11.25.2013

Jalan : Ketika ini

Semalam merupakan hari yang telah berlalu. Apabila menoleh kebelakang rupanya banyak yang telah kita lalui. Dari semasa ke semasa kita mengorak langkah, mengambil keputusan, membuat perhitungan, pencaturan yang kita tentukan untuk diri sendiri. Mungkin pula kita akan menentukan keputusan bersama-sama insan lain. Segalanya yang bermula ada pengakhirannya.

Jika semalam aku pernah berkata betapa lamanya untuk menunggu menghabiskan pengajian di IPGKKB, tapi kini aku pula sedang duduk menulis tentangya. Suatu masa dahulu dirasakan waktu itu terlalu lama untuk dihabiskan. Tetapi apabila ia berlaku, ia berlalu sebegitu. Dengan sebegitu cepat, pantas, sekelip mata?

Waktu bersama-sama sahabat, bersama teman-teman yang mana membuatkan aku sendiri terfikir, adakah pengakhiran buat kami ini begitu singkat dan bilakah masanya ia akan menjadi semula seperti biasa ?



Move On...

Itulah yang kita perlukan pada masa ini, setiap yang berlaku dan terjadi perlukan titik bermula semula. Usah mengenang sesuatu yang semengnya sudah menjadi kenangan. Biarkan ia terlipat kemas dalam lipatan ingatan dan didakap kemas dengan sebaiknya. Bukan untuk melupakan segalanya, tetapi untuk sentiasa mengingati masa-masa indah, suka, duka dan juga bersama. Segalanya perlukan kekuatan untuk medefenasikan rasa itu.

Aku tak ada keja, nak main Dota...hummm...


Mereka sangat cute main buih sabun..ho3

10.03.2013

Jalan : Menyiapkan Tesis Akhir, Sem Akhir, Tahun Pengajian Akhir

Salam.

Hari ni pelik sungguh aku nak menulis semula. Tiada catalyst yang menjana aku untuk menulis. Tapi sebab terlalu lama dan terlalu lama untuk tidak menulis dan berfikir.

Sesekali aku melihat bagaimana pos-pos lama yang menyebabkan aku sedikit terfikir. Bagaimana aku boleh menulis sebegitu selama itu. Seakan satu perasaan yang lain dalam diri ini meihat diriku yang dahulu. Mungkin keadaan masa dan juga keadaan menyebabkan semua itu tidak lagi sama seperti dulu.

Pecinta bahasa, ilmu dan juga kata-kata pena tidak lagi bermain dalam kepala serta benak pemikiran ini. Terlalu lama meninggalkan sesuatu yang kita sayang dan cinta menyebabkan semuanya jadi hambar dan lesu. Lesu seribu bahasa seperti biskut kering yang lemau. Tidak ada kegairahan untuk makan biskut seperti itu.

7.19.2013

Nasib Graduan IPG 2

Salam sebuah pena grenade untuk bakal guru.



Terbaru aku telah menerima satu kejutan berita daripada rakan yang sedang asyik melihat dan menggunakan aplikasi facebook dalam telefon pintar andoridnya. 

Lalu aku yang sedang berfikir pun sedikit terganggu. Cadangnya, pada hari tersebut aku mahu menjalankan intervensi kepada murid asliku yang sedang sibuk bermain-main diluar kelas tanpa kawalan yang sewajarnya.  Lalu aku disuakan dengan isu terbaru iaitu bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia  iaitu Tan Sri Dato Haji Alimuddin bin Haji Mohd Dom mengeluarkan kenyataan yang mana menimbulkan sedikit kekecohan dalam kalangan bakal guru dan juga bakal graduan guru seperti kami.

Baik, isu ini bukan baru semalam dan bukan hari ini diperkatakan dan diuar-uarkan. Malahan, jika merujuk kepada pelbagai sumber samada primer atau skunder juga telah merencana pelbagai perbahasan yang semakin hari semakin hangat. 

Isu bakal guru boleh mencari peluang memilih kerjaya lain selepas tamat pengajian dan tiada jaminan untuk dipostingkan. Sememangnya, jika kita melihat situasi ini mengundang kepada tanda tanya dan sekaligus menyebabkan kami iaini bakal guru seperti tidak senang duduk. Mungkin tidak dapat dinafikan, persoalan apa gunanya kami bekerja keras selama 5 tahun setengah dan tidak mendapat tempat bekerja sebagai guru. Persoalan apakah yang menjadi kekangan dan juga kecelaruan ini berlaku. Pelbagai spekulasi yang mana timbul hasil daripada kenyataan ini.

Apa yang graduan dan siswazah guru perlu lakukan kini ???

Jawapannya, masih sama, mengekalkan momentum dan juga budaya kerja cemerlang serta berkualiti. Namun, kualiti yang digarapkan adalah sangat samar dan masih juga menjadi tanda tanya. Sedangkan kita tahu bahawa kami menjalani program yang dirancang dan bukan program yang diadakan sekadar untuk melepaskan batok di tangga. Baik, mungkin atas dasar emosi dan juga perasaan ketidakpuashatian menyebabkan ramai yang masih tertanya-tanya apakah nasib kami ini.

Berbalik kepada pemikiran yang sedia ada kini. Saya mengumpamakan diri kita ini adalah seperti timun dan mereka adalah durian. Bergolek kena, tergolek kena. Dalam erti kata lain, bermain dengan selamat iaitu Play Safe. Tapi mana mungkin pada masa akan datang jika sememangnya kita harus percaya bahawa rezeki itu adalah di tangan Allah S.W.T. Kita datang darinya dan kita juga kembali kepadanya. 

P/S: mungkin kita tidak sedar bila kita berada diatas dan berjaya. Melihat orang dibawah begitu kecil...kecil jangan disangka kecil

Blogger news

Blogroll