11.04.2010

Jalan : AsAL KaPuChinO dAn MoCha...

Jalan -jalan di kebun kopi...

Sewaktu bersekolah di SMK Tinggi Batu Pahat aku menyedari hakikat bahawa yang aku datang dari keluarga yang bergantung hidup dari budi tanah dan pohon-pohon tani. Sekali lagi aku berbangga lahir dalam keluarga ini.

Waktu itu ketika kelas Pn.Ng , dia mengajar Kemahiran Hidup untuk kelas kami. Sewaktu itu kami sedang belajar tajuk berkenaan tanah dan tanaman.

"Siapa dalam kelas ni ibubapa dia petani ? " tanyanya pada kelas. Matanya melilau melihat semua anak didiknya yang akan memberi respon kepada pertanyaannya.

Aku dan Rizal Jawa angkat tangan, sambil melihat rakan-rakan kelas yang lain yang sedang menumpukan perhatian kepada kami berdua. Sambil tersenyum dan Pn.Ng mengangguk.

"Janganlah malu jadi anak petani, saya juga dulu seperti kamu"  katanya lagi.

Selesai kelas, Victor Ong datang mendekatiku. Orangnya berbadan kecil, bulat bentuk mukanya dan  dia memakai kacamata yang juga bulat rekaanya. Sambil membetulkan kacamata bulatnya dia bersuara.

"Syafie, ayah awak petani ke ? Ada kebun sendili ?" tanyanya dalam nada sedikit kepelatan.

"A'ah" balasku sambil mengangguk sedikit kepalaku.

"Waa..." Victor membuka mulutnya. Sepertinya di seakan mengagumiku. Tapi atas dasar apa juga aku tidak tahu.
************

"Pie, cuti sekolah ni ngko ada pegi mana-mana ? " tanya Fazli kepadaku.

Fazli, anak jati bandar Batu Pahat. Lahirnya ke dunia sudah mengenal bangunan konkrit dan taman-taman perumahan, sudah mengenal bangunan-bangunan besar sekitar bandar. Bukan seperti aku, mengenal unggas-unggas yang berterbangan dan pepohon kopi serta sawit. Tahu mana datangnya buah keledek dan ubi kayu.

"Aku balik kampung, tolong atuk ngan nenek aku petik kopi" jawabku.

"Kopi ? Seumur hidup aku tak pernah tengok pokok kopi " kata Fazli kepadaku.

Aku memandangnya dari atas ke bawah, budak yang paling pandai di dalam kelasku tidak mengenal pokok kopi.

"Nak tengok pokok kopi datanglah rumah atuk aku, rumah aku pon ada jugak" kataku sambil tersenyum.

**********

Kopi, siapa kata kopi minuman orang-orang kampung. Wahai saudara atau saudari yang mengatakan sebegitu, cuba anda terbang ke Perancis ataupun Itali. Tanyalah soalan-soalan seperti ini sekiranya anda terjumpa cafe-cafe yang terletak di tepi jalan-jalannya yang sibuk.

"Posso avere una tazza di caffè? " 

"Puis-je avoir une tasse de café? "


Sudah tentu ya jawapan mereka. Jika kini anda berbangga meminum Latte, Mocha dan Kapuchino yang harganya mencecah tujuh atau lapan ringgit secawan. Percayalah bahawa ianya datang dari sebiji kopi. 

Sebiji kopi yang mana harganya dahulu tidak seberapa. Jika dulu aku memetik kopi yang jumlahnya apabila dijual adalah bernilai RM 8.00 setin,dan beratnya lebih kurang 13 kilogram. Kemudian ia diproses dan diolah menjadi serbuk kopi dan dijual dalam pasaran harganya berubah menjadi semakin mahal. Semalam aku membeli serbuk kopi yang beratnya hanya 70 gram bernilai RM1. 35. Bagaimana kopi berubah dari barang murah kepada mahal?


Umpama kita sebagai manusia. Hidup ini bukan untuk bermegah-megah dan sombong dengan apa yang ada. Tapi kita harus sedar dan sentiasa menilai apa yang kita telah ada. Sesekali aku merenung memikirkan kejayaan-kejayaan insan-insan yang berjaya dalam hidup. Adakah mereka itu datang dari Planet Namek ? atau Planet Nebula 69 ?. Tidak, mereka manusia seperti aku, bernafas dan bersifat seperti aku. Tapi bagaimana mereka boleh berjaya ? 

Seperti yang aku sedari bahawa jawapannya sama dengan jawapan tentang satu petanyaan.

"Dari mana asal Kapuchino dan Mocha? "


Jalan-jalan sekadar ingin mencoretkan kisahku kepada kamu...

1 comment:

shafiq azli said...

Pie....
memang terbaik....
huuhu...entri yang mengujakan!
dan memberikan inspirasi...huhu...
terbaek..keep it up!

Blogger news

Blogroll