12.01.2010

Jalan : LaGu AkU dAn DiA...

Jalan-jalan cerita pasal hobi dan minat aku yang lain.

Dulu kalau temgok orang main gitar dan cuba -cuba untuk belajar main gitar aku selalu kata kat diri aku

"Hmmm..memang aku tak akan dapat main benda alah ni, sampai bila-bila"

Sebab-sebab mudah putus asa bila nak main dan belaajr gitar :

1.Tali gitar keras (Biasanya gitar baru atau gitar Kapok) macam susah nak tekan.

2. Bila nak belajar main kat asrama zaman sekolah, tak ada peluang banyak, sebab

(Gitar = 1) + (Pengajar + pelajar nak main = 10)

=
Sesi pengajaran dan pembelajaran yang tak berkesan


3. Susah nak ingat kord gitar, yang nampak berbeli jari dan tangan. Bila belajar hari ini, besok bangun pagi-pagi dah lupa. Hehehe..

4. Sebab yang utama dan yang paling susah nak cari ubatnya iaitu kemalasan dan ketidaksungguhan.

Tapi itu dulu, sewaktu si malas sedang menular dan bermain-main dalam benak diri dan mindaku. 
Sekarang, kini dan sehingga detik ini aku mampu bermain, walau tak sehebat Jimi Hendrick, main janji bunyi gitar dan bukan bunyi katak kira bolehlah.

Aku ada jugak try buat lagu sendriri dengan kawan aku Azuan Kamaruddin, memang jadi lagu lah, tak jadi otromen.



By the way, siapa-siapa yang sedang berusaha belajar gitar jangan kamu putus asa yeahh!!




Okeh, yang ni lagu  yang pertama aku dan hasil kolaborasi dengan Azuwan Kamaruddin
Penyanyi= Aku
Azuwan = Main gitar
Tajuk Lagu = "Kedinginan"

No comments:

Blogger news

Blogroll