12.14.2010

Jalan : SaYa sEdAr AkAn DiRi InI...

Jalan - jalan rasanya dah lama tak menulis..Sesekali berpuitis bermain bahasa dan kata memang seronok.

Tak salahkan jika kita ingin mengutip cebisan-cebisan kegembiraan dan kesenangan di atas ini. Sesekali walau ada mata dan hati yang cemburu, aku mengerti dan tahu bukan aku maksudkannya itu.

Saya sedar

Pertamanya biarlah aku memulakan bicara
Biar kata ini kurang bisanya,kurang sakitnya
Maafkan sekiranya kata yang tuba bakal menyakitkan jiwa
Bukan mengadu domba tapi ingin berkongsi ceritera.

Pernah dulu kau katakan
Ia hadiah berharga buatmu,
Setiap hari kau menjaganya, kau bajai ia
Aku hanya sekadar melihat, melihat dari jauh.

Mesra senyumanmu bila kau adanya
Benar ia begitu bermakna
Aku setuju,aku redha dan aku mengerti
Tak seperti perhatianku kepadamu dulu.
Sedarku pada diriku.

Melihatnya setiap masa
Setiap kali itu juga aku
Kadangkala buat aku cemburu

Hati dan perasaan mula berbicara
Hati : Aku rasa cemburu
Perasaan : Kau mahu aku lakukan apa ?
Akal menegur dari atas
Kamu berdua tiada hak atasnya.
Walau sekali.walau sekali

Aku mengerti
Aku faham dan aku tak akan berpatah semula.
Tak seharusnya aku memetik kuntuman orang
Bukan selayaknya aku melakukannya
Aku tidak mahu menjadi Qarrun

Biarlah mentari bersama bulan
Biarlah kicauan pipit sesama pipit
Biarlah lautan dan pantai tidak dipisahkan
Biarlah lagu dan iramanya
Namun, biarlah kaki ini kuat
Menanti dan memerhati
Entah kapan,bila dan bagaimana.

Jum rayakan friend aku

No comments:

Blogger news

Blogroll