2.24.2011

Jalan : MeNcArI YaNg TeRbAiK ?

Jalan - jalan sesekali nak mengatakan sesuatu...

Bila kita ajukan soalan kepada seseorang kalau ada dua biji buah Epal yang baik dan yang kurang elok mana yang mereka akan pilih ?

Jawapan mereka Tentu yang " BAIK"

Bertanya kepada seorang budak kecil akan permainan yang masih elok dan rosak mana mereka akan pilih ?

"Apa barang bang amik yang rosak, nak yang elok" kata beliau.

Bertanya kepada seorang pengguna telefon bimbit (handphone) nak yang model grand atau yang cokia (maksudnya cap ayam)  ?

"Telefon ni penting, pakai cap ayam kang meletup naya beb"

Hawaii-T 1.12.1979 (Wakiki Beach)
Walhal kalau kaki-kaki bundle nak cari barang walau lama tapi nak yang elok, kualiti dan ada taste sendiri. Kalau setakat Uniquel atau tag ntah datang dari cerok mana tak amik. Nak yang macam Sneakers,Bantam, Hanes kalau boleh 40's atau paling kurang 70's, Ched tak pun paling abis cari Fruit Of The Loom.

Perumpamaan dan contoh induksi kat atas ni  nak menunjukkan yang kita nak memcari yang terbaik untuk diri kita. Atau dalam erti kata lain kita nak ke arah yang kesempurnaan.

Kalau nak mencari pasangan tu nak yang elok, baik, cantik, hensem, bijak la, pandai serba serbi. Memang tak salah untuk cari semua tu. Kalau ada orang bagi tau salah aku nak jumpa.

Dalam Al-Quran pon ada nyatakan  

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (al-Furqan 25, ayat 74)



Maksud ayat ni kalau nak cari orang yang baik berdoalah untuk mendapatkan orang yang kita hendakkan. Berdoa tanpa usaha juga tak boleh. Analoginya kalau kita beri baja pada pokok tak beri air tak subur jugak pokok yang kita tanam. Sama jugak macam kita berblogging, setakat tengok key board tak buat apa-apa tak keluar post.

Pesan-pesan kepada rakan-rakan dan insan-insan yang saya kasihi serta anda kasihi.

Jalan-jalan ingat-mengingati dan saling nasihat menasihati.

2 comments:

Dda Ly said...

terima kasih, saling mengingati..:)

jemput ke rumah,
http//laydie-dda.blogspot.com
keep in touch ye..♥♥♥

Mohamad Syafie Samsir said...

Terima Kasih sebab datang..okeh nanti saya datang rumah ...

Blogger news

Blogroll