10.21.2011

Jalan : Iphone 4s

Jalan-jalan cari apa yang menarik untuk ditayangkan bagi segmen gadget kali nih...Hmmm..?

Korang pun tau kan yang founder Apple iaitu Steve Job dah mati akibat kanser ari tu. Kemudian Apple buat pemberian hadiah Ipad untuk memperingati kematian beliau untuk 1000 pengguna FB.

Tu sedikit sebanyak cerita untuk Apple. Okeh memandangkan Iphone ni dah basi ceritanya tapi E nak jugak sentuh-sentuh sikit pasal Iphone 4. Walaupun belum cuba untuk menjadi penggunanya tapi cuma nak berkongsi apa yang E kaji untuk produk ni.

Layan video pasal Iphone 4s

Pada awal pengeluarannya Samsung mengatakan bahawa Iphone 4 meniru salah satu aplikasinya yang terdapat dalam produk mereka.

Iphone 4s White


Kindle Fire
Kemudian, dunia di kejutkan dengan Kindle Fire atau lebih dikenali sebagai salah satu produk tablet PC yang dikeluarkan Amazon.com bagi melawan Ipad 2 dan Samsung Galaxy Tab. Tapi Apple still maintain walaupun Kindle menawarkan harga lebih rendah berbanding Ipad. Bagi pelancaran pertama Kindle Fire ialah pada 15 November di seluruh Amerika. Di Malaysia pula jangkaan adalah sekitar Februari dan mungkin paling awal ialah awal tahun hadapan. Harga bermula sekitar RM 625.00. Jadi, kalau berminat mulalah kumpulkan duit. He3. Kindle Fire pakai Android.


Tapi kalau nak diikutkan, produk dari China yang nama dia Jet Tab, kalau tak silap harga cuma sekitar
RM 270.00 je. Tapi faham-faham lar kalau produk dari sana tu. Takut-takut buka kotak baru tekan "on" meletup dan  berasap dah.

Okeh, itu aja dari E, lain kali kita jalan-jalan lagi yea.

P/S: Nak kerja~~~ cari duit beli Tab PC. ( T - T )

No comments:

Blogger news

Blogroll