadang-kala tidak aku kenali. Pelik yea pada zaman itu, mengenali rakan baru dan boleh terus ikut bermain bersama mereka adalah perkara yang paling mudah sekali. Memang zaman  kanak-kanak tidak mengenal apa itu diskriminasi.

Semasa kau tiba di rumah Wak Sukar, aku melihat ramai golongan ibu-ibu yang hadir. Aku turun dari motorsikal dan terus berjalan ke arah hadapan rumah. Ramai kanak-kanak perempuan yang ada, mana rakan-rakan lelakiku yang lain ? Bisik hatiku.

Tiba-tiba aku terpandang sekumpulan budak lelaki yang sedang berkumpul di tepi jalan.  Mereka semua berbasikal. Salah seorang dari mereka seprti aku kenali. Tapi tidak ingat siapa orangnya. Langkah kaki ini mulai menuju kearah mereka.

Salah seorang dari mereka sedang memegang sebuah kereta mainan kecil yang berwarna biru. Besarnya tidak seberapa tetapi ia ada tali yang mengikatnya. Aku benar-benar tertarik pada kereta mainan itu. Jika tidak silap , budak lelaki itu bernama Zaki. Anak ketua kampung, beza umur aku dengannya adalah dia dua tahun lebih tua dari aku.

"Hei.. nak pinjam kereta mainan tu boleh ? " tanyaku kepada Zaki.

"Mana boleh, ni aku punya " balas Zaki.

"Ala..nak main kejap je..bole lah.. " rayuku kepadanya.

"Tak boleh" sambil merapatkan pegangan tangannya ke tubuhnya. Matanya tepat memandang mataku.

"Kalau macam tu pinjam basikal kau sekejap boleh ? " tanyaku kembali.

"Aku kata tak boelh, tak boleh lah !!" marah Zaki.

Aku mendekati Zaki. Walaupun badannya lebih besar dari badanku aku tak takut untuk melawannya. Semakin aku hampir, semakin erat pegangan tangannya pada kereta mainannya. Lalu tanganku cuba mencapai kereta main itu. Serentak dengan itu tangan Zaki yang sebelah lagi cuba menolakku. Dengan sekali tolak badanku sudah terjatuh ketanah. Aku bangun  semula dan cuba mendapatkannya lagi. Kali ini Zaki bersedia, apabila aku hampir, dia menyuakanku dengan satu tumbukan ke arah pipiku.

Seraya dengan itu aku menangis, tapi dengan jujuran air mata yang keluar, aku teruskan juga untuk mencapai kereta mainan itu. Rakan-rakannya yang lain sedang bersorak dan ada yang mentertawakanku. Sesekali mengejek-ejek kepadaku.

"Heee...Gembeng...gembeng...gembeng... " ejek mereka. Itu merupakan bahasa Jawa yang bermaksud Si Penangis.

Tidak lama selepas itu ibu datang mendapatkanku. Sambil mendakap ibu, aku mengatakan kehendaku kepada ibu.

"Nak tu...nak tu..." kataku sambil menujukkan tangan ke arah kereta mainan kecil yang sedang dipegang Zaki. Air mata anak kecil ini berjujuran mengalir dipipiku, sepanjang ibu membawaku pulang ke rumah. Ibu tidak berkata sepatah pun. Maafkan aku ibu kerana memberi malu kepadamu.

Sampai di rumah atuk sedang duduk bersama nenek. Aku terus naik keatas dan masuk kebilik.

"Nyapo to'o Pie kae ? " tanya atuk kepada ibuku, maksudnya kenapa dengan Pie tu.

"Rebutan basikal karo anak'ie Jaiman " balas ibu, ibu memneritahu yang aku berebut basikal dengan anak Jaiman, Zaki.

 Aku turun kebawah, saki baki air mataku masih lagi ada di pipiku. Aku ingin katakan kepada ibu yang aku tidak berebut akan basikal itu, aku mahukan kereta maina. Kereta mainan yang berwarna biru.

"Mak..bukan tu, tapi nak yang tu.." kataku kepada ibu.

"Alah...besok atuk belikan.." kata atuk kepadaku. Mungkin sekadar untuk menenagkanku. Aku lantas duduk ke atas riba atukku. Sayang aku kepadanya.

Esok aku dengar atuk keluar dari rumah menunggang motorsikal buruknya. Motor itu dia gunakan untuk mengangkut kopi atau sawit dari kebun. Ketika itu aku sedang leka bermain bersama Saliha, adikku. Dalam beberapa jam selepas itu aku dengar bunyi motor atuk datang dari arah darat. Kelihatan atuk sedang membawa sesuatu yang terikat kemas di karya motonya. Ia ditutupi guni dan aku tidak tahu apa isinya.

Apabila atuk membuka guni yang menutupi barang itu, terlihatlah aku sebuah basikal kecil yang berwarna biru. Tayarnya juga berwarna biru. Ada roda kecil di kiri dan kanan basikal itu. Serentak dengan itu hatiku berbunga ceria.

"Pie, atuk belikan basikal untuk ngko, basikal kecil warna biru"

Jalan-jalan sesekali ingat aku pada basikal kecil warna biru.

No comments:

Blogger news

Blogroll