11.10.2011

Jalan : Kak...nak air sejukkkk....

Jalan-jalan teringat zaman kecik-kecik masa duduk dengan atuk dan nenek E.

Dulu masa sekitar tahun 1995 dan 1996 kemasukan Bangla ke kampung-kampung amat ketara dan berleluasa. Ini mungkin disebabkan Malaysia merupakan sebuah negara yang murah tambang perjalanan berbanding Indonesia, Filipina dan Fiji. Tak caya ker? Try tengok mana lagi dekat Bangladesh ke Kuala Lumpur atau Bangladesh ke Jakarta. Heheh kompom lar lagi dekat KL.

Tapi kenapa dia masuk kampung-kampung ? Nak kerja stesen minyak ke ? Mana ada stesen minyak kat kampung kan. Kalau nak diceritakan kilang besar-besar pun tak ada, kalau setakat kilang tempe dengan kilang tauhu basah. 

Diorang masuk kampung dengan motor Honda EX5, bawak karpet nak jual kat orang -orang kampung. Masa tu orang kampung dah ada hasil sawit, getah tak pun kopi. Masing-masing pakat beli karpet bangla-bangla ni. Kadang -kadang memang kerap singgah rumah.

E ingat lagi, kalau datang ke rumah dan kami tak beli ( sebab dah beli ), dia memang tak minta lain...

"Kak....nak air sejukkkkk..." sambil buat muka kesian hehe..Tak lah gurau je...

Korang ingat senang ke nak bawak kapet banyak-banyak tengah-tengahhari pejul panas terik. Kenapa diaorang nak keja ? Sebab nak cari duit bawak ke Bangladesh bagi anak bini makan, nak tolong mak bapak.

E selalu terfikir, kalau E di tempat diorang, muda-muda dah keluar negara, cari kerja nak cari makan punya pasal. Tak kira dah, dapat masuk secara PATI atau secara halal janji dapat masuk untuk cari DUIT. Budak-budak student kita yang kat Oversea tu pun kadang mengeluh duit tak cukup. Kerja jual belacan lar kat sana. Boleh laku barang buatan Malaysia. Hhehhe...Sacracm ~~~


2 comments:

thaqibzaki said...

Meleis cepat mengeluh kot. Tu pasal asyik tak cukup jaa. Tak pun, tak pernah merasa susah. -,-

Mohamad Syafie Samsir said...

btol gak kip, tapi kalau cakap macam ni ramai meleis yang melenting

Blogger news

Blogroll