5.05.2011

Jalan : SeJeNaK AkU bErFiKir

Sesekali berjalan mengenal dan meneliti sesuatu yang kita sendiri tidak sedari sedang diperhati.

Lumrah hidup lelaki dan perempuan itu berpasang-pasangan
Pada anda ini mungkin pengalaman lama atau baru dalam senario kehidupan kita. Kita tahu yang naluri seseorang manusia yang normal itu ingin hidup untuk berpasang-pasangan. Tapi bagaimana untuk melakukannya dengan betul dan cara yang betul.

Memang dalam sesuatu keadaan kita tidak dapat mengelak untuk berhadapan dengan situasi yang mana kita ada rasa untuk melayan dan ada masa bersama dengan pasangan kita.

Jika beragama Islam, Islam tidak menghalang umatnya untuk berpasang-pasangan. Ia adalah lumrah dan fitrah yang ada konsepnya sejak terciptanya Nabi Adam A.S dan isterinya Hawa. Berbeza dengan apa yang berlaku dalam zaman Nabi Lut, yang mana pada ketika itu umatnya dalam keadaan kejahilan yang melampau. Iaitu dimana, kaumnya menyukai sesama sendiri, dalam istilah moden "gay" dan "lesbian".

Nilai sosial dalam masyarakat memang berbeza, kita lihat bagaimana ia berpola dan berskala dalam keadaan yang berbeza. Jika dahulu, pengetahuan dan sumber maklumat adalah terhad dan sukar untuk diterokai. Kini anak kecil berusia 2 atau 3 tahun sudah mula berjinak dengan komputer dan intenet. Jangan terkejut jika saya katakan ada anak kecil yang berasal dari India berusai 9 tahun berjaya melepasi ujian dan berada dalam rangking yang paling tinggi dalam pengurusan komputer yang dianjurkan oleh Microsoft Corp. Klik Sini Untuk Baca Berita Tersebut

 Apa yang saya maksudkan ialah, teknologi yang kita miliki memudahkan segalanya, bukan sahaja dalam bidang pendidikan, ekonomi, pengurusan, pentadbiran, perusahaan, informasi maklumat dan hiburan berada di hujung jari. Istilah adanya segala sumber yang mudah diakses dan di rujuk. Tapi ada segelintir yang saya tidak dapat katakan secara segelintir yang mana mereka menyalahkan kemudahan dan teknologi yang dicipta.

Jadi jangan terkejut jika carian anda untuk mengetahui sesuatu perkara . Contohnya, jika anda tulis pada carian Google.com berkenaan "Melayu" akan keluar carian automatik seperti "melayu boleh" "melayu 3gp" "melayu seksi""melayu bikini". Jika carian "budak" akan keluar "budak sekolah" "budak sekolah onani" "budak sekolah 3gp" "budak sekolah terlampau" " budak sekolah diraba". Apa makna semua ini ?

Tutup Mulut Mereka ???
Ia memberi gambaran bahawa kebejatan dan boleh dikatakan sebagai penyakit sosial dunia siber. Jika dulu medium seperti bahan bacaan dan media cetak yang menjadi pilihan dan sasaran. Kini dunia maklumat sudah tiada batasan dan sempadan. Jadi apa yang boleh membataskan mereka ? Larang mereka menggunakan internet ? Sekat segala laman yang menjadi dalang ? Sedangkan setiap hari berapa ratus ribu mungkin juga jutaan laman -laman web dibuka dan dibina.

Kesedaran dan kebijaksanaan adalah penting dalam membuat keputusan. Langkah kena seiring dan selari dengan matlamat. Jangan pula ada matlamat menghalalkan cara dan tujuan bukan selari dengan matlamat. Jika hanya dunia semata-mata memang hanya habis disini, bukan untuk bekalan dimasa akhirat kelak. Pada masanya kita harus terus mengkaji dan merungkai situasi ini.

Jalan-jalan sesekali melihat dan mencermin diri yang serba kekurangan dan kedaifan ini...


No comments:

Blogger news

Blogroll