9.14.2010

Jalan : KiSaH sEoRaNg bUdAk LeLaKi...

Jalan yang ni berkisahkan seperti ini...

Tanggal hari ke sembilan belas, bulan ketiga dalam tahun itu.

Lahirnya budak lelaki ni penuh dengan kegembiraan, anak pertama bagi sepasang suami isteri. Yang mana ianya lahir dari bibit percintaan dari seorang lelaki dan perempuan. Masa terus berlalu, dia tidak mengerti apa yang bakal dilalui sepanjang hidupnya. Yang dia tahu hanya menangis dan meminta susu bila lapar. Ibu dan ayahnya hanya mampu menuruti kerana dia tidak mengerti apa-apa. Seperti sehelai kain putih yang masih kosong dan tidak bercorak.

Bermulanya setiap hari mentari yang memulakan hari, bermulanya pencorakan kain itu. Dari putih, bercorak sedikit demi sedikit. Melakar corak dan warna yang di sulami dengan tangis dan tawa. Begitu juga dengan insan sekelilingnya, melihat dia membesar dan terus belajar.

Daripada berbaring, merangkak dan belajar berjalan. Dari hanya mampu menangis mampu bercakap.Segalanya bermula dengan impian dan cita ibu dan ayahnya.

Zaman kanak-kanak bersama datuk dan neneknya, bersama melihat apa itu ayam dan kucing. Mengenal pepohon yang menghijau dan bersama-sama merasai manisnya madu dan pahitnya kopi. Corak yang tadi semakin hari semakin bertambah dan bercambah.

Menginjak pada umur sekolah kecil atau main - main, melihat ibu menunggu disebelahnya, dikala ibu guru sedang mengajar. Menangis apabila ibu meminta untuk pulang, berasa selamat di sampingnya. Mujur ibu saudara kecilnya berada disampingnya, berasa ada semangat untuk melihat ibu menghantar kesekolah dan pulang. Semakin hari corak itu bertambah.

Meneruskan penuntutan ke sekolah yang lebih formal dan bersepadu, berada di tahun pertama berasa kecil bila melihat saudara-saudara besar berada disekelilingnya. Berbekalkan wang saku yang begitu besar pada masa itu. Belajar berbaris bersama teman -teman untuk membeli sepinggan mee dan segelas air sirap. Terasa seronok bertemu mereka setiap hari. Seakan ada semangat baru yang lahir setiap pagi hari sebelum mendi dan kesekolah.

Mengenal tulis dan baca dari bapak guru dan ibu guru, menanti mereka mengatakan baik dan bagus kepadanya. Melihat ada rakan perempuan yang cantik di matanya, cuba mengenal cinta dan apa erti suka.Hanya sekadar bercanda. Bermulanya lakaran episod dan slot baru dalam lakaranya.

Mula meneroka dunia remaja, bersama seiring dengan mulanya idea tarian patah di Malaysia. Mengenal "Six Steps" dan "wORm" kemahirannya. Tidak dilupa pernah melakar"Jack Hammer" bersama kumpulannya. Tapi semua tak lama, semua tidak kekal bersama. Zaman kecelaruan identiti mula melakar di atas kain putih tadi. Kini penuh warna-warni yang semakin hari semakin bercorak dan bertepek diatasnya.

Terus fokus dalam pengajiannya, atas sebab pesanan suara semasa sedang seronok bermain pesta bola asrama. Segala perkara dilakukannya semata-mata ingin lihat ayah dan ibu bahagia. Pertama kali berhadapan dengan satu ujian dunia yang menentukan suku hidupnya. Bila dilihat di atas kertas keputusannya tersusun kemas angka huruf besar pertama sebanyak lapan semuanya. Ibu dan ayah menangis gembira.

Tapi apakan daya nasib anak petani sepertinya, bukan mudah untuk masuk ketempat yang bergelar maktab rendah dan penuh. Semua memerlukan biaya dan not kertas berwarna-warna. Mula bercita-cita tidak mahu menyusahkan kaum keluarga. Belajar di tempat yang sama dan terus bersama teman yang setia. Berasa sedikit cemburu melihat teman -teman yang keluar semata-mata melihat tempat baru ada semua yang baik dan bagus disana. Biarkan mereka, kerana dia merasa masih banyak yang perlu dicanting diatas kainnya, masih banyak ruang kosong yang belum digunakanya.

Walau berbekalkan apa yang ada di tangan dan di sekelilingnya dia cuba untuk melakar terus merlakar. Berjaya menghabiskan pengajiannya dan terus mencuba untuk keluar dari kepompongnya, Ingin melihat dunia luar katanya. Berpindah dari selatan ke timur untuk menuntut sebanyak mana warna yang ingin dilakarkan diatas kainnya.

Pernah melalui masa ingin berkongsi warna dan cerita bersama insan yang berkaum hawa. Bahawa sudah yakin ingin memasukkan si dia didalam bab hidupnya. Namun bukan semua cerita berakhir denagn penamat yang gembira kerana hanya terhenti di pertengahan atas dasar persimpangan.

Sesekali merenung ke jalan yang pernah dilaluinya, ingat-ingat juga pada mereka. Jauh lagi ya...

No comments:

Blogger news

Blogroll