9.02.2010

Jalan: BeRtEmU dEnGaN InSaN iStImEwA

Jalan yang sedag berhenti untuk merenungi...

Hari ni aku baru habis SBE( School Base Experiance). Hari ni jugak ada majlis 3 in one kat sekolah aku wat sbe. Majlis khatam quran, restu ilmu dan majlis bagi derma orang fakir dan miskin.

Mulanya aku memang dah tau pon diaorang nak wat majlis ni tapi aku tak teragak ada sesuatu yang sangat istimewa pagi ni. Sebenarnya waktu pagi ini, setiap orang da mula rasa suasana sedih kat sekolah ni. Bukan apa, tapi pagi ni sayu dia semacam.. Mungkin ni sebenarnya dikatakan Jumaat terakhir bagi kita semua dalam bulan Ramadhan. Mulanya aku malu nak join majlis tu sebab yea lar kan aku ni orang mendatang. tapi atas sebab aku ni nak jadi cikgu, so aku kene ubah semua tu. Yeahh..

Pagi tu mula dengan majlis Restu Ilmu, semua cikgu-cikgu berkumpul dan nak sedia salam dengan budak -budak Tahun 6 sempena nak UPSR lepas raya nih. Apa yang aku nak kongsikan dekat blig ni ialah aku jumpa engan orang yang sangat istimewa dan aku salute lar kat dia. Tak lain tak bukan Guru Besar Cemerlang Sekolah Seri Utama ni, Tn Hj Abd Rahim B. Hashim.

Pagi tadi aku jumpa dia, dia nampak sedih sangat, mula majlis Restu Ilmu tu pon dia tak dapat nak berucap sebab dia kata pagi ni perasaan sedih tak tahu sebabnya apa. Pastu masa murid semua dok beratur nak salam ngan cikgu-cikgu semua, aku teringat time aku dulu, aku pon ada buat perkara yang sama sebelum UPSR. Tapi aku rasa sebak bila tengok cara guru besar bagi restu pada semua pelajar lelaki.

Dia peluk dan cium kepala budak-budak tu. Kat sini aku belajar nak jadi pemimpin sekolah bukan sesuatu yang mudah. Macam -macam perkara yang kita kene fikirkan. Dan kalau kita lihat dari gambar ni, aku dapat rasa yang seorang guru itu harus ada sikap kasih dan sayang. Walau kita duduk dekat jawatan yang tinggi namun bukan semua itu jadi penghalang untuk kita adi orang yang baik. Memang budak tu bukan anak kita, tapi aku pegang pada satu kata-kata.
"Jika seikhlas dan sebaik mana kita ajar anak orang tu, macam tu jugak lar cikgu yang akan ajar anak kita"

Aku respect dekat dia sebab, walau apa pon acara yang melibatkan murid atau guru dia akan join. Dan cara dia layan murid dan guru memang bagus. Bukan aku nak puji atau apa2 pon tapi dah memang kenyataan. Lagi aku tertarik masa dia bagi sumbangan untuk anak yatim dengan fakir miskin sekolah ni.

Aku rasa gelaran guru besar cemerlang memang layak untuk dia pegang. Sebab memang ada beza dari segi percakapan dan imej guru dia, yang kita kata bukan di buat-buat.

Haii..bilalah aku dapat jadi insan guru seperti beliau...

Jalan -jalan ngat jugak pie...Ingat nak jadik Cikgu...

No comments:

Blogger news

Blogroll