Hari Isnin merupakan hari pertama persekolahan. Maka, setiap hari Isnin setiap minggu akan diadakan perhimpunan sekolah. Apa yang menariknya ? Tak ada apa cuma kenangan yang sering buat aku tersenyum.
Masa mula-mula aku jadi pengawas sekolah masa dalam tahun 3. Waktu tu perasaan best bila semua orang tak pakai baju sama dengan apa yang aku pakai. Tambah - tambah bila pengawas dia kena pakai tali leher. Hehehe...spesial beb.
Tugas aku ? Mula-mula kalau setiap pagi sampai sekolah, aku akan jumpa dengan Cikgu Asiah. Dia jaga bilik guru Sekolah B. Sekolah B ni cuma ada dua darjah saja, iaitu tahun 2 dan 3. Lain-lain darjah dekat sekolah A. Cikgu Asiah akan bagi aku bendera Malaysia dan bendera negeri Johor. Pasang bendera, lepas tu masuk kelas.
Kalau perhimpunan sekolah tugas aku lagi mencabar sket. Haha..tak lah sangat setakat macam ini aje.
Dipersilakan Mohamad Syafie untuk menyampaikan Rukun Negara
Aku pun akan sebut dan rakan-rakan yang lain akan ikut.
Rukun Negara
1. Kepercayaan kepada Tuhan
2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
3. Keluhuran Perlembagaan
4. Kedaulatan Undang-undang]
5. Kesopanan dan Kesusilaan
(Tengok, kalau tak ada tugas macam aku, budak-budak mana boleh ingat )
Tapi sekarang aku dapat lihat macam-macam medium yang telah ambil-alih tugas aku sebagai penyampai Rukun Negara.
Van
Kotak Tisu...
Lepas habis perhimpunan masuk kelas. Macam itu lah setiap kali perhimpunan... Semua tu tinggal kenangan.
Jalan-jalan hari ini hari Isnin. Kimia...Kimia....
No comments:
Post a Comment