5.08.2011

Jalan : SeSuAp bUbUR UnTuK Si iBu...

Jalan - jalan sedang membelek sebuah majalah terjumpa artikel ini. Ingin berkongsi kepada semua sempena Hari Ibu...

Malam itu saya lihat ibu membuka penutup tin yang diletakkan di penjuru rumah. Ibu mengoncang-goncangkan dan meraup butiran beras didalam tin itu. Hanya ada dua tin susu sahaja yang masih berbaki. Beras sudah hampir habis rupanya. Pada siapa ibu hendak mengadu ? Ayah ? Saya tahu, ibu tidak mahu memikirkan perkara itu.

Ibu mengerling ke arah kami yang masih  belum makan. Saya lihat ibu ambil sedikit beras dari dalam tin susu itu, kemdian masukannya ke dalam periuk. Air dituang sehingga penuh. Setelah hampir setengah jam, ibu masukkan ke dalam sepuluh buah pinggan yang sudah tersedia. 

Bubur nasi itu berasap. Seorang demi seorang anaknya dipanggil dari along hingga adik kami yang paling bongsu. Makanlah kami sepuluh beradik ini sehingga pinggan licin bersih. Malam itu kami tidur dengan nenyaknya setelah perut lapar kami terisi.

Pagi kami bangun untuk bersarapan dan saya perhatikan, ibu menyalakan api untuk memasak. Ibu ambil baki beras dalam tin susu. Sekali lagi membuat bubur yang cair.

Seperti semalam juga, kami menghirup bubur sehingga habis licin, walaupun ianya cair saya rasakan begitu enak sekali. Ini sahaja yang kami ada dan yang paling baik baik saya rasakan. Kami mengadu tidak cukup tetapi saya lihat ibu menyibukkan dirinya membasuh pinggan dan periuk. Ibu seperti tidak mahu melayan permintaan kami.

Tengahari itu pun begitu. Bubur nasi yang cair untuk kami sepuluh beradik. Setiap kali waktu makan, saya perhatikan ibu pasti menadah tangan bersyukur anak-anaknya tidak kebuluran. Mungkin ibu bersyukur hari ini kami dapat menyambung nyawa untuk sehari dua lagi. Mungkin juga ibu bersyukur kerana, walaupun hidup miskin dan susah, tetapi kami tidak meminta-minta. Kemudian, saya lihat ibu berpaling ke belakang.


Masuk hari ketiga, kakak kami yang sulung memandang ke arah ibu yang sedang duduk membelakangi kami adik-beradik. Saya tidak menyangka, seperti saya, kakak juga perasan ibu akan membelakangi kami semasa menikmati bubur cairnya. Yang kedengaran hanya bunyi sudu bersentuhan dengan mangkuk.


Saya tidak tahu kenapa. Adakah ibu mahu makan sendirian dan tidak mahu diganggu? atau ibu tidak sampai hati menatap wajah kami yang sedang kelaparan ?


Perlahan-lahan kakak mengesotkan badannya mendekati ibu. Alangkah sedihnya kakak apabila melihat rupa-rupanya ibu hanya melaga-lagakan sudu didalam mangkuknya yang sebenarnya kosong. Tiada sebutir bubur nasi pun di dalam mangkuk ibunya!


Kakak segera berbisik kepada kami yang duduk disekelilingnya. Adik-adik yang lain turut berbisik cerita yang sama sehinggalah yang bongsu. Kemudian kami seamai sepuluh beradik sepakat menghadiahkan sesudu bubur nasi untuk ibu.


Kami sedih.kami tahu ibu sedang kelaparan, tetapi ibu tidak mahu memberitahu kami.Ibu berkorban untuk kami, ibu sebgaja melaga-lagakan sudunya dengan mangkuk bagi membohongi kami seolah-olah ibu juga sedang menikmati bubur nasi yang dimasaknya.


Setelah semua menghadiahkan sesudu bubur, saya lihat kakak mengesot mendekati ibu. Kemudian kakak menghulurkan semangkuk bubur cair yang kami kongsi bersama tadi.


"Makanlah mak.." kata kakak perlahan.



Ibu berpaling memandang kakak. Tanpa menyentuh mangkuk yang dihulurkan, ibu bingkas bangun, kemudian terus berlari ke bilik dan menutup pintu. Kami hanya mampu melihat titisan-titisan air mata ibu berciciran di lantai sehingga kepintu bilik...



Jalan-jalan selamat hari ibu kepada semua insan yang bergelar anak didunia ini...

5 comments:

Unknown said...

waaaaa..sangat mnyentuh hati....

Anonymous said...

Tahniah Tahniah!!

Hanim Mahali said...

hampir menitis air mata baca kisah ni.... Ibu sanggup berlapar demi untuk anak-anaknya... terharu....

Hanim Mahali said...

hampir menitis air mata baca kisah ni.... Ibu sanggup berlapar demi untuk anak-anaknya... terharu....

Mohamad Syafie Samsir said...

terima kasih sangat2...

Blogger news

Blogroll