9.02.2010

Jalan: BeRtEmU dEnGaN InSaN iStImEwA

Jalan yang sedag berhenti untuk merenungi...

Hari ni aku baru habis SBE( School Base Experiance). Hari ni jugak ada majlis 3 in one kat sekolah aku wat sbe. Majlis khatam quran, restu ilmu dan majlis bagi derma orang fakir dan miskin.

Mulanya aku memang dah tau pon diaorang nak wat majlis ni tapi aku tak teragak ada sesuatu yang sangat istimewa pagi ni. Sebenarnya waktu pagi ini, setiap orang da mula rasa suasana sedih kat sekolah ni. Bukan apa, tapi pagi ni sayu dia semacam.. Mungkin ni sebenarnya dikatakan Jumaat terakhir bagi kita semua dalam bulan Ramadhan. Mulanya aku malu nak join majlis tu sebab yea lar kan aku ni orang mendatang. tapi atas sebab aku ni nak jadi cikgu, so aku kene ubah semua tu. Yeahh..

Pagi tu mula dengan majlis Restu Ilmu, semua cikgu-cikgu berkumpul dan nak sedia salam dengan budak -budak Tahun 6 sempena nak UPSR lepas raya nih. Apa yang aku nak kongsikan dekat blig ni ialah aku jumpa engan orang yang sangat istimewa dan aku salute lar kat dia. Tak lain tak bukan Guru Besar Cemerlang Sekolah Seri Utama ni, Tn Hj Abd Rahim B. Hashim.

Pagi tadi aku jumpa dia, dia nampak sedih sangat, mula majlis Restu Ilmu tu pon dia tak dapat nak berucap sebab dia kata pagi ni perasaan sedih tak tahu sebabnya apa. Pastu masa murid semua dok beratur nak salam ngan cikgu-cikgu semua, aku teringat time aku dulu, aku pon ada buat perkara yang sama sebelum UPSR. Tapi aku rasa sebak bila tengok cara guru besar bagi restu pada semua pelajar lelaki.

Dia peluk dan cium kepala budak-budak tu. Kat sini aku belajar nak jadi pemimpin sekolah bukan sesuatu yang mudah. Macam -macam perkara yang kita kene fikirkan. Dan kalau kita lihat dari gambar ni, aku dapat rasa yang seorang guru itu harus ada sikap kasih dan sayang. Walau kita duduk dekat jawatan yang tinggi namun bukan semua itu jadi penghalang untuk kita adi orang yang baik. Memang budak tu bukan anak kita, tapi aku pegang pada satu kata-kata.
"Jika seikhlas dan sebaik mana kita ajar anak orang tu, macam tu jugak lar cikgu yang akan ajar anak kita"

Aku respect dekat dia sebab, walau apa pon acara yang melibatkan murid atau guru dia akan join. Dan cara dia layan murid dan guru memang bagus. Bukan aku nak puji atau apa2 pon tapi dah memang kenyataan. Lagi aku tertarik masa dia bagi sumbangan untuk anak yatim dengan fakir miskin sekolah ni.

Aku rasa gelaran guru besar cemerlang memang layak untuk dia pegang. Sebab memang ada beza dari segi percakapan dan imej guru dia, yang kita kata bukan di buat-buat.

Haii..bilalah aku dapat jadi insan guru seperti beliau...

Jalan -jalan ngat jugak pie...Ingat nak jadik Cikgu...

Jalan: RaSa ItU iNi...PaTuT kE tAk??

sEKALI dia jalan macam ni da...

Apa korang rasa kalau ada sorang ni kan mulanya macam nak beri kita harapan dan peluang. Segala apa yang dia mahukan kita cuba penuhi dan tepati atas sebab nak senangkan ati dia..

Tapi betol jugak kata mak aku. Kalau bkenalan dengan orang pmpuan ni jangan lebih-lebih takut makan diri. Aku tahu lar yang aku ni bukan lar baik sangat. Tapi sekurang- sekurangnya jangan lar jadikan aku ni cam, tempat persingahan. Ingat aku ni bus stop apa. Bila time hujan cari aku tmpat bteduh bila hari cerah tinggalkan aku...

Aku memang dah jangka pkara ni akan berlaku. Dan sekarang aku tengah rasa cam nak jerit kuat-kuat kat muka dia kata dia "Saya tak mau tngok muka awak lagi".

Tapi aku bukannya nak jadi cam orang tak betol, aku ada belajar emosi, soo kener btindak sebgai seorang yang pro dan secara cekap . Hahaha bakal guru lar katakan. Memang kita marah kalau orang buat kita cam tu. Tapi aku pon kener paham mungkin ada sebab dan musabab dia buat camtu.

Aku harap semua yang terbaik buat kami...

Hmmm.. Pie, jalan-jalan ingat -ingat lar sket...

9.01.2010

Jalan: tErInGaT aTaU...

Mulanya jalan macam ni...

Masa aku tengah tunggu pejabat bukak untuk sign in masuk sekolah aku duduk lar dekat satu pondok bacaan tu. Aku tengok budak -budak baru datang sekolah, ada yang muka segar ada yang masih lagi pisat-pisat mata. Hmm tak kurang jugak yang dah datang awal sebab janji ngan kawan -kawan nak main kejar-kejar.

Masa aku sekolah dulu aku pergi sekolah bukan nak belaja sangat. Aku suka jer jumpa kawan-kawan, rehat makan n main ngan diaorang. Ingat lagi dulu, Judin, Iwan, Sapik, Iwan Sarnin, Pijan Sumar, Zaidi Marbon, Bob, Gombal, E-Han dan Alif. Kalau datang sekolah yang first kita mesti main dulu. Masa aku mula masuk sekolah aku suka main bola tin. Dia lebih kurang cam ice hokey bntuk bolanya tapi yang ni buat dari tin minuman cam pepsi tu. Gelanggang dia meh aku tunjuk..

Haa..ni namanya lorong sekolah,kan sekola ada lorong yang nak bagi pelajar lalu kan. Kat sini lar pertarungan berlaku...Ho3 dulu kalau kelas 2M mesti lawan 2K. Main masa waktu pagi sebelum masuk kelas. Sorang keeper kat belakang main cam bola sepak. Tung -tang, gaduh kalau gol dan tak gol. Ho3 aku suka kalu tengah main-main cikgu datang, berterabur lari ha3...

Tapi semua tak kekal lama sebab...Cikgu tak bagi main lagi, dia kata kalu ada budak main dia kerat kaki..Wakakak..Besok pagi aku datang bawak bola baru ( tin yang sudah dikemikkan) dan...

"Krikk...Krikk..." (Bunyi cengkerik, maksudnya sunyi). Tak da pon budak yang nak main pagi tue dan seterusnya.

Tukar lar game kitaorang jadi Game main Lubang Tikus, yang ni main nak tunjuk terer sapa bole lompat paling banyak dan tinggi halangan. Kalau dulu main paling asler 8. 8 kat sini maksudnya dia boleh lompat tinggi 8 tapak tangan yang di susun secara menegak. Tapi time kitaorang kalau dapat buat 6 tu pon da kira asler...

Aku ingat lagi kalau Zaidi marbon lompat 6 dia punya kaki mesti sangkut kat pagar sekolah.hoooo

Bro bila berjalan ingat2 lar wei...

Blogger news

Blogroll