7.19.2013

Nasib Graduan IPG 2

Salam sebuah pena grenade untuk bakal guru.



Terbaru aku telah menerima satu kejutan berita daripada rakan yang sedang asyik melihat dan menggunakan aplikasi facebook dalam telefon pintar andoridnya. 

Lalu aku yang sedang berfikir pun sedikit terganggu. Cadangnya, pada hari tersebut aku mahu menjalankan intervensi kepada murid asliku yang sedang sibuk bermain-main diluar kelas tanpa kawalan yang sewajarnya.  Lalu aku disuakan dengan isu terbaru iaitu bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia  iaitu Tan Sri Dato Haji Alimuddin bin Haji Mohd Dom mengeluarkan kenyataan yang mana menimbulkan sedikit kekecohan dalam kalangan bakal guru dan juga bakal graduan guru seperti kami.

Baik, isu ini bukan baru semalam dan bukan hari ini diperkatakan dan diuar-uarkan. Malahan, jika merujuk kepada pelbagai sumber samada primer atau skunder juga telah merencana pelbagai perbahasan yang semakin hari semakin hangat. 

Isu bakal guru boleh mencari peluang memilih kerjaya lain selepas tamat pengajian dan tiada jaminan untuk dipostingkan. Sememangnya, jika kita melihat situasi ini mengundang kepada tanda tanya dan sekaligus menyebabkan kami iaini bakal guru seperti tidak senang duduk. Mungkin tidak dapat dinafikan, persoalan apa gunanya kami bekerja keras selama 5 tahun setengah dan tidak mendapat tempat bekerja sebagai guru. Persoalan apakah yang menjadi kekangan dan juga kecelaruan ini berlaku. Pelbagai spekulasi yang mana timbul hasil daripada kenyataan ini.

Apa yang graduan dan siswazah guru perlu lakukan kini ???

Jawapannya, masih sama, mengekalkan momentum dan juga budaya kerja cemerlang serta berkualiti. Namun, kualiti yang digarapkan adalah sangat samar dan masih juga menjadi tanda tanya. Sedangkan kita tahu bahawa kami menjalani program yang dirancang dan bukan program yang diadakan sekadar untuk melepaskan batok di tangga. Baik, mungkin atas dasar emosi dan juga perasaan ketidakpuashatian menyebabkan ramai yang masih tertanya-tanya apakah nasib kami ini.

Berbalik kepada pemikiran yang sedia ada kini. Saya mengumpamakan diri kita ini adalah seperti timun dan mereka adalah durian. Bergolek kena, tergolek kena. Dalam erti kata lain, bermain dengan selamat iaitu Play Safe. Tapi mana mungkin pada masa akan datang jika sememangnya kita harus percaya bahawa rezeki itu adalah di tangan Allah S.W.T. Kita datang darinya dan kita juga kembali kepadanya. 

P/S: mungkin kita tidak sedar bila kita berada diatas dan berjaya. Melihat orang dibawah begitu kecil...kecil jangan disangka kecil

No comments:

Blogger news

Blogroll