10.03.2011

Jalan : HaRi InI dALaM sEjArAh... (EDISI MAUT HUJUNG JARI)

Jalan-jalan hari ini sangat-sangat....ntah tah tau E nak cakap.

Peristiwa-peristiwa hari ini dalam hidup E.

Kalau korang nak kata E punya cerita macam Final Destination pun tak kisah. 

1. Pagi-pagi dalam perjalanan ke kelas, jalan short - cut E kena blok, amik jalan jauh.
2. Dalam kelas, tanya baik-baik kat kawan tu, kena marah siap. Padahal E tanya dia baik-baik je... 
3. Balik kelas, dalam perjalanan jugak, plat moto E hilang, tak tau terbang ke, kena curi ke apa ke...Bengang tol...plat moto je kot, jangan rembat.
4. Balik solat, siap-siap nak pegi kedai "spare part" beli plat moto. Pegi beli, yang murah abis, kena amik yang mahal sket. Terbang lagi duit..huh.
5. Dalam perjalanan balik beli plat, polis trafik dok perhati je, moto E tak ada plat masa tu. Ingat moto curi je. Nasib baik dia tak tahan.
6. Dekat traffik light, tengah tunggu lampu merah. Tiba-tiba datang moto besar, hon E, da lar besar, hon dia kuat. Jadi E pon jalan lar, rupanya tak hijau lagi. Pada masa yang sama datang Proton Gen-2 kaler itam dari arah bertentangan. E hampir kena langgar. Ni kes mengelamun dan kena tipu ngan moto besar tadi. Kalau tak E tak dapat tulis post malam ni. 
 7. Pegi beli makanan untuk buka puasa hari ini, masa pegi ok je. Balik hujan turun mencurah-curah ke ladang gandum. Lalu, E pun buka puasa dengan nasi berkuahkan air hujan. Syukur dapat buka puasa + member belanja sate sempena hari jadi dia.

8. Balik surau, hujan masih rintik-rintik. Tiba-tiba baru perasan ada moto lalu bertentangan dengan E. Nak kena langgar lagi untuk kali ke 2. Hmmm..mungkin sebab hujan pak cik tu tak nampak E kot. Da la naik moto dekat laluan btentangan, bahanya sungguh aksi beliau sebagai seorang pak cik.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 Kenapalah hari ini benar-benar menguji...Ya Allah...

No comments:

Blogger news

Blogroll