8.31.2010

Jalan: Jatuh dan Bangun?

Ceritanya berjalan camni...

Sekitar tahun 2007, waktu tu aku masih kat bangku sekolah. School is fun. Time tu aku baru tingkatan 5. Taun tu jugak aku nak amik SPM ( Sijil Paling Mahal) Ha3 gurau jer.

Masa tu aku duduk asrama, rumah da la jauh. So kena duduk asrama, da lima tahun aku duduk asrama rasa cam nak berkarat. Tapi aku suka duduk kat asrama sebab ada ramai kawan-kawan dan aku rase nak blaja yang tinggi bila di samping diorang.

Aku ingat lagi yang peristiwa ni agak memalukan dan menyakitkan. Tarikh 22.3.2007 jadi tarikh aku yang paling sedey n malu beb. Pagi tue pukul 5.30 pagi aku siap pakai baju sekolah dan redy nak pegi surau asrama. Duduk baca yassin sket2 rasa nak ke tandas. Lepas buang air aku nak pakai seluar. Sekali masuk kaki kanan ok, nak masuk kaki kiri aku ting-ting sket sekali tegelincir jatuh .

PAKKK!!! kaki aku landing lubang jamban kener seramik tempat kuar air dari flush tu. Pecah beb. Aku kata:

"Alamak, pecah ni kener ganti ni"
Aku baru tersedar yang kaki aku dah terbelah sebab seramik tu kan tajam, mujur tak sangkut kaki aku dalam lubang tandas. Kalau aku lukis tak lukis mesti korang tak caya kan. Meh aku tunjuk tempat kejadian dan kaki aku masa kene seramik tu.

Aku tngok darah da menitik-nitik kuar aku pon dengar member aku ada kat luar.

"Wei, Ayam( Panggilan manja member aku yg sorang ni kat asrama), Panggil cikgu Zul aku jatuh jamban ni."

Aku try nak jalan tak boleh, rasa ilang kaki aku yang sebelah kiri ni. So aku ting-ting sampai pjabat asrama. Jarak dekat je dalam 10 meter dari jamban tu. Aku duduk kat bangku tngok kaki aku yang terbelah tu. Punyalah banyak darah kuar sampai rasa nak abis darah aku.


Cikgu Amri datang bawak first aid kit. Bila dia tengok darah yang banyak tu dia lari naik atas kata "Hu3 tak boleh ni besar sangat ni"

Cikgu Zul datang, dia kata nak kener pegi hospital ni. Dia suruh aku naik motor dan kita orang pon pegi hospital. Darah aku merata jalan menitik-nitik.

Sampai hospital aku naik kerusi roda, tunggu kat bilik kecemasan. Kecemasan lar sangat, aku masuk dalam kul 6.15 tunggu atas kerusi roda dan tahan kaki aku kat bekas yang dia bagi, dalam 6.35 baru doc sampai. Punya lar "sekejap" aku tunggu sampai nak penuh bekas tu ngan darah aku. Dia orang tngok belek-belek n terus kata.

"Adik, ni kener operate ni, luka besar dan dalam sangat, tapi adik kener masuk wad dulu"

Dalam ati aku kata yea tak yah sekolah ri ni....Tapi indah hanya seketika, aku masuk wad, cikgu suruh aku tepon mak aku. Mak aku punya lar terkejut. Tengah aku call mak aku darah yang kat kaki aku menitik lagi. Hmm nurse datang balut sampai lar kaki aku dari saiz s jadi xxxl .

Pagi tu aku da mula rasa pening-pening sket. Datang nurse India sorang, Aku ingat Kak Vee aku panggil. Dia chek darah, sekali dekat 150 dia tanya

"Adik ada darah tinggi ke??"
"Tak ada lar,saya muda lagi" binggung dan terkejut aku menjawabnya.
"Ohh..kaki adik luka,patut lar tinggi" dalam reaksi baru tersedar ( time ni aku rasa nak ketawa lak kat dia)

Kalau blaja bio, mansia akan ada tekanan darah tinggi sekiranya dalah satu daripadanya ialah dalam keadaan luka yang melibatkan darah.I mean pengeluaran darah yang banyak dari tubuh.

Apa-apa pon dapat lar aku merasa pakai tongkat dalam idup aku pas tu.Dekat dua bulan aku pakai simen dan tongkat.

Jala-jalan ingat jugak yea...

No comments:

Blogger news

Blogroll