6.28.2011

Jalan : HaDaPi KriSis EkOnOmi...

 Jalan-jalan aku nak jadi pakar ekonomi dan perancang ekonomi anda yang sedang mencari-cari penasihat ekonomi anda.

Dan yang paling pasti serta nyata hakikatnya pakar penasihat ekonomi juga hanya mampu memberi nasihat dan bukan beri loteri untuk menang nombor ekor. Haramm ooo...

Baik, berbalik kepada apa yang aku nak cuba bincangkan, bagaimana nak menghadapi krisis ekonomi dan kemelesetan. Bukan sahaja kepada pelajar yang menjadi Peminjam PTPTN yang berelaun bulanan, semester serta yang bekerja bergaji seperti kakitangan dan kepala kerajaan.

Tips Pertama 1 - Hidup Separuh ?? 1/2

Apa itu hidup separuh ? Ia bermaksud anda menggunakan separuh dari gaji, atau pendapatan anda bagi membiayai perbelanjaan seharian. Contohnya gaji anda ialah sebanyak RM 3 000.00 dan anda simpan
RM  1 500.00 didalam bank atau simpanan tunai. Mengapa ? Ia adalah sebagai satu bentuk simpanan kecemasan dan ia juga bertujuan mengecilkan perbelanjaan anda sekaligus menyelamatkan anda dari situasi habis gaji habis segalanya. Mungkin anda akan tidak boleh dan tidak mungkin. Tetapi itu yang sepatunya anda lakukan. Jika kita lihat, situasi ini seperti tidak logik, namun apabila kita dibuang dari kerja atau hilang pekerjaan, kita masih ada wang kecemasan yang dapat menyelamatkan kita.
Ada pendapat jika anda menyimpan akaun kecemasan ia memerlukan jumlah sebanyak 3 bulan gaji atau 5 bulan gaji. Namun apa yang lebih selamat ialah anda harus ada 8 - 10 bulan simpanan kecemasan bagi menghadapi masa-masa genting.

Bolehkan anda hidup separuh wang gaji anda ???

Tips Kedua - JANGAN Pakai Kad Kredit @ Duit Plastik

Kad kredit merupakan satu bentuk kemudahan yang mana kita tidak perlu membawa wang tunai kemana sahaja kita pergi bagi tujuan keselamatan dan sebagainya. Namun, harus dipastikan bahawa kad kredit adalah punca kita terbelit dengan duit plastik serta timbunan hutang yang menimbun-nimbun. Pembiayaan syarikat kredit mempunyai kadar dan tawaran yang berbeza-beza. Tetapi hakikatnya, ia adalah punca kepada kita melibatkan diri kita dengan hutang kredit yang akan membebankan kita.

Nasihatnya ?? Gunakan wang tunai untuk melakukan proses perbelanjaan. Ini kerana jika kita gagal membayar bil kad kredit sekaligus kita akan terdesak untuk membayar kadar dividen yang dikenakan. Secara tidak langsung, mungkin wang gaji kita hanya akan habis membayar himpunan hutang piutang yang menimbun.

Tips Ketiga - Simpan duit $$$

Simpanan amat penting dalam setiap keluarga atau pun untuk setiap individu. Mengapa ia penting ? Ia adalah satu jaminan bahawa kita masih ada wang dan kecemasan semasa memerlukan. Ia juga mengelakkan kita dari terkena dari fenomena kejatuhan nilai wang yang teruk. Simpanan bukan sahaja dalam bentuk tunai, malah kita galakkan menyimpan dalam bentuk wang emas dan perak. Ini kerana, nilai emas tidak pernah turun dan ia semakin hari semakin meningkat. Satu bentuk simpanan masa depan yang menjamin dan tidak akan susut nilainya.

Simpanan bukan sahaja menyelamatkan kita dari dilanda kesempitan malah menyelamatkan kita dari kes dibuang kerja dan diberhentikan. Ini kerana, proses ekonomi dan pergolakan politik negara yang tidak stabil memberi impak yang sukar untuk dijangka. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada negara-negara yang bergolak, krisis ekonomi global pada tahun 1998 yang mana kita katakan satu situasi "perang duit" yang mana nilai matawang tidak lagi sepadan dengan harga barang. Seguni duit untuk sekilo gandum ??? Kita tidak mahu ia berlaku dinegara kita.

Tips Kempat -Beli rumah mampu milik 

Bagi pelajar yang masih dalam tanggungan keluarga boleh abaikan tips ini. Namun ia juga berguna untuk anda sebagai bakal bekeluarga. Rumah mampu milik atau harta atau aset amat penting. Mengapa ? Gaji atau pendapatan anda haruslah setara dengan kadar pinjaman perumahan yang anda lakukan. Ini juga adalah untuk mengelakkan berlakunya situasi yang mana, apabila kadar ekonomi yang tidak menentu menyebabkan kita kalah dalam perang duit. Apa maksud kalah ? Kadar pinjaman dan kadar gaji kita yang tidak setara menyebabkan kita terpaksa berhutang lebih dari apa yang kita dapat. Apa maksud kita mampu, kaya dan miskin?

Mampu bermaksud kita mampu untuk bertahan dengan kadar semasa. Tetapi saya menganggapkan bahawa "mampu" masih belum selamat dalam kadar dan situasi ekonomi semasa.

"Kaya" bermaksud perbelanjaan kita tidak melebihi apa yang kita perolehi. Contohnya, pendapatan anda
RM 1000.00 dan anda hanya guna untuk sebulan dalam RM 500.00. Ini menyelamatkan anda dari kesempitan dan bersedia menghadapi kecemasan.

"Miskin" bermaksud, anda bergaji RM 5000.00 tetapi perbelanjaan anda melebihi sehingga RM 6 000.00. Ini bermaksud anda berhutang pula untuk masa hadapan, seterusnya berhutang, dan berhutang hingga kita muflis.

Jadi dimana anda dalam situasi sekarang ???

Sediakan payung sebelum hujan. Okek !!!

1 comment:

mykhalis said...

nak beli rumah zaman sekarang sangat pening kepala..

Blogger news

Blogroll