8.29.2010

Jalan: Sedang Berkira-Kira

Jalan Yang Ni Pulak Camni..

Kadang-kadang aku selalu teringat akan kisah dulu. Kisah yang mengajar aku erti kesusahan. Sebenarnya aku bukan nak buka pekung didada atau mintak simpati kat orang tapi aku menulis ni sebab nak bagi aku ingat dan jadi contoh pada anak-anak aku kelak ( ho3 bila lar aku nak ada anak).

Sekarang aku dapat elaun bulanan dalam RM 500.00 lebih sikit lar lepas tolak duit asrama. Makan dan minum sendiri masuk sekali duit untuk beli keperluan. Ada jugak member yang terdesak kata elaun tak cukup.. Bagi aku itu sebenarnya lebih yang amat-amat. Bukan aku nak tuduh diorang boros ke apa ker. Tapi Alhamdulilah aku cukup gunakan wang tu. Sebab kalau dibandingkan dengan zaman aku sekolah dulu lagi dahsyat. Bukan nak kata hebat ker apa tapi satu perkara yang kadang-kadang buat aku terfikir.

Bapak aku dulu masa aku darjah dua buat dua kerja. Kerja potong rumput dengan kerjakan kebun kelapa sawit. Kalau nak dikutkan masa tu aku ingat lagi, time tu harga sawit tengah murah dan buah kelapa tak berapa nak ada. Tiap kali kalau kerja kebun aku, mak aku ngan adik perempuan aku tolong bapak aku keja. Tiap kali buah lerai dah jatuh kita orang kutip sama-sama. Nak kata semut ngan nyamuk tu punya lar banyak .Tiap kali kita tngah kutip ada lar datang gigit, hinggap sana-sini. Paling aku tak suka kalau buah lerai tu ada sekali dengan semut yang suka gigit . Da la sakit. Aku ngadu kat mak
" Mak sakit lar nak kutip, smut ni asik gigit je"
Mak aku balas;
"Ala kalau dah jadi duit nanti tak lar sakit"

Aku bangga ada mak cam beliau, sebab dia sanggup tolong bapak aku wat kejer-kejer ni sumer. Dan aku rasa bapak aku lar orang paling bertuah dapat bini cam mak aku. Aku ingat jugak masa tue kitaorang bersihkan kebun yang masih tak jadi lagi, mulanya kebun tu cam hutan, penuh kayu sana-sini. Mak bapak aku bersihkan dan aku pon ikut sekali .Masa tu umur aku 6 tahun. Penah bapak aku bakar kayu kayan yang dah longgok, tak tau macam mana, api tu marak pegi kebun orang lain. Haish...lepas dari tu sebab penat sangat ikut mak dan bapak aku, aku demam...

Time aku darjah tiga, sekali lagi kener, kali ni bukan bapak aku punya api bakar kebun orang tapi api kebun sebelah bakar kebun bapak aku. Hmm.pagi-pagi aku pegi kebun tengok pokok sawit bapak aku semua rentung, daun habis ranap. Aku tanya " Macam mana nak nyawit kalau buah tak ada?" Bapak aku cakap " Takpe, ada lagi pokok tak terbakar"
Aku ni sebenarnya jenis risau kalau jadi benda yang melibatkan punca rezeki family kami, tapi aku masih bersyukur, walau kebun tu habis rentung ada lagi kebun kecil yang boleh support kita orang punya makan anak beranak.

Seingat aku kalau setengah bulan petik buah kelapa sawit dan jual, harga untuk
satu tan = 1000 kg, dalam reger RM355.00. Itu kalau dapat satu tan , kalau kebun kecik jer dapat lar dalam suku tan ker,separuh suku tan ke. Kalau tak silap aku tengok slip bayaran harga sawit yang bapak aku jual, time tu dapat lar dalam RM180.00. Kalau tolak bayar hutang motor RM125.00 ada lar RM 55.00, untuk belanja dan urusan dalam 2 minggu tu. Sikit ,tapi bagi aku rasa time tu cukup sangat-sangat.

Kalau nak dibandingkan dengan elaun aku sekarang jauh sangat bezanya. Memang korang akan kata, ala dulu barang murah, ala dulu minyak motor baru RM1.10 seliter. Tapi bagi aku itu lar hakikatnya. Aku tak malu aku kata besar dengan duit kebun sawit. Dan kalau cuti sekolah aku balik rumah atuk aku keje petik biji kopi. Tu semua mengajar aku, mengajar aku apa ertinya kesusahan mencari sesuap nasi.

Hmmm... Zaman itu telah berlalu, tapi aku tak mahu lupakan, sebab aku rasa ia perlu aku ingat. Sekarang memang kita ada duit, ada itu dan ini. Cuba ingat bila kita tinggal RM10.00 dalam dompet dan tak ada lain kat simpanan. Perit beb...

Jalan-Jalan ingat jugak...


No comments:

Blogger news

Blogroll