11.22.2011

Jalan : Bermulanya hari-hari cutiku...

Jalan-jalan ini masuk minggu pertama E bercuti sempena cuti semester. Kawan-kawan lain dok pecah otak dan kepala belajardekat U, dan E sedag bercuti hehehe...

Tak apa, sedang E memerah otak dan sedang berfikir macam mana nak cari kerja. Apa yang E nak buat ea ? Semalam dan kelmarin, E dah call, contact, Email dan E nak sangat kerja untuk cuti ini. Walaupun cuma sekejap tapi E nak sangat kerja tak tahu kenapa.

Sebenarnya, perancangan E hujung tahun ini dan sempena cuti ini ialah E nak buat post-mortem blog E ni. Memandangkan ia semakin hari semakin nazak dan visitor semakin hari semakin berkurangan. E chek dekat Nuffnang dan tengok pendapatan E untuk seumur hidup berbloging ialah RM 2.94. Heh..melawak apa E ni ?

Yup...Memang ciput je pendapatan blog ini seumur hidup ia menjadi blog E. By the way. It always and always be like this. So, E kena amik langkah-langkah berjaga-jaga dan pelbagaikan usaha. Huumm semangat-semangat.

Okeh..E bukan nak membebel lama-lama, apa-apa hal pun doakan E untuk dapat kerja untuk hari esok. Nak cari keja..nak cari kerja...cari kerja...

P/s: Ada siapa-siapa nak tawar kerja tak ? Part-time pun jadi lar...

No comments:

Blogger news

Blogroll