9.19.2012

Jalan : Bila mana menulis komen Di FB menggunakan kaki...(EDISI MELUDAH KELANGIT)

Jalan-jalan melihat sekitar HOME FB aku.

Tabiat aku ketika ini bilamana buka FB aku cuma nak tengok benda-benda yang patut je, contoh kelas, adik beradik aku, kedai buku dan lain-lain yang berkaitan. Kalau setakat nampak orang upload gambar makanan, senyum itik, gambar posing senyum2, amik gambar sendiri bajet hensem atau cun. Tak true bro.

Bilamana pula ada insan yang merasakan mereka ini melihat fb menggunakan ruangan komen untuk mengomen status orang, tak lain dan tak bukan kalau nak berdebat atau sengaja nak berflirt-flirt macam lagu Alif Aziz..Tak ada mekdahnya. Baik korang layan perkara baik macam ceramah Uztaz Azhaar.

Pengomen ni banyak jenis dan ada yang tipikal. Kalau mengomen benda mekdah tak apa. Ni kalu setakat nak hua hua hua heheheh hooooo hahahah macam budak baru belaja mengeja baih tak yah. Tak ada mekdahnya. Pernah satu ketika, orang ni mengomen macam menggunakan kaki dan kepala lutut untuk berfikir.

Dulu aku memang suka kuarkan status, tapi skang ni rasa nak keluarkan status pun segan. Apalah sangat nak aku ceritakan dan luahkan. Ada masalah bukan facebook tapi face it.

Paling aku menyampah kalau stakat menulis status, macam ditulis menggunakan kaki. Contohnya, kitewwww narrk mamamam ieeaakan goreaang. Ciss stakat nak makan ikan goreng celup tepung pun nak bagi tau.Siap amik gambar, macam ikan celup tepung ni spesis yang sedang pupus. Tak kira jugak golongan yang nak tunjuk banyak sangat makan Donut, KFC ngan lain-lain. Huh !

Ada juga yang lupa akan situasi FB sebagai laman sosial umum. Keluarkan post "Saya rindu awak...muah muah muah ". Then awek atau boipren dia boleh komen "Sayang awak selalu mucuk mucuk mucuk". Wei merpati, nak tunjuk sangat ke korang ni ada bf atau gf. Macam lar orang lain tak baca, tak ada mekdahnya.

Ada jugak keluarkan dakyah yang macam nak jadi revolution-er, hahaha dakyah lu tak true brader. Jangan sebab kurang bijak mengeluarkan kenyataan umum seumpana meludah kelangit. Lu ludah kena balik brader.

Apa-apa pun tu korang punya hak tak kan aku nak halang. Mana ada kene mengena ngko ngan aku. Jangan kerana mulut badan binasa.

-Penulis-

p/s : Aku sedang menukar genre penulisanku kepada HARDCORE.
 

No comments:

Blogger news

Blogroll