6.30.2012

Jalan : Nak Bermain Bersama Recesky TLR

Korang nak tau apa tu Recesky TLR. 

Ia adalah sejenis kamera yang kita kategorikan sebagai Toy Camera yang mana ia merupakan kamera yang digunakan oleh kanak-kanak. Semasa awal penciptaanya ia digunakan untuk hiburan dan atas dasar kos penghasilannya yan murah dan spesifikasinya yang hanya boleh mengambil gambar tanpa flash atau bantuan alat -alat lain. 

E ada satu Model ni, dan hari ni E nak cerita pasal Recesky TLR (Twin Lens Reflek). Kat bawah ni kamera Recesky E, masa mula-mula pakai.

Ni masa dalam keadaan tertutup


Dalam keadaan terbuka
Ia menggunakan filem 35mm dan pengguna harus melakukan manual rolling filem bagi setiap gambar yang diambil. Kamera ini tidak ada flash dan shutter speed bagi kamera ini ialah 1/250.

Kamera ni boleh dilabelkan sebagai lomo, tapi ia lebih moden sedikit kerana menggunakan filem 35mm berbanding kamera lolography yang mana menggunakan filem 120mm dan banyak jenis filem yang digunapakai. Sesuai untuk ambil masa waktu pagi dengan menggunakan filem 35mm ISO 200 dan ISO 400 yang mana mudah didapati untuk pasaran sekarang.

Lecehnya menggunakan kamera ini ialah filem counter tidak dapat mengira jumlah frame yang diambil. Kelemahan itu menyebabkan pengguna tak dapat nak kira frame yang telah diambil. Kemudian masalah gambar bertindih dan image jadi rosak kerana terdedah semasa perlu membetulkan filem yang tersangkut.

Antara gambar yang E ambil guna kamera ni

Rumah E dibesarkan...

Bandar Batu Pahat

Bandar Batu Pahat Johor


Kamera ni sesuai untuk old skool la...

No comments:

Blogger news

Blogroll