Showing posts with label Jalan Renungan. Show all posts
Showing posts with label Jalan Renungan. Show all posts

4.26.2013

Jalan : Bicara bersama Penyajak Comel

Baru sahaja sebentar aku pegi menghantar sahabat serumah,seperjuangan,sebolok dan segalanya. Penyajak Comel Shafiq Azli, antara silent reader yang palin banyak menyinggah disini sewaktu dahulu.

Perbualan kami sebelum dia berangkat pergi ke pesta buku di kuantan menyebabkan aku sedikit tersentuh untuk menulis sesuatu pada ruangan blog aku yang kian bersawang dan berlumut tanpa diupdate. Sehinggakan aku sendiri seakan asing lagi menaip papan kekunci pada komputerku ini.

Sedangkan jika bukan kerana waktu dahulu yang mana aku sendiri tidak pasti suatu masa dahulu Jalan-Jalan Hidupku sangat hidup dengan kisah dan pengalaman hidup aku yang tak seberapa ini. Entah, mungkin masa dan waktu mengubah diri kita.

Sibuk yang tidak disibukan, sakit yang tidak disakitkan dan apa jua maknanya yang  aku dapat tafsirkan pada tulisan. Sekadar bingkisan yang mana mungkin aku sendiri tidak pernah mengendahkan perasaan yang terbuku ini.

Banyak yang aku ingin tuliskan dan banyak yang aku ingin kongsikan. Tapi bagaimanakah cara yang paling sesuai untuk aku katakan dan coretkan dalam pena maya ini.

Seakan satu ruang sempit yang aku bina untuk diriku dan aku sendiri tidak mampu untuk membebaskannya.

Sekadar bicara angin yang sepoi-sepoi berlalu pergi meninggalkan kesan yang insan lain tidak sedari.

"Pa, aku macam dah tak ada catalyst yang mana aku ada suatu masa dulu"

"Kau kena cari balik diri kau dulu, aku sangat suka dengan tulisan yang kau pernah tuliskan"

-Bila mana aku kehilangan pena dan kertas yang dahulu aku sayang dan aku jaga....


10.27.2012

Jalan : Menulis dan Menulis Lagi

Jalan-jalan melihat petang yang kian menganjak senja yang hening.

Hari ini aku berfikir-fikir, macam mana yea kalau aku nak meneruskan minat aku menulis dan menulis. Aku tahu bakat bukan berpihak pada diri aku, tetapi aku sedang meneliti macam mana nak menjadi salah satu orang yang juga boleh berjaya dengan menulis. 

Kata Jakpa kawan aku, jangan pernah berhenti berusaha, sedangkan aku ini memang macam pisang goreng, makan kejap da sejuk. Tak macam termos atau periuk nasi, walau nasi masak tapi masih hangat. Huh...

Entah, mohon sangat bila masanya rasa itu akan terus datang dan aku juga nak tau peluang tu macam mana ia hadir. Huaauuuhhhh

Malasnya, tengok baru tiga rangkap da mula datang malas aku nak menaip. Puiii macam mana Jawa nak maju kalu asyik malas je..Huuuuhhh 


Lusa da exam la...study jum kawan2

8.10.2012

Jalan : Jum Buat Duit ( Edisi Rahsia Mudah dan PERCUMA !!! )

Pastinya anda mahu jadi jutawan dan memiliki wang ringgit yang menjadikan diri anda berkuasa !!!

Hanya perlu daftar dan masuk ke dalam sistem yang saya dan segalanya akan mengbah hidup anda dengan sekelip mata. Percayalah semua ini bukan omongan kosong !!!!


Hahahahaha...
Sekarang ni kalu kerja memang susah nak kaya, entahlah sekadar cukup makan je...

Entry kali ni saja je nak suka - suka teringat zaman E dulu masa kuat kena tipu dengan orang-orang yang menjanjikan pulangan lumayan dalam menjana pendapatan.

Serius, benda - benda cam ni bersepah dengan kata-kata dan janji-janji manis dibibir umpama menanam tebu gula prai ditepi bibir. Heheh..bukan apa zaman sekarang manusia semakin gila dan atas kegilaan mereka, apa sahaja yang mereka rasakan haram tu akan jadi halal. Matlamat menghalakan cara sudah lama bernaung dan berada dalam kotak minda segelintir masyarakat yang singkat pemikirannya.

Mangsanya, orang-orang yang seang berusaha gigih dan terjumpa satu jalan yang dikabarkannya mudah namun akhirnya tertipu dengan mudah jugak. Entahlah, tidak dapat disangkal oleh akal dan ditidakkan oleh hujah, namun kini bebanan dan tekanan hidup yang kian lama kian meruncing menyebabkan ramai yang mengambil jalan untuk keluar dari kepompong kemelaratan.

Malaysia bukan sebuah negara miskin, namun kita tak dapat menidakkan bahawa sesetengah masyarakat dan sesuatu golongan yang mana mereka mahu hidup lebih dari mampu. Masih ada juga yang ingin hidup lebih dari apa yang sekaranya ada. Itu lumrah manusia. Namun, situasi yang kian melarat ini seumpama digunakan untuk mengambil peluang yang mana, sesetengah pihak memandangnnya sebagai peluang untuk mereka mencelah.  
 
Mencelah dalam erti menggunakan kesusahan orang lain dalam menyenangkan diri sendiri. Yelah, golongan yang mana mereka bijam memanipulasikan pengetahuan dan kepakaran yang mereka ada untuk mengaut sebanyak mungkin yang boleh asalkan mereka kenyang,kaya dan orang lain terus kayap, kuyup, melopong.
 
Sistem kapitalis atau kita panggil dalam kata mudah, golongan yang kaya akan terus kaya dan yang melarat, miskin akan terus miskin. Pentingnya kita ada sebuah negara berkebajikan daripada sebuah negara berkepentingan. Orang yang penting terus penting dan terus melipat-lipat ganda kekakyaan dan orang-orang miskin terus miskin dan miskin dan miskin. 
 
HUH...cakap sini wat penat tangan menaip je..

6.03.2011

Jalan : Ohh...DuNiA SuDaH tUa...

Jalan-jalan aku tersedar dari satu perkara..


Petang tadi sambil-sambil gembira tengok dapat prezen dari contest Hari Ibu dekat blog Abang Joe Klik Sini, aku blogwalking dekat Blog Lovesuck..Sini pasal kes budak 14 tahun perempuan hilang "DARA" nya !!! . Sebelum ini dia boleh katakan kat public dengan cara menulis pada blognya yang dia sudah kehilangan daranya...Aissh. Tak malu ker ?????

Aku mula-mula baca memang gelak macam tak betol je budak perempuan tulis bab-bak dalam kain ni secara terbuka. Tapi memandangkan teknologi semakin moden, agama tidak lagi menjadi ukuran, bila maksiat itu seperti perkara yang sudah boleh dimakan, bila hubungan bebas dalam keruncingan dan hubungan sejenis mendapat tempat, jadi aku tak pelik dan hairan. Macam kes mamat Gay mana post dalam Youtube - Saya Gay dan Saya OK!. Hisshh...melalut kepala lutut dia. Bab-bab Gay aku sensitif, sebab ada Gay buat palat kat muka aku, kurang ajaran Agama betul mereka ini.

Aku memandang isu ini sebagai satu kebejatan yang semakin lama ia semakin menjadi resam dalam kehidupan masyarakat kita, Terutamanya Masyarakat Melayu dan Beragama Islam. Yelah, kalau makbapak sekarang anak perempuan atau lelaki nak keluar dengan pakwe ke, tunang ke apa cam boleh bagi free2 jer. Tau lar kome tak risau sebab tunang anak dia pakai ketayap kat kepala. Tapi pakcik, yang pakai ketayap kepala ni pon boleh tumbuh tanduk kat kepala kalau nafsu menguasai diri heh...Nauzubillah.

Yang jadi marahnya bila orang -orang ini membuat benda-benda pelik ni boleh bangga dengan kawan-kawan dia. Analoginya ia macam dia ni suka meludah, sekali tu dia meludah kelangit tak sempat elak kena muka sendiri..

Nak kenal budak tu ? Tak payah cari sendiri...Kalau anda nak nasihatkan dia cari dan basuh dia cukup-cukup. Pesanan ini bukan untuk para ustaz dan ustazah tapi kepada semua rakyat Malaysia yang berperkerti dan berkeperihatinan yang tinggi..

Adios !!!

Jalan-jalan aku melompat-lompat tak tau apa maknanya....Dunia sudah tua..

Jalan: SiApA AkU dULu SeKaRaNg...

Jalan - jalan lama aku tak menulis...

Apa yang aku nak katakan, bermulanya aku menulis blog ini aku hanya mengharapkan mungkin yang membacanya hanya beberapa orang. Tak pernah terfikir nak cari reader ramai-ramai dan dapat komen banyak-banyak setiap kali post baru keluar.

Sebab ?

Setiap kali aku blog walking ke blogger hebat dan best-best aku rasa makin kecil je cita-cita aku nak berjaya dalam bidang ni. Apa yang aku ingat, masa aku buat cerita pasal Inbox dan masa tu reader aku ialah silent reader dari kawan-kawan aku.

Masa tu kalau ada orang komen dekat aku punya post, aku rasa suka sangat. Tak kisahlah komen yang mengondem atau membina. Aku tau bahawa adanya komen itu bermakna ada orang yang membaca post aku.
Kalau ada blogger yang mentarget dalam satu hari ada beribu-ribu entry dari orag. Aku dapat 1 orang masuk pun aku rasa puas hati...Sedih jugak kalau kita berkokok sorang-sorang tanpa teman di sisi...

I wish the light has turn on me...

4.18.2011

Jalan : SeSuAp NaSi, SeTiTis AiR MaTa KeSyUkUran...

Sesekali aku berfikir tentang apa yang aku nak tulis dalam blog aku...

             Bila masannya kita akan teringat kepada kesenangan ? bila kita dalam kesusahan mengenangkan wang yang hanya tinggal saki baki didalam dompet kita.

            Bila kita teringat akan lapangnya waktu ? bila kita dalam kesempitan masa, macam contohnya menjawab kertas ujian semasa SPM, dan kesuntukan masa. 

            Kita merungut bila ada banyak kerja dan benda yang perlu kita lakukan sedangkan itu memang tugasan kita. Sedangkan kita kena ingat ramai yang diluar sana tidak sebaik nasib kita yang ada pekerjaan.

Berlantaikan bumi berbumbungkan langit
            Kita merungut bila rumah kita panas dan tak selesa sedangkan ada orang yang diluar sana hanya berlantaikan bumi berbumbungkan langit. Malam-malam mereka kesejukan dan kedinginan kerana mereka tidak mempunyai rumah. Memang kita boleh katakan mereka itu tidak mahu berusaha dan bekerja sebab itu jadi begitu. 
            Kita harus sedar akan hakikat yang realitinya sedang berlaku, hidup ini umpama roda, kita boleh berpuashati dengan taraf hidup kita sekarang tidak mustahil kita boleh muflis dan dibuang menjadi gelandangan jika kita alpa dan lupa.

          Setiap kali kita menyuap makanan kedalam mulut kita juga sering merungut, "Tak sedap",  ",Makanan mahal"dan rasanya tawar tak ada rasa. Sedar atau tidak, ada lagi orang yang memerlukan sesuap nasi dan seteguk air sahaja. 
Apa yang mereka harapkan hanya sedikit untuk mengisi perut yang lapar dan sebagai keperluan dan bukan kemahuan. Itu juga masih kita tidak sedar, betapa bertuahnya kita dikurniakan rezeki yang melimpah dari Allah S.W.T. Mereka tidak minta lebih hanya untuk mengalas perut yang lapar. Hingga sewaktu mereka dapat menyuap sesuap nasi atau makanan kedalam mulut mereka, menitis air mata apabila mengenangkan nikmat merasai makanan. Adakah anda perlu meminta dan merayu seperti mereka setiap kali pergi ke kantin atau ke kafe ? Ayuh kita fikir sejenak...

            Pernah sekali aku terbaca dari karangan seorang penulis yang juga pemerhati yang baik. Dia menceritakan pengalamannya sewaktu bekerja dibazar Ramadhan. Setiap petang ada sahaja pelanggan yang ditemui olehnya. Salah seorang daripadanya ialah seorang pemuda yang nampaknya warak, berkopiah, menyimpan janggut sedikit dan berpakaian ala -ala Ustaz Amirul. Setiap kali berjumpa, dia akan becerita tentang hikmah dan kebaikan bulan Ramadhan kepada penulis. 
           Bazar itu juga menjadi tumpuan para pengemis dan peminta sedekah yang merayau-rayau mendapatkan sedikit wang. Pemuda "warak" itu mengatakan kepada penulis akan golongan pengemis ini malas dan tidak mahu berusaha. Selesai mereka berbicara pemuda "warak" itu pun berlalu tanpa menghiraukan pengemis yang bekeliaran itu.  Sedang penulis melihat seorang gadis yang tidak bertudung, berpakaian seperti agak kebaratan tanpa banyak soal mengeluarkan not kertas dari tas tangan dan menghulurkan sedikit wang kepada pengemis yang bekeliaran. 
           Persoalannya, siapa yang lebih baik dan lebih warak, siapa yang menjalankan syariat dan menurut sunnah Nabi Muhammad S.A.W. ???. Ada orang yang pandai berbicara tentang kebenaran, keindahan dan kesyumulan Islam. Bangga menjadi umat Islam. Berhujah berkenaan kebenaran dan kebatilan yang berlaku dalam norma masyarakat. Mengata orang yang itu makan rasuah, orang yang itu tak jalankan syariat Islam, tak tegakkan ajaran Islam. Tapi penghayatan dan kerja buat kita sendiri sebagai orang Islam ?. "Hampeh..."
           "Ala..bukan tak nak bagi sebab pengemis ni bukan semuanya betul ada yang nak ambil kesempatan aje" ada nada-nada sinis dan hujah kuat disitu. Tapi, bagi pendapat aku, tak kisahlah dia tu pengemis sindiket ke, sengaja nak cari kemudahan ke atau apa ke, tapi kita buat atas niat nak bantu sebab dia mengatakan yang dia ini susah. Kalau dia nak menipu atau sengaja buat macam tu, itu urusan dia dengan Allah. 
            "Kan lebih baik kita jangan bagi, kalau kita bagi namanya kita menggalakan kan ?". "Ya, itu tidak aku nafikan". Ada orang kata ikut kesesuaian, situasi dan keadaan. Tapi kalau orang yang datang tu budak kecik muka lapar tak makan berapa hari dengan pucat lesi takkan korang boleh nak soal siasat  macam polis kat dia baru nak bagi 5 kupang. Setakat macam tu bukan nak bagi tapi nak menginaya orang namanya.
     
Cuba letakkan diri kita, anak-anak kita dan cucu-cucu kita dalam  situasi kanak-kanak di sebelah ini. Andai kata anak - anak kita sendiri terpaksa hidup merempat sebab kita meninggal dunia atau kita tak mampu nak bekerja sebab sakit. Jangan sombong, jangan takbur , dan jangan riak. 
Bersyukur dengan kesihatan yang kita ada. Sedih bila kita kenangkan jika nasib kita jika perkara ini benar-benar berlaku. Kita tak tahu bila dan bagaimana kita akan diuji sehebat rupa.         

Bernilainya sesuap nasi sebagai tanda rezeki kita masih ada dan tanda Allah S.W.T masih memberi dan melimpahkan rahmat Nya kepada kita...

Jalan-jalan membuatkan kita sedar akan hakikat untuk mensyukuri nikmat Allah S.W.T.

Blogger news

Blogroll