Showing posts with label Filem Kita. Show all posts
Showing posts with label Filem Kita. Show all posts

6.30.2012

Jalan : Nak Bermain Bersama Recesky TLR

Korang nak tau apa tu Recesky TLR. 

Ia adalah sejenis kamera yang kita kategorikan sebagai Toy Camera yang mana ia merupakan kamera yang digunakan oleh kanak-kanak. Semasa awal penciptaanya ia digunakan untuk hiburan dan atas dasar kos penghasilannya yan murah dan spesifikasinya yang hanya boleh mengambil gambar tanpa flash atau bantuan alat -alat lain. 

E ada satu Model ni, dan hari ni E nak cerita pasal Recesky TLR (Twin Lens Reflek). Kat bawah ni kamera Recesky E, masa mula-mula pakai.

Ni masa dalam keadaan tertutup


Dalam keadaan terbuka
Ia menggunakan filem 35mm dan pengguna harus melakukan manual rolling filem bagi setiap gambar yang diambil. Kamera ini tidak ada flash dan shutter speed bagi kamera ini ialah 1/250.

Kamera ni boleh dilabelkan sebagai lomo, tapi ia lebih moden sedikit kerana menggunakan filem 35mm berbanding kamera lolography yang mana menggunakan filem 120mm dan banyak jenis filem yang digunapakai. Sesuai untuk ambil masa waktu pagi dengan menggunakan filem 35mm ISO 200 dan ISO 400 yang mana mudah didapati untuk pasaran sekarang.

Lecehnya menggunakan kamera ini ialah filem counter tidak dapat mengira jumlah frame yang diambil. Kelemahan itu menyebabkan pengguna tak dapat nak kira frame yang telah diambil. Kemudian masalah gambar bertindih dan image jadi rosak kerana terdedah semasa perlu membetulkan filem yang tersangkut.

Antara gambar yang E ambil guna kamera ni

Rumah E dibesarkan...

Bandar Batu Pahat

Bandar Batu Pahat Johor


Kamera ni sesuai untuk old skool la...

10.22.2011

Jalan : Real Steel (2011)

Jalan-jalan nak cerita filem baru keluar kat panggung dalam minggu lepas.

Lakonan Hugh Jackman atau lebih dikenali dengan lakonan watak Wolverine ( X -Men ). Kali ini beliau memegang watak sebagai Charlie Kenton seorang bekas ahli tinju.
Berlatarkan masa depan, oleh kerana kemajuan teknologi semakin canggih tinju manusia ditukar kepada tinju robot. Sebab itu Charlie kehilangan kerjaya kerana kegilaan orang pada zaman itu mengemari tinju robot. Kini Charlie bekerja sebagai seorang jurujual biasa dan kisah bermula apabila dia mencuba untuk mendapatkan kemenangan dengan mencipta robot tinju daripada besi-besi buruk. Namun nasibnya seakan tidak akan berjaya.

Sehinggalah pada satu hari dia menemui bakat juara dalam sebuah robot yang dibuang dan kemudian anaknya Max yang sedang untuk mengenali Charlie juga turut terlibat dalam membina robot tinju ayahnya. Walaupun melalui jalan yang sukar dalam usaha memenangi tinju waja yang sebenar.

Okeh..jum enjoy Trailer citer nih.




Jalan-jalan cari download link...he3

Jalan : Bini-Biniku Gangster

Ini Review Filem. Jalan-jalan E nak cerita sikit pasal filem ini.

Okeh, memandangkan ia pun dah agak lama keluar panggung dan memang meletup sebab menggandingkan pelakon-pelakon yang tidak asing. Antaranya Shaheizy Sam, Yana Samsudin dan Intan Ladyana atau dalam erti kata lain pelakon-pelakon filem Adnan Sempit. Ahkaz...

E dah tengok cerita ni, mulanya memang menarik. Penceritaan sebuah keluarga normal yang pada azalinya. Bermula dengan pengenalan Yana  bertindak sebagai Kak Yong yang menjadi ketua gangster setelah diamanahkan oleh bapanya. Namun, dia terpaksa akur dengan kekurangan dirinya yang tak boleh mengandung dan mencari calon isteri untuk suaminya. 

Kemudian bergerak babak famliy yang sememangnya menjadi asam garam hidup bermadu satu rumah kompom-kompom gaduh. Memang lucu+lawak+mengarut pun ada. Tapi E paling suka kalau masa bini-bini dia cover untuk tak gaduh depan suaminya. Tapi kantoi jugak lama-lama.
Lebih parah bila bini baru yang juga madu Yana, jugak gangster. Tu yang jadi tajuk bini-biniku gangster. Tapi kalau nak diikutkan macam ada elemen cerita skuel My Wife Is Gangster (2006)

Apa-apa pun Filem Malaysia ada keaslian dan konsep yang tersendiri. Memang kita juga mampu bersaing dalam arena filem tanah air kita. 

Apa-apa pun kredit to Syok.org

Link download cerita ni. Klik Untuk Download



Jalan-jalan memang humm....

Blogger news

Blogroll